responsif teks foto

Rabu, 30 September 2009

BERRAYA DI KEDAH

Ikan Pekasam RM 4.00

Tasik Beris

Kali ini saya beraya di Kedah apa yang menarik saya telah pergi Empangan Beris yang teletak Daerah Sik. Tasek Beris merupakan Empangan buatan yang banyak menghasilkan Ikan air tawar untuk dijadikan ikan pekasam. Ikan Pekasam merupakan pembuka selera untuk untuk kita makan nasi. Bak kata orang “mak mertua lalu dibelakang pun tak nampak” kalau memakanya. Kalau di Lipis terkenal dengan masakan ‘ikan patin tempoyak’.Orang kedah memang tak kenal langsung masakan tersebut. Itulah orang kata lain padang lain belalang.

Menarik pada hari raya ke kedua terdapat satu Majlis Sambutan Aidil Fitri bersama Kerabat Raja Sakti Kedah di Kuala Menanti Tasik Beris Sik Kedah. Menurut cerita Raja Sakti merupakan anak angkat Raja Bersiung berkahwin dengan Puteri Mani Kemian. yang memerintah Jembal (Kelantan)1649. Maklumat lanjut berkenaan dengan Raja Sakti, salasilahnya tidak dapat ditemui dan pastikan semasa saya di sana. Penduduk di kawasan Sik pun tidak tahu menahu berkenaan dengan keturunan/salasilah kerabat Raja Sakti ini.

Sesiapa yang arif dengan sejarah keturunan Raja Bersiung ini boleh komen dan memberi maklumat di dalam rungan KOMEN. Sekian Terima Kasih.

Ahad, 13 September 2009

Bahagian Penting Kereta Perlu Dijaga



Jalan Lapan (8) Kuala Lumpur – Kuala Lipis – Gua Musang –Kota Baharu merupakan jalan sibuk bermusim terutama apabila kita akan menyambut Aidil Fitri. Sudah Banyak kemalangan berlaku di jalan tersebut, kita berharap/berjanji termasuk diri saya agar memandu berhati-hati, bersabar dan menghormati penguna jalanraya lain. Sebelum bergerak balik kampung semua penguna kenderaan terutama kereta agar membuat pemeriksaan seperti berikut:

Service Setiap 5,000 / 10,000 Km
Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.

Steering
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 5,000 /10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.

Hawa dingin
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.

Klac
Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.

Sistem transmisi/kotak gear
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap 40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/ minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km. Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.

Tekanan angin tayar
Perlu diperiksa setiap 3,000 km.
Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.

Suspensi
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.

Drive shafts/propeller shaft
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.

Sistem elektrik
Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalannan bagi setiap 10,000 km. Periksa peyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km.

Timing/drive belt
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.

Enjin:
Enjin - tune up bagi setiap 10,000 km
Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
Tukar `contact point' setiap 10,000 km

Radiator/sistem penyejuk
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.

Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.

Terima kasih

Wassalam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Rahsia Buat Duit Dirumah Terbongkar Cuba Layari http://riah771.42y.biz

Khamis, 10 September 2009

TAHUN 1888




Masjid Negeri 1888
Sebenar saya tertarik pada ‘Tahun Peta’ di atas. Pada tahun 1888 peta Semenanjung Malaysia terdapat satu negeri yang dinamakan Patani. Loghat masyarakat Patani hampir menyamai dengan loghat masyarakat melayu di daerah Baling, Sik sedikit Kuala Nerang Kedah, Pangkalan Hulu, Gerik Perak.. Masyarakat di daerah tersebut masih lagi mengunakan loghat itu di dalam pertuturan harian walaupun terdapat pengaruh loghat Kedah. Peta itu dengan jelas menunjukkan kita mempunyai talian persaudaraan dengan masyarakat Islam Patani yang berhadapan dengan pergolakan politik yang tiada kesudahannya pada hari ini.

