Ahad, 30 Ogos 2009

Sejarah Raub Pahang




Jari Basurek

Am

Raub adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai lebih kurang 37 buah kampung tradisional dan 9 buah kampong baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% dari keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua banjaran, iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5ยบ dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke pekan kecil ini melalui Lebuhraya Kuala Lumpur Karak.

Sejarah Raub Pahang

Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘genggam’. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang.

Menurutnya; "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raub) of gold".

Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961.

Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke 18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).

Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebatan itu amat bersih. Kedua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya.

Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan.Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercaya mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB". Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari ‘Raup’.

Terdapat juga pendapat yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal dari perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai ‘lubuk orang Rao’. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub.

Sabtu, 29 Ogos 2009

H1N1 ALERT : Selsema Babi Jenis Baru Yang Lebih Serius



Salam alaik,

Diharap saudara-saudari yang disayangi berwaspada mengenai jenis selsema babi yang lebih serius. Ia boleh dijangkiti oleh orang-orang yang muda dan sihat. Amaran ini telah dikeluarkan oleh WHO ( World Health Organization ) semalam.

Sebahagian daripada amalan pelindung penyakit adalah seperti berikut:
1. Mengambil wudu sempurna sebelum bersolat 5 waktu.
2. Segera mengambil wudu' setelah tamat urusan di luar rumah atau pejabat
3. Akhiri air mandian dengan air yang dicampurkan limau nipis atau lemon
4. Minum air bercampur madu setiap hari ( pagi 1 x dan malam 1 x )
5. Minum air campuran habbatus-sauda 1 x sehari ( jika ada )

Kenali lubok segala penyakit yang telah diberitakan oleh Nabi kita sejak dulu lagi:
1. PASAR DAN BANDAR - kurangkan masa di situ dan elakkan jika tiada urusan
2. PESTA DAN KERAMAIAN LALAI - jauhkan diri kerana perkumpulan manusia yang suka berseronok biasanya adalah penyebar penyakit kepada orang lain.

Pentingnya makan yang HALAL serta juga BERSIH dan SIHAT
1. PILIHLAH kedai makan dengan lebih teliti. Jika bersih suasana restoran itu, biasanya bersih juga penyediaan makanan, bekas-bekasnya dan pekerjanya.
2. BANYAKKAN makanan sampingan berserat seperti seperti betik, jagung, pisang, korma, buah tin, oats dan sayuran hijau serta roti berserat tinggi.
3. KURANGKAN makanan/minuman kandungan gula tinggi serta makanan yang digoreng

Mohon bantuan dari langit
Para ulama' zaman-berzaman juga telah menasihatkan kita untuk membaca Ayat 5 Salam apabila berlaku wabak, iaitu 1 Ayat Salam dari Surah Yassin dan 4 Ayat Salam dari Surah As-Saffat. 3 x pagi dan 3 x petang.

Ini sebahagian daripada berita mengenai selsema babi terkini :
WHO warns of severe form of swine flu ( By Maggie Fox, Health & Science Editor )
Friday, August 28, 2009.
WASHINGTON (Reuters) - Doctors are reporting a severe form of swine flu that goes straight to the lungs, causing severe illness in otherwise healthy young people and requiring expensive hospital treatment, the World Health Organization said on Friday.-oleh Sahabat SIM

Link Berita selanjutnya : The Star

Semoga sahabat-sahabat dan ahli keluarga semua terlindung dari bencana akhir zaman ini dengan perlindungan rahmat dari Allah, Al-Waliyul Hameed.

"Untuk melindung kita semua cuba ..."

