Khamis, 11 Jun 2009

“Teknoplan sudah tidak mampu...”


Felda Sungai Koyan Satu, Kuala Lipis Pahang berada dalam kerugian besar kerana buah tandan dan relai selalu dicuri oleh mereka yang rakus dan ingin jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan segera.

Ini sungguh mendukacitakan peneroka yang menyerahkan ladang kepada Felda Teknoplant untuk diuruskan. Apa yang menyedihkan lagi Felda Teknoplan tidak mengambil sebarang tindakan dalam membanteras perbuatan buruk ini.

Sudahlah kecurian berlaku, buah sawit pula tidak habis dituai hingga buruk di pokok. Membaja pula ditabur pada kawasan yang senang saja. Begitu juga meracun dan potong pelepah tidak memuaskan.

Kalau dibandingkan dengan Felda Sungai Koyan Dua yang berdekatan tersangat jauh bezanya. Kenapa peneroka Felda Sungai Koyan Dua boleh mendapat sara hidup hampir RM3,000 sebulan tetapi peneroka Felda Sungai Koyan Satu hanya mendapat RM1,800 seara hidup sebulan, pada hal tarikh tanam semula adalah sama.

Kami berasa dukacita dalam hal ini. Harga sawit di pasaran tinggi tetapi hasil ladang tidak diuruskan dengan sempurna. Felda tidak rugi apa-apa tetapi peneroka yang rugi besar. BH

PENEROKA SEDIH,
Kuala Lipis, Pahang

KOMEN

Hari ini kedengaran Felda (teknoplan) tidak mampu lagi untuk membenteras masalah kecurian buah sawit di Felda Sungai Koyan 1. Pihak pegurusan mencadangkan system individu perlu dilaksanakan semula. Ini bermakna setiap peneroka terpaksa pergi ke ladang mereka dan menentukan buah sawit dituai seterus dihantar ke kilang. “Jika buah mereka dicuri habis pada bulan itu maka peneroka tidak mempunyai pendapatanlah....” Pembelian buah relai tidak lagi diterima oleh pihak felda.

4 ulasan:

LKTP1328 berkata...

Begitulah kerumitan yg dihadapi didlm mengharungi liku2 hidup.
Peneroka perlulah bersatu didalam menghadapi si pencuri ini, pencurinya bukan lah org lain, ianya dikalangan peneroka sendiri, oleh itu berusahalah mencari jalan mengatasinya.

YANG GAMBI berkata...

Apakah tindakan Ketua-Ketua Blok dan JKKR, apakah mereka langsung tidak mahu berbincang dengan Pengurusan FELDA ?

Jangan biarkan penjarah-penjarah ini terus berleluasa, kalau JKKR dan Pengurusan tidak mempedulikannya, peneroka-peneroka mesti bertindak sendiri untuk mengatasinya.

Desa Abu Hassan berkata...

saya bersimpati kepada peneroka sg koyan 1 termasuk bapa mertua saya, nak usahakan sendiri usia dah memanjat. nak mengharapkan teknoplant inilah keadaannya..! terima kasih diatas pendedahan yang berani dari saudara -patek

Tanpa Nama berkata...

pengurusan amat penting bagi memastikan segala rancangan yang diusahakan berjalan lancar. kerajaan perlulah lebih prihatin dengan masalah ini. pelbagai langkah boleh digunaka untuk memastiakan tiada kecurian seperti mengurangkan kos hidup masayarat dengan menurunkan barang keperluan. bila kos hidup tinggi masyarakat yang tidak mampu akan mencari jalan mudah dengan mencuri, meragut mencolek dan sebagainya untuk mendapatkan pendapatan lebih.