Bagi negeri Pahang tahun 1888 bermulanya satu sistem pemerintah yang baru membawa kesan yang besar terutama struktur politik di Negeri Pahang. Pada tahun tersebut ‘John Pickersgill Rodger’ telah dilantik menjadi residen pertama. Perlantikan ini telah mengurangkan kuasa Sultan Ahmad dan pembesar-pembesar negeri .Pada tahun tersebut, Pahang buat kali pertama telah menerima satu angkatan Polis yang terdiri daripada 50 orang Sikh dan 150 orang Melayu yang diketuai oleh Encik Syers. Tujuannya untuk mengawasi keamanan di Pahang. Perkara tersebut telah membingung Sultan Ahmad kerana dalam pentadbiran tradisi, terdapat sistem tersendiri yang menjaga keamanan negeri. Majlis Tertinggi Negeri juga ditubuh pada tahun 1888 yang mempunyai kuasa keatas pemerintahan di negeri Pahang dan Sultan Ahmad tidak dilantik menjadi Ahlinya.

Di daerah Lipis Pada tahun 1888 terbina satu Masjid Negeri yang diasas seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Masjid ini telah dijadikan Masjid Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang sebelum ia dipindahkan ke Kuantan. Menurut cerita orang tua, salah satu keistimewaaan masjid ini ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Bandar Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai ini juga tidak menjejaskannya walaupun banjir melanda.

Rujuk : Muhamad Yusoff, Dr Aruna Gopinath Tradisi Persejarahan Pahang 1800-1930
: Majlis Daerah Lipis – Power Point.

KOMEN
Pada hari ini kita selalu memperkatakan, membincang berkenaan pergolakkan semasa (politik) yang tiadak habis-habis. Sebenarnya sejarah banyak mencerita pergolakan politik dahulu yang lebih hebat dan tragis. Akan datang saya akan muatkan Tips Keselamatan Kenderaan semasa balik kampung.

Selasa, 8 September 2009

PANADOL MERBAHAYA

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA

GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- http://www.omaQ. org

KOMEN

"Kalau telan juga minum air masak/mineral water tu banyak-banyak" pesan orang tua.


Sabtu, 5 September 2009

Pasar Ramadan

Ayam golek

Rendang Jamil RM 3.00 seketul
 



“Diam tak diam sudah 15 hari kita berpuasa, hampir pertengahan bulan ramadan banyak agaknya amalan yang kita buat atau sekurang-kurang sembahyang teraweh tak tinggal...”

Ramadan kali ini saya sempat juga menjengah pasar ramadan di Bandar Lipis banyak sungguh juadah yang dijual sungguh ramai usahawan bulan puasa menghasilkan produk mereka. Daripada gulai/kuih tradisional orang melayu sehingga gulai/kuih tradisional tempatan seperti gulai tempoyak ikan patin, masak lemak daging salai, dodol kukus(tahi minyak), sambal tempoyak, sambal hitam, kuih talam dan lain-lain.

Daripada cerita usahawan pula, bulan puasa kali ini mereka dapati pendapatan jualan nampak kurang sedikit daripada tahun lepas mungkin pelanggan mengawal berbelanja untuk menyambut hariraya, ditambah disebelah petang hujan hingga menyukarkan warga lipis keluar beramai-ramai seterus singgah dan membeli di pasar ramadan.

Apabila kita berjalan-jalan di pasar ramadan memang kita tertarik hendak membelinya, semua nampak sedap tengok rendang Jamil kita nak beli, tengok nasi ayam Asri kita nak beli, jumpa air soya, ‘taufu fa’ kak Wan kita nak beli, nampak kuih kak Mi kita nak beli tapi bila sampai waktu berbuka kena air segelas nasi sepingan dah tak lalu semua itu. Itulah nafsu bulan puasa.

Selamat menjalankan Ibadah Puasa

Selasa, 1 September 2009

Dato Bahaman, Tok Gajah Pahlawan Pahang.

Pada 29 Jun 1894 sepasukan polis kerajaan Inggeris menyerang kumpulan penentang Inggeris di Jeran Ampai, Kuala Tembeling. Pahang yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi.

Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis manakala pihak penetang di Jeram Ampai itu adalah tindak balas Inggeris terhadap ancaman terbaru penetang yang membunuh lima anggota polis dalam serangan keatas balai Polis di Kuala Tembeling.

Peristiwa Jeram Ampai ialah salah satu insiden dalam sejarah penentang pejuang pembebasan Pahang terhadap Inggeris di negeri ini selepas 5 tahun insiden pembunuhan Orang Kaya Haji. Berikutan itu Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di pahang melancarkan serangan besar-besaran menelan belanja $ 7,393.83, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.

Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.

Cerita versi Anok Pahang

Semasa di Hulu Sat @ Machang, Long Mansur (cucunda Baginda Long Gaffar ) banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya iaitu menjinakkan gajah yang diambil di Hulu Lebir (Hulu Kelantan). Pada satu masa, ketika baginda berada di sana, datang rombongan Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya bagi meminta perlindungan di Kelantan setelah melarikan diri dari buruan Inggeris di Pahang. Pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang bermula pada 8 Oktober 1891 selepas beliau dilucutkan jawatan sebagai Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad kerana enggan menurut perintah Inggeris yang melarangnya mengutip cukai. Beliau dikatakan telah melarikan diri ke Kelantan pada akhir tahun 1894 selepas gagal dalam pemberontakan tersebut. (Sejarah DarulIman,m.s241).


Semasa kejadian peristiwa ini, pemerintahan Kota Bharu bertukar kepada Sultan Mansor. Dato’ Bahaman dikatakan merupakan keluarga Sultan Mansor dan beliau membahasakan Sultan Mansor sebagai “Abang” di dalam percakapannya. Berita kedatangan Dato’ Bahaman ini diketahui oleh Sultan Mansor, lalu beliau datang berjumpa Baginda Long Mansor di Machang bagi memintanya supaya menjaga dan melindungi Dato’ Bahaman dan keluarganya. Baginda Long Mansor pada masa itu tidak terfikir akibat daripada tindakannya itu tadi kepada kesinambungan pemerintahan keturunan Long Ghafar di Kelantan. Tindakan Sultan Mansor tersebut adalah helah beliau bagi mengelakkan dirinya daripada tuduhan melindungi Dato’ Bahaman yang pada masa itu menjadi buruan Inggeris.

Kata Sultan Mansor, “ Pak Do tolong ambil orang kita di Hulu Lebir dan bawa balik ke rumah serta peliharalah”. Long Mansor tidak membantah, lalu tinggallah Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya di Machang di bawah jagaan Long Mansor. Menurut satu riwayat, beliau tinggal di sana selama 2 tahun. Menurut catatan di dalam buku Sejarah Darul Iman (m.s 240) Dato’ Bahaman serta pengikutnya seramai 12 orang telah membuat kediaman di Sungai Ampul, iaitu cawangan daripada Sungai Lebir di Hulu Kelantan pada akhir tahun 1892.

Berita Dato’ Bahaman mendapat perlindungan di Kelantan akhirnya telah diketahui oleh Inggeris, lalu wakil kerajaan Inggeris telah datang ke Kelantan dan berjumpa Sultan Mansor di Kota Bharu meminta supaya menyerahkan “penderhaka” tersebut. Kata Sulltan Mansor, “Kita tidak boleh buat apa-apa kerana kita di bawah takluk Bangkok. Kalau nak selesai dengan mudah minta sendiri pergi ke Bangkok minta kebenaran Raja Siam untuk tangkap keluarga Dato’ Bahaman”. Mereka kemudiannya pergi ke Bangkok bagi meminta keizinan. Raja Siam memerintahkan dengan perintahnya, “Kalau tak dapat Dato’ Bahaman, orang yang beri perlindungan kepada beliau, siapa saja akan menjadi ganti”. Maka terkenalah Baginda Long Mansor dengan tipu muslihat Sultan Mansor.

Orang-orang Inggeris itu kemudiannya kembali semula ke Kelantan bersama-sama dengan askar-askar Siam. Berita kedatangan askar-askar Siam untuk mengambil Dato’ Bahaman itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu baginda pergi berjumpa dengan Tengku Chik Tua Machang meminta nasihat. Beliau menasihati Baginda Long Mansor dengan katanya, “ Kita tak boleh lawan Siam, sebab anak kita duduk di Kota Bharu (iaitu Tengku Salleh, anak Long Mansor yang berkahwin dengan anak sultan yang bernama Tengku Tengah atau Tengku Kembang, anak Long Sulong atau Sultan Ahmad)”. Tambahnya lagi, “Jangan lawan Siam sebab seluruh keluarga kita akan dibunuh oleh Siam”.