Klip di Bawah


atau



Khamis, 27 Ogos 2009

Pawang Nong



Nama penuh ialah Haji Nong bin Santan, lebih dikenali sebagai Pawang Nong. Dilahirkan di Sempiat Kampung Tanjung Besar Kuala Lipis pada tahun 1874. mempunyai isteri dua, pertama bernama Palam Mat Sama, dengan memperolehi lapan anak lelaki,iaitu empat lelaki dan empat perempuan. Isteri kedua bernama hajjah Halimah Mk Long dengan mendapat tiga orang anak iaitu satu lelaki dua perempuan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1977 di Kampung Ulu Cheka.
Jasa beliau adalah
Membuka kampong Ulu Cheka pada tahun 1907 dengan seramai tujuh orang kawan.
Menjadi pengasas kepada masjid Ulu Cheka.
Menjadi Pengasas kepada sekolah Pawang Nong Ulu Cheka.
Sebagai Pawang pertama Ulu Cheka.
Sebagai pendekar Silat Cekak.
Merupakan penentang penjajah Komunis di Pahang yang terbilang.
Mendapat penganugerahan pingat daripada British iaitu dari Sir Gerald Templer dengan British Empayar Medal (B.E.M)
Kerajaan Persekutuan pula mengenang jasanya dengan memberi pingat AMN, manakala kerajaan Pahang menganugerahkan pingat PJK dan PKT.
Menjadi ketua Kampung pertama di kampong Ulu Cheka, sejak mula pembukaan sehingga 1966.
Merupakan Sahabat kepada Pahlawan Mat Kilau.
Pernah menjadi Pawang Di Raja semasa zaman kegembilangnya. – sinar harian
KOMEN
“Sungguh banyak jasa orang terdahulu berbandingkan dengan harta mereka. Kita berbelajaran tinggi bergaji besar tiada sumbangan sebesar itu. …………..?

Selasa, 25 Ogos 2009

Sungai Pahang.....Dimana Hulunya


Sungai Jelai



Mengalir di Sungai Pahang


Beberapa hari selepas Rodgers dilantik menjadi Residen British di Pahang dan Hugh Clifford sebagai Pegawai Jajahan Hulu Pahang (Lipis) pada Julai 1889, Sultan Ahmad Shah yang handal bermain catur cuba bermain dengan Rodgers di istana di Pekan, Pahang. Permainan ini disaksikan oleh ramai pembesar Melayu Pahang dan juga lain-lain pegawai British.

Antara pembesar Melayu yang hadir itu ialah Tengku Mahmud (putera Sultan Ahmad), Bendahara, Temenggung, Engku Muda Mansur, Engku Andak, Wan Muhamad (Maharaja Perba Jelai), Orang Kaya Chenor (Orang Kaya Indera Pahlawan) dan Orang Kaya Indera Syahbandar.

Bagi pihak British selain daripada Rodgers dan Clifford turut serta Belfield, pentadbir di Pekan; W.W. Michell, pentadbir di Kuala Pahang; A.H. Wall, pentadbir di Kuantan dan E.A.Wise pentadbir di Temerloh

Permainan

Yang tidak turut sama dalam permainan catur itu hanyalah Tuk Gajah (Rasu) dan Mat Kilau. Mereka berdua berada di Budu kerana tidak puas hati campur tangan Inggeris di Pahang.

Dalam permainan catur antara Sultan Ahmad dengan Rodgers itu, secara kebetulannya Rodgers telah bertanya kepada Sultan Ahmad akan makna menteri yang dipanggil dalam permainan catur itu. Sultan Ahmad tidak dapat menjawab pertanyaan Rodgers itu, lalu Rodgers berpaling kepada Sheikh Muhammad Saleh, seorang ulamak dari Minangkabau yang turut bersama menyaksikan permainan catur itu.

Demikian jawapan Sheikh Muhammad Salleh... "Saya tentu tahu kerana saya orang Melayu dan pertanyaan tuan pun bahasa Melayu. Ada pun erti menteri itu, tiap-tiap seorang yang telah dilantik oleh raja buat mendatangkan manfaat dan menolak mudarat yang datang kepada raja.

Inilah erti menteri." Maka Rodgers pun mengangguk-anggukan kepalanya tanda puas hati akan pertanyaan itu. pertanyaan itu. Sambil bermain catur itu Rodgers mengambil kesempatan bertanya lagi kepada Sultan Ahmad Shah mengenai Sungai Pahang. Demikian pertanyaan beliau... "Patik Tuanku sangat hairan dari hal Sungai Pahang. Di mana-mana negeri yang ada sungai tak dapat tiada nama sungai tidak berubah daripada kuala terus ke hulu jikalau banyak sekalipun cawangannya. terus ke hulu jikalau banyak sekali pun cawangannya.

