Selasa, 28 April 2009

Selsema babi yang menakutkan



Dunia kini berdepan dengan wabak penyakit baru - selsema babi atau dikenali juga sebagai Swine Flu. Saya pasti anda juga telah membaca berita dan info berkaitan dengan selsema babi ini sama ada di media atau di internet. Secara ringkasnya selsema babi berasal dari virus H1N1 yang bermutasi hasil gabungan dari genetik babi, manusia dan burung.

Di sana sini orang ramai bercerita tentang wabak ini kerana cara penyebarannya yang sangat mudah iaitu melalui udara. Berada dalam situasi begini sememangnya menyukarkan. “Mana taknya, nak pergi kerja takut, nak bagi anak-anak main kat taman pun rasa macam tak selamat (sedangkan hakikatnya aktiviti fizikal bagus untuk anak-anak), apatah lagi nak keluar berjalan-jalan dan membeli belah di shopping kompleks…” Anak-anak ke sekolah…???

Di Mexico sendiri (dimana wabak selsema babi ini mula dikesan) orang ramai dinasihatkan agar menjauhi hospital kerana di sana adalah pusat penyeberannya. Hu..hu.. tak dapat saya bayangkan jika kita di Malaysia berada dalam situasi sebegini. Bayangkan jika di waktu ini tarikh due bersalin anda dah dekat, kemanalah nak dituju kalau rasa sakit perut tu datang? Nak dok kat rumah ke atau nak ke hospital untuk dapatkan bantuan? Satu pilihan yang sungguh susah.

Apa-apa pun, harapan kita (dan saya pasti harapan kita semua…) wabak selsema babi ini tidak akan sampai ke Malaysia (walaupun kemungkinan untuk ia sampai adalah sangat tinggi), dan jika ada pun biarlah ianya dalam keadaan terkawal. Jangan jadi wabak cacar yang menghantui umat manusia berabad-abad lamanya.

Firman Allah :
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

(Surah Al-Nahl Ayat 115)

maklumat selsema babi.

Ahad, 26 April 2009

Tentera kita maut lagi : payung terjun hilang kawalan





Latihan yang dilakanakan seperti di atas

Tentera maut payung terjun hilang kawalan

KANGAR: Seorang anggota tentera pasukan 10 Briged Para terbunuh, manakala dua rakannya cedera parah selepas payung terjun mereka hilang kawalan akibat angin kencang ketika menjalani latihan penerjunan menyebabkan mereka tersasar ke dalam kolam di ladang tebu di Felda Chuping dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi mangsa, Zamberi Yusof, 26, dari Kem Terendak, Melaka, dipercayai lemas apabila payung terjunnya tersasar ke dalam kolam berkenaan, manakala rakannya, Mohd Jais Mohd Yusof, 38, cedera di pinggang akibat terhempas selepas dipercayai pengsan di udara, manakala seorang lagi yang gagal dikenali mengalami patah di bahu.

Mangsa dan dua rakannya yang cedera dikejarkan Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Jenazah Zamberi diterbangkan ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan dengan pesawat tentera di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, pada sebelah petang. Berita Harian.

Komen

Sebenarnya orang awam tidak pernah tahu latihan yang dilaksanakan oleh Tentera-Tentera kita, berbagai liku dan cabaran yang perlu ditempohi untuk meningkatkan tahap professional bagi seorang pegawai dan anggota. Sesetengahnya hanya tahu tentera kita 100 peratus mengundi BN melalui undi pos.

Gurindam dari Lipis


Gurindam dari Lipis

Anak Lipis dewasa di Pekan,

Turun waris pemimpin ternama,

Alhamdulilah syukur kita lafazkan,

Satu Malaysia rakyat di utamakan.


Turun waris pemimpin ternama,

Bagai harimau meninggalkan belang,

Satu Malaysia rakyat diutamakan,

Bersatu melonjak prestasi cemerlang.


Bagai harimau meninggalkan belang,

Masyhur sejarah musim berzaman,

Bersatu melonjak prestasi cemerlang,

Makmur Malaysia sepanjang zaman.


