Rabu, 28 Mei 2008

GUA A MUNCUL JOHAN DALAM LIGA BOLA SEPAK SEMBILAN SEBELAH



KUALA LIPIS Pasukan Pemuda UMNO Kampung Gua A muncul johan dalam liga bola sepak sembilan sebelah anjuran Pemuda UMNO Lipis di padang Majlis Daerah Lipis (MDL) di sini kelmarin.Pemuda UMNO Kampung Gua A menumpaskan Kampung Hulu Teris 5-4 menerusi jaringan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada perlawanan akhir itu.

Kemenangan itu membolehkan Pemuda UMNO Kampung Gua A membawa pulang piala pusingan Ketua Pemuda UMNO Lipis dan wang tunai RM1,000.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamed.

Pasukan Kampung Hulu Teris yang muncul naib juara menerima hadiah wang tunai RM700 manakala Pemuda UMNO cawangan Telang A yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 menduduki tempat ketiga.

Azuan Sudin daripada pasukan Kampung Hulu Teris telah dipilih sebagai pemain terbaik manakala dan penjaga gol terbaik dimenangi Anuar Mohamad daripada pasukan Pemuda UMNO Kampung Gua A.

Kedua-dua pemain itu menerima hadiah berupa peralatan sukan bernilai RM200.

BOLA SEPAK SEMBILAN SEBELAH LIPIS

Anjuran

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis

Dengan Kerjasama

Majlis Daerah Lipis dan Persatuan Bola Sepak Daerah Lipis (Lipis FA)

Tarikh : 01 June 2008

Tempat : Padang Majlis Daerah Lipis.

PEMINAT BOLA DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Selasa, 20 Mei 2008

Ikrar setia pada PM - Ahli-ahli Parlimen UMNO mahu Abdullah terus terajui parti, negara

KUALA LUMPUR 20 Mei – Ahli- ahli Parlimen UMNO berikrar akan terus kekal dalam parti dan setia dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menerajui parti dan negara.

Mereka memberi jaminan tidak akan mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan keluar daripada UMNO semalam.

Ikrar ini dilafazkan dalam pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO dengan Perdana Menteri di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu menyaksikan beberapa ahli Parlimen berucap dengan mereka sepakat menegaskan bahawa tindakan Dr. Mahathir itu bukanlah satu isu.

Kata beliau, berikutan itu mereka memberi jaminan akan terus berkhidmat bersama UMNO dan memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Abdullah untuk memimpin UMNO, Barisan Nasional (BN) dan negara.

‘‘Malah Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mewakili yang hadir bangun memaklumkan bahawa tidak ada dalam pengetahuan akan ada dalam kalangan mereka yang akan meninggalkan parti bersabit dengan gesaan Dr. Mahathir.

‘‘Sebaliknya mereka mengulangi ikrar kepada Perdana Menteri bahawa ‘kami tidak akan tinggalkan UMNO sebaliknya akan terus tinggal dalam UMNO’,” katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Mohamed Nazri, pertemuan tersebut dihadiri kira-kira 95 peratus daripada ahli Parlimen UMNO termasuk kebanyakan anggota Kabinet.

Namun Mohamed Nazri tidak pasti secara tepat sama ada pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Mukhriz (BN-Jerlun).

‘‘Kita tak catit kehadiran pula, mencari siapa yang hadir, siapa yang tak hadir.

“Mengenai Mukhriz, dia juga Ahli Parlimen UMNO jadi tak perlulah hendak meletakkan beliau seolah-olah kita semua marah kepada dia, kita tak diskriminasi sesiapa,” ujarnya.

Sementara itu, Nazri memaklumkan pertemuan tersebut turut mencapai kata sepakat untuk menghidupkan semula Kumpulan Ahli Parlimen UMNO (UMPG) yang pada penggal lalu tidak diaktifkan.

“Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi.

“Kewujudan kumpulan ini penting kerana ada perkara yang menyentuh tentang UMNO sahaja seperti mana dalam isu hari ini (berhubung gesaan Dr. Mahathir),” jelasnya.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, isu Dr. Mahathir sebenarnya bukan agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

Menurut beliau, kesemua ahli Parlimen yang mewakili UMNO faham bahawa keputusan Dr. Mahathir itu merupakan hak beliau dan mereka menghormatinya.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berkata, walaupun Dr. Mahathir banyak berjasa kepada parti tetapi sudah menjadi kebiasaan pemimpin utama UMNO meninggalkan parti selepas bersara.

‘‘Walaupun kita berasa sedih dengan tindakan Dr. Mahathir tetapi kita akan tetap bersama-sama menyokong kepimpinan Abdullah,” katanya.

Razali Ibrahim (BN-Muar) berkata, ahli-ahli Parlimen UMNO perlu memainkan peranan untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan dan juga BN.

‘‘Sebagai wakil rakyat dari UMNO, kita akan tetap berada dalam parti dan setia bersama parti. Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri tadi, kita hanya bincangkan selama lima minit sahaja isu Dr. Mahathir,” ujarnya.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata, ahlia-ahli Parlimen UMNO dari Sabah turut menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Abdullah.

‘‘Tidak semestinya dalam sidang Dewan Rakyat kita lantang bersuara bermakna kita mahu lompat parti atau tidak menyokong BN.

‘‘Kita bersuara kerana mahu menyampaikan masalah rakyat. Itu sahaja. Kepimpinan Presiden parti tetap kita sokong. Apa yang kita dapat lihat dalam perjumpaan tadi ialah Perdana Menteri sangat terbuka dan menerima pendapat dan cadangan setiap ahli Parlimen,” ujarnya.

Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata, kesemua ahli Parlimen UMNO yang menghadiri mesyuarat itu meminta Perdana Menteri selaku Presiden parti untuk terus memimpin UMNO.

‘‘Perdana Menteri turut berkata dalam mesyuarat itu, sebagai ahli UMNO, Dr. Mahathir tidak seharusnya bertindak demikian. Bagaimanapun, kami semua menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Abdullah,” katanya.

Maharaja Perba Jelai dan UMNO


Maharaja Perba Jelai merupakan salah seorang dari Orang Besar berempat Pahang, iaitu suatu jawatan yang amat tinggi dalam hirarki pemerintahan negeri. Kekuasaan serta pengaruhnya sangat besar di Ulu Pahang, khususnya di kawasan Jelai . Begitu tinggi penghormatan orang Jelai pada Maharaja perba atau Tok Raja bagi mereka orang jelai akan duduk menjunjung duli terlebih dahulu sebelum memulakan percakapan dengannya serta berbahasa ‘Engku’ pula pada Tok Raja.

Maharaja sendiri mempunyai bendera dan meriam kebesaran. Kekuasaan Maharaja Perba begitu Besar sehingga boleh menjatuhkan hukuman bunuh tanpa merujukkannya terlebih dahulu kepada Bendahara di Pekan. Tok Raja dibantu oleh beberapa Panglima dikenali sebagai ‘Apit Limpang” dan menjadi orang yang sehidup semati dengan Tok Raja dan ‘ganti mata dan telinga’ baginya.

Rujuk: Norazit Selat, Pahang Dahulu & Sekarang, 1996 dibawah tajuk kecil oleh Zakarian bin Mat Dom . Wan Muhamad bin Wan Ideris’ Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 & peranan dalam perang saudara di Pahang, hlm 40-41.

Komen . Dari cerita tersebut menunjukan bertapa berkuasa Maharaja Perba ke atas Orang Jelai tetapi sekarang hanya tinggal kenangan, generasi sekarang khas warga Lipis tidak lagi mengenal sejarah tersebut kerana tidak dicerita oleh Orang Tua dan ceritanya pula tidak dimasukan dalam sukatan pelajaran sejarah di sekolah. Pengajarannya pula kita takut sejarahnya akan berulang dan Parti UMNO yang berkuasa akan menjadi seperti sejarah Maharaja Perba.

Isnin, 19 Mei 2008

Dr Mahathir keluar Umno


May 19, 08 12:12pm

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir berkata, beliau akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar.

Berucap dalam satu forum di Alor Sta pagi ini, Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

PM paling lama

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.

Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.

Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.

Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.

Dasar Ekonomi Baru

Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

Dari Laman Web Malaysia Kini .

Komen : Kalau betul cerita ini ianya sangat menyedihkan seperti sedihnya DSAI dipecat.



Pertandingan Nasyid



  1. Tarikh :19 Jun 2008
  2. Masa : 0900 Malam
  3. Tempat : Dataran Lipis

Hubungi En Rizduan, EnZakuan dan Puan Hartini 093125313


Jumaat, 16 Mei 2008

Tun Ghazali Shafie


Tun Ghazli Shafie bersama Pemimpin lama Kuala Lipis

Dilahirkann pada tahun 1922 di Kuala Lipis. Mendapat pendidikan awal di Clifford School, seterusnya melanjutkan pelajaran ke University College of Wales dan London School of Economics.

Penglibatan dalam Politik

Dalam Politik beliau menjadi penasihat tetap Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia. Peranan beliau dalam pembentukan negara Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak cukup signifikan.