Maka Sungai Pahang nampaknya tidak begitu, dari kuala bernama Sungai Pahang hingga sampai ke pertemuan Sungai Jelai dan Sungai Tembeling. Sepatutnya mana yang besar antara Sungai Jelai dan Sungai Tembeling itu dinamakan Sungai Pahang terus ke hulunya. Harap diampun tuanku apakah sebabnya yang demikian itu? dinamakan Sungai Pahang terus ke hulunya. Harap diampun tuanku apakah Pertanyaan Rodgers itu tidak dapat dijawab oleh Sultan Ahmad, hanya berkata... " Saya tidak tahu, begitulah sudah terjadi daripada orang-orang tua dahulu kala. Barangkali datuk-datuk yang ramai ini ada yang tahu," sambil Sultan Ahmad bertanya kepada datuk-datuk yang sedang melihat permainan catur antara Rodgers dengan Sultan Ahmad itu. Sultan Ahmad bertanya kepada datuk-datuk yang sedang melihat permainan Pembesar.

Semua para pembesar Pahang itu tidak seorang pun dapat menjawabnya. Lalu Rodgers bertanya pula kepada Sheikh Muhammad Salleh. Beliau lalu menjawab demikian... "Tentu saya tahu, saya orang Melayu, yang tuan tanya itu hal negeri Melayu. Ada pun nama itu tuan bukan ikut badan, kerana tuan hairankan mengapa tidak dinamakan yang besar daripada salah satu daripada Sungai Jelai dan Sungai Tembeling dengan nama Sungai Pahang.

Jikalau sebagaimana kehendak itu sepatutnya Tuan Clifford jadi Residen kerana besar badannya dari Tuan (Rodgers) dan tuan jadi pemerintah jajahan kerana badan tuan kecil." sebagaimana kehendak itu sepatutnya Tuan Clifford jadi Residen kerana besar Maka Rodgers termenung sekejap kemudian berkata: "Betul sangat kata tuan Sheikh itu....

(catatan daripada buku Riwayat Hidup Sheikh Muhammad Salleh Tongkar Minangkabau yang ditulis oleh Mohd. Saleh Mendailing, 1933. M. Rahimadiah Press, Ipoh).

KOMEN

Catatan daripada buku Riwayat Hidup Sheikh Muhammad Salleh. Setelah membaca kisah hidup Sheikh Muhammad Salleh itu, saya sungguh tertarik dengan pertanyaan Rodgers mengenai Sungai Pahang yang tidak mempunyai hulu, memang benar Sungai Pahang dari kualanya yang terletak di Kuala Pahang hinggalah mudik ke hulu, kita tidak akan bertemu dengan hulu Sungai Pahang yang sebenarnya. Kalau diperhatikan pula sungai Jelai mempunyai hulu tetapi tiada pula berkuala. Pendapat anda bagaimana........?

Sabtu, 22 Ogos 2009

Penghulu Telang



Wan Abdullah bin Wan Chik Penghulu Telang pertama dari keturunan Tok Raja


Ahmad ayah kepada Abdul Razak


DATUK SAYA SEORANG PENGHULU

Oleh: Hashim Zabidi

Datuk (aki) saya sebelah emak adalah seorang penghulu. Penghulu terakhir dari orang kebanyakan bagi Mukim Telang, Kuala Lipis bernama Tok Awang Chik bin Tok Usoh. Jawatan itu disandang setelah abangnya bernama Tok Kopak meninggal dunia. Sekarang Penghulu Tok Awang Chik sudah dilupakan orang kerana tidak banyak orang tahu selain dari faktor masa. Orang orang yang sezaman dengannya bahkan ayah dan emak saya yg boleh bercerita sedikit sedikit telah lama meninggal dunia.

Setelah datuk saya, jawatan penghulu bagi Mukim Telang telah berpindah tangan kepada puak puak Cik Wan sehinggalah jawatan Penghulu ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Datuk saya empat isterinya dan yang ketiga ialah nenek (wan) saya orang Budu. Dua orang anaknya iaitu emak dan emak saudara saya (aruah belaka) adalah anak Tok Penghulu dan saya semestinya cucu Tok Penghulu. Datuk saya itu ramai anaknya, bukan sekadar emak dan emak saudara saya sahaja malah dengan isteri pertama kedua dan kempat ada berbelas belas orang anaknya tetapi sayang semuanya perempuan melainkan seorang anak lelaki bernama Ahmad bin Tok Chik.