Oleh : Rahmin Mahasan

Pertandingan Memancing



Pertandingan Memancing Kolam Pancing Ulu Dong

Tarikh : 02 Mei 2009

Masa : 0930 pagi hingga 0130 petang

Yuran : RM 60.00 satu joran

Hubungi : 016 933 1449 atau 09 365 9648

"Berminat dipersilakan"

Khamis, 23 April 2009

Mahmoud Ahmadinejad's : you are the best



Presiden Ahmadinejad menyelar barat yang menggunakan Holocaust sebagai alasan untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan dimana persidangan antiperkauman berlangsung yang dianjur oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva. Dengan ini terbukti beliau merupakan negarawan Islam yang bukan hanya beretorik tetapi berani berkata benar walaupun dihadapan para penzalim dan penyokong negara zalim dan biadap.

KOMEN

“Berani atau boleh kah pemimpin kita berucap seperti beliau dihadapan pempinan tinggi dunia….?

Saya ingat Tun Mahathir sahaja yang berani. Lain kecut ho….

Sabtu, 18 April 2009

Rakyat tak tolak BN: Najib


PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka dan bukannya menolak Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, oleh itu pemimpin BN perlu bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Perdana Menteri berkata sekalipun berlaku 'tsunami politik' semasa pilihan raya umum 2008, namun kejayaan beliau mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi, majoriti yang dilihat menongkah arus pada pilihan raya umum lalu itu, membuktikan rakyat senang dengan pemimpin yang selalu mendekati mereka.

"Maknanya rakyat tidak tolak BN tapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat," katanya ketika berucap pada majlis sambutan meraikan perdana menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Najib berkata pemimpin BN kini perlu mencontohi pemimpin terdahulu yang sentiasa bersama rakyat dan mengutamakan kepentingan rakyat.

"Ayahanda saya, Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua), sanggup menyingsing seluar, rabat (panjat) tangga untuk melawat rakyat, jadi zaman sekarang ini, wakil rakyat tak perlulah "berbush jacket" lagi, gunakanlah pendekatan yang dekat di hati rakyat, abdikanlah diri kepada rakyat," katanya.

Pada sidang media di kediamannya selepas itu, Najib berkata konsep abdikan diri itu ialah para pemimpin perlulah sentiasa melaksanakan gerak kerja yang mengutamakan rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat tanpa menunggu menjelangnya pilihan raya.

"Kita mesti mendampingi rakyat dan mengutamakan rakyat dalam gerak kerja kita sebagai wakli rakyat Parlimen atau negeri, ada jawatan atau tidak dalam kerajaan, kalau kita berbuat demikian kita bukan sahaja mendekatkan hubungan dengan rakyat tapi dapat tahu masalah rakyat dan dapat meleraikan kekusutan yang dihadapi rakyat tanpa perlu menunggu pilihan raya, buat kerja tanpa menunggu (adanya) pilihan raya," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis sambutan itu, Najib melahirkan rasa terharu dengan sambutan lebih 15,000 warga Pekan yang menyambut kepulangan pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Najib berkata sepanduk parti Pas yang turut mengalu-alukan pelantikannya sebagai Perdana Menteri yang dipasang di persimpangan Tanah Putih menghala ke bandar Pekan turut menyentuh hatinya. - Bernama

Komen

"Kena sambut gembira jugalah sebab kita orang Pahang dan bila nak bertandang ke Lipis yang di hulu ni...?

Jumaat, 17 April 2009

Kuala Gandah Lanchang Pahang




Kuala Gandah merupakan tempat penempatan gajah-gajah yang ketiadaan habitat. Mungkin habitat mereka sudah termusnah kerana pembangunan seperti pembukaan ladang sawit besar-besaran oleh Felda pada penghujung tahun 60-an dahulu.

Untuk melihat gajah tiada caj atau bayaran dikenakan tetapi untuk mengikuti aktiviti menunggang atau mandi bersama gajah disungai berdekatan dan merasa dihempap punggung gajah, kita perlu menjadi pengunjung ke 120 orang terawal Pengunjung ke-121 dan ke atas hanya dibenarkan untuk mengikuti aktiviti melihat, bergambar dan meraba gajah sahaja.

