responsif teks foto

Isnin, 25 Februari 2008

Penamaan Calon P.79 Lipis

P79 LIPIS

Jumlah Pengundi: 28,425
Peratusan Kaum: M: 74.29% C: 19.01% I: 6.32% B/Sab: % B/Swk: %L: 0.38 %

1. Dr. Mohamed Nilam Abdul Manap (Pas)
2. Datuk Mohamad Shahrum Osman (BN)

Jumlah undi:
Majoriti:
Undi rosak:

Penyandang: Muhamad Shahrum Osman (BN)
(Majoriti: 7,624 undi)

N3 PADANG TENGKU

Jumlah Pengundi: 10,282
Peratusan Kaum: M: 91.64% C: 3.59% I: 4.23% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.54 %

1. Roslan Zainal (Pas)
2. Abdul Rahman Mohamad (BN)

Jumlah undi:
Majoriti:
Undi rosak:

Penyandang: Abdul Rahman Mohamad (BN)
(Majoriti: 1,621 undi)

N4 CHEKA

Jumlah Pengundi: 10,544
Peratusan Kaum: M: 68.47% C: 26.39% I: 4.77% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.37 %

1. Datuk Fong Koong Fuee (BN)
2. Ishak Sat (PKR)

Jumlah undi:
Majoriti:
Undi rosak:

Penyandang: Fong Koong Fuee (BN)
(Majoriti: 2,129 undi)

N5 BENTA

Jumlah Pengundi: 7,599
Peratusan Kaum: M: 59.05% C: 29.50% I: 11.25% B/Sab: % B/Swk: %L: 0.20%

1. Zakaria Abdul Hamid (PKR)
2. Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak (BN)

Jumlah undi:
Majoriti:
Undi rosak:

Isnin, 18 Februari 2008

Fakta Pilihanraya Parlimen Lipis



DUN

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Jumlah

N.3 Padang Tengku

9,322

371

432

157

10,282

N.4 Cheka

7,131

2,775

468

170

10,544

N.5 Benta

4,479

2,224

859

37

7,599

20,932

5,370

1,759

364

28,425







FAKTA PILIHAN RAYA KE-12

Hari mengundi

8 Mac (Sabtu)

Penamaan calon

24 Februari (Ahad)

Tempoh berkempen

13 hari

Jumlah pemilih berdaftar

10,922,139

Pemilih awam

10,701,054

Pemilih pos

221,085

Jumlah parti politik berdaftar

30

Jumlah kerusi Parlimen

222

Jumlah kerusi DUN

505


Selamat mengundi rakyat Malaysia

Rabu, 13 Februari 2008

Kuala Medang Kampung Contoh Di Lipis

Oleh AIZAWATI AHMAD (WARTAWAN UTUSAN)

KUALA Medang di Kuala Lipis, Pahang bukan satu nama asing bagi pelancong luar yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan ketenangan hidup di kampung yang masih mengekalkan tradisi serta kebudayaan masyarakat Melayu.

Sejak mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan untuk dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan homestay pada 2002, Kuala Medang telah berjaya menarik ramai pelancong dari Eropah dan juga Asia untuk berkunjung ke kampung itu.

Penghulu Mukim Ulu Jelai, Mohd. Razaki Abdul Razak berkata, mengekalkan gaya hidup tradisional masyarakat Melayu dan juga keindahan alam semula jadi yang masih tidak terusik oleh pembangunan, telah berjaya mencuri hati para pelancong asing untuk bercuti di situ.

‘‘Sewaktu mula-mula dihantar bertugas di Kuala Medang pada 1998, saya mendapati kampung ini seperti kampung lain di pedalaman Pahang yang agak ketinggalan berbanding penduduk di bandar.

‘‘Bagaimanapun, melihat sendiri keindahan alam semula jadinya, telah mendorong saya untuk menjadikan kampung ini sebagai projek homestay,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun pada peringkat awal, ideanya itu sukar diterima, namun, berkat kesabaran dan penjelasan yang sewajarnya, projek yang dirancang akhirnya berjaya mendapat sokongan daripada penduduk kampung.

