Jumaat, 30 Januari 2009

Pesta Jualan Exspo Jualan Ria 2009






Pertandingan Karaoke tahun Lepas

Pertandingan Karaoke
Tarikh : 31 Jan 2009
Masa : 09.30 Malam
Hari : Sabtu
Datanglah Beramai-Ramai Sambil Membeli Belah

SEDIKIT INFO: YAHUDI YANG KITA PERLU TAHU - Malaysiakini


Foto hitam/putih:Berlaku pada Zaman Hitler. Foto warna : Berlaku di Palestine sekarang

Di mana-mana kita pergi bersembang di kedai kopi, kenduri kahwin, kita tidak boleh lari dari memperkatakan keganasan Isreal ke atas bumi Palestine. Kita mencemuh, memaki bangsa Yahudi ini kerana membunuh rakyat Palestine yang tidak berdosa. Memang betul bangsa Yahudi ini merupakan bangsa yang licik pandai mengambil kesempatan walaupun mempunyai komuniti yang kecil disesuatu tempat. Saya beranggapan jika bangsa ini tercampak ke Malaysia satu keluarga tidak mustahil salah seorang ahli kelurga tersebut akan menjadi seorang menteri di Malaysia. Untuk itu saya mempaparkan sedikit maklumat Siapa itu bangsa Yahudi yang dipetik dari Malaysia Kini.

YAHUDI YANG KITA PERLU TAHU

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html ) mengenai soal tersebut.Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - kemana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawabsurat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa
ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile
Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan
Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Artis : Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universi ti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya
pelajaran.

Khamis, 29 Januari 2009

Kampung Yang Ku Tinggalkan: Kampung Tanjung Bungor

Jalaraya dari Kuala Lipis - Jerantut: melalui Kg Tanjung Bunggor
Tatkala dalam perjalanan dan memandu samada tugasan di luar daerah atau bersama isteri dan anak-anak bercuti, bila sahaja melewati kampung-kampung yang indah dan suasana kedesaan yang nyaman dan tenteram rasa rindu mula terbit dihati. Rumah2 tradisional yang elok terjaga, laman yg bersih, dusun buah-buahan yg subur menghijau disekeliling rumah, masayarakat desa yang peramah dan mesra menggamit kembali kenangan zaman kanak2 di kampung saya di Kampung Tanjung Bungor (KTB), Lipis, Pahang. Ada kala saya sengaja singgah di gerai-gerai buah atau gerai yg menjual pelbagai juadah di tepi-tepi jalan untuk "merasai" suasana kampung, sambil melempias kepenatan dan lenguh-lenguh urat memandu.

Kampung2 di tempat lain berubah dan maju seiring peredaran zaman dan kemajuan Negara, namun kampung saya Kampung Tanjung Bungor hari ini hampir-hampir tinggal nama sahaja; sepi, sespi-sepinya. Rumah-rumah tradisional dan rumah2papan usang kebanyakannya terbiar kosong tanpa waris, sebahagian lagi rebah menyembah bumi dilitupi pohon2 buah yg telah tua dan sudah merajuk tak mahu berbuah lagi juga ulan dan semak samun lain. Sungai Jelai yang mengalir di sebelah "laut"(tebing) juga sepi dan "berhantu".

