Selasa, 28 April 2009

Selsema babi yang menakutkan



Dunia kini berdepan dengan wabak penyakit baru - selsema babi atau dikenali juga sebagai Swine Flu. Saya pasti anda juga telah membaca berita dan info berkaitan dengan selsema babi ini sama ada di media atau di internet. Secara ringkasnya selsema babi berasal dari virus H1N1 yang bermutasi hasil gabungan dari genetik babi, manusia dan burung.

Di sana sini orang ramai bercerita tentang wabak ini kerana cara penyebarannya yang sangat mudah iaitu melalui udara. Berada dalam situasi begini sememangnya menyukarkan. “Mana taknya, nak pergi kerja takut, nak bagi anak-anak main kat taman pun rasa macam tak selamat (sedangkan hakikatnya aktiviti fizikal bagus untuk anak-anak), apatah lagi nak keluar berjalan-jalan dan membeli belah di shopping kompleks…” Anak-anak ke sekolah…???

Di Mexico sendiri (dimana wabak selsema babi ini mula dikesan) orang ramai dinasihatkan agar menjauhi hospital kerana di sana adalah pusat penyeberannya. Hu..hu.. tak dapat saya bayangkan jika kita di Malaysia berada dalam situasi sebegini. Bayangkan jika di waktu ini tarikh due bersalin anda dah dekat, kemanalah nak dituju kalau rasa sakit perut tu datang? Nak dok kat rumah ke atau nak ke hospital untuk dapatkan bantuan? Satu pilihan yang sungguh susah.

Apa-apa pun, harapan kita (dan saya pasti harapan kita semua…) wabak selsema babi ini tidak akan sampai ke Malaysia (walaupun kemungkinan untuk ia sampai adalah sangat tinggi), dan jika ada pun biarlah ianya dalam keadaan terkawal. Jangan jadi wabak cacar yang menghantui umat manusia berabad-abad lamanya.

Firman Allah :
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

(Surah Al-Nahl Ayat 115)

maklumat selsema babi.

2 ulasan:

armouris berkata...

lagi info tentang swine flu kat sini - FAQ on Swine Flu

CakLam berkata...

Koi link blog awok dalam blog koi..

www.caklam.blogspot.com