responsif teks foto

Khamis, 3 Januari 2008

Asal Usul Nama Tempat Di Daerah Lipis 2: Padang Tengku





Padang Tengku
Padang Tengku ini adalah sebuah perhentian keretapi diantara Kuala Lipis dengan Bukit Betong. Letaknya dalam Mukim Gua Daerah lipis lebih Kurang 6 batu darii Kuala Lipis.
Mengikut ceritanya iaitu selepas ‘Perang Saudara 1857-1863’ orang-orang Rawa yang dibawa masuk ke Pahang oleh Wan Daud (Orang Kaya Haji) dibenarkan pulang ke Selangor. Akan tetapi ramai yang mahu menetap di Pahang. Mereka dibenarkan mencari tempat yang disukai asalkan tempat itu masih belum didiami orang.
Beberapa orang Rawa yang diketuai oleh Tengku Abdul samad (Tengku Samad) telah membuka suatu kawasan. Mereka berumah tangga dan bercucuk tanam disana. Waktu petang mereka bermain sepak raga di sebuah padang berhampiran dengan tempat kediaman mereka.
Melihat Tengku Samad dan orang-orangnya bermain sepak raga itu maka ramailah orang-orang yang tinggal disekitar kawasan itu datang bermain sama. Orang-orang yang pergi bermain itu apabila ditanya akan menjawab mereka hendak bermain sepak raga di padang Tengku Samad dan orang-orang yang pulang apabila ditanya akan menjawab yang mereka balik dari bermain sepak raga di padang Tengku Samad. Sebab itu padang tempat mereka bermain sepak raga itu dipanggil Padang Tengku Samad. Sesudahnya tinggal Padang Tengku sahaja. Apabila kawasan itu jadi sebuah kampung maka kampung itu dipanggil kampung Padang Tengku.
Pada mulanya Padang Tengku cuma boleh dihubungi dengan mengunakan perahu ikut Sungai Jelai. Kemudian pada tahun 1926 mendapat kemudahan jalan keretapi melalui jalan Gemas –Gua Musang. Pada masa itu Padang Tengku adalah sebuah perhentian keretapi yang terkenal. Ia digunakan oleh syarikat Selborne Plantation yang terletak disebelah kiri hilir Sungai Jelai.
Rujuk:
Asal Usul Nama Tempat Bersejarah Negeri Pahang (2)
– Dato’ Haji Zakaria bin Hitam.

3 ulasan:

nyet berkata...

salam..boleh tak ceritakan serba sedikit sejarah gua bama???anda boleh emailkan kepada saya at nyetzcobbin@gmail.com....kerjasama anda amatlah saya harapkan.

kechup berkata...

skol sy akan mgdakan pkmahan di di Kg Gua...nak tahu kat ctu tempat die macm mane ek? ade sumber air tak?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum TT,boleh saya dapatkan maklumat berkenaan Tengku Abdul Samad yang membuka Padang Tengku?

AddToAny