Beliau pernah menjadi Menteri Penerangan Malaysia (1970) dan Menteri Luar Negeri dan Menteri Tugas-Tugas Khas semasa Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak. Kedua-dua mereka berasal dari negeri Pahang. Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk , merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.

Dasar luar semasa zaman Tun Abdul Razak diperkukuhkan dengan pembentukan ICG iaitu Majlis Antara Kerajaan-Kerajaan.

Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Peranan beliau amat berkesan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu pada 1975.

Beliau bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukunegara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1970.

Dari 1993-1995 beliau menjadi penulis tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Peristiwa 13 Mei

Kajian / hipotesis oleh Kua Kia Soong terhadap Peristiwa 13 Mei mendapati bahawa nasionalis Tun Abdul Razak cuba melakukan rampasan kuasa terhadap Tunku Abdul Rahman dengan sokongan daripada Dato' Harun bin Idris, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghazali Shafie.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Ghazali_Shafie"

Khamis, 15 Mei 2008

Pertandingan Tomoi Terbuka Lipis



Tarikh : 30 -31 Mei 2008

Masa : 0930 Malam

Tempat : Dewan Jubli Perak Lipis

Tiket : RM10.00 dewasa RM 05.00 kanak-kanak

Anjuran : Pergerakan Pemuda UMNO Aur Gading & Ketua Pemuda Bahagian Lipis.

Datanglah beramai-ramai.

Rabu, 14 Mei 2008

Keluhan seorang peneroka.



Felda Sungai Koyan menerima penghijrahan peneroka dari pelusuk Negara pada tahun tahun 1972. Kedatangan mereka pada masa itu kerana menyahur seruan Bapa Pembangunan Tun Abdul Razak dan semangat DEB. Bapa saya merupakan salah seorang dari ratusan peneroka tersebut. Beliau merupakan peneroka yang sangat setia kepada majikan (felda) walaupun berfahaman pembangkang (parti PAS) dari mula mengenal apa itu politik (zaman Dato’ Asri Muda).

Pada tahun 1986 hingga 2005 pendapatText Box:  Jika permohonan pertama diterima tanpa borang permohonan itu dibuang  umur beliau masih cukup  tetapi permohonan ketiga beliau sudah mencecah umur 71 tahun. peneroka tidak menentu, pada tahun tertentu (1989) harga buah sawit menjunam sehingga RM 45.00 satu tan. Bayangkan bertapa sukar hidup sebagai seorang peneroka dengan anak yang masih bersekolah. Bil air/elekterik sudah tidak mampu dibayar oleh peneroka, hutang dengan Felda Niaga sudah tidak mampu ditanggung oleh pengurusan Felda walaupun berada dalam keadaan sukar pihak Felda berusaha memberi kemudahan kerdit tersebut. Bapa saya merupakan peneroka yang masih setia kepada Felda, beliau tidak meninggalkan Felda untuk mencari sedikit pendapatan seperti lain-lain peneroka. Pada masa itu ada yang menjual susu, beras yang diambil dari kedai Felda untuk mendapat duit tunai(cash) untuk membiayai perbelanjaan anak sekolah.

Tanam Semula.

Bermula era penanaman semula pada tahun 1995 bapa saya masih setia juga kepada Felda dengan menyerah semua ladang beliau seluas 14 ekar kepada pihak felda untuk diurus memandangkan beliau sudah tidak mampu(tua) anak-anak meninggalkan rancangan mencari pekerjaan untuk menampung hidup mereka. Sesetengah peneroka menanam sawit sendiri atau mengambil semula ladang yang telah diusahakan oleh felda. Dalam felda bapa saya diketogerikan sebagai peneroka lot kuning yang bermaksud menyerah 100 peratus ladang kepada Felda.

Beliau telah tinggal di Felda selama 36 tahun berbagai pegalaman pahit, manis di zaman ladang Felda, [1]system block, [2]system individu hingga kepada [3]penyerahan ladang 100 peratus kepada felda. Disinilah kami adik beradik seramai 7 orang membesar, bermain dan bersekolah.

Keluhan bapa.

Pada tahun 2006 felda telah melancarkan pinjaman perumahan sebanyak RM 45,000.00 kepada peneroka untuk membesar rumah mereka. Bapa saya salah seorang peneroka yang tidak ketinggalan mengisi borang tersebut dan saya bersama adik saya telah menjadi penjamin ke atas pinjaman tersebut. Setelah setahun menunggu tiada sebarang jawapan dari pejabat Felda Sungai Koyan 1. Pada tahun 2007 bapa saya mengisi sekali lagi borang tersebut kerana borang pertama tidak diterima oleh pejabat Felda Wilayah Mempaga. Pada tahun 2008, saya bersama bapa telah pergi ke Pejabat Wilayah Mempaga untuk melihat keputusan permohonan tersebut, mengikut keputusan dari pegawai di Wilayah Mempaga bapa saya telah melebihi umur kerana mencecah 70 tahun lebih insuran tidak ‘cover’ umur tersebut.

