responsif teks foto

Sabtu, 27 Jun 2009

Karnival Lipis 2009



dataran Lipis

Karnival Lipis 2009 bermula pada 27 Jun hingga 03 Julai 2009.

Cara pada 27 Jun 2009. Senaman Aerobik bermula 08.00 pagi di Dataran Lipis dengan Lintas Langsung oleh RTM.

28 Jun 2009 Pertandingan paintball bermula 08.00 pagi di Dataran Lipis pertandingan lain seperti Catur, Dart, congkak dan sepak Raga.

29 Jun 2009 pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Hadiah berjumlah RM 430 disediakan.

01 Julai 2009 pertandingan hasil pertanian kategori buah, Sayur, Buah dan Industeri Hasil Tani. penyertaan hubungi 09-3121231 Pejabat Pertanian Daerah Lipis.

03 Julai 2009 Pertandingan gubahan siri junjung, kraftangan, daun getah,sulaman,tekatan dan anyaman serta masakan berasaskan gula kabung Hadiah berjumlah RM940 disediakan. . Penyertaan hubungi 09-3121253 Majlis Daerah Lipis. - SH

Khamis, 25 Jun 2009

Pertandingan Memancing di Lipis



Pertandingan memancing kolam kechau Kampung
Melaka Kechau Kuala Lipis Pahang.

Tarikh : 05 Julai 2009 (Ahad)

Masa : 0900 Pagi - 1300 Petang

Yuran : Yuran 1 Joran RM 60.00

Pertama RM 5000.00

Kedua : RM 2000.00

Ketiga : RM 1000.00 hingga ke tempat tiga puloh

20 cabutan bertuah barangan memancing.

Keteranagn Lanjut :Tel 019-9245379 / 0139110066 / 09-3121109

"Datanglah beramai-ramai..."

Rabu, 24 Jun 2009

Kampung tersusun bekas tentera



by: Zaini Raban

LENGGONG 23 Jun - Kerajaan negeri sedia menempatkan bekas anggota tentera yang berasal dari negeri ini di kawasan kampung tersusun bagi membolehkan mereka memiliki tapak rumah dan kediaman sendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, bagi merealisasikan perkara tersebut, semua pegawai daerah telah diarah mengenal pasti kawasan kampung tersusun baru atau yang sedia ada bagi melaksanakan perkara berkenaan.

''Ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif kerajaan negeri untuk menghargai jasa bekas tentera yang telah banyak berkorban hingga mengalami kecacatan kekal kerana mempertahankan negara.

''Kita tidak boleh melupakan jasa anggota-anggota tentera terbabit kerana dengan keberanian merekalah kita semua dapat menikmati kehidupan yang aman damai sekarang," katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa sesi dialog pada majlis Menteri Besar Bersama Rakyat di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Zambry berkata, langkah menyediakan tapak kediaman kepada bekas anggota tentera perlu diberi perhatian kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai kediaman sendiri selepas bersara.

Jelas beliau, keistimewaan tersebut akan dapat meringankan beban bekas-bekas anggota tentera yang berasal dari Perak untuk memiliki tapak kediaman sendiri.

''Tidak semestinya sesebuah kawasan kampung tersusun itu akan dihuni oleh semua bekas anggota tentera, mungkin ia akan didiami golongan lain.

''Selain itu, mungkin juga bekas tentera akan ditempatkan di kampung tersusun sedia ada jika masih ada tanah yang kosong," katanya.

Utusan Malaysia

KOMEN

Saya sangat bersetuju dengan dengan Kerajaan Negeri Perak yang berusaha untuk mengadakan penempatan tersusun bagi bekas anggota tentera yang berasal dari negeri Perak. Kerajaan Pahang sepatutnya mengikut langkah kerajaan Negeri Perak merancang untuk mengadakan penempatan tersusun bagi warga negerinya yang tidak memiliki sebidang tanah, skop tidak semestinya kepada anggota tentera sahaja tetapi kepada rakyat negeri Pahang tanpa mengira status. Kejayaan penempatan tersusun ini telah terbukti dengan Penempatan Kampung Baru(Rancangan Briggs), Penempatan Felda, Tanah Pinggir , Penempatan Banjir dan Rancangan Tanah Pemuda (RTP).

