Sabtu, 13 Jun 2009

Projek Agropolitan Gahai berjaya


KUALA LIPIS 11 Jun - Sejak mencapai kemerdekaan 52 tahun lalu, negara bergerak pada landasan yang betul bagi meningkatkan taraf hidup rakyat terutama penduduk luar bandar dan Orang Asli di pedalaman negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program membasmi saki baki penduduk miskin menjadi agenda utama dalam kerangka pembangunan kerajaan negeri dan digerakkan secara bersepadu oleh jabatan dan agensi tertentu.

Salah satu usaha yang dijalankan dalam memastikan matlamat kemiskinan sifar menjelang 2010 dapat direalisasikan, katanya, ialah menerusi Projek Agropolitan Gahai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai dekat sini.

Menurutnya, keseriusan kerajaan dalam mencapai sasaran itu terserlah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu, 'turun padang' merasmikan projek tersebut pada 5 Ogos tahun lalu.

''Projek Agropolitan bernilai hampir RM13 juta melibatkan kawasan seluas 222.6 hektar meliputi perumahan, surau, dewan, pusat rekreasi, tabika, ladang nanas komersial dan premis industri kecil dan sederhana (IKS)," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

utusan malaysia

Tiada ulasan: