responsif teks foto

Khamis, 24 Julai 2008

Mesyuarat Cawangan: Bahagian Lipis


Pada 26 Julai 2008 pukul 3.00 PTG

1. Cawangan Limau Purut.

2. Cawangan Kampung Berhamah.

3. Cawangan Felda Chegar Perah 1.

4. Cawangan Jeransang Hilir.

5. Cawangan Kampung Bukit.

6. Cawangan Lada Kering.

7. Cawangan Kubang Rusa.

8. Cawangan Mentara Baru.

9. Cawangan Redan.

10. Cawangan Kg Petola.

11. Cawangan Rengai/Kadok.

12. Cawangan Teluk Gunung.

13. Cawangan Tanjung Bungor.

14. Cawangan Merapoh.

15. Cawangan Chegar Perah.

Yang berkenaan jangan lupa hadir.

Pertandingan Kugiran Terbuka Lipis 2008



Berminat hubungi yang berkenaan

Ahad, 20 Julai 2008

Kelas Dewasa Kg. Lubuk Kulit, Padang Tengku Kuala Lipis.


Gambar ini diambil pada tahun 1962, semasa pihak kerajaan mengadakan kelas dewasa kepada warga tua yang buta huruf (semacam dalam cerita Pendekar Bujang Lapok). Wan Rahim bin Wan Abdullah merupakan guru yang mengajar di kelas tersebut. Kebanyakan murid yang bersama ‘group photo’ tersebut telah pun meninggal dunia, kepada anak cucu yang masih mengenal nenek moyang mereka boleh balas komen di bawah.

Sabtu, 12 Julai 2008

Tok Raja Wan Muhamad bin Tok Raja Wan Idris

Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 Tok Raja Wan Muhamad bin Tok Raja Wan Idris (1827-1919) bersama anaknya Tok Raja Wan Chik dan seorang cucunya di Bukit Betong 1885. Era pemerintahan beliau merupakan zaman kegemilangan intitusi Maharaja Perba Jelai dan kepentingan beliau jelas di dalam peristiwa menaikkan Tun Ahmad ke takhta Kerajaan Pahang pada tahun 1863, penglibatan Pahang dalam perang Selangor dari 1872-1873 dan Perang Bahaman dari 1891-1895 dalam keadaaan tertentu beliau dipandang sinis oleh banyak pihak.
Rujuk:
Bingkisan Sejarah Raub, Rao dan Pagaruyung: Pertalian dengan Raub dan Pahang oleh Zaffuan Haji Manap. hlm 14. Foto Arkib Negara Malaysia

Khamis, 10 Julai 2008

RM 3000 DUIT PERUNTUKAN BUAT PERSATUAN BELIA DI LIPIS

PROGRAM DAFTAR SEMULA PERSATUAN BELIA DI DAERAH LIPIS

ANJURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

HARI : AHAD

JAM : 8.30 PAGI

TARIKH : 13/07/2008

TEMPAT : DEWAN RESIDEN (DEWAN LAMA)


SEMUA KETUA BELIA CAWANGAN DI DAERAH LIPIS DIJEMPUT HADIR ATAU HANTAR WAKIL

penerangan tentang skim tabung ekonomi belia juga ada,
datang jangan tak datang

semua belia lipis juga dijemput hadir !

Selasa, 8 Julai 2008

Sejarah Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai


Maaf... Tok Raja ke -10 Wan Ibrahim bin Wan Tanjung dan Tok Raja sekarang 
tak dimasukan poster ni oleh 'geni.com'.."


Sejarah Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai
Di Bukit Betong Lipis iaitu di daerah Hulu Pahang telah sekian lama bertapak satu kelompok dari keturunan Raja Pagar Ruyung juga memegang teraju Orang Besar Berempat Pahang turun temurun. Yang dimaksudkan adalah keluarga Orang Kaya Indera Perba Jelai atau Tok Raja Jelai yang mengikut catatan sejarah keluarga mereka, Seri Maharaja Perba adalah nenek moyang mereka yang pertama datang dari Pagar Ruyung ke Lipis pada Tahun 1591. Nama kampong asal Seri Maharaja Perba di Pagaruyung ialah Kabung Pagar Teras.

Ikut bersama Seri Maharaja itu ialah dua saudaranya yang laki-laki iatu Maharaja Indera Pahlawan serta seorang saudara perempuan yang tidak dikenal pasti namanya. Saudara beliau yang perempuan ini berkahwin denmga ulama Tun Bandan Patani dan zuriat mereka inilah menurunkan kaluarga Maharaja Perba Jelai sehingga kini kerana Seri Maharaja Perba itu tiada berzuriat.