Jelas beliau, perancangan untuk menjadikan Kampung Kuala Medang sebagai produk pelancongan homestay telah bermula sejak 1999.

‘‘Dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Medang, saya berusaha mengubah wajah Kuala Medang menjadi sebuah kampung yang bukan sahaja indah tetapi juga persekitarannya bersih dan selesa,” ujarnya.

Mohd. Razaki memberitahu, setelah yakin dengan apa yang diusahakannya itu, kertas cadangan bagi menjadikan Kuala Medang sebagai projek homestay telah dihantar kepada Kementerian Pelancongan dan kelulusan diperoleh pada tahun 2002.

Selain projek homestay, katanya lagi, beliau turut mendorong penduduk kampung menceburi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

‘‘Setakat ini, kita telah pun berjaya menjalankan 10 jenis perniagaan IKS bermula dengan produk serbuk kunyit, tapai pulut, jeli kelapa, dodol, kuih-muih tradisional dan banyak lagi,” tambahnya.

Beliau berkata, dengan bilangan penduduk seramai 980 orang daripada 340 buah keluarga, pendapatan bulanan masyarakat di Kuala Medang turut meningkat sejak projek homestay dan IKS diperkenalkan.

Pendapatan purata penduduk di sini dianggarkan RM1,000 sebulan dan masalah miskin tegar berjaya dihapuskan sama sekali di Kuala Medang,’’ ujarnya.

Menurut Mohd. Razaki, penduduk kampung turut terbabit dengan aktiviti pertanian dan penternakan di mana ladang salak, ladang sayur-sayuran, projek buah-buahan kelompok, ternakan pelanduk dan lembu turut diusahakan di sini.

Mengulas mengenai kejayaan projek homestay, beliau menjelaskan, Kampung Kuala Medang telah berjaya mencatat pelbagai kejayaan di peringkat negeri dan juga kebangsaan.

‘‘Antara anugerah yang kita menangi ialah Anugerah Pelancongan Malaysia untuk kategori homestay peringkat kebangsaan bagi tahun 2005/06.

Beliau berkata, kedatangan pelancong asing dari negara-negara seperti Sweden, Australia, Jepun, Korea dan Singapura juga semakin bertambah daripada 397 orang pada 2002 kepada 2,500 orang pada tahun lalu.

Tambahnya, pendapatan keseluruhan yang berjaya dikutip daripada projek homestay turut meningkat iaitu daripada RM27,790 pada 2002 menjadi RM500,000 pada 2007.

‘‘Malah nilai aset yang dimiliki JKKK turut bertambah daripada RM600 pada 1999 kini berjumlah RM1 juta,” jelas beliau. 13 Feb 2008 utusan malaysia.

Zaini : Kegigihan anak muda Kuala Medang berusaha, sayang kepada kampung, semangat kerjasama tidak kira tua dan muda, berusaha tanpa tanpa ada sifat harsat dan mempunyai pemimpin yang berusaha untuk membangunkan kampung menjadikan Kuala Medang yang ada sekarang.

Isnin, 11 Februari 2008

Anwar Sampai di Lipis


Penasihat parti KeAdilan Rakyat Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke Benta dalam siri jelajah ke seluruh Malaysia untuk bertemu penyokongnya.

Ramailah datang berduyung mendengar beliau berucap dalam mengulas beberapa isu-isu semasa.
DUN Benta merupakan kerusi yang akan dipertandingkan untuk KeAdilan.

Bangunan Bersejarah 6 : Pahang Club

Cerita dari Lipis Sejarah
Pahang Club 1867

Pahang Club adalah bangunan terawal yang dibina oleh British iaitu pada tahun 1867. tapak bangunan ini merupakan tapak pertama di mana pihak Inggeris mula-mula mentadbir Pahang. Rumah ini dibina untuk tujuan kediaman Hugh Cliford yang pada ketika itu memegang jawatan ‘Superintendent’ Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis. Pada Jun 1898, Kuala Lipis telah menggantikan Pekan sebagai ibu negeri Pahang. Bermula dari tarikh itu,rumah itu telah dijadikan kediaman untuk Residen british. Ketika itu Residen British ialah Hugh Cliford dan beliau telah memikirkan untuk membina sebuah kediaman yang lebih sesuai untuk memudahkan beliau mengawal kawasan Lipis. Oleh itu, beliau telah menemui tapak yang lebih sesuai iaitu Bukit Residen. Sementara menunggu rumah di Bukit Residen siap, beliau menetap di Rumah Kelab Pahangitu sehingga tahun 1922.

