Sabtu, 3 Oktober 2009

BUAH PERAH

Buah perah merupakan sejenis buah yang berasal dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan hujan khatulistiwa di Malaysia ini terutama di Daerah Lipis, Raub dan Jerantut. Buah ini akan gugur sendiri ke bumi apabila ianya sudah cukup tua atau matang.
Buah perah ini berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz buahnya agak kecil kira-kira (30mm hingga 40mm). Kulitnya keras, nipis dan licin manakala isinya pejal dan keras berwarna putih. Buah ini pada asalnya di dalam satu kepompong dan mengandungi 3 biji.
Sifatnya
Buah perah yang sudah cukup tua atau matang akan gugur ke bumi, ianya akan meletup dan berderai di udara sebelum jatuh ke bumi. Faktor angin memainkan peranan yang cukup penting dalam proses pengguguran buah ini. Selain itu faktor haiwan seperti kera atau monyet juga boleh membantu proses pengguguran buah ini.
Kulitnya sangat keras dan untuk mendapatkan isinya ia perlu diketuk bagi memecahkan kulit tersebut. Isinya jika dimakan secara mentah (tanpa diproses atau dimasak) serta secara berlebihan boleh menyebabkan mabuk atau pening kepala. Isinya bewarna putih dan keras sama seperti buah badam dan ianya boleh dimakan tetapi perlu dimasak atau diproses dengan betul. Buah ini tidak mempunyai biji.
Kegunaan
Buah ini boleh juga di buat asam rong makanan tradisional masyarakat di negeri Pahang. Selain itu buah ini boleh juga dimasak atau digoreng untuk hidangan sebelah petang.
Bagi masyarakat dahulu mereka suka menjerukkan buah ini dan disimpan hingga berbulan-bulan lamanya tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk. Penyimpanan di dalam tempayan atau balang besar yang diisi dengan air boleh membuatkan buah ini tahan lebih lama.

KOMEN

Apa yang menarik buah perah ini tidak dikenali oleh generasi yang tinggal bandar-bandar besar, mereka merasa pelik dan harian melihat buah ini sama ada ianya boleh dimakan atau sebaliknya. Masakan yang mengunakan buah perah(asam rom) ini sangat diminati dan digemari oleh masyarakat di daerah Lipis, Raub dan Jerantut.


GDI-INCOME FOR LIFE : MURAH MUDAH LUMAYAN


http://cari_duit_pencen.42y.biz

2 ulasan:

ari wibowo berkata...

kat kampung den ni byk buah ni..

PKMPL berkata...

suka sangat makan gulai asam rong wehh