Rabu, 31 Disember 2008

Selamat Tahun Baru 2009



Tuan-tuan dan teman-teman yang saya hormati, sempena dengan tahun baru Hijrah 1430 dan tahun baru 2009 yang disambut . kesempatan ini diambil untuk ucapkan.....

Selamat Menyambut Tahun Baru’

Harapan.... semoga tahun baru ini akan memberi lebih peluang kecemerlangan dan kebahagian dalam kehidupan kita.

Yang penting azam dan usaha yang akan kita laksanakan...Semoga semuanya didalam rahmat Allah.

“Ya Allah..., muliakanlah dan sayangilah saudaraku ini sekeluarga. Berkatilah keluarganya, sihatkanlah tubuh badannya, limpahkanlah rezekinya, kuatkan imannya, Berikanlah kenikmatan ibadahnya, Jauhkan dari fitnah & penghinaan. Suburkan benih keimanan dengan rasa kasih sayang serta taqwa. Capaikanlah segala hajat dan impian kami untuk kejayaan didunia dan akhirat dan capaikan impian kami untuk melihat keamanan didunia ini. Selamatkanlah saudara kami di mana-mana sahaja yang ditindas dan dizalimi. Hidayahkanlah mereka yang menindas dan menzalimi umat islam... Semoga musuh kami ini juga akan menyertai kami dalam mentaati perintah dalam agamamu ya Allah. Musnahkanlah musuh agama kami yang tidak menerima hidayah mu. Berikanlah kemenangan kepada kami didunia dan akhirat. akhir sekali Muliakanlah kehidupan kami serta kedua bonda dan ayahda kami di dunia dan akhirat .

Amin yazaljala liwalikram...”

Salam dari.....

Zaini

Kuala Lipis Pahang



Selasa, 30 Disember 2008

Silat Pulut di Lipis



Semasa kecil saya selalu melihat silat pulut tersebut di pertonton pada majlis perkahwinan, menyambut tetamu yang hadir ke Lipis tetapi yang menjadi persoalan saya pada hari ini silat tersebut sudah tiada 'skil' seperti yang dipertontonkan pada masa dahulu, ketawak (gendang) pun tidak seiringan dengan pesilat. Ini adalah pemerhatian yang bukan pakar dalam bidang tersebut.

Isnin, 29 Disember 2008

Elaun tok batin naik hingga 250 peratus


KUALA LIPIS 28 Dis. - Seramai 206 tok batin di seluruh Pahang akan menikmati kenaikan elaun sehingga 250 peratus berkuatkuasa 1 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenaikan elaun itu membabitkan tok batin dari semua kategori A hingga C.

Menerusi kadar baru itu, kata beliau, tok batin kategori A yang mentadbir melebihi 1,001 penduduk Orang Asli yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM1,800 setahun, akan mendapat RM4,800 setahun.

''Bagi tok batin kategori B yang mentadbir antara 501 hingga 1,000 penduduk akan menikmati kadar kenaikan elaun sebanyak RM3,600 setahun berbanding RM1,500 setahun pada masa ini.

''Tok batin kategori C yang mentadbir anak buahnya antara 100 hingga 500 orang akan menerima kenaikan elaun daripada RM1,200 ke RM2,400 setahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program pemimpin dan media bersama penduduk Orang Asli anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Cameron Highlands di Kampung Kuala Koyan dekat sini hari ini.

Pada program itu, Wan Rosdy menyampaikan 30 hamper makanan sumbangan Kemas Cameron Highlands kepada warga emas dan kanak-kanak cacat Orang Asli.

Hadir sama, Penolong Pengarah (Perhubungan) Kemas negeri, Zaaba Unnasir Osman, Penyelia Kanan Kemas Cameron Highlands, Zainal Abidin Mohd. Ali Hanafiah dan Penghulu Mukim Jelai, Mohd. Razaki Abd. Razak.

Wan Rosdy memberitahu, elaun berkenaan akan diberikan sebanyak dua kali setahun kepada tok batin bagi memudahkan mereka berbelanja dan menjalankan urusan pentadbiran di kampung masing-masing.

Kata beliau, Pahang memperuntukkan hampir RM500,000 untuk membayar kadar elaun baru itu kepada semua tok batin. Utusan Malaysia


Rabu, 24 Disember 2008

Seminar pembentangan perancangan peniagaan



Tarikh : 27 Dis 2008 (Sabtu)

Masa : 0800 pagi

Tempat : Dewan Residen Kuala Lipis

"Berminat sila hadir, yuran pendaftaran RM 150.00 sahaja"

Selasa, 23 Disember 2008

JPJ bersama rakyat




FELDA SUNGAI KOYAN 2 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan Program Bersama Rakyat (JBR) bagi mendekatkan jabatan itu dengan pelanggannya.

