Sabtu, 5 September 2009

Pasar Ramadan



Rendang Jamil RM 3.00 seketul

“Diam tak diam sudah 15 hari kita berpuasa, hampir pertengahan bulan ramadan banyak agaknya amalan yang kita buat atau sekurang-kurang sembahyang teraweh tak tinggal...”

Ramadan kali ini saya sempat juga menjengah pasar ramadan di Bandar Lipis banyak sungguh juadah yang dijual sungguh ramai usahawan bulan puasa menghasilkan produk mereka. Daripada gulai/kuih tradisional orang melayu sehingga gulai/kuih tradisional tempatan seperti gulai tempoyak ikan patin, masak lemak daging salai, dodol kukus(tahi minyak), sambal tempoyak, sambal hitam, kuih talam dan lain-lain.

Daripada cerita usahawan pula, bulan puasa kali ini mereka dapati pendapatan jualan nampak kurang sedikit daripada tahun lepas mungkin pelanggan mengawal berbelanja untuk menyambut hariraya, ditambah disebelah petang hujan hingga menyukarkan warga lipis keluar beramai-ramai seterus singgah dan membeli di pasar ramadan.

Apabila kita berjalan-jalan di pasar ramadan memang kita tertarik hendak membelinya, semua nampak sedap tengok rendang Jamil kita nak beli, tengok nasi ayam Asri kita nak beli, jumpa air soya, ‘taufu fa’ kak Wan kita nak beli, nampak kuih kak Mi kita nak beli tapi bila sampai waktu berbuka kena air segelas nasi sepingan dah tak lalu semua itu. Itulah nafsu bulan puasa.

Selamat menjalankan Ibadah Puasa



Click here to start trading

4 ulasan:

AYAH TEH berkata...

mcm menarik je rendang jamil ni..kalau pekena di pagi raya sure best ni...

zaini berkata...

Ayah Teh
"Pasar ramadan bandar lipis ada jual...!!! RM 3.00 seketul.

ayah teh berkata...

masalahnya Ayah Teh duduk kat kolumpo...tak merasa la nampoknya..

Tanpa Nama berkata...

tensen nak cri parking kat pasar ramadan lepih...