"Sistem Sosialis sekali-sekala kena ikut juga jangan dok bergantung sangat dengan sistem kapitalis …” – tukar tiub.

Selasa, 23 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan : Sedikit Cerita


by: darigaunghati

Semasa PAS bersama Umno membentuk Barisan Nasional-BN, (1973) penulis belum mengerti apa-apa tentang politik. Namun selepas menyertai PAS pada awal 80an dan bergaul dengan pemimimpin PAS tempatan di Kuala Lipis terutamanya Ustaz Kassim Yahaya (allahyarham) sedikit demi sedikit fahamlah penulis kenapa manusia perlu kepada Parti Islam.Dari beliaulah banyak cerita menarik mengenai PAS dapat dikutip. Umpamanya cerita penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional. Menurut Allahyarham .... selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang menyaksikan rusuhan kaum Melayu-Cina terburuk dalam sejarah Negara, Tuanku Abdul Rahman Putra (perdana Menteri Malaysia pertama) didesak supaya melepaskan jawatan kepada Tun Abdul Razak Hussein. Bagi menjaga air muka Tuanku di usahakan satu pertubuhan antarabangsa bagi menempatkan Tuanku disitu, maka ditubuhkan lah Pertubuhan Negara - negara Islam (OIC) dimana Tuanku menjadi penerajunya yang pertama. OIC beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.

Tun Razak mengambil alih kerusi Perdana Menteri pada 22 september 1970 dan melantik Tun Dr Ismail Abdul Rahman sebagai Timbalanya dan selepas itu Tun Hussen Onn apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia.

Tun Razak menggunakan kepakaran diplomasinya untuk membentuk kerajaan perpaduan ( kerajaan tanpa pembangkang). Maka diusahakanlah supaya PAS yang memerintah Kelantan dan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang menyertai gabungan parti-parti untuk memerintah Malaysia (membentuk kerajaan). Beliau segera menghubungi Dato' Asri Haji Muda , Yang Dipetua Agong PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Pertemuan empat mata diadakan diantara Tun Razak dan Dato' Asri ( apa yang dipersetujui diantara keduanya tidak diumumkan) membuahkan hasil apabila PAS-Perikatan membentuk kerajaan campuran di Kelantan yang membuka laluan untuk menubuhkan BN selepas itu (1973).

Balasanya, Dato' Asri dibawa ke pusat memegang Potfolio penting- Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah. beberapa orang pemimpin PAS seperti Mustapa Ali (ketua Pemuda), Abu Bakar Omar dilantik sebagai timbalan menteri, manakala tokoh lain seperti Yusuf Rawa, Hasan Adli di lantik sebagai Duta. Tokoh -tokoh tempatan turut menerima habuan dilantik menduduki jawatan dalam pelbagai agensi kerajaan pusat dan negeri. Allahyarham ustaz Kassim dilantik sebagai pegawai Tabung Haji dengan gaji dan elaun yang lumayan. Bila musim Haji beliau akan ke Mekah.

PAS Pahang juga mendapat satu kerusi Dun iaitu Dun Bukit Ibam yang dianugerahkan kepada MOhd Rosdi Mohd Arif selaku pesuruhjaya PAS Pahang ketika itu.

Antara perubahan yang berjaya dibawa PAS semasa menyertai BN ialah mengubah lambang palang merah kepada bulan sabit bagi semua HOspital diseluruh negara, menyiarkan azan di televisyen dan radio Malaysia (kekal sehingga kehari ini) PAS juga berjaya mengujudkan jawatan Pencegah Maksiat di pejabat-pejabat agama setiap daerah manakala di Tanah Rancangan Felda pula di ujudkan jawatan Pegawai Sosial Agama (SDA U)(Jawatan ini telah dimansuhkan oleh Felda).

Namun usia PAS di dalam BN yang sama-sama ditubuhkanya tidak lama . apabila Tun Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Hussein On yang menggantikanya gagal memahami inspirasi Tun Razak menubuhkan kerajaan Perpaduan lalu berlakulah konflik yang membawa kepada pemecatan PAS dari BN… pada 1977, selepas keluar daripada BN, pengaruh PAS merosot teruk, PAS seolah-olah tidak mampu untuk bangkit semua, dalam pilihan raya umum 1978, Kerajaan PAS Kelantan dikalahkan BN dengan pukulan KO. PAS hanya berjaya mempertahankan dua kerusi sahaja. “PAS hanya tinggal batu nesan” sindir orang Umno … puluhan tahun PAS merana untuk mendapatkan semula Kelantan. PAS berjaya mengambil semula Kelantan pada tahun 1990 selepas Umno berpecah dua kepada Umno (Baru) dan Semangat 46.