Lokasi

Sungguhpun KTB terletak dalam Mukim Cheka, Daerah Lipis, namun jaraknya ke bandar Lipis tidak kurang 30 Kilometer. Bandar terhampir adalah bandar Jerantut yang hanya 17 kilometer keselatan (kira-kira 15-20 minit memandu melalui jalan "rollercoaster"). Jadi KTB adalah kampung yang paling hilir dalam daerah Lipis jika mengikut aliran sungai Jelai. Pekan yg terhampir adalah Pekan Kuala Tembeling (2 KM) di sebelah Jerantut dan Pekan Mela (4 KM) menghala ke Kuala Lipis. Perkhidmatan bas ke Bandar yang melalui KTB adalah bas Jelai (Transnasional) dan Pahang Ling Siong. Bagi perkhidmatan kereta api, tren henti-henti dari Jerantut - Lipis ada singgah di pekan Mela. Kampung-kampung jiran terutamanya yg terletak diseberang sungai Jelai menghadapi nasib yg sama dengan KTB...tinggal nama...seperti Kampung Paya Bo, Kampung Chagah, Kampung Gemuncur, Kampung Gelugur, Kampung Talus dan lain-lain. Penghijrahan besar-besaran penduduk ke tanah-tanah rancangan Felda pada awal tahun 1970an meninggalkan kampung sehingga lengang. Sebahagian lagi berhijrah dengan membina kerjaya di luar dan enggan pulang apabila pencen. Banjir yang melanda pada tahun 1971 & 1990 (yg saya ingat) melemah kan semangat anak kampung untuk menetap dan membina rumah di KTB.

Masyarakat

Penduduk yg tinggal di kampung saya KTB adalah bersifat turun temurun, jadi hampir kesemua penduduk mempunyai tali persaudaran antara satu sama lain. Sebahagian lagi adalah penduduk yg berhijrah dari negeri jiran -Kelantan yg pada mulanya untuk menoreh getah penduduk asal kg ini. Namun lama kelamaan, sudah dianggap sebagai saudara sendiri. Masjid, surau dan balai-raya merupakan tempat untuk masyarakat berkumpul dan menjalankan pelbagai aktiviti. Ketua masyarakat KTB digelar Tok Empat (Ketua Kampung). Seingat saya Tok Empat dari saya kecil sampai sekarang ada 4 kesemuanya ; Pak Andak Haji (arwah), Tok Empat Pak Cik Keria @Zakaria (Arwah), Tok Empat Abdul Manan (Arwah) dan sekarang Tok Empat Kamarulzaman (Abg. Kamal). Hari ini, semaklum saya, tidak sampai pun 10 rumah yg berpenghuni di KTB.

Kenduri Kenara
Zaman kecil saya dulu..masa orang kawin di KTB memang meriah, kendurinya bukan hari nikahnya sahaja tetapi berhari-hari, Hari Merembat (membina pelantar, pelamin dan kemah tempat makan) sahaja sudah meriah. kami budak2 suka membuat sibuk dan "havoc". Juadahnya biasanya yg simple2 aja dan mudah didapati seperti gulai lemak rebung atau nangka muda atau labu ikan kering dan ikan kering goreng. Lepas itu hari membuat Nyor Gula (Kerisik), hari menyembelih (biasanya Kerbau menjadi pilihan sebab dagingnya banyak) sebelum majlis pernikahan berlansung. Malamnya ada persembahan Kugiran (Kumpulan Gitar Rancak) bagi menghibur warga KTB yang menyiang daging dan memasak di "sabak". Arwah Mak dan arwah Apak dan Arwah Uwan saya turut serta membantu orang memasak dan menyiang daging (saya pun misti turut serta...tapi menyibuk aja). dagingnya ada daging yg dipotong kecil untuk dimasak kari dan daging yg dipotong besar untuk "gulai besar"(rendang). Hari kenduri memang "happening" siap ada orang berniaga aiskrim dan kacang lagi. Dulu ada majlis beratur dan bersanding, pengantin diarak dengan paluan gendang dan gong (bukan kompang macam yg biasa kita tengok hari ini). ada kalanya pengantin lelaki akan di tandu diatas bahu. Berberapa das tembakan senapang patah akan dilepaskan keudara menandakan ketibaan pengantin lelaki. Wow...memang grand. Yg uniknya majlis kawin dulu di KTB tak ada pun budaya "salam kerup". So tuan rumah memang dah set in mind...ini nak bagi tetamu makan. Saudara mara dan jiran terdekat biasanya menghantar beras, barang2 utk dimasak bah kan Kerbau (biasanya bapa saudara pengantin yg berada) kepada tuan rumah sebelum majlis bermula. Sekarang.......semua tu tinggal dalam memory visual (saya sorang yg boleh akses). Nonaka & Takauchi (1995) katagorikan itu sebagai Tacit Knowledge...Saya sealiran dengan Polanyi (1958) its really uncodified...just exist in knowers mind. (berfalsafah lah pulakk...)