Datuk berhenti dari jawatan Penghulu bukan kerana bersara, tetapi berhenti kerana lebih suka untuk menjadi pemandu kereta (driver) Tuan Hugh Clifford Resident Pahang. Agaknya pada masa itu tidak ramai orang yang boleh menyetir kereta, maka datuk saya disebut sebut sebagai orang yang boleh dan sangat layak menjadi driver Resident. Disini kelihatan datuk seperti didorong untuk meninggalkan jawatan penghulu Mukim Telang. Ada konspirasi kot! Tidak ada siapa yang membuat andaian. Jawatan sebangai Penghulu Mukim Telang selepas itu berpindah kepada keturunan Cik Wan iaitu Tok Penghulu Wan Lela.

Diwaktu datuk hampir hampir meletakkan jawatan sebagai Penghulu, dirumahnya di Sg.Kerai dekat kampung Tanjung Jambu, didatangi oleh seorang Benggali menjual roti. Benggali itu memaki serba putih, berserban putih dan janggutnya panjang juga sudah putih, menawarkan kepada datuk tujuh buku roti. "Datuk ambillah roti ini, kasi anak anak makan . Sekarang ada tinggal tujuh sahaja lagi , saya kasi sahaja, percuma". Datuk menolaknya, mungkin perkataan percuma yang diluahkan penjual roti itu membuat datuk kurang selesa mendengarnya . Setelah tawar menawar tolak menolak dengan datuk, penjual roti itu minta diri lalu pergi dengan kata kata akhir " rugilah datuk, datuk menolak tuah." Pada masa sama, wan saya sedang berbaring mendodoi anaknya, emak saya kot!. Menurut wan, dia dengar perbualan datuk dengan Benggali roti itu persis dihujung telinga tetapi tak terdaya untuk bangun untuk turut campur. Matanya bagaikan tertutup oleh mengantuknya.

Apabila Benggali itu pergi, datuk memanggil wan lalu menceritakan keadaan yang berlaku. Wan terus bangun dan bertanyakan dimana Benggali penjual roti itu?. Wan berleter, "kenapa tak ambil, bodoh benar awok ni. Mana ada Benggali jual roti disini. Dah berapa lama kita duduk sini mana ada orang datang berjual apa apa pun". Datuk seperti baharu sedar dari mimpi, lalu terjun ke tanah mengejar penjual roti itu. Benggali itu sudah ghaib. Lepas itu datuk berungut seorang diri, macam mana boleh cepat benar Benggali itu pergi, sedangkan jalan kampung (denai) ....

Menurut Wan, aki deme menolak tuah. Menurut tafsir dan andaianya, tujuh buku roti itu menunjukkan tujuh keterunan jawatan penghulu itu tidak akan terlepas kepada orang lain. Betapa tidak! tak berapa lama selepas itu, datuk berhenti menjadi Penghulu.

Walau bagaimanapun, sekiranya penolakan datuk tidak berlaku dan tafsiran Wan itu tepat, saya tidak akan jadi penghulu juga kerana saya disebelah yang lemah. Anak datuk yang lelaki sahaja yang bernama Ahmad (aruah) ( jawatan akhirnya dengan Kerajaan sebagai Renjer Hutan) yang boleh menggantikannya. Selepas Ahmad tentulah anak lelakinya pula iaitu Abdul Razak - Razak Ahmad pelakun drama (artis). Itulah cerita nenek (wan) saya mengenai datuk kami. Datuk saya seorang Penghulu.

KOMEN

Cerita ini betul mengikut rujuk CO 273/179. Rodger kepada Gobernor, 17 March 1892. Terlampir dalam Gobernor kepada CO, 25 March 1892 : To' Muda Yusuf Telang mendapat elaun $ 240 setahun.