Bagi vateran PAS, mereka masih ingat cerita PAS dalam BN ini, penyertaan PAS dalam 'kerajaan perpaduan' ketika itu adalah strategi Tun Razak untuk melemahkan PAS dari dalam atau untuk mengekang pengaruh PAS supaya PAS tidak akan menjadi alternatif kepada Umno buat selama-lamanya dan Tun Razak berjaya dalam misinya itu. Buktinya selepas PAS keluar daripada BN, PAS tidak punya apa-apa kekuatan, namun kini selepas 22 tahun di pecat daripada BN, kekuatan PAS sudah pulih dan mampu kembali mencabar Umno-BN dan menjadi alternatif kepada Umno.

Perlu diingat PAS dan Umno merebut lokaliti yang sama dalam pilihan raya, iaitu kawasan dominan Melayu/Islam. ertinya PAS adalah musuh pilitik Umno, PAS mesti dikalahkan kini dan selamanya, apa strateginya tidak mustahak yang penting PAS mesti dikalahkan atau dilumpuhkan supaya hidup segan mati tak mahu.

Pakar-pakar strategi Umno-BN sudah tentu tidak berdiam diri untuk menghalang kebangkitan PAS serta rakan-rakanya didalam Pakatan Rakyat.

Bila sudah dinamakan MUSUH ... maka segalanya adalah HALAL...

Darigaunghati

KOMEN

Pengalaman suka duka PAS bersama UMNO cukup banyak. Harap PAS keluarkan satu ‘Buku Khas’ untuk tatapan generasi akan datang.

Sabtu, 20 Jun 2009

"Andai Ku Tahu..."


Cuma nak berkongsi...

Saya tidak pernah melihat secara dekat bagaimana jenazah dikebumikan. Bila melihat video ini tanpa disedari barulah kita insaf, bayangkan bila kain kapan di muka, dibuka lilitannya dan dihadapkan ke kiblat. Bersedia untuk berjumpa malaikat 'Malik'... dan betapa sempitnya liang lahad muat-muat sebujur tubuh. Mana rumah besar, mana kereta yang disayangi, mana kuasa, mana harta, mana isteri dan mana anak-anak .


”Sebenarnya .. saya paling takut bila berdosa dengan manusia kerana dengan Allah boleh kita minta ampun tetapi dengan manusia mana kita nak cari…” oleh itu berbaik-baiklah sesama manusia. Kalau di tanah Felda jangan curi buah sawit, jangan biar lembu makan di tanah orang, berbaik sesama masyarakat, tolong menolong, tegur menegur dan lain-lain.

Khamis, 18 Jun 2009

Skim Perumahan Nasional



Dato' Khir Toyo mencadangkan agar Perdana Menteri memberi perhatian khusus kepada masalah perumahan dengan mewujudkan Skim Perumahan Nasional.

Ini bertujuan untuk menyediakan satu skim perumahan mampu milik yang dibiayai secara berkongsi diantara kerajaan dengan pembeli. Skim ini hanya perlu diberikan kepada mereka yang belum mempunyai rumah sendiri di seluruh negara.

Antara perkongsian yang boleh difikirkan ialah kerajaan menangung kos tanah dan infra, manakala pembeli membayar kos bangunan.

Kerajaan juga harus bekerjasama dengan bank-bank bagi mewujudkan skim skim khas bagi pembeli rumah pertama terutamanya dari segi syarat pinjaman yang lebih longgar, kadar faedah yang lebih rendah dan tempoh bayaran yang panjang.

Penyusunan semula penempatan perumahan juga perlu dilakukan di luar bandar. Jika kita lihat hari ini keadaan rumah yang berselerak dan tidak tersusun menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja tinggi untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudian kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.

Kaedah perumahan ala mini estet diikuti dengan pengurusan sawah dan kebun juga secara mini estet adalah satu program yang perlu difikir dan dlaksanakan untuk menghadapi cabaran masa depan.

