Khamis, 18 Jun 2009

Skim Perumahan Nasional



Dato' Khir Toyo mencadangkan agar Perdana Menteri memberi perhatian khusus kepada masalah perumahan dengan mewujudkan Skim Perumahan Nasional.

Ini bertujuan untuk menyediakan satu skim perumahan mampu milik yang dibiayai secara berkongsi diantara kerajaan dengan pembeli. Skim ini hanya perlu diberikan kepada mereka yang belum mempunyai rumah sendiri di seluruh negara.

Antara perkongsian yang boleh difikirkan ialah kerajaan menangung kos tanah dan infra, manakala pembeli membayar kos bangunan.

Kerajaan juga harus bekerjasama dengan bank-bank bagi mewujudkan skim skim khas bagi pembeli rumah pertama terutamanya dari segi syarat pinjaman yang lebih longgar, kadar faedah yang lebih rendah dan tempoh bayaran yang panjang.

Penyusunan semula penempatan perumahan juga perlu dilakukan di luar bandar. Jika kita lihat hari ini keadaan rumah yang berselerak dan tidak tersusun menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja tinggi untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudian kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.

Kaedah perumahan ala mini estet diikuti dengan pengurusan sawah dan kebun juga secara mini estet adalah satu program yang perlu difikir dan dlaksanakan untuk menghadapi cabaran masa depan.

Kita hari ini lihat masalah perumahan di kalangan pasangan muda amat serius sama ada di bandar mahu pun di luar bandar. 50% rumah hari ini didiami lebih dari satu pasangan kelamin. Keadaan ini akan bertambah kronik di masa akan datang.

Kita mungkin tidak sedar namun masalah rumah untuk pasangan muda lebih serius di luar bandar dan felda. Banyak pasangan muda bukan sahaja tidak mampu memiliki rumah tetapi juga tidak mempunyai rumah untuk dibeli dalam lingkungan kemampuan pendapatan mereka.

Inilah antara punca mengapa orang muda tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Saya berharap dengan wujudnya Skim Perumahan Nasional akan memberi peluang kepada semua pasangan muda memiliki rumah sendiri dan menikmati cabaran hidup berkeluarga dengan lebih berdikari.

Inilah masanya untuk membuktikan bahawa rakyat memang didahulukan seperti mana janji YAB Perdana Menteri. Janganlah nanti rakyat menganggap slogan yang ada sekadar menanam tebu dibibir.

Cetusan Dato Dr Mohamad Khir Toyo

KOMEN

Saya sangat bersetuju dengan idea Dato Khir Toyo, kerana Gaji RM3 ribu sebulan pun belum tentu mampu miliki rumah terutama pasangan muda hari ini. Kaedah ini dapat bantu menambat hati golongan muda.

2 ulasan:

Admin. GAP berkata...

Salam sdr,
Satu tulisan yg baik, teruskan. Maaf berkenaan Pertemuan Blogger Pahang, sdr sedikit terlewat. Bagaimana pun blog sdr telahpun di-link-kan kedalam Blog Aggregator Gabungan Suara Anak Pahang dialamat http://gerbangtemumaya.blogspot.com

Siloa layari blog tersebut utk melihat blog2 pahang yang lain. Terima kasih ~ Admin. GAP

Tanpa Nama berkata...

sy bersetuju dengan cadangan ini 100%. namun jangan hanya pandai kata. tiada usaha yang dilakukan. banyak permaslahan zaman sekarang tidak diselesaikan terutamanya berkenaan penyalah gunaan kuasa untuk poket sendiri. hal ini yang menyebabkan orang muda yang makin berfikiran terbuka mula berfikir. mereka juga mula membanding mana yang baik dan tidak. sekiranya dasar kroni masih diamalkan dan orang bijak yang sepatutnya naik memimpin tetapi dinafikan hak mereka. maka jangan bermimpi untuk mendapat sokongan daripada masyarakat muda yang makin pandai berfikir