Hari Raya
Dulu (sebelum lahir Proton Saga - Terima kasih Tun, saya bangga... mat saleh betul2 appreciate proton cars) tak ramai yg berkereta, jalan dalam KTB pun seingat saya hujung tahun 1980an sahaja baru di turap (dah tak ada kereta buat apa nak turap). Waima yg berkerja Cikgu pun guna bas dan taksi sahaja utk balik kampung. Anak-anak dibawak sekali naik bas dan teksi yg perempuan bersetokin panjang sampai kepaha. Yg lelaki pun tak kurang juga berkasut kulit. Saya budak kampung dok perati sahajalah. Biasanya abang dan kakak saya yg sulong (Kak Long @ sekarang anak2 saya panggil Mak Wa) akan belikan dan jahitkan baju "gombang"(baju melayu lah tu..) untuk saya. Abang saya yg tua berkerja di Johor pada masa itu dan selalu juga balik membawa, "cekelat"(gula-gula), buah-buah (yg jarang2 jumpa) seperti apple, pear (sekarang belakang rumah saya bersepah...nanti next summer boleh petik), orange, lai (china pear), anggur (terkenang memetik anggur bersama wife di Adelaide semasa di Australia dulu) dan......Mercun + bunga api. Penuh juga lah boot keretanya walaupun masa tu masih bujang.

Tiap2 rumah warga KTB masing2 sibuk menyiapkan kuih muih hari raya. Yg popular mestilah Dodol (yg paling prestej), bahulu (saya suka yg cop ikan) dan mestilah lemang. kuih-kuih tradisional lain seperti putu, kuih loyang disamping kuih-muih "post modern" seperti kuih siput, kuih gunting dll. Persediaan membuat kuih tu yg paling best. Arwah apak suruh saya cari sabut nyor untuk membakar bahulu. Nanti kena pukul telor guna pemukul ber-spring tembaga. apinya mesti lebihkan yg diatas..baru masaknya sekata. Nak makan, makan yg "reject" dulu, yg elok di simpan dalam tin biskut. Mengukur nyor lagi satu hal...bukan senang...manual je..bukannya ada mesen. Nyor guna banyak pulak tu, apa ke tidaknya...dodol sahaja dah berapa puluh biji, lemang lagi, rendang lagi... huh (bulan puasa pulak tu...bestnya kalau berbuka nanti dapat minum air batu). Masa hari raya macam ni..dah tak ingat kawan dah maklumlah abang kakak yg jauh semua balik. Jumpa kawan nanti kat masjid masa hari raya. Hari raya lah peristiwa yang paling seronok dan dinanti-nanti.

Musim Buah

Buah-buah kampung menjadi tak tentu masa, kekadang "ripe"masa musim panas, kekadang musim hujan. So kalau musim hujan biasanya buah-buah lebih segar dan besar tapi kalau nasib tak baik kuranglah manisnya. Di KTB sekitar 80an-90an buah buah yg menjadi tumpuan yag pertama ialah durian lepastu barulah bedara (mata kucing), langsat (dukong belum popular), rambai dan pastinya rambutan. Musim ni ramailah anak kampung dari luar yg balik (jika kebetulan musim sekolah lagilah ramai) untuk menikmati buah-buahan segar dari bumi KTB. Ada orang2 tua yg menyimpan buah2 seperti durian yg gugur dua tigi biji untuk anak2 yg jauh (dengan harapan mereka balik) buah rambutan disimpan di pokok sahaja (jika tidak simpan untuk kera sahaja lah..). Kalau tak balik juga simpankan tempoyak sahaja lah...Buah2 yg banyak selalunya tak kan habis dimakan, jadi sebahagiannya akan di jual. Saya sendiri pernah menjual buah durian di tepi jalan dan di Batu Langguk (Jeti Kuala Tembeling) tempat pelancung menaiki bot ke Taman Negara. Yg membeli biasanya pelancung warga tempatan ataupun pemandu bot sendiri. Antara pelanggan saya yg tidak saya lupa ialah Tan Sri Azman Hashim (Arab Malaysian Bank) sekeluarga dan pembantu2. Sekali dia beli semua buah-buahan yg saya jual terus saya tak berniaga hari tu..Tutup kedai untuk hari tu...(Saya rasa saya suka berniaga....tapi...). Saya bisik dalam hati...satu hari saya akan jadi sehebat Tan Sri..

