Isnin, 15 Jun 2009

"Rumah oh... rumah...!!!


Pada 13 Jun 2009 bertempat di Dewan JKKK Felda Sungai Koyan 1, satu program untuk memiliki rumah telah diadakan oleh Pertubuhan Pemaju Rumah Rakyat Negeri Pahang(PPRP) dengan kerjasama AJK JKKK Felda Sungai Koyan 1.

Apa yang menarik perhatian…!!! ramai yang datang untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh YDP Pertubuhan tersebut terutama generasi kedua dan ketiga. Apa yang menghampakan kesemua generasi tersebut tidak layak kerana tidak memiliki tapak rumah atau sebidang tanah.

Apa yang sudah terjadi di tanah rancangan sekarang…? Terdapat anak peneroka mendirikan rumah di belakang rumah peneroka generasi pertama, mendirikan rumah di tanah yang tidak sah (tanah Group Settlement Act @ Akta Penempatan Berkelompok) dan tinggal tiga, empat keluarga dalam satu rumah.

Rumah konsep pangsapuri Felda jimat kos

1 ulasan:

gengsahabat berkata...

merasa terpanggil untuk sama-sama merasai kepayahan gen 2..saya ada menyuarakan pandangan saya untuk msalah ini dalam blog saya..tengok dan sama2 kita fikirkan cam ne projek yang sedemikian boleh di laksana di tempat kita..