Selasa, 18 Ogos 2009

Kampung Tenggelan Dalam Kenangan


Tun Muhamad Ghazali Shafei bersama pimpinan mukim Telang


Kedudukan kampung Tanjung Besar Tenggelan
AM
Sejarah kedatangan gerombongan orang rawa sumatera barat ke kawasan Raub/Lipis khas kampung Tenggelan terletak di hulu Ulu Sega dan Ulu Telang sebenarnya tidak pernah dicatat secara terpeinci oleh keluarga mereka sendiri yang sudah bertaburan di merata tempat terutama di Kampung Lubuk Kulit/Beletik. Maklumat utama yang sangat diperlukan oleh pengkaji sejarah seperti tahun kedatangan mereka, nama tokoh utama, tempat asal mereka datang dan asal-usul keturunan mereka tidak dijumpai secara teratur dalam bentuk dokumen bertulis. Hanya yang ada adalah riwayat secara lisan dari mulut kemulut sahaja, sayang jika maklumat ini tidak dicatat kerana pengingat akan meninggalkan kita. Peminat sejarah yang mengkaji sejarah tersebut terpaksa berusaha gigih dan memperuntukan masa bergerak ke sana ke mari menemuramah generasi lama yang masih ada.
SEJARAH KAMPUNG TENGGELAN
Kedatangan orang sumatera barat ke tanah melayu terutama di kawasan Tenggelan lebih kurang pada tahun 1830 hingga 1840 semasa ‘perang Paderi’ 1821-1837 di Minangkabau. Kampung ini mula dibuka oleh ‘Apit Limpang’ Haji Panglima kiri Mat Daud yang dikata berasal dari Minangkabau, beliau merupakan Panglima Kiri Maharaja Perba Jelai Wan Muhamad bin Wan Deris (1882-1919) anak beliau Mat Akil, Mat Akhir dan Hjh Rahmah. Mat Akil bapa kepada Long merupakan tok empat (ketua kampung) Kampung Barus. Kampung Tenggelan ini sudah tiada lagi pada hari ini kerana penduduk kampung tersebut telah meninggalkan kampung mereka kerana ganguan Komunis pada zaman darurat 1948-1960.
‘Apit limpang’ merupakan panglima kiri, orang yang sehidup semati dengan Tok Raja hanya ganti mata dan telingga baginya. Apabila rantau Jelai berlaku petelingkahan atau ingin berperang dengan orang luar, Tok Raja akan menjemput ‘Apit Limpang’ ke Bukit Betong yang jauh dua hari perjalanan dari kampung Tenggelan melalui sungai Telang untuk menyediakan angkatan perang. Boleh dikatakan persediaan peralatan perang ini menjurus kepada ilmu kebatinan yang tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran yang manusia tetapi itulah ilmu perang yang ada, inilah yang dipergunakan orang melayu zaman-berzaman. Jasa ‘Apit Limpang’ yang paling besar kepada Tok Raja apabila beliau berjaya membantu beliau dalam perang Pahang- Selangor 1872 bersama pembesar pahang yang lain. Peristiwa ini diiktiraf oleh Sultan Ahmad. Tan Sri Muhamad Ghazali Shafei Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri 1973-1981 juga mempunyai pertalian salasilah dengan orang di Tenggelan.
Untuk pengetahuan, Rantau Hulu Pahang pernah suatu ketika terpisah dari pemerintahan Sultan Pahang Pekan apabila tanah tersebut dibeli oleh Seri Maharaja Perba Jelai yang pertama itu dari Sultan Abdul Ghafur Mohaidein Shah iaitu Sultan Pahang terakhir keturunan Melaka (1567-1614) dengan harga “segengang ulang aling emas satu dasar bali isi emas dan sekuku tangan baju isi emas” Disebab itulah Maharaja Perba Jelai sangat dihormati oleh penduduk hulu Pahang suatu ketika dahulu sehingga terkenal dengan gelar “Raja Bukit Betong ” atau Raja Bukit Di Bukit” kerana sememangnya beliau berasal dari raja di Pagaruyung.
Jika terdapat pembetulan sila komen di ruang komen kerjasama anda sangat dialu-alukan
Rujuk:
Zafuan Haji Manap - Bingkisan Sejarah Raub Rao dan Pagaruyung Pertalian Dengan Raub Dan Pahang.
Zakaria Hitam – Asal usul Nama tempat bersejarah Negeri Pahang.
Dicerita oleh Hj Yackob bin Ishak yang dilahirkan di Tanjung Besar Tenggelan.

