Selasa, 15 April 2008

Keluhan Akar Umbi Lipis.


Pilihanraya Umum Ke 12 merupakan pilihanraya yang mengejutkan semua pihak samada kerajaan atau pembangkang. Keputusan ini telah memberi ‘signal’ kepada pihak Barisan Nasional supaya mengambil kira ‘sensitivity’ masyarakat berbilang kaum dan pengundi elit/muda Melayu yang tinggal dibandar-bandar besar. BN bernasib baik kerana masyarakat luar Bandar dan Sabah/Sarawak masih setia kepada BN.

Diselami di akar umbi terutama di kawasan Lipis pun menghadapi sausana tsunami yang hampir sama iaitu kebanyakan undi di peringkat ADUN semua kehilangan lebih kurang 1,000 undi berbanding dengan PRU ke-12.

Pengajaran daripada keputusan tersebut UMNO Bahagian Lipis perlu berusaha untuk menyelami permasalah di peringkat Bahagian seterusnya ke peringkat cawangan. Ketua Bahagian perlulah berusaha mengkemiskini jentera supaya masyarakat mengangap UMNO masih relevan terutama kepada generasi muda. AJK UMNO Bahagian Lipis sebenar sudah terasa kecewa dengan sikap Ketua Bahagian yang tidak turun padang. Pejabat beliau di wisma UMNO telah bersawang “janganlah sudah berjawatan EXCO kita lupa tanggungjawab di kawasan Lipis” kata salah seorang AJK Bahagian. Dengarlah keluhan orang lama seperti Dato’ Pak Ngah Hassim(pernah pegang jawatan Ketua Bahagian) dan beberapa teguran dari wakil-wakil cawangan semasa perjumpaan dengan Menteri Besar di wisma UMNO tempoh hari. Kami masih sayang kepada UMNO tapi kalau begini sikap pemimpin pada hari ini jangan hairan PRU ke 13, UMNO tinggal batu nesan sahaja. Lihat parti Kongres di India, parti Golkar di Indonesia hanya tinggal nama sahaja.

Kata Pemimmpin UMNO dan Pemerhati Politik

“Kalau kita tidak mengambil satu langkah penting dengan segera, kita boleh hanyut. Saya pernah sebutkan bahawa kuasa politik akan hilang daripada tangan kita dan UMNO mungkin tidak akan bangkit untuk selama-lamanya.” Tan Sri Muhyiddin Yassin Naib Presiden UMNO

“Jika kepimpinan negara di bawah UMNO dan BN tidak menempati cita rasa dan inspirasi golongan muda, maka ia menjadi tugas pemuda untuk berani menyampaikan maklumat itu kepada pucuk pimpinan”. Datuk Mukhriz Mahathir

“Ini juga yang disebut-sebut bila mana kurangnya komunikasi antara Pemuda dengan kepimpinan yang menyebabkan masalah-masalah kerengaggan ditimbulkan secara begitu hebat sekali oleh akar umbi”. Dr Mohamad Khir Toyo.

“Kita harus mengaku kelemahan kita dan jangan lagi bersikap sombong kerana sikap itu ternyata membawa padah. Kembalilah turun bertemu dengan akar umbi bagi mengetahui masalah mereka”. Tan Sri Mohamed Rahmat Veteran UMNO.

“Ketika ini rakyat sedang memerhati dengan teliti, apa yang sedang dilakukan oleh UMNO, mereka ingin melihat apakah sudah ada keinsafan atau belum dikalangan sesetengah pemimpin parti itu yang sebelum ini merasakan apa yang dilakukan ada betul dan mendapat sokongan rakyat.” Zulkiflee Bakar wartawan Utusan Malaysia.

Tiada ulasan: