Selasa, 24 Jun 2008

Karaoke di Lipis



"Sesekali nak tunjuk bakat...!

Contohi Johor Serah Lot Rumah



Oleh SALEHUDIN MAT RASAD




BANDAR JENGKA 23 Jun - Kerajaan Pahang perlu mencontohi Johor yang telah menyerahkan lot-lot tapak rumah di tanah kosong rancangan Felda di negeri itu kepada generasi baru bagi membolehkan mereka membina rumah sendiri.

Ketua-ketua peneroka Felda Jengka ketika ditemui menyifatkan, pemberian lot-lot tapak rumah di kawasan tanah kosong kepada generasi baru Felda lebih relevan bagi mengatasi masalah rumah di kalangan masyarakat Felda.

Ketua Kampung Anggerik Jengka Satu, Mohd. Akhir Awang, 53, berkata, walaupun Felda berusaha membangunkan projek perumahan generasi baru Felda di lokasi tertentu tetapi langkah itu tidak dapat mengatasi keperluan rumah di tanah rancangan.

''Felda berhasrat untuk memajukan perumahan di Jengka Satu tetapi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan generasi baru Felda lebih berminat mendirikan sendiri rumah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Kampung Felda Semarak Jengka 15, Adnan Darus, 53, yang turut menyokong usaha tersebut berkata, banyak kawasan tanah kosong yang terbiar dan tidak produktif di kawasan Felda boleh ditukar syarat tanah kepada kawasan perumahan.

Tambahnya, ramai generasi kedua dan ketiga Felda sudah berkeluarga dan memerlukan rumah kediaman sendiri untuk membesarkan anak masing-masing.

''Jika ramai di kalangan mereka diberi peluang mendirikan rumah di tanah rancangan secara langsung dapat menghalang tenaga produktif berhijrah ke kawasan lain khususnya ke bandar-bandar besar mencari kehidupan baru," katanya.

Ketua Kampung Felda Melati Jengka Sebelas, Abdul Razak Abdul Rahman, 52, berkata, projek perumahan generasi Felda di bawah kendalian agensi itu amat dialu-alukan tetapi secara realitinya tidak ramai berjaya terpilih mendiami rumah berkenaan.

Selain itu tegasnya, tidak semua mereka mampu membeli rumah kos rendah dan sederhana yang berharga antara RM35,000 hingga RM90,000 ditawarkan agensi itu.

''Strategi paling tepat ialah beri lot-lot tapak rumah kepada individu terpilih dan mereka mendirikan rumah di tapak itu dengan reka bentuk dan perbelanjaan sendiri," katanya.

Pengerusi Belia Felda Harapan Baru Jengka Satu, Mohd. Zaharunn Nizam Mahmad, 28, pula memberitahu, tidak ramai golongan muda yang mampu membeli rumah siap yang ditawarkan oleh Felda berikutan mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap. Utusan Malaysia

Komen

Generasi sebelum merdeka telah mendapat faedah dengan perlaksanaan DEB yang berakhir pada 1990. Kebanyakan mereka telah pun mempunyai aset daripada perlaksanaan dasar tersebut seperti Pembangunan Tanah Pinggir, Rancangan Pengumpulan Semula Mangsa-Mangsa Banjir (RPSB), Rancangan Tanah Pemuda (RTP), Rancangan Pemulihan Tanah(Felcra) dan Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda). Tetapi generasi selepas tahun 1990 untuk mendapat sebidang tanah untuk membina sebuah rumah pun tidak ada. Pemimpin di peringkat atasan perlu berusaha memikirkan rancangan yang perlu dibuat bagi golongan muda terutama generasi kedua Felda. Bagaimana untuk membangunkan IKS disesebuah penempatan Felda jika tiada tempat untuk menginap bagaimana untuk mengerjakan ladang di Felda jika tiada sebuah rumah untuk tinggal. Generasi pertama felda pada masa ini sudah tidak produktif kebanyakan umur mereka mencecah 60 ke 70 ke atas. Jika kerajaan yang dipilih oleh rakyat terlalu sayang kepada sekeping tanah untuk diberi kepada rakyatnya beri peluang mereka untuk membuka tanah kelompok tanpa memberi geran tanah. “Jika sebidang tanah pun tiada untuk tinggal bumi Malaysia ini apalah yang boleh dibangga 50 tahun merdeka”.


Isnin, 23 Jun 2008

Selepas Malam penutup Karnival Lipis 2008


"foto semacam ni banyak lagi"
Karnival yang diadakan sangat baik untuk warga Lipis, ianya merupakan acara tahunan bagi mempromosi Daerah Lipis sabagai bandar warisan sejarah dan sangat bermanafaat kepada peniaga kecil yang berjaya memperkenalkan produk Daerah Lipis kepada pengunjung. Tetapi disebalik itu terdapat anak muda-muda kita mencemar Karnival tersebut seperti foto di atas. "Lu fikirlah sendiri ...malas nak komen."