Sungai Jelai

Bekalan air paip kerumah tak silap saya hanya ada pada tahun 1982. Sebelum itu memang mengharapkan sepenuhnya air hujan di kolah (ada rumah yang membeli pre-cast round culvert yg diubahsuai) dan air Sungai Jelai. Mandi, membasuh, erk..erk..erk semuanya di sungai. Pelantar terapung diperbuat dari batang kayu yg hanyut semasa musim banjir dan dicantum menjadi seumpama rakit dan diikat di pokok (supaya tidak hanyut) di panggil "Jamban". Disitu ditambatkan perahu. Perahu panjang yg ditempah dari tukang diperbuat daripada daripada sebelah batang balak yang di bentuk menirus di depan dan dibelakang manakala di tengah-tengah di korek bagi membolehkan ianya terapung. Selain memudah kan pengagkutan ke sebarang sungai (untuk ke kebun atau berkunjung ke kampung seberang seperti Paya Bo, Kg Chagah, Kg. Gemuncur, Kg Talus dan lain-lain),perahu panjang ini juga digunakan untuk menangkap ikan. Kaedah menangkap ikan yg diamalkan pada masa itu adalah seperti Menahan "aran", "taut", mencandik, menjala, manahan jaring dan jaring hanyut. Rasanya dulu banyak betul ikan sungai yg boleh diperolehi setiap hari seperti ikan Lawang (patin buah), Patin Muncung, Jelawat, batu hulu, Kerai pasir, kerai kunyit, belida, baung, lampam, tapah, kenerak (my favourite sebab taxture isinya yg kenyal, manis dan berlemak, warna isinya kuning seakan-akan salmon). Ikan bernilai tinggi seperti patin dan jelawat jarang sekali dimakan dan biasanya di jual. Saya sendiri hanya sekali semasa kecil saya menikmati kelazatan patin sungai Jelai (I'm really missed Gulai Masam Tempoyak).

Sungai Jelai sentiasa meriah terutama pagi dan petang bila orang kampung turun mandi. Lagi best bila musim kemarau tatkala air surut sehingga pasir timbul di tengah-tengah sungai dan membentuk pulau. Fuhh memang best mandi air Lebai Mamat yg dingin mengalir dari puncak Cameron Highland di hulunya.

Penutup
Saya tetap bangga menjadi warga KTB walaupun KTB tidak seperti dulu. Kepada anak saya selalu saya sebutkan tatkala berkesempatan melewati KTB "Danial, Aleya...ni lah kampung Abah" dengan bangganya. Walaupun kedua orang tua saya telah kembali ke rahmatullah, insyaallah saya akan tetap pulang mengunjungi KTB, tempat saya dilahirkan, tempat saya dibesarkan, tempat ibu-bapa, datuk nenek dan ahli keluarga saya di semadikan, tempat dimana bermulanya perjalanan yang jauh dan mencabar ini..............

Nota: KTB pernah dikunjungi oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak pada sekitar tahun 1982(jika tidak silap ingatan saya) untuk merasmikan mesyuarat UMNO cawangan Tanjung Bungor, Lipis, ketika beliau menjawat jawatan MB Pahang.

Diambil dari http://kampungtanjungbungor.blogspot.com

KOMEN

Saya ambil cerita di atas kerana kebanyakan kampung tradisonal yang terdapat dalam daerah Lipis sama seperti yang dicerita oleh anak Kg Tanjung Bungor. Kebanyakan anak cucu tidak lagi menetap di kampung tersebut kerana berhijrah ke tanah rancangan (FELDA) dan berkerja dibandar. Rumah lama kian usang dimamah anai-anai, sesekali sahaja perantau menjenguh kampung.

Ada juga penduduk kampung merungut kerana kampung mereka tidak dihirau oleh kerajaan tapi tak mengapa mereka faham nak membangun perkampungan di pendalaman yang penduduk telah berkurang dan tanah berbukit memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Pembangunan seperti jalanraya sudah cukup bagi penduduk kampung mereka bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan.

Selasa, 27 Januari 2009

Tonjol budaya tempatan



KUALA LIPIS 26 Jan.- Kesungguhan dan komitmen penduduk menjadi faktor Projek Inap Desa Kuala Medang sekali lagi dipilih menerima anugerah terbaik peringkat kebangsaan pada tahun lalu.
Anugerah diterima pada majlis penutup showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka, bulan lalu.
Sebelum ini, Projek Inap Desa Kuala Medang yang mewakili Pahang pernah menerima anugerah sama pada 2006.
Pengerusi Penyelaras Projek Inap Desa Kuala Medang, Mohd. Razaki Abdul Razak berkata, pencapaian itu merupakan bukti kesungguhan penduduk dalam menjayakan projek tersebut.
''Pertandingan berkenaan sekali gus mengiktiraf usaha penduduk Kuala Medang untuk menonjolkan khazanah budaya tempatan dan hasil pertanian.
''Kita menggalakkan kegiatan berkonsepkan penjanaan produk dan perkhidmatan yang beridentitikan tempatan yang dihasilkan secara komersial untuk menarik minat pelancong ke Lipis dan Pahang amnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, kegiatan inap desa menjurus ke arah pembangunan masyarakat kreatif dan berinovasi sekali gus memupuk keharmonian melalui sosioekonomi.
''Kita menyediakan ruang selesa untuk pelancong manakala produk atau perkhidmatan SDSI memenuhi aspek piawaian, kualiti, persijilan, pelabelan dan pengurusan," katanya.
Mohd. Razaki berkata, konsep kontemporari yang dilaksanakan di Kuala Medang menyamai pendekatan yang diamalkan di Jepun, Korea dan Eropah yang berorientasikan model perniagaan yang kompetitif dan berdaya maju untuk menambah pendapatan penduduk menerusi sektor pelancongan.
Sehubungan itu, jelas beliau, kejayaan berkenaan boleh merangsang usahawan di Kuala Medang untuk menghasilkan produk termasuk perkhidmatan yang lebih bermutu setanding projek sama di negara lain.
''Kita yakin kejayaan ini memacu semangat penduduk dan usahawan di sini untuk memberi perkhidmatan terbaik dan menjana kualiti produk masing-masing untuk menarik ramai pelawat ke Lipis," katanya.
Mohd. Razaki berkata, kejayaan Kuala Medang meletakkan kampung pedalaman itu sebaris dengan destinasi pelancongan tersohor lain sekali gus menempa nama dalam peta dunia.
Beliau menambah, usaha 'menjual' Program Inap Desa Kuala Medang akan dirancakkan apabila jawatankuasa pengurusan projek berkenaan dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Pahang mengadakan lawatan promosi ke New Zealand bulan depan. Utusan Malaysia

Jumaat, 23 Januari 2009

Bersantai Bersama Keluarga







Majlis Daerah Lipis telah membuka satu tempat santai bersama keluarga di Dataran Lipis:
PEDAL BOAT
Untuk kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah RM 1 untuk 30 minit dewasa RM 2.

Dibuka

Isnin hingga Jumaat Jam 0300 - 700 petang

Sabtu, Ahad serta Cuti Umum Jam 0900 pagi - 0100 tengahari Jam 0300 - 0700 petang

MOTOR BIKE
Untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas RM 2 untuk 20 minit.