Selepas itu Baginda Long Mansor balik dan memanggil Dato’ Bahaman mengadap, lalu menceritakan keadaan yang sebenarnya. Kata Dato’ Bahaman, “Kita hanya patuh kepada keturunan raja Melayu yang asal, kita tidak kira siapa yang memerintah, mati pun kita redha, berkhidmat kepada raja Melayu”. Baginda Long Mansor amat bersimpati akan nasib Dato’ Bahaman, lalu memintanya berundur daripada Machang. Terdapat dua cara berudur yang digunakan, iaitu;

1. Keluarga Dato’Bahaman berundur ke Kuala Berang,Terengganu.

2. Dato’ Bahaman pula, seorang diri pergi ke Menara(Narathiwat).

Pada masa Dato’ Bahaman mengadap Baginda Long Mansor itulah, askar-askar Siam telah mengepong keluarga serta pengikut Dato’ Bahaman di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di Bukit Bakau, Machang. Berita kepungan itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu katanya, “Dato’, keluarga Dato’ telah dikepong oleh askar-askar Siam pada masa maghrib”. Dato’ Bahaman kemudiannya terus pergi untuk menyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong. Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang.

Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang). Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara. Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’ Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela, telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam. Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak pernah menyerah diri kepada Siam. Apa yang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.

Pada pagi keesokannya, askar-askar Siam itu menangkap Baginda Long Mansor dan di bawa ke Kota Bharu. Di sana tiga orang lagi ditangkap iaitu;

1. Pak Nik Ya (penghantarbungaemas).

2. Dato’ Lela Perkasa Lundang.

3. TuanTabal.

Keempat-empat orang ini dibawa ke Bangkok sebagai tahanan selama tiga tahun. Apabila genab tiga tahun, tiga orang dihantar pulang ke Kota Bharu, tetapi Baginda Long Mansor dikatakan telah meninggal dunia semasa di dalam tahanan kerana penyakit “orang baik” (barah) dan dikebumikan di Bangkok (ditanam di dalam selut). Sebenarnya Baginda Long Mansor mati dibunuh dan hal ini diceritakan oleh Tok Kancil, iaitu pengawal peribadinya yang bersama-sama baginda semasa dalam tahanan di Bangkok. Menurut ceritanya, kepala baginda disimpan dalam muzium di Bangkok sehingga ke hari ini, bersama-sama dengan kepala Tuan Lebih iaitu Raja Reman.

KOMEN

Berdasarkan catatan ini jelas bahawa Datuk Bahaman tidak mati dibunuh oleh Siam (atas arahan British)...beliau dikatakan muncul semula "lewat" kemunculan Mat Kilau....walaubagaimanapun kemunculan Datuk Bahaman (Tok Guru Peramu) tidak diiktiraf kerajaan khususnya kerajaan Pahang dipercayai atas sebab-sebab berkaitan dengan "tahta" Kesultanan Pahang....lagipun "Tok Guru Peramu" juga enggan mengaku bahawa beliaulah Datuk Bahaman...jadi kisahnya kemudiannya lenyap begitu sahaja.

Tok Gajah, merupakan individu yang pada mulanya menentang Orang Kaya Haji (mati dibunuh 1889) kerana tidak menyokong Inggeris tetapi kemudian Tok Gajah pula menjadi menentang yang hebat bersama Datuk Bahaman apabila kuasa dan kegiatan ekonominya agak tergugat. Dalam catatan Abdul Talib bin Hj Ahmad berdasarkan cerita turun temurun seperti berikut:

Sa-telah selesai bermeshuarat orang besar itu pun mengajak Sultan Ahmad bersumpah meminum ayer Yasin dan Qur’an yang telah di-bacha mereka ditepi sungai Silan.

Maka sembah Dato’Gajah Dato’ Raja Jelai dan Dato’ Bahaman “ Jangan-lah Tuanku mungkir janji. Kalau mungkir janji nyawa padah-nya” Maka baginda dan orang besarnya pun bersumpah tidak akan mungkin janji” Peristiwa ini menunjukkan semua pembesar Pahang termasuk Sultan Ahmad mengadakan gerakan rahsia melawan Inggeris.

Selamat Menyambut Hari Merdeka


AddToAny