Rabu, 18 Jun 2008

Specialist in Massage AH HONG (Tukang Urut Tapak Kaki)



"kalau sakit macam tu memang ada penyakit"

Specialist in Massage for Rheumatis, Hand & Leg Numbness, Headache,
Eye Illness& Waist Pains

Pakar dalam urut Tapak kaki Rahimatisam(Rheumatism) boleh sembuh sakit kepala,pinggang,mata,telinga, buah pinggang, perut kebung, demam, lumpuh (stroke), lemah batin, gaut dan segala masalah-masalah badan

Kiosk Tepi Centre Point
Jalan Pekeling, 27200
Kuala Lipis Pahang.

Telefon : 019 -9665473

Jadual Karnival Lipis 2008




Pertandingan tarik tali

Jumaat, 13 Jun 2008

Pasca PRU-12 Politik Melayu & Masa Depan



Perjumpaan dengan Tengku RazaleighHamzah(Ku Li) di Bandar Mentakab Pahang Pada 14 Jun 2008 (Sabtu) jam 2.00 petang.

"Semua orang ramai dijemput Hadir"

Ahad, 8 Jun 2008

Bas terbabas di Jalan 8 Kuala Lumpur - Kota Baharu - Tumpat



Kemalangan berlaku pada 8 Jun 2008 pukul 8.30 pagi di jalan 8 Kampung Bapong Kuala Lipis Pahang. Maklumat yang diterima, mendapati Pemandu dan Pembantu Pemandu meninggal dunia di temapt kejadian manakala 20 penumpang selamat. Al-Fatihah

"BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, TERUTAMA YANG MENGUNAKAN JALAN 8"

Sabtu, 7 Jun 2008

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji Kuala Lipis Dikhuatiri Lemas



Kawasan yang dipercayai Lemas

KUANTAN, 6 Jun (Bernama) -- Kegembiraan 11 orang rakan sekolah memancing ikan di kawasan Sungai Jelai dekat Desa Jeram Batu, Kuala Lipis semalam bertukar sedih apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dibawa arus.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lipis, DSP Abdul Razak Hassan berkata A. Norriswan Zaki, 14, dari Desa Jeram Batu, yang juga pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji, Lipis dipercayai lemas ketika sedang bermain air di tepi sungai berkenaan dalam kejadian pada 3 petang.

Beliau berkata, 10 lagi rakannya yang berusia antara 13 dan 15 tahun hanya mampu melihat mangsa dibawa arus kerana kebanyakan mereka juga tidak pandai berenang.

"Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersama rakan-rakannya pergi ke sungai berkenaan untuk memancing dan dipercayai turut bermain air di tebing sungai berkenaan.

"Bagaimanapun ketika sedang bermain-main, mangsa dipercayai telah terjatuh sebelum hanyut dibawa arus," katanya kepada Bernama.

Bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai perkara itu kemudiannya membuat laporan polis sebelum gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilakukan.

Abdul Razak berkata, seramai 10 anggota polis dengan dua bot penyelamat melakukan operasi berkenaan yang turut dibantu beberapa pasukan penyelamat lain daripada pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan penduduk setempat.

Menurutnya, pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari sejauh 20 kilometer dari lokasi kejadian dan akan meneruskannya di kawasan yang lebih jauh memandangkan hujan lebat malam Khamis.

"Disebabkan hujan lebat malam tadi, kita khuatir kalau mangsa benar-benar lemas, dia mungkin hanyut lebih jauh lagi," katanya.

-- BERNAMA

Selasa, 3 Jun 2008

Lipis: Koyan- Betau- Cameron Highland 88 km.



"Perjalanan dari Felda Sungai Koyan ke Cameron Highland dengan menaiki motosikal... "Boleh cuba tetapi tentukan hari tersebut tidak hujan". Perjalaanan sejauh 88 km sahaja, minyak setangki cukup.

KARNIVAL LIPIS 2008



Majlis Daerah Lipis (MDL) akan menganjurkan Karnival Lipis 2008 di dataran MDL di sini mulai 14 Jun hingga 20 Jun ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamed berkata, karnival tahunan itu akan memaparkan kesenian dan kebudayaan penduduk termasuk Orang Asli daerah ini.

Beliau berkata, antara acara yang akan diadakan termasuk demonstrasi memasak makanan tradisional seperti nasi kebuli, kuih-muih daripada gula kabung, membuat kraftangan, pertunjukan kesenian dan permainan tradisional daripada badan kebudayaan Daerah Lipis.

''Karnival ini diadakan untuk menarik ramai pelawat tempatan dan pelancong luar ke bandar bersejarah Lipis,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, Karnival Lipis yang bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam itu setiap hari itu turut dimeriahkan oleh persembahan artis tempatan termasuk daripada Akademi Fantasia (AF).

Pengunjung juga, katanya, berpeluang menyertai permainan paintball, tarik tali, senamrobik, menyumpit dan permainan tradisional lain yang popular di pedalaman Lipis.

Pada karnival itu juga, beliau berkata, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan mengadakan rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

''Kita juga mengundang petani dan pengusaha mengadakan pameran projek pertanian dan produk masing-masing untuk promosi serta dipasarkan kepada orang ramai sepanjang karnival ini,'' katanya.

"Datanglah beramai-ramai"