Isnin, 19 Januari 2009

Faktor Kalah BN di Kuala Terengganu



"Pemimpin jangan berkaraoke nanti keputusan seperti di bawah"



1. Pengundi Cina masih banyak mengundi pembangkang.
2. Calon BN merupakan pemimpin yang tidak disenangi oleh sebahagian ahli UMNO termasuk golongan pendidik maknanya UMNO berpecah dua.
3. Calon juga tidak disukai penduduk setempat kerana tahu sejarah keluarga mereka sebab itu undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar DUN Ladang. Beliau tewas 61 undi kepada calon PAS.
4. Golongan muda tidak menyokong BN. Malam 17 jan 2009 golongan muda dengan bangga merayai kemenangan calon PAS tanpa segan silu.
5. Jentera BN yang hadir ke Kuala Terengganu tidak membantu BN dalam menghadapi jentera PAS. Penyokong PAS dari luar yang begitu ramai dan bersemangat.
6. Selepas penamaan Calon mantan PM Tun Dr Mahathir mengkritik calon BN. Kenyataannya boleh mempengaruhi undi BN.
7. Faktor sebenar dari faktor di atas adalah faktor pengundi sudah tidak mahu Paklah.
Wan Farid merupakan kroni Paklah umum mengetahui.

"Itu sahaja faktor yang dapat saya paparkan setelah beberapa hari saya berada di Kuala Terengganu" Selamat tinggal Kuala Terenggnu

Rabu, 14 Januari 2009

Foto Di Kuala Terengganu






Seronok orang di Kuala Terengganu peruntukan mencurah, surat kahbar percuma, makan percuma di bilik gerakan mana-mana parti dan pendapatan perniaga meninggkat.

"UNDI YANG BETUL-BETUL LAYAK" Selamat mengundi pada 17 Jan 2009.

Isnin, 12 Januari 2009

Seketika di Kuala Terengganu


Beberapa hari saya di Kuala Terengganu, saya begitu sukar untuk mencari sarapan roti canai kebanyakan sarapan pagi yang dihidangkan di warong-warong atau kedai kopi di Kuala Terengganu adalah makanan yang sangat berat seperti Nasi Berlauk, Nasi Dagang dan Nasi Lemak. Saya sebenarnya tidak biasa sarapan makan tersebut diwaktu pagi. Puas mencari warong mamak disekitar bandar tapi tidak berjumpa sehinggakan saya menanya penduduk setempat dimana restoran yang menyediakan sarapan roti canai. Mujurlah berjumpa...!"Itulah lain tempat lain padang".
Kalau di Permatang Pauh bersepah kedai mamak yang ada roti canai.

Ahad, 4 Januari 2009

Buat Ayah



Ramai daripada kita berjaya mendapat A dalam pelajaran, gembira sungguh guru-guru, kawan taulan, saudara mara dan termasuk ayah. Setelah berusaha bersungguh di sekolah berjaya melepasi menara gading kita memperolehi pekerja yang baik mempunyai isteri dan anak-anak yang menyerikan hidup kita, kadang-kadang kita lupa pada Ayah di kampung yang membesar kita, kita lupa getah sekerap yang dipikul oleh ayah yang menyekolah kita. Kita lupa hasil buah sawit yang membayar yuran peperiksaan dulu.. Ayah sudah melepasi tanggungjawabnya di dunia ini. Kita bagaimana…?

Di bandar kadang-kadang masa kita dihabiskan dengan hal-hal politik melebihi ahli politik, Masa kita dihabiskan dengan hobi yang tidak mendatangkan untung untuk diri sendiri ataupun orang lain. Kampung sudah kita lupakan, Ayah jarang kita ingat atau jenguh atas alasan sentiasa sibuk. Itu lah anak-anak kita yang lahir pada abad ini, mementingkan diri sendiri dan tidak mahu rugi untuk kebaikan. Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....

Ditujukan khas untuk Ayah yang sentiasa dalam ingatan, sebagai penghargaan. Jagalah perasaan dan jangan abaikan mereka selagi masih hidup.

