Ahad, 24 Ogos 2008

Ceramah KeAdilan


"Kat Lipis Tak Ada Kereta ni"
Malam tadi saya pergi ke Taman Guar Perahu untuk melihat Suasana dan sambutan ceramah KeAdilan. Memang tak dapat nafikan sungguh ramai penyokong Keadilan yang mendengar ceramah dari Dato Harun Din, YB. Azmin Ali dan pengantinnya Dato Seri Anwar Ibrahim walaupun hujan gerimis. Saya anggarkan 5000 ke 6000 ribu manusia yang hadir, jalan raya penuh sesak dipenuhi oleh peminat atau penyokong DSAI. Inti pati ucapan menyentuh isu Liwat, Sumpah Saiful, Harga Minyak, Kerajaan Pakatan Rakyat dan lain-lain umum mengetahuinya.

'Char Koay Tew' Sungai Dua
Saya sebenar telah lama teringin makan 'Char Koay Tew' dan air nira maklumlah tinggal di Lipis tidak ada semua itu. Saya pun mencari makanan tersebut disekitar Permatang Pauh dan terjumpa Char Koay Tew Sungai Dua memang sedap, air nira pula saya terjumpa di Kubang Semang. Disini rupanya ada juga orang Pahang yang datang membantu jentera kempen KeAdilan mereka tinggal di Padang Ibu, Guar Jering.

3 ulasan:

Kemahang Bulletin berkata...

cayalah bro dah ada gambo pun...dapat le kami nengok tempat orang..

Photographer RAZAK RAMLI berkata...

Sentimen menakutkan melayu dengan hak ketuanan,anwar egen yahudi,isu sumpah dan berbagai isu untuk memburukkan,menghitamkan PR tidak berjaya.Rakyat zaman sekarang bukan lagi dizaman 60an atau 70an.
Percaya bulat-bulat.Zaman untuk bersaing...dengan anak buah pemimpin Umno...pun rakyat biasa kalah.Kabel itu ...kabel ini.Dah jadi perkara biasa.Lihat saja agihan saham felcra.Siapa yang dapat.Satu untuk kamu...seribu untuk aku.Rakyat marhein melihat itu semua...dan undi adalah balasan dendam keramatnya.

Tabib berkata...

Bagus cerita dan gambar yang saudara rakam.

wassalam,
/redzlan @ raub/.