Isnin, 30 November 2009

POLITIK MEDAN CARI MAKAN?



Mengapa ramai orang berebut rebut masuk politik? Mengapa mereka berebut mencalonkan diri mahu jadi pemimpin? Sedangkan apabila sudah jadi pemimpin jadilah dia hamba.Ia itu hamba rakyat? Benarkah ada orang kata siapa ingin glamor dan kaya masok lah politik.Kerana sekarang medan politik sudah jadi macam MLM, tempat skim cari kekayaan.Tempat skim jadi jutawan,bukan lagi gelanggang perjuangan tetapi sudah jadi gelanggang tempat cari makan.Apabila di conggak conggak jadi PM dapat gaji mahal? Jadi MB pun mahal gaji? Jadi MP pun mahal gaji? Jadi Adun pun mahal gaji? Jadi MP dan Adun Pembangkang pun dapat gaji mahal.Itu belum kira lambakkan lain lain "side income".Gaji? Mereka tidak heran sangat.Tetapi ini lah benda utama yang mereka idam idamkan.Side income" dari sumber "ghaib" !!???.

Politik yang kotor sudah jadi bertambah kotor bagaikan tempat pelacuran, kerana ianya sudah jadi medan politik wang.Modalnya Rakyat.Rakyat di jadikan alat dan tempat di perjudikan.Siapa yang berjaya dalam medan ini seolah olah mendapat ladang yang amat luas.Seolah olah mendapat sebuah kilang yang besar yang tidak putus putus mengeluarkan wang .Di situ dia boleh jadi jutawan tanpa buat kerja.Macam MLM income masok melalui downline.Downline dia siapa? Pembodek dan Pemberi rasuah!

Orang politik sekarang bukan sahaja bertarung dengan parti lawan.Mereka bertarung sesama sendiri.Bertarung sesama sendiri di dalam parti untuk menguasai parti, kerana di situ pun ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan.Maka berlakulah tikam kawan sendiri, khianat mengkhianati, jatuh menjatuhkan. Dan di sesetengah negara lain ada bunuh membunuh.

Maka daripada medan politik kotor inilah lahir pemimpin pemimpin negara yang menjaga negara dan rakyat, agama dan bangsa.Maka lahirlah mereka ini sebagai penyangak penyangak negara, agama dan bangsa yang bertauliah! Lahirlah lanun lanun terhormat! Pencuri pencuri berlesen.Mengaut wang rakyat dan negara!

Setiap musim piliharaya rakyat memilih pemimpin mereka, dari parti pilihan mereka agar lahir pemimpin pemimpin pembela rakyat dan cinta agama dan negara, agar nasib mereka terbela.Jawapannya sama juga.Pemimpin baru dari parti yang baru tidak ada beza.

Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi.Hanya mengharap dan mengharap.Harapan tidak kunjing tiba.Begitulah terjadi di setiap plihanraya nasib rakyat tetap tidak terbela.Yang senang hanya segelintir.Yang susah dan menderita itulah yang ramai.

Sedangkan pemimpin pemimpin terus jadi kaya melalui perniagaannya di medan politik.Duit dari sumber "ghaib" masok dan terus masok! - Amri el Wahab

KOMEN

“Ada yang status Dr sanggup tinggal klinik (pesakit) hanya sekadar nak beri kain pelekat/hamper kat pengundi…”

Politik Malaysia akan menuju kehancuran kalau beginilah pemikiran pemimpin dan rakyat : kita dengar luahan Dr Mahathir.

Rabu, 25 November 2009

TV 1 bersama Parlimen Lipis



Program tentang Parlimen Lipis. Khabar Malaysia. 25hb.11.09. Jam 9.30 malam di TV1. Jom tonton.

"MALAM INI: jangan lupa..."

Khamis, 12 November 2009

INFO: Pembukaan Gelanggang Silat


Warga lipis yang masih belum menyaksikan bagaimana upacara pembukaan gelanggang Silat dilaksanakan bolehlah datang menyaksikan di tempat berikut:

Tarikh 13 Nov 2009 (Jumaat)

Masa : 05.00 Petang

Tempat : Bangsal Silat Kg Kuala Lanar (Jeti Kuala Lanar)

Kehadiran anda untuk memberi semangat kepada anak muda supaya mereka meminati seni mempertahankan diri warisan melayu.