Kita hari ini lihat masalah perumahan di kalangan pasangan muda amat serius sama ada di bandar mahu pun di luar bandar. 50% rumah hari ini didiami lebih dari satu pasangan kelamin. Keadaan ini akan bertambah kronik di masa akan datang.

Kita mungkin tidak sedar namun masalah rumah untuk pasangan muda lebih serius di luar bandar dan felda. Banyak pasangan muda bukan sahaja tidak mampu memiliki rumah tetapi juga tidak mempunyai rumah untuk dibeli dalam lingkungan kemampuan pendapatan mereka.

Inilah antara punca mengapa orang muda tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Saya berharap dengan wujudnya Skim Perumahan Nasional akan memberi peluang kepada semua pasangan muda memiliki rumah sendiri dan menikmati cabaran hidup berkeluarga dengan lebih berdikari.

Inilah masanya untuk membuktikan bahawa rakyat memang didahulukan seperti mana janji YAB Perdana Menteri. Janganlah nanti rakyat menganggap slogan yang ada sekadar menanam tebu dibibir.

Cetusan Dato Dr Mohamad Khir Toyo

KOMEN

Saya sangat bersetuju dengan idea Dato Khir Toyo, kerana Gaji RM3 ribu sebulan pun belum tentu mampu miliki rumah terutama pasangan muda hari ini. Kaedah ini dapat bantu menambat hati golongan muda.

Isnin, 15 Jun 2009

"Rumah oh... rumah...!!!


Pada 13 Jun 2009 bertempat di Dewan JKKK Felda Sungai Koyan 1, satu program untuk memiliki rumah telah diadakan oleh Pertubuhan Pemaju Rumah Rakyat Negeri Pahang(PPRP) dengan kerjasama AJK JKKK Felda Sungai Koyan 1.

Apa yang menarik perhatian…!!! ramai yang datang untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh YDP Pertubuhan tersebut terutama generasi kedua dan ketiga. Apa yang menghampakan kesemua generasi tersebut tidak layak kerana tidak memiliki tapak rumah atau sebidang tanah.

Apa yang sudah terjadi di tanah rancangan sekarang…? Terdapat anak peneroka mendirikan rumah di belakang rumah peneroka generasi pertama, mendirikan rumah di tanah yang tidak sah (tanah Group Settlement Act @ Akta Penempatan Berkelompok) dan tinggal tiga, empat keluarga dalam satu rumah.

Rumah konsep pangsapuri Felda jimat kos

Sabtu, 13 Jun 2009

Projek Agropolitan Gahai berjaya


KUALA LIPIS 11 Jun - Sejak mencapai kemerdekaan 52 tahun lalu, negara bergerak pada landasan yang betul bagi meningkatkan taraf hidup rakyat terutama penduduk luar bandar dan Orang Asli di pedalaman negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program membasmi saki baki penduduk miskin menjadi agenda utama dalam kerangka pembangunan kerajaan negeri dan digerakkan secara bersepadu oleh jabatan dan agensi tertentu.

Salah satu usaha yang dijalankan dalam memastikan matlamat kemiskinan sifar menjelang 2010 dapat direalisasikan, katanya, ialah menerusi Projek Agropolitan Gahai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai dekat sini.

Menurutnya, keseriusan kerajaan dalam mencapai sasaran itu terserlah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu, 'turun padang' merasmikan projek tersebut pada 5 Ogos tahun lalu.

''Projek Agropolitan bernilai hampir RM13 juta melibatkan kawasan seluas 222.6 hektar meliputi perumahan, surau, dewan, pusat rekreasi, tabika, ladang nanas komersial dan premis industri kecil dan sederhana (IKS)," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

utusan malaysia

Jumaat, 12 Jun 2009

"Mat Sabu Mai Felda Sungai Koyan..."



Ceramah PAS di Felda Sungai Koyan 1

Tarikh : 13 Jun 2009 (sabtu)

Masa : 0900 Malam

"Orang ramai dijemput hadir, dengar isu yang diutarakan"

Khamis, 11 Jun 2009

“Teknoplan sudah tidak mampu...”


Felda Sungai Koyan Satu, Kuala Lipis Pahang berada dalam kerugian besar kerana buah tandan dan relai selalu dicuri oleh mereka yang rakus dan ingin jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan segera.