Rantau Hulu Pahang pernah suatu ketika terpisah dari pemerintahan Sultan Pahang di Pekan apabila tanah daerah tersebut dibeli olaeh Seri Maharaja Perba yang pertama itu daripada Sultan Abdul Ghafur Mohaidein Shah iaitu Sultan Pahang terakhir dari keturunan Melaka (1567-1614) dengan harga “ segantang ulang aling emas, satu dasar bali isi emas dan sesuku tangan baju isi emas” Disebabkan itulah Maharaja Perba Jelai sangat dihormati oleh rakyat Hulu Pahang suatu ketika dahulu sehingga terkenal dengan gelar “Raja Bukit Betong” atau Raja di Bukit “ kerana sememangnya beliau berasal dari keturunan raja Pagar Ruyung.







Ketika zaman pemerintahan Maharaja Perba Jelai Ke-6, Tok Raja Wan Idris dan Tok Raja Wan Muhamad (1776-1882), sekitar tahun 1830-an atau awal 1840-an dijemput pula sekelompuk keluarga pahlawan berdarah Raja Pagaruyung dari Minangkabau untuk menjadi panglima khusus bagi mempertahankan keluarga institusi Maharaja Perba Jelai di Bukit Betong. Rombongan tersebut diketuai seorang yang bergelar“pendekar mamat“ yang dipercayai salah seorang daripada kerabat diraja Pagaruyung yang membawa diri ke Tanah Semenanjung setelah kedaulatan yang dipertuan Rajo Alam Pagaruyung terakhir, Sultan Tunggal Alam Bagagar Shah Johan berdaulat dijatuhkan oleh penjajah Belanda pada tahun 1833. Gelar ‘pendekarnya” itu hanyalah untuk mengaburi mata orang ramai sahaja supaya jangan tahu asal usul beliau yang sebenarnya. Ketahui lagi baca buku Bingkisan Sejarah Raub.

Maharaja Perba Jelai merupakan salah seorang dari Orang Besar berempat Pahang, iaitu suatu jawatan yang amat tinggi dalam hirarki pemerintahan negeri. Kekuasaan serta pengaruhnya sangat besar di Ulu Pahang, khususnya di kawasan Jelai . Begitu tinggi penghormatan orang Jelai pada Maharaja perba atau Tok Raja bagi mereka orang jelai akan duduk menjunjung duli terlebih dahulu sebelum sebelum memulakan percakapan dengannya serta berbahasa ‘Engku’ pula pada tok Raja.

Maharaja sendiri mempunyai bendera dan meriam kebesaran. Kekuasaan Maharaja Perba begitu Besar sehingga boleh menjatuhkan hukuman bunuh tanpa merujukkannya terlebih dahulu kepada Bendahara di Pekan. Tok Raja dibantu oleh beberapa Panglima dikenali sebagai ‘Apit Limpang” dan menjadi orang yang sehidup semati dengan Tok Raja dan ‘ganti mata dan telinga’ baginya.

Rujuk:

Keterangan Wan Bidin bin Wan Idris, kampong Bukit Pampong, Hulu Dong. Beliau adalah cicit Orang Kaya Maharaja Setia Raja Wan Daud bin Wan Pahang (Orang Kaya Haji)1805-1889

Norazit Selat, Pahang Dahulu & Sekarang, 1996 dibawah tajuk kecil oleh Zakaria bin Mat Dom . Wan Muhamad bin Wan Ideris’ Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 & peranan dalam perang saudara di Pahang, hlm 40-41.

Bingkisan Sejarah Raub 2007.Rao dan Pagaruyung: Pertalian dengan Raub dan Pahang oleh Zaffuan Haji Manap. hlm 05

Pengikut buku-buku sejarah Orang Lipis kebanyakannya, berasal dari Sumatera Barat (Pagar Ruyung). http://jaro.com.my

Selasa, 1 Julai 2008

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Lipis


Pada 1 Jun 2008 Pemuda UMNO Lipis buat pertandingan bola 9 sebelah, bulan Julai Ketua UMNO Bahagian Lipis buat pertandingan bola 9 sebelah. Lihatlah sejarah, apabila Perikatan (BN) tidak mendapat sokongan daripada rakyat pada PRU 1969 adakah Tun Razak mengambil alih dari Tungku Abdul Rahman menjadi PM Malaysia mengambil pendekatan menganjur pertandingan sukan untuk menarik rakyat menyokong kerajaan. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan tidak ada ada ‘standard’ menonjolkan popularity dengan menganjur pertandingan 9 sebelah beri peluang kepada pemuda atau belia yang menganjurkan sukan tersebut. Tugas yang lebih besar adalah memperbanyakkan lagi rumah kos rendah di Daerah Lipis meninggkatkan lagi kemudahan Asas yang masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri Pantai Barat…… Fikir-fikirlah sendiri orang Lipis. Apa yang Tun Razak buat untuk bangsanya. Salah satu contoh, seorang peneroka Felda mempunyai nilai aset RM 180,000.00.

AddToAny