Selasa, 7 Julai 2009

Kerajaan berhasrat jadikan Felda gedung makanan negara - Najib



SEGAMAT: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata kerajaan berhasrat menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai gedung makanan negara yang mampu mengeluarkan tanaman berskala besar.

Perdana Menteri berkata Felda sebagai pengeluar makanan bertepatan untuk menjadikan rancangan pertanian yang berusia 53 tahun itu bersifat lebih moden yang bukan hanya menumpukan pertanian kelapa sawit semata-mata.

"Banyak kawasan lapang dalam kawasan penempatan Felda ini seperti di pekarangan rumah atau tanah kosong. Kita mesti tanam tanaman yang boleh memberi hasil seperti cili pulai, terung, bunga kantan dan pisang berangan," katanya semasa berucap pada majlis Hari Peneroka Felda 2009, di Felda Maokil, di sini, Selasa ini.

mstar.com.my/

KOMEN.

Menarik cadang PM untuk warga Felda. Apa yang berlaku pihak Felda telah mengagihkan 20 pokok cili kulai pada setiap rumah peneroka Sungai Koyan Lipis Pahang. Peneroka yang tidak berminat bahagiannya diambil oleh jiran menyebabkan sebuah rumah dipenuhi tanaman cili tersebut. Pihak Felda sekali sekala membuat pemantauan dengan meracun serangga/kulat dan memberi khidmat nasihat. Oleh kerana ramai peneroka yang terlibat, terdapat tanaman yang subur dan dijaga dengan sempurna, terdapat juga tanaman tersebut tidak memuaskan kerana kurang perhatian penanam. Apabila pokok mengeluarkan, FAMA pun datang untuk membeli dari peneroka dengan harga RM 2.00 kg sesudah dibuat pengkelasan. Bayangkan dengan harga tersebut dengan kos yang dibelanjakan bukan untung tapi rugi. “Lebih baik kita jaga ladang atau kutip buah relai…” rungut peneroka

1 ulasan:

Felda Today berkata...

Peluang peneroka menambah pendapatan sampingan...