Sekian Terima Kasih.

Selasa, 10 November 2009

FIKIR-FIKIR : Hendak Ke mana Anda...?


Walaupun kita selaku manusia diberikan akal oleh Allah, kita jarang mahu menggunakannya untuk berfikir dengan mendalam, untuk bertanya kepada
diri kita sendiri erti kehidupan: “... HENDAK KE MANA AKU?”

Kita TIDAK ADA MASA untuk memikirkannya. Kita TIDAK MAHU untuk memikirkannya. Kita MENGELAK daripada memikirkannya.

Pelbagai cara dibuat, secara sedar atau tidak sedar untuk MENGHALANG kita dari memikirkannya. Apa yang menyebabkan kita lalai? Apa yang melalikan
kita? Kenapa kita tidak ada masa? Apa di sana ada perancangan musuh Islam untuk melalai dan melalikan kita??

Terang dan jelas bagi kita, salah satu sumber utama ialah...HIBURAN. .Kita dilalikan dan dilalaikan dengan hiburan yang berpanjangan. . Hampir keseluruhan hidup kita diselubungi, dihantui, dikelabui oleh hiburan. Untuk berhibur kita perlukan set tercanggih..

- Kita sanggup bergadai bergolok untuk mempastikan rumah kita mempunyai set TV, Hi-Fi, DVD paling canggih... Tidak cukup dengan saluran TV percuma...
- kita merasa perlu pula untuk melanggan puluhan saluran satelit berbayar..

Untuk pastikan kita tidak perlu berfikir dalam kereta...- Kita berlumba melengkapkan peralatan audio paling mahal dalam kereta, lengkap dengan DVD player, agar
anak-anak kita tidak terlepas rancangan hiburan kegemaran mereka.

Tidak cukup dengan itu...- Kita penuhkan fikiran dengan pelbagai rancangan
import; filem Hollywood, American Idol, Survivor, Fear factor, Extreme Makeover etc ,

- Kita serabutkan hidup kita dengan rancangan hiburan tempatan, ada yang diciplak 90%.- Malaysia Idol, Akademi Fantasia, Muzik-muzik, Musik-musik, Mencari
Cinta etc. Jika rancangan drama tempatan tidak cukup menarik... - Kita semakkan hidup kita dengan drama dan telenovela dari Amerika Selatan, Filipina, Indonesia, Thailand etc. Agar kita tengelam dalam alam fantasi tanpa perlu berfikir...- Kita biarkan isteri, suami dan anak-anak kita dibuai dengan produk-produk Bollywood yang tidak
berputusan.. . - Kita ajak keluarga kita lepak di Padang dengan Konsert Sure Heboh biarpun Mufti mengharamkannya. . ahh! pedulikan itu semua!

Sekiranya kita ada sedikit masa luang untuk berfikir, orang lain sudah menjadualkan kita untuk berhibur... - Pelbagai konsert telah diatur seolah-olah secara
berjadual sepanjang tahun, agar kita tidak ada masa untuk berfikir lagi... konsert Hari Kebangsaan, Sure Heboh, Raya, tahun baru Cina, Deepavali, Keputeraan,
Citrawarna, Krismas, Tahun Baru dan pelbagai lagi pesta-pestaan. - Hidup kita diprogramkan dengan pelbagai Majlis anugerah dari masa ke semasa, Anugerah Industri Muzik,Oscar, Pesta Filem, Juara Lagu, Penyanyi Popular, Bintang Pujaan, Pelakon Terhebat, dan seribu satu macam lagi majlis. Maka di mana ada masa untuk kita berfikir?

Tidak hairanlah jika kitaran rutin hidup kita nerkisar di sekitar.. makan..cari makan.. BERHIBUR.. tidur..

Bilakah kita boleh keluar dari kitaran rutin ini?

catatan dari sebuah e-mel