Selasa, 23 Disember 2008

JPJ bersama rakyat




FELDA SUNGAI KOYAN 2 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan Program Bersama Rakyat (JBR) bagi mendekatkan jabatan itu dengan pelanggannya.

Program dua hari itu bertujuan menyelesaikan urusan berkaitan jalan raya dan membabitkan beberapa jabatan lain.

Antara terbabit ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Pengarah JPJ Negeri, Datuk Zakaria Man berkata, program itu bagi mengadakan perkhidmatan langsung dan memberi kemudahan kepada pelanggannya.

“Program ini juga membuka peluang untuk mendekatkan rakyat dengan perkhidmatan JPJ dan menggalakkan warga emas memiliki lesen memandu,” katanya ketika ditemui pada program itu, di sini.

Program sama akan diadakan di beberapa kawasan lain di seluruh negeri bagi menyediakan kemudahan kepada masyarakat.

Hadir sama Exco Kemajuan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri, Roslinda Ab Razak dan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Mohd Fuad Mohd Shariff.

Menurutnya, beberapa aktiviti yang dianjurkan itu juga mampu meningkatkan tahap keselamatan dan pengetahuan pengguna mengenai tanggungjawab ketika berada di jalan.

“Selain itu, JPJ juga berhasrat mengembangkan imej JPJ di mata rakyat,” katanya.

Zakaria berkata, melalui program itu juga, orang ramai dapat menyelesaikan sebarang urusan berkaitan JPJ dengan mudah di kawasan masing-masing tanpa perlu ke bandar. - Sinar Harian

Tiada ulasan: