Rabu, 26 November 2008

Hujan lebat: Risiko banjir dan tanah runtuh.





Fenomena hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis diramalkan berlanjutan sehingga hujung bulan ini. Keadaan ini dijangka boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai serta tanah runtuh di kawasan berbukit.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, hujan dijangka lebih lebat berbanding sebelum ini dari Khamis ini sehingga 29 November depan. Di kawasan Lipis air mula naik dan terdapat beberapa tempat tanah runtuh hinggakan menyekat laluan kenderaan.

Lipis menjadi daerah pertama dilanda banjir di negeri ini setelah empat kampung di kawasan itu dinaiki air setinggi kira-kira satu setengah meter akibat hujan lebat awal pagi ini.

Berikutan kenaikan paras air bermula pukul 1.35 pagi itu, seramai 31 orang daripada 12 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selain menumpang di rumah jiran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Supritendan Ibrahim Sharif berkata, ia melibatkan 10 mangsa dari Kampung Binjai, Kampung Seberang Jelai (15) serta masing-masing tiga mangsa dari Kampung Beralas dan Kampung Bukit Kota. utusan malaysia

1 ulasan:

Blogger Pahang berkata...

Assalamualaikum, saya ingin meletakkan blog saudara dalam blog Himpunan Blog Pahang. Harap saudara dapat singgah di sana dan memberikan maklumat yang diperlukan. Terima kasih.

http://bloggerpahang.blogspot.com/