Ini sungguh mendukacitakan peneroka yang menyerahkan ladang kepada Felda Teknoplant untuk diuruskan. Apa yang menyedihkan lagi Felda Teknoplan tidak mengambil sebarang tindakan dalam membanteras perbuatan buruk ini.

Sudahlah kecurian berlaku, buah sawit pula tidak habis dituai hingga buruk di pokok. Membaja pula ditabur pada kawasan yang senang saja. Begitu juga meracun dan potong pelepah tidak memuaskan.

Kalau dibandingkan dengan Felda Sungai Koyan Dua yang berdekatan tersangat jauh bezanya. Kenapa peneroka Felda Sungai Koyan Dua boleh mendapat sara hidup hampir RM3,000 sebulan tetapi peneroka Felda Sungai Koyan Satu hanya mendapat RM1,800 seara hidup sebulan, pada hal tarikh tanam semula adalah sama.

Kami berasa dukacita dalam hal ini. Harga sawit di pasaran tinggi tetapi hasil ladang tidak diuruskan dengan sempurna. Felda tidak rugi apa-apa tetapi peneroka yang rugi besar. BH

PENEROKA SEDIH,
Kuala Lipis, Pahang

KOMEN

Hari ini kedengaran Felda (teknoplan) tidak mampu lagi untuk membenteras masalah kecurian buah sawit di Felda Sungai Koyan 1. Pihak pegurusan mencadangkan system individu perlu dilaksanakan semula. Ini bermakna setiap peneroka terpaksa pergi ke ladang mereka dan menentukan buah sawit dituai seterus dihantar ke kilang. “Jika buah mereka dicuri habis pada bulan itu maka peneroka tidak mempunyai pendapatanlah....” Pembelian buah relai tidak lagi diterima oleh pihak felda.

Ahad, 7 Jun 2009

3 Usahawan Muda usaha projek Fertigasi Cili.




Kg Dada Kering, Parlimen Lipis- 3 orang usahawan muda dari Parlimen Lipis telah berjaya melaksanakan apa yang gagal dilaksanakan oleh semua pihak di Negara ini. Menanam pokok Lada dalam Polybag dan mendapat hasil yang lumayan. Teknologi baru hasil dari bantuan MARDI dan seorang Professor tempatan serta khidmat nasihat dari Pertanian Lipis.
Teknologi ini juga sesuai untuk tanaman tomato, rock melon, terung dan cili epal.

Projek ini dilaksankan oleh 3 orang usahawan muda iaitu adik Mohd Amri b Abu Bakar, Mohd Nur Farhan Faiz dan Hazizi b Mohd Hashim.
Para usahawan ini mengatakan bahawa mereka memilih untuk menanam dan megusahakan lada kerana pasarannya adalah besar, mempunyai permintaan tinggi dan boleh dijadikan sebagai 'end product' iaitu dibekalkan ke kilang. Kilang sos di Malaysia seperti Yeo Hiap Seng, Kimball, Aminah Hassan dan lain-lain.

1 pohon lada boleh menghasilkan 4 kilo lada dan harga 1 kilo lada adalah RM 4. Kos 1 kilo lada untuk dihasilakan cuma 43 sen sahaja.
-------------------------------------------------------

YB Dato Dr Shahrum menyokong sebarang usaha yang akan membawa kemajuan dan peningkatan aktiviti ekonomi serta pertanian di Parlimen Lipis. Beliau akan membuat surat sokongan agar Pejabat Pertanian akan memberikan ruang yang lebih kepada usahawan yang telah berjaya ini terus maju lagi.
Malah, sebelum pulang beliau sempat memberi nasihat dan peruntukan agar mereka lebih bersemangat.

10 km jalan 8 Kuala Lipis- Merapoh Sesak





Sebuah lori kontena membawa kotak untuk dikitar semula terbalik betul-betul merentangi jalan kilometar 56 jalan Lipis-Meropoh dekat laluan Bukit Tujuh pada 05 Jun 09 lalu. Keadaan ini menyebabkan jalan tersebut sesak bemula dari pukul 09.00 pagi hingga 07.00 malam ditambah dengan kesesakan apabila kenderaan memotong Q kerana tidak sabar.

AddToAny