Program dua hari itu bertujuan menyelesaikan urusan berkaitan jalan raya dan membabitkan beberapa jabatan lain.

Antara terbabit ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Pengarah JPJ Negeri, Datuk Zakaria Man berkata, program itu bagi mengadakan perkhidmatan langsung dan memberi kemudahan kepada pelanggannya.

“Program ini juga membuka peluang untuk mendekatkan rakyat dengan perkhidmatan JPJ dan menggalakkan warga emas memiliki lesen memandu,” katanya ketika ditemui pada program itu, di sini.

Program sama akan diadakan di beberapa kawasan lain di seluruh negeri bagi menyediakan kemudahan kepada masyarakat.

Hadir sama Exco Kemajuan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri, Roslinda Ab Razak dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Mohd Fuad Mohd Shariff.

Menurutnya, beberapa aktiviti yang dianjurkan itu juga mampu meningkatkan tahap keselamatan dan pengetahuan pengguna mengenai tanggungjawab ketika berada di jalan.

“Selain itu, JPJ juga berhasrat mengembangkan imej JPJ di mata rakyat,” katanya.

Zakaria berkata, melalui program itu juga, orang ramai dapat menyelesaikan sebarang urusan berkaitan JPJ dengan mudah di kawasan masing-masing tanpa perlu ke bandar. - Sinar Harian

Ahad, 21 Disember 2008

Penumpang bas terpaksa tunggu bas hampir tiga jam.


Terminal Anggerik

KUALA LIPIS Penumpang bas merungut kerana terpaksa menunggu bas sehingga hampir tiga jam untuk pergi ke suatu distinasi. Kebanyakan penduduk kampong hanya mengunakan pengangkutan tersebut untuk keluar ke bandar Lipis dalam berurusan membeli keperluan dan juga berurusan dengan Pejabat. Kerajaan. rujuk Sinar Harian.

Komen : “Bersabar penduduk Lipis, perubahan ini untuk kebaikan kita bersama…!

Latabelakang Daerah Lipis




LATARBELAKANG DAERAH LIPIS

Keluasan Daerah

5,168 kmp

Daerah Ketiga Terbesar di Negeri Pahang

Mukim dan Kampung

12 Mukim dan 81 JKKK

Kampung Tradisional - 354

Kampung Baru Cina - 4

Pos Orang Asli - 6

Kampung Pinggir - 8

PECAHAN KAUM

Melayu 51,184 orang - 65 peratus

Cina 9,300 orang - 12 Peratus

Orang Asli 7300 orang - 9 Peratus

India 4,700 orang - 6 peratus

Lain-lain 6,700 orang - 8 peratus

Jumlah 79,184 orang 100 peratus

PEKERJAAN PENDUDUK

Pertanian - 16,724 - 64.4 peratus

Perkhidmatan - 4,778 - 18 peratus

Perdagangan - 2,061 - 7.9 peratus

Perkilangan - 1,550 - 4.4 peratus

Pembinaan - 496 - 1.9 peratus

Pengangkutan - 543 - 2.1 peratus

Kewangan - 77 - 0.3 peratus

Perlombongan - 147 - 0.6 peratus

Jumlah 25,976 -100 peratus

Sumber MDL

Khamis, 18 Disember 2008

Pakar baiki kasut Kuala Lipis


 Abang Ramli Abu Bakar

Sesekali tunjuk bakat


Harga Semasa

Harga Tukar Tapak - RM35.00 hingga RM 45.00 sahaja
Harga menjahit mengikut kerosakan kasut dari - RM 1.00 hingga RM 20.00

Pepatah Kami

"Kalau elok beritahu kawan, Kalau tak elok beritahu kami..."

LEE
Tukang Kasut.

Kolam Pancing Delta Bersatu Kg Kuala Lanar

Sabtu, 13 Disember 2008

Penerangan Khas



Penceramah : Nuridah Salleh (Ketua Mulimat PAS Pusat)

Dr Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang)

Tarikh : 14 Dis 2008

Masa : 0900 Malam

Tempat : Markas PAS Kampung Relong Kuala Lipis Pahang.

"Semua dijemput Hadir"

Jumaat, 12 Disember 2008

Penurunan mendadak harga Getah

Untuk maklumat harga getah SMR 20 (Diproses dari Getah Scrap/Getah Beku) turun mendadak dari sekitar RM5 ke RM1.20 disebabkan penurunan minyak mentah yg juga secara mendadak dari USD 140+ turun hingga kini sekitar USD 48- per barrel.

