Selasa, 20 Mei 2008

Maharaja Perba Jelai dan UMNO


Maharaja Perba Jelai merupakan salah seorang dari Orang Besar berempat Pahang, iaitu suatu jawatan yang amat tinggi dalam hirarki pemerintahan negeri. Kekuasaan serta pengaruhnya sangat besar di Ulu Pahang, khususnya di kawasan Jelai . Begitu tinggi penghormatan orang Jelai pada Maharaja perba atau Tok Raja bagi mereka orang jelai akan duduk menjunjung duli terlebih dahulu sebelum memulakan percakapan dengannya serta berbahasa ‘Engku’ pula pada Tok Raja.

Maharaja sendiri mempunyai bendera dan meriam kebesaran. Kekuasaan Maharaja Perba begitu Besar sehingga boleh menjatuhkan hukuman bunuh tanpa merujukkannya terlebih dahulu kepada Bendahara di Pekan. Tok Raja dibantu oleh beberapa Panglima dikenali sebagai ‘Apit Limpang” dan menjadi orang yang sehidup semati dengan Tok Raja dan ‘ganti mata dan telinga’ baginya.

Rujuk: Norazit Selat, Pahang Dahulu & Sekarang, 1996 dibawah tajuk kecil oleh Zakarian bin Mat Dom . Wan Muhamad bin Wan Ideris’ Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 & peranan dalam perang saudara di Pahang, hlm 40-41.

Komen . Dari cerita tersebut menunjukan bertapa berkuasa Maharaja Perba ke atas Orang Jelai tetapi sekarang hanya tinggal kenangan, generasi sekarang khas warga Lipis tidak lagi mengenal sejarah tersebut kerana tidak dicerita oleh Orang Tua dan ceritanya pula tidak dimasukan dalam sukatan pelajaran sejarah di sekolah. Pengajarannya pula kita takut sejarahnya akan berulang dan Parti UMNO yang berkuasa akan menjadi seperti sejarah Maharaja Perba.

2 ulasan:

Cik SHiNJU berkata...

Besor kuasa Tok Raja zaman tu yek..
Baguslah sejarah lama ni dikongsi dgn generasi baru mcm saya ni...

Warisan Perba berkata...

Salam. Meminati dan menghayati apa yang dikategorikan sebagai SEJARAH seperti yang anda rasai amatlah baik, terutama generasi sekarang.

Kisah SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA yang menjadi ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG (PAHANG) sejak abad ke-16M itu, dan kisah-kisah zaman silam yang lain semuanya wajar menjadi iktibar. Yang tidak baik hendaklah menjadi sempadan, manakala yang baik boleh dijadikan teladan. Setelah itu, kita boleh mencipta sejarah masing-masing dalam negara yang tercinta ini. Kuasa akan hilang seperti sejarah silam itu jika kita tidak bijak merencana dan enggan berbakti kepada bangsa, agama dan tanah air. Terima Kasih.