AYAH
Kaulah duta hatiku
Melayari tanpa rasa jemu
Melukis warna kehidupanku
Mengajar kebahagiaan
Meneguk manis pahit

Ayah!
Merenung menjelajah ke depan
Kau lontar panah-panah
Memanahi satu kehidupan
Antara suka dan duka
Meneruskan pelayaran
Tanpa minta balasan

Ayah!
Dikala mengejar
Kau terlupa
Wadah buatmu sendiri
Tiada keluhan kehampaan
Kau meniti batas-batas waktu
Tanpa banyak bicara

Ayah!
Jasamu ku simpan rapi
Tak mampu menghitung
Tak setanding mutiara di dasar laut
Juga tiada hiasan yang setanding
Dengan kemuliaanmu.
Sentiasa segar dalam ingatan

Dari anak tersayang
Dec 2008

Khamis, 1 Januari 2009

Kita hanya mampu lontar batu , bakar bendera, pijak gambar


Foto: Kejadian di GAZA.

Asalamualaikum Warga Lipis

“HARI INI KITA KELUAR TAJUK SEKIT…”
Kerana Agama yang kita junjung.

Mari kita sama-sama fikir dan renungkan tentang apa yang berlaku di Genting Gaza. Ratusan orang Palestine telah dibunuh. Ribuan lagi sedang diancam kebuluran dan sedang menanti maut.

Apa yang kita mampu buat :

Di Beirut - ribuan umat Islam berarak di jalanraya membakar bendera, memijak gambar bush. Hasilnya 1 maut dan berpuluh lagi cedera setelah bertempur dengan polis sendiri.

Di Indonesia - ribuan pelajar menunjuk perasaan dijalanan. Bakar bendera, pijak gambar pemimpin yahudi dan pemimpin Amerika. Dua cedera kerana dirempuh penunjuk perasaan.

Di Germany - ribuan rakyat Palestin dan penyokong mereka beraras di jalanan. Bakar bendera, bakar gambar. Tujuh orang penunjuk perasaan cedera di belasah polis.

Di Malaysia - Kempen pun bermula tiga hari lepas. Boikot Nescafe , boikot McD, boikot Tesco . Boikot semua barangan yahudi . Semalam saya pergi Tesco ... saja jalan2 tengok apa yang orang Malaysia beli. Tesco penuh sesak, isteri pergi shopping. Dalam troli ada Nescafe. Bapa melayan anak-anak kat McD.
Bila rakyat Malaysia nak berarak di jalanraya ? Tunggu hari jumaat ... lepas solat jumaat kumpul ramai-ramai depan masjid... ganggu orang lalu lalang. Lepas tu berarak pergi ke Kedutaan Amerika . Menjerit... bakar bendera, pijak gambar Bush.

Bendera beli di Tesco . “Jom kita bakar ramai-ramai..”

Itulah sahaja yang umat Islam mampu buat. Berarak, buat bising dijalan, baling batu, bakar bendera, pijak gambar. Lepas tu lapar ... pergi makan kat McD.

Orang Yahudi ketawa besar. Umat Islam cuma mampu menjerit di jalanan. Bakar bendera, pijak gambar.

Umat Islam tiada semangat untuk berjuang. Semangat mereka telah dipadamkan oleh pemimpin-pemimpin Islam. Berperang bukanlah lagi jihad sebenar. Ekonomi adalah jihad sebenar. Membina senjata bukan wajib bagi umat Islam. Perusahaan makanan lebih penting. Mengangkat senjata melawat kafirrun bukan lagi wajib. Wajib bagi kita ialah membina ekonomi. Membina ekonomi adalah jihad yang utama. Mari kita sama-sama membangunkan ekonomi berlandaskan riba' yang dicipta oleh yahudi. Ekonomi adalah jihad sebenar.

Di Genting Gaza... lebih ramai yang mati. Yang kebuluran, yang menanti maut.

Umat Islam di negara-negara lain sedang bermaharajalela dijalan-jalan raya. Bakar bendera, pijak gambar.

Teruskanlah ... jihad sebenar ialah ekonomi.