Penggunaan getah dunia adalah sekitar 20 juta metrik tan setahun dimana 60% atau adalah getah sintetik dan 40% adalah getah asli. Getah sintetik bahan asas nya dari minyak metah. Oleh itu apabila harga minyak jatuh, permintaan atas getah asli berkurang apabila pengguna akan beralih kepada getah sintetik yang lebih murah. Apabila permintaan getah asli berkurang makan secara langsung harga getah turut jatuh.

Bagi Harga minyak Sawit (CPO-Crude Palm Oil) harga juga menjunam dari sekitar USD1050 per MT pada bulan August/Awal September merudum ke paras kurang dari USD550 per MT. Ia nya berkait rapat dengan penurunan harga minyak mentah Crude oil serta penurunan harga minyak kacang soya serta rapeseed oil.

Secara ekonomi bebas harga akan turun apabila berlaku kekurangan permintaan berbanding penawaran. Malaysia belum lagi mampu mempunyai kekuatan stok penimbal yang boleh mengawal harga pasaran dunia.

kalau kebun 2 ekar, harga RM 4.50 baru dapat RM 1000 sebulan,sekarang tinggal RM 300 je.....

Komen: “Apa khabar ekonomi orang Lipis ? Kebanyakan orang kampong sudah tidak sanggup untuk menoreh. Yang memajak kebun Getah sudah tidak mampu bayar sewa, nampak gaya Kebun Getah semak semula macam dulu……….”

Ahad, 7 Disember 2008

Untuk warga Lipis

Banyak sungai di Lipis tercemar

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 6 Dis. - Kerajaan Pahang masih belum berpuas hati dengan tahap kebersihan sungai-sungai di sini, yang tercemar berpunca daripada perbuatan segelintir penduduk sehingga menjejaskan sektor pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kebanyakan sungai di sini dicemari dengan najis, bangkai haiwan dan sampah sarap.

''Kita kecewa kerana sungai yang indah dan menjadi tapak perkelahan kini telah tercemar. Lebih malang lagi, ia adalah sumber air minuman kita," katanya ketika merasmikan program gotong-royong Sungai Jelai Kecil sempena Kempen Cintailah Sungai Kita di pusat rekreasi Kuala Koyan dekat sini hari ini.

Hadir sama, Penghulu Hulu Jelai, Mohd. Razaki Abd. Razak.

Menurut Wan Rosdy, pencemaran tersebut boleh menyebabkan risiko penyakit jika langkah pencegahan tidak diambil segera.

Katanya, apabila sungai tercemar, sektor pelancongan akan terjejas sekali gus menyebabkan kurangnya pendapatan penduduk yang menjalankan perniagaan di kawasan rekreasi itu.

Selain itu katanya, sikap pengusaha industri yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa juga merupakan punca pencemaran.

''Penduduk tidak perlu menyalahkan pihak berkuasa. Sebenarnya punca utama sungai tercemar ialah sikap kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, penjagaan sungai memerlukan penglibatan dan kerjasama semua pihak.

Menurutnya, sebanyak 16 batang sungai di negara ini dikategorikan sebagai tercemar yang kebanyakannya terletak di negeri yang pesat membangun seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM300,000 untuk membina tandas awam, dewan, bilik persalinan, astaka dan surau di pusat rekreasi Kuala Koyan.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, Kuala Koyan dan Sungai Jelai Kecil akan menjadi tarikan baru pelancong untuk menjalankan kegiatan rekreasi. Utusan Malaysia

Sabtu, 6 Disember 2008

18 lembu disembelih Majlis Korban Perdana



KUALA LIPIS Sebanyak 18 ekor lembu akan dikorbankan pada majlis Korban Perdana sempena Hari Raya Aidiladha di Kampung Relong, Padang Tengku dekat sini Isnin ini.

Setiausaha Jawatankuasa Masjid Kampung Relong, Suhaimi Mohamad berkata, program penyembelihan itu akan diadakan di pekarangan masjid kampung tersebut selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha.

Menurut beliau, program penyembelihan terbesar yang pernah diadakan di kampung itu membabitkan ternakan bernilai RM45,000 yang disumbangkan oleh jawatankuasa masjid dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Relong.

''Program korban yang membabitkan hampir 1,500 ahli kariah Kampung Relong itu telah dirancang lebih awal sebagai pengisian pada Hari Raya Aidiladha tahun ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini.

Suhaimi memberitahu, program tersebut turut melibat persatuan-persatuan belia dan orang perseorangan yang menyumbang ternakan untuk disembelih.

Menurutnya, program itu dapat merapatkan hubungan antara penduduk termasuk sanak-saudara yang kembali dari perantauan sempena hari raya dan cuti persekolahan.

