Khamis, 30 Disember 2010

Piala AFF-Suzuki 2010 Milik Malaysia


Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan. Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu. Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71. Satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87. Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam ini mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum.
Dalam kenyataannya kepada Bernama itu, beliau mengisytiharkan cuti umum berkenaan bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.

Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

Selasa, 14 Disember 2010

Pameran, Jualan Buku DBP

Pameran & Jualan Buku Dewan Bahasa dan Pustaka

Tarikh : 17 hingga 20 Disember 2010

Masa : 09.00 Pagi hingga 09.00 Malam

Tempat : di Dewan Residen, Jalan Benta - Lipis, Kuala Lipis Pahang.

Hubungi : 017-6960447, 017-6577344

Selasa, 30 November 2010

Perlu Pendokumentasian Salasilah




Salasilah saya yang telah di dokumentasi oleh
terembe Tok Linggi  Kg. Relong.

Masyarakat Malaysia khususnya orang melayu kurang memiliki minat yang tinggi untuk menjejaki jurai keturunan atau salasilah keluarga mereka sendiri. Barang kali mereka beranggapan tiada sebarang faedah atau manfaat sekiranya mereka menyelidiki secara lebih mendalam tentang keluarga mereka. Kecenderungan menyimpan atau menulis rekod-rekod salasilah boleh dikatakan hanya terdapat dalam kalangan pemerintah khasnya golongan kerabat diraja atau pembesar-pembesar negeri. Tujuan penulisannya barang kali tidak lebih untuk menyatakan keabsahan pemerintahan mereka di sesebuah negeri atau jajahan taklukan mereka.

Pengetahuan tentang salasilah dianggap sebagai salah satu cabang ilmu yang penting khasnya dalam bidang sejarah dan ia dikatalogkan sebagai bidang sains sosial. Berdasarkan pengertian yang sempit, ilmu salasilah ini merupakan kajian berkenaan individu dan hubungannya dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, sekiranya kita memahami pengertiannya yang luas, ilmu salasilah ini merangkumi kajian yang mendalam tentang sejarah, biografi, geografi, sosiologi, undang-undang, perubatan, linguistik dan sebagainya. Kita sewajarnya berpegang kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya sekadar ingin mengetahui nama dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara mereka. Apa yang lebih penting ialah pengkajian tentang ilmu salasilah keluarga mampu memupuk jati diri seseorang individu.

Menurut Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak, Exco Kerajaan Pahang semasa merasmi mesyuarat agung ke-3 Persatuan Orang Kaya Haji Pahang (Perkaya) berkata, banyak lagi artifak bertulisan tangan dalam tulisan jawi termasuk jurai keturunan tertentu yang hampir pupus perlu diselamatkan menerusi tanggungjawab persatuan sejarah di peringkat negeri dan daerah.

Beliau berpendapat  masih banyak jurai atau waris keturunan orang Melayu negeri ini masih belum didokumentasikan dengan sempurna dan sesetengahnya cuma ada dalam ingatan waris tertua berkenaan yang perlu diselamatkan segera.

“Tugas ini bukanlah sukar bagi pihak Persatuan Sejarah  memperoleh bahan  dan hanya perlu ada koordinasi atau berhubung dengan ketua waris berkenaan untuk mendapatkan maklumat sejarah termasuk gambar dan bahan tertentu,’’

Sebelum kita mengenali sejarah dalam dan luar negara, kenalilah sejarah atau salasilah yang berkaitan dengan diri kita dahulu. Tambahan pula, salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat yang bertamadun. Menjejaki asal-usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada penerusan hubungan silaturahim antara kaum kerabat. Pengekalan hubungan silaturahim sesama kaum kerabat pula sangat dituntut oleh Islam.

Isnin, 29 November 2010

Pembangunan Pahang Barat Biar Realiti

Jangan cerita aje bagus seperti IADP (Pahang Barat Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu) dimasa lalu
Tahun 2010 sebenarnya memberi erti yang cukup besar bagi pentadbiran kerajaan negeri Pahang terutama dalam usaha pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar dan pedalaman.Usaha kerajaan negeri menghapuskan kemiskinan demi memberi keselesaan penduduk luar bandar merupakan antara agenda utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tahun ini.
Sepanjang tempoh itu, kerajaan negeri memberi tumpuan khusus terhadap projek luar bandar bagi menjana pembangunan modal insan, membuka peluang ekonomi baru dan mengukuhkan institusi sosial.
Dalam usaha membangunkan modal insan, kerajaan negeri 'melabur' jutaan ringgit dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran, pembangunan usahawan, pemantapan kepimpinan dan pemerkasaan belia.
Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang RMK-9, usaha melahirkan individu cemerlang, keluarga bahagia dan masyarakat beridentiti menerusi keseimbangan pendapatan dalam agihan kek ekonomi negeri berjaya direalisasikan sepenuhnya.
Dalam tempoh sama juga, kerajaan negeri terus memberi tumpuan terhadap pembangunan di kawasan Pahang Barat yang dikatakan agak ketinggalan berbanding Pahang Timur.
Antara kawasan yang menjadi fokus kerajaan negeri ialah di daerah Jerantut dan Kuala Lipis yang agak jauh dari pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kuantan.  Seterusnya

Ahad, 21 November 2010

Pelancong Singapura sertai ibadah korban di Kuala Medang

MENARIK...Beberapa kawasan di sekitar Kg