Khamis, 6 Ogos 2009

Satu Cerita Sejarah di Lipis


Pada masa “Perang – Saudara 1857-1863’ suatu kejadian yang amat bersejarah berlaku di hutan Pertang Mukim Gua, Lipis. Perkara itu bermula dengan perbalahan di antara Panglima Kiri Wan Embong anak Orang Kaya Maharaja Perba Jelai Wan Ideris dengan Panglima Raja Mat Ali, Teh. Sungguhpun perbalahan itu adalah secara peribadi sahaja, akan tetapi Panglima Raja Mat Ali telah melaporkan kepada Bendahara Tun Mutahir bahawa Wan Embong hendak menderhaka. Encik Engku Aman anak Bendahara yakin akan apa yang disampaikan oleh Panglima Raja Mat Ali itu. Penulis hikayat Pahang menyatakan keyakinan engku Aman itu “kerana sudah janji negeri hendak rosak dan raja hendak turun kerajaan” Dengan tidak usul periksa lagi Tun Mutahir mengarahkan supapaya Wan Embong di bunuh.

Setelah mendapat arahan dari Bendahara Tun Mutahir maka berusahalah pengikut-pengikut Bendahara mencari Wan Embnong. Wan Embong tidak berniat hendak derhaka kepada Bendahara Tun Mutahir sebab itu dia melarikan diri. Dia bersembunyi di hutan kampung Pertang. Tempat dia bersembunyi di ketahui oleh orang dan dia mati ditembak oleh Mat Seh.

Kematian Wan Embong ini adalah punca yang menyebabkan tewasnya Bendahara Tun Mutahir. Ini adalah kerana dengan kematian Wan Embong anak kepada Maharaja Perba Jelai Wan Ideris itu maka pembesar-pembesar Hulu Pahang dengan sebulat suara menyebelahi Tun Ahmad (sultan).

Di bawah ini ditekankan apa yang dirakamkan oleh Dr W. Linehan dalam Sejarah Pahang, JMBRAS. Vol XIV.pt II 1936:

“The fate of his eldest son (Wan Embong) finally determined to To’ Raja adherence to the cause of Wan (Tun ) Ahmad who, but for that support, would never have able to conquer Pahang”.

Mengikut tulisan (Tun) Suzana bt (Tun) M. Osman : Tok Raja Wan Muhamad yang telah melantik Tun Ahmad menjadi Sultan Pahang pertama pada tahun 1882. Sebagai balasan, sultan telah menganugerah beliau sebagai Maharaja Perba Jelai yang baharu dan mendapat keistimewaan mengunakan chop mohor rasmi yang tertera “ Maharaja Perba Al-wakil Sultan Ahmad Al- Muadzam Shah”

Inggeris terpaksa mengiktiraf Sultan Ahmad menjadi sultan pada tahun 1887 kerana ingin mengujudkan system residen bagi mengantikan system pentadbiran tradisi orang-orang melayu, perkara tersebut menjadi kenyataan pada tahun 1888. Pada tahun 1889 satu peristiwa besar berlaku lagi di Lipis apabila seorang yang sangat setia kepada sultan berjuang mempertahankan haknya di Lipis telah mati ditembak mati dengan mengunakan ‘peluru emas’ oleh Inggeris. Berbagai versi cerita daripada peristiwa tersebut. - sekian

Rujuk:

- Asal Usul Nana Tempat Bersejarah Negeri Pahang oleh Dato’ Haji Zakaria bin Hitam hlm 76-77

- orangkayahaji.blogspot.com oleh Wan Jamaludin bin Wan Bidin

- Institusi Bendahara Permata Melayu Yang Hilang oleh (Tun) Suzana bt (Tun ) Hj M.Othman

-Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1880 – 1930

Oleh Prof Madya Dr Muhamad Yusoff Hashim, Dr Aruna Gopinath

- Yang Berkenaan

Isnin, 3 Ogos 2009

Gayung Pancasila Lipis : Kami ke Raub



Pada 02 Ogos 2009 (0230 ptg) kami bersama rombongan Persatuan Silat Gayung Pancasila Lipis telah pergi menyaksikan demonstrasi silat dan majlis upacara penutup gelanggang Silat Gayung Pancasila Kampung Ria. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Aziz bin Hj Mat Kiram-ADUN Batu Talam. Dalam ucapan ringkas, beliau menyokong penuh usaha yang dijalankan oleh penduduk Kampung Ria mengadakan aktiviti seumpama ini. Dengan aktiviti silat ini juga dapat menghindar anak muda dari melakukan aktiviti kurang sihat. Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Abang Long' dan semua ahli persatuan Silat Gayung Pancasila Kampung Ria Raub yang menyediakan jamuan 'pulut kuning ayam kampung' yang sangat enak. -Sekian wasalam