Khamis, 6 Ogos 2009

Satu Cerita Sejarah di Lipis


Pada masa “Perang – Saudara 1857-1863’ suatu kejadian yang amat bersejarah berlaku di hutan Pertang Mukim Gua, Lipis. Perkara itu bermula dengan perbalahan di antara Panglima Kiri Wan Embong anak Orang Kaya Maharaja Perba Jelai Wan Ideris dengan Panglima Raja Mat Ali, Teh. Sungguhpun perbalahan itu adalah secara peribadi sahaja, akan tetapi Panglima Raja Mat Ali telah melaporkan kepada Bendahara Tun Mutahir bahawa Wan Embong hendak menderhaka. Encik Engku Aman anak Bendahara yakin akan apa yang disampaikan oleh Panglima Raja Mat Ali itu. Penulis hikayat Pahang menyatakan keyakinan engku Aman itu “kerana sudah janji negeri hendak rosak dan raja hendak turun kerajaan” Dengan tidak usul periksa lagi Tun Mutahir mengarahkan supapaya Wan Embong di bunuh.

Setelah mendapat arahan dari Bendahara Tun Mutahir maka berusahalah pengikut-pengikut Bendahara mencari Wan Embnong. Wan Embong tidak berniat hendak derhaka kepada Bendahara Tun Mutahir sebab itu dia melarikan diri. Dia bersembunyi di hutan kampung Pertang. Tempat dia bersembunyi di ketahui oleh orang dan dia mati ditembak oleh Mat Seh.

Kematian Wan Embong ini adalah punca yang menyebabkan tewasnya Bendahara Tun Mutahir. Ini adalah kerana dengan kematian Wan Embong anak kepada Maharaja Perba Jelai Wan Ideris itu maka pembesar-pembesar Hulu Pahang dengan sebulat suara menyebelahi Tun Ahmad (sultan).

Di bawah ini ditekankan apa yang dirakamkan oleh Dr W. Linehan dalam Sejarah Pahang, JMBRAS. Vol XIV.pt II 1936:

“The fate of his eldest son (Wan Embong) finally determined to To’ Raja adherence to the cause of Wan (Tun ) Ahmad who, but for that support, would never have able to conquer Pahang”.

Mengikut tulisan (Tun) Suzana bt (Tun) M. Osman : Tok Raja Wan Muhamad yang telah melantik Tun Ahmad menjadi Sultan Pahang pertama pada tahun 1882. Sebagai balasan, sultan telah menganugerah beliau sebagai Maharaja Perba Jelai yang baharu dan mendapat keistimewaan mengunakan chop mohor rasmi yang tertera “ Maharaja Perba Al-wakil Sultan Ahmad Al- Muadzam Shah”

Inggeris terpaksa mengiktiraf Sultan Ahmad menjadi sultan pada tahun 1887 kerana ingin mengujudkan system residen bagi mengantikan system pentadbiran tradisi orang-orang melayu, perkara tersebut menjadi kenyataan pada tahun 1888. Pada tahun 1889 satu peristiwa besar berlaku lagi di Lipis apabila seorang yang sangat setia kepada sultan berjuang mempertahankan haknya di Lipis telah mati ditembak mati dengan mengunakan ‘peluru emas’ oleh Inggeris. Berbagai versi cerita daripada peristiwa tersebut. - sekian

Rujuk:

- Asal Usul Nana Tempat Bersejarah Negeri Pahang oleh Dato’ Haji Zakaria bin Hitam hlm 76-77

- orangkayahaji.blogspot.com oleh Wan Jamaludin bin Wan Bidin

- Institusi Bendahara Permata Melayu Yang Hilang oleh (Tun) Suzana bt (Tun ) Hj M.Othman

-Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1880 – 1930

Oleh Prof Madya Dr Muhamad Yusoff Hashim, Dr Aruna Gopinath

- Yang Berkenaan

4 ulasan:

muhammad berkata...

owh..mmg embong tu ade buat hal kot..huhuhu..rupenye pahang nye sultan tajaan british je..patut la

Mazru Majid berkata...

Tok Raja Perba Jelai adalah Orang besar berempat..beliau adalah dari keturunan Minangkabau dan telah dilantik oleh Sultan abdul ghafur Johor utk memerintah di ulu pahang...bukan dilantik oleh inggeris.

Bendahara Ahmad melantik diri nye sendiri sebagai sultan setelah tamat perang bendahara di Pahang.

kedatangan penjajah ke tanah melayu telah menyumbag punca berlakunye perang bendahara.Mereka lagakan bendehara sampai kelahi berebut kuasa.Tujuan mereka adelah untuk membuat tapak mencuri kekayaan hasil bumi Pahang dan bawak balik ke kerajaan British.

wallahualam....

Mohamed Idris Mohd Nor berkata...

Salam,

boleh says tahu siapa waris wan embong? Sekiranya Adakah gelaran atau nama mereka disembunyikan Dan tidal digunakan,

sekian,harap maklum

Tanpa Nama berkata...

dimana kah salasilah waris wan embong? bukan kah sepatutnya keturunan wan embong yg naik menjadi tok raja? adakah salasilah wan embong dipadam bg menutup sejarah atau tuntutan akan datang..? minta diberi penjelasan. setahu sy, keturunan wan embong masih wujud sehingga skg. jika salah, tlg perjelaskan. tq.