Jika permohonan pertama diterima tanpa borang permohonan itu di buang umur beliau masih cukup tetapi permohonan ketiga beliau sudah mencecah umur 71 tahun.

Daripada cerita ini, saya mengambil kesimpulan bahawa memang bapa saya menjadi mangsa konspirasi pihak pentadbiran Felada Sungai Koyan 1 atau pentadbiran JKKK Sungai Koyan yang telah tidak menerima seorang berfahaman pembangkang (PAS) dari mendapat pinjaman perumahan tersebut. Bapa saya seorang sangat yang setia kepada majikannya (lot Kuning) tetapi dinafikan hak nya hanya kerana berlainan fahaman politik. Ingat pemimpin ku, kalau bapa seorang penyokong pembangkang tidak semestinya anaknya seorang pembangkang dan kalau bapa penyokong kerajaan tidak semestinya anak menjadi menjadi penyokong kerajaan yang setia. Peneroka yang mencecah umur 70 – 80 tahun menunggu masa untuk dipanggil ilahi dan kamilah yang akan mewarna masyarakat Felda pada masa akan datang. Bapa yang berhajat hendak membina rumah tersebut bukan kehendak beliau tapi kerana mempunyai anak cucu yang ramai apabila sekali balik ke kampong pada masa cuti dan kedua, bagi mencantikan permandangan di tanah rancangan dengan mengurangkan rumah-rumah usang.

Kesimpulan.

Kita sebagai pentadbir atau pemimpin jika mengambil keputusan, padanganlah dari sudut agama, bangsa dan masyarakat. Jika tidak mampu memimpin berilah peluang kepada yang mampu dan berwawasan. Sudah banyak sejarah malap bagi Felda Sungai Koyan 1 yang kita lalui, malulah kita kepada jiran Sungai Koyan 2 dan Sungai 3.

Komen.

“Minta Maaf jika blogs ini menyinggung perasan yang hidup mahupun yang telah mati. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama...” Selamat majujaya warga Felda hingga ke anak cucu ingat zaman kita susah dulu “kalau pandang ke langit melihat bintang, ingat rumput yang kita pijak”. Sekian terima kasih.


[1] Seramai 20-25 peneroka satu block ,hasil ladang diberi samarata.

[2] Seorang peneroka terpaksa menuai, menggangkut hasil ladang bersendirian.

[3] Menyerah ladang mereka kepada felda untuk diusahakan hasil ditentukan oleh felda.

Ceramah Agama Bulanan


Tarikh : 16 Mei 2008

Masa :09.00 Malam
Tempat :Dataran Lipis

Penceramah : Ustaz Ideris bin Derus Sekolah Kebangsaan Sentosa Maran.

Datanglah Beramai-Beramai Bersama Keluarga.

Sabtu, 10 Mei 2008

Ceramah PAS di Kampung Kechau Tui



Ceramah PAS oleh

Suhaimi Saad (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang ) bersama Roslan Zainal Bekas calon PAS ADUN Padang Tengku.

Masa : 10 Mei 2008 (Sabtu) 09.00 Malam.

Datanglah beramai-ramai untuk mendengar beberapa pekara berkenaan dengan isu semasa.

Ahad, 4 Mei 2008

Pertandingan Paint Ball Karnival Lipis 2008


Pertandingan yang bertaraf dunia ini baru diperkenalkan di Malaysia. Kanival Lipis 2008 membawakan Paint Ball kepada penduduk Lipis untuk sama-sama mendalami cara permainan siapa yang ingin memasuki kubu permainan dan mencubanya bakal peserta dinasihatkan membawa pakaian persalianan kerana anda mungkin terkena tembakan itu.

Menarik, rugi kalau tak cuba.

PERTANDINGAN PAINT BALL KANIVAL LIPIS 2008

YURAN PENYERTAAN : RM 250 PER TEAM.

HADIAH

Pertama : RM 500.00

Kedua : RM 300.00

Ketiga : RM 150.00

Tarikh tutup : 13 Mei 2008.

Hubungi Majlis Daerah Lipis.

09-3121253

Sabtu, 3 Mei 2008

Program ramah mesra pemimpin bersama rakyat


Tarikh : 03 Mei 08 (sabtu)

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Dewan Orang Ramai, Kampung Beletik Kuala Lipis

DUN : Jelai

Parlimen : Cameron Highland

SEMUA DIJEMPUT HADIR