Apabila residen berpindah ke rumah residen pada tahun 1922, rumah kelab tersebut telah didiami oleh inspektor polis British hingga tahun 1926. Inspektor polis ini telah mengetuai keanggotaan polis British di mana ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Sibu , Dayak dan Melayu serta kesemua anggota polis tersebut berjumlah 100 orang.

Pada pertengahan tahun 1926, rumah kelab ini telah ditinggalkan dan kemudiannya kerajaan Inggeris telah menjadikan rumah ini sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai British sahaja. Rumah yang asalnyakediaman residen ini sedikit pun tidak dilakukan pengubahsuaian terutamanya ruang dalamannya. Ini bertujuan untuk menjaga keaslian seni binanya. Semasa ia menjadi kelab Pahang, rumah ini memang dikawal rapi. Menurut Pak Razak, seorang tukang kebun, bukan sebarangan orang yang boleh naik yang mana pakaian mestilah kemas, bertali leher dan melambangkan status pada ketika itu. Bak kata Pak Razak lagi, kasut orang yang naik itu sekilat lantai kelab ini yang digilap setiap hari. Semasa rumah ini ditinggalkan dahulu, ia pernah diura-urakan untuk dijadikan istana tetapi perkara ini didiamkan kerana cadangan tersebut ditolak oleh pihak istana.

Pada tahun 1957, keahlian kelab ini hanya untuk orang-orang kenamaan, orang British dan pegawai tinggi kerajaan sahaja. Kemudian apabila Malaya merdeka, keahliannya dibuka untuk orang-orang tempatan yang berduit dan tidak mengira kaum. Secara umumnya, aktiviti kelab ini ialah untuk kemudahan rekreasi, aktiviti sukan seperti tenis, badminton dan sepak takraw. Selain itu, ia juga menjalankan aktiviti kemasyarkatan.

Sabtu, 2 Februari 2008

PRU Ke – 12 akan menemui kita.

Pilihanraya Ke-12 dijangka akan menemui pengundi pada tahun 2008 berbagai spekulasi telah dibuat. Bagi Parlimen Lipis yang terbahagi ke pada N3 Padang Tengku, N4 Cheka dan N5 Benta menunjukan BN akan memennangi pilihanraya tetapi menghadapi kemerosotan undi berbanding tahun 2004. Pembangkang juga dijangka tidak mampu untuk meningkatkan kejayaan seperti Pilihanraya 1999.

Ini merupakan jangkaan yang patut diperhatian oleh Barisan Nasional dan Pembangkang. Untuk melihat jangkaan tersebut cuba perhatikan statistik di bawah.


Faktor yang bepihak kepada BN.

-BN merupakan Parti yang mempunyai penyokong tradisi yang sukar berpihak kepada pembangkang

-Semangat perkongsian kuasa yang diamal oleh BN merupakan kekuatan yang sukar digugat.

- Mempunyai rekod pemerintah yang dapat diterima oleh pengundi

Faktor yang berpihak kepada Pembangkang.

- PAS merupakan Parti yang mempunyai penyokong tradisi yang sukar berpihak kepada BN.

Faktor golongan atas pagar

- Golongan atas pagar berasa selesai kerana harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit berada ditahap yang memuaskan ini menyebabkan mereka memilih BN pada pilihanraya akan datang.

sumber : skor sheet SPR. Dalam pilihanraya 2004

Daerah Mengundi

Parti Bertanding

Undi Rosak

BN

PAS

N.3 Padang Tengku

4,683

3,062

107

N.4 Cheka

4,696

2,567

243

N.5 Benta

3,610

1,598

111

Undi Pos

579

174

49

Jumlah

13,568

7401

510

AddToAny