Waktu lawatan seperti berikut:

Isnin – Khamis: 1200 pm hingga 0445pm

Jumaat :0245 pm hingga 0445pm

Sabtu, Ahad ,Cuti Umum : 10.00am hingga 0445 pm

"Produk pelancongan negeri Pahang"

Jumaat, 10 April 2009

Ceramah PAS


Beliau akan mengulas disebalik cerita Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Penceramah : Ybg Mohamad Sabu

Tarikh : 17 April 2009

Masa : 0900 malam

Tempat : Kampung Gua, Kuala Lipis Pahang

"Datanglah beramai-ramai dan fikirlah sendiri"

Khamis, 9 April 2009

Kota Ngah Ibrahim


Kota Ngah Ibrahim Matang merupakan kawasan dan rumah kediaman Ngah Ibrarim anak kepada Che Long Jaafar, orang yang mula-mula menemui dan meneroka perusahan bijih timah di Bukit Gantang, Taiping pada pertengah kurun ke 19. Dengan penghasilan bijih timah ini Ngah Ibrahim telah menjadi kaya raya melebihi dari sultan perak sendiri, Sultan telah menganugerakan geleran Menteri Larut kepada Ngah Ibrahim.

Kemasukan kaum cina yang ramai telah mengakibatkan tertubuhnya kumpulan kongsi Kongsi gelap antara kumpulan Chee Hin dan Hai San. Kedua-dua kumpulan kongsi gelap ini sering bermusuhan. Begitu juga dengan Kompeni Hindia Timur Inggeris yang ingin campur tangan di negeri Perak untuk monopoli perniagaan bijih timah ini.

Atas ancaman ini kota Ngah Ibrahim di buat dengan kukuh. Tembok kotanya dibuat dengan beberapa lapisan batu bata setinggi lebih dari 1.5meter. Rumah Ngah Ibrahim didirikan betul-betul ditengah kota ini . Pembinaan kompleks ini dipercayai siap pada tahun 1858. Kompleks ini juga dijadikan pejabat dan pusat memungut cukai bijih timah jajahan Larut.Kota ini dihubungkan dengan Kuala Sepetang melalui jalan darat dan terusan.

Rumah ini juga dijadikan tempat perbicaraan Dato’ Maharaja Lela dan Si Puntum yang telah membunuh J.W.W Birch, Residen InggerisPertama pada 02 November 1784 di Pasir Salak. Bangunan rumah Ngah Ibrahim pernah dijadikan Maktab Perguruan yang pertama sebelum dipindahkan ke Tanjung Malim, Perak. Kemudian Bangunan ini dijadikan Sekolah Kebangsaan Matang sehingga ke akhir tahun 1970an. Akhir sekali kawasan dan bangunan rumah Ngah Ibrahim ini dijadikan Pusat dan Pejabat Kompleks Sejarah Matang dan Jabatan Muzium dan Antikuti.

KOMEN

Bangunan bersejarah tersebut perlu dijaga untuk generasi akan datang. Sebelum ini saya hanya mendengar cerita tersebut dari guru yang mengajar sejarah semasa bersekolah dahulu.

Rabu, 8 April 2009

Realiti di Port Weld





Kuala Sepetang adalah nama asal Port Weld. Nama rasminya yang disiytiharkan oleh Kerajaan Negeri Perak adalah Kuala Sepetang terletak di kuala sungai yang menghadap Selat Melaka di sebelah barat. Tempat tersebut berhampiran dengan Matang, Au Long, Kamunting dan Taiping.

Dikenali sebagai Port Weld sempena nama seorang Governor, Frederick Weld. Terletak berhampiran kuala sungai dan berada dalam daerah Taiping di Perak, ia bermula sebagai tempat perkampungan nelayan.

PRK P 059 Bukit Gantang 7 April 2008 penduduk Port Weld yang majoriti kaum cina telah menyebabkan PAS menang selesa dengan undi PAS 1,947 berbanding BN 364. Kampung Melayu Port Weld iaitu kampung Menteri juga kencudang ditangan PAS yang sebelum ini dimenangi BN.

Selepas penamaan calon saya tinggal lebih seminggu di kawasan tersebut bercampur dengan penduduk kampung melihat dan berpendapat dalam politik era baru ini rupanya manusia pada hari ini sangat pandai berpura-pura mengalahkan pelakon filem. Jika mereka berbaju BN, bertopi BN, belum tentu memangkah BN. Penyokong BN belum tentu memangkah BN. Itulah realiti pengundi hari ini.