Suhaimi menambah, acara penyembelihan ternakan itu akan dilakukan oleh imam masjid kampung itu manakala agihan daging kepada fakir miskin serta asnaf yang lain akan dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa masjid dan JKKK Relong. Utusan Malaysia

"Cucu cicit Tok Linggi buat korban..."

Rabu, 3 Disember 2008

Pembelajaran Internet di Lipis







ICT TRAINING MAXIS

Tarikh :
10 -11 Dis 2008

Masa :
0900 Pagi

Tempat :
Perpustakaan Awam Daerah Lipis
n JKR 621, Jln. Lipis Benta
27200 Kuala Lipis

Tel: 09-3124155
e-
mail:lipis@pahanglibrary.gov.my

Anjuran :
KTAK, Maxis

“Berminat dijemput hadir” PERCUMA.

Selasa, 2 Disember 2008

Kejadian Manusia

PENCIPTAAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN



ALAM RAHIM (Alam kandungan)

Marilah kita sama-sama perhatikan kebesaran ciptaan Allah, bagaimana kejadian manusia pada Alam Ramim. Terdapat banyak ayat Al-Qur'an berhubung dengan Alam Rahim yang difirmankan oleh Allah diantaranya seperti berikut:-

Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23 Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.

Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.

Dalam surah Al-'Imran, juz ketiga ayat 6, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalam surah Yaasin, juz keduapuluh tiga ayat 77, Allah Ta'ala berfirman:

Yang bermaksud: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).

Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah

menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Secara marfuk Baginda s.a.w bersabda: Allah s.w.t mengutuskan Malaikat ke dalam rahim. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani. Setelah beberapa ketika Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalu empat puluh hari Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging. Apabila Allah s.w.t membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya? Segala-galanya dicatit semasa dalam perut ibunya lagi

Dengan ayat-ayat dan hadis diatas yakinlah Allah itu Maha Pencipta

Menurut Profesor Moore untuk mengkaji ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi, beliau berasa takjub. Beliau berasa pelik bagaimana Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam, pada empatbelas kurun yang lalu, mampu menerangkan mengenai embrio dan tahap-tahap perkembangannya dengan terperinci dan tepat sekali sedangkan ianya hanya ditemui oleh ahli sains sejak tiga puluh tahun lalu sahaja. Ketakjuban beliau bertukar menjadi penghormatan terhadap ayat-ayat tersebut. Beliau memberikan pandangan ini kepada rakan-rakan intelek dan kelompok saintifiknya. Malahan beliau memberikan syarahan di atas topik keserasian di antara kajian embrio moden dengan Al-Quran dan Sunnah dimana beliau berkata:

Saya berbesar hati untuk membantu menerangkan kenyataan-kenyataan dari Al-Quran mengenai kejadian manusia. Jelas bagi saya bahawa kenyataan-kenyataan ini diberikan kepada Muhammad dari Allah Allah, atau Tuhan, oleh kerana kesemua ilmu-ilmu ini tidak ditemui sehingga beberapa kurun selepas beliau. Ini membuktikan kepada saya Muhammad ialah seorang Rasul Allah Allah.

Lazimnya, sesudah memikirkan segala kejadian alam semesta dan keagungan Allah yang menciptakannya, akhirnya kita akan kembali memikirkan kejadian diri kita sendiri. Kita tercipta daripada ibu bapa kita dan sekiranya ibu bapa tiada atau salah seorangnya tiada, tentu sahaja kita tidak mungkin dilahirkan ke dunia ini.

Cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana kiranya kita tidak ada, tidak pernah ada, tidak tertulis di Loh Mahfuz atau tidak pernah dilahirkan ke dunia. Jika tidak mencipta kita sudah pasti kita tidak ada. Jika kita tidak ada, sudah tentu kita tidak mengetahui adanya alam semesta yang luas ini. Tentu kita tidak kenal matahari dan bulan, tidak kenal manisnya gula, lazatnya makanan dan hidangan. Kita juga tentunya tidak dapat merasakan indahnya rasa kasih sayang, cinta dan tentunya saat-saat bahagia tidak mungkin kita rasai.

Syukur, alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud. Kita sudah dapat menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yang menghiasai segala ruang angkasa. Kita sudah dapat menikmati pelbagai makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah dapat merasai betapa indahnya belaian kasih sayang, cinta dan saat-saat kebahagiaan. Seterusnya kita dapat mengenali siapa pencipta kepada semuanya ini termasuk alam yang maha luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Inilah sebenarnya nikmat terbesar yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita, bahkan telah memilih kita menjadi umat-nya yang beriman dan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya. Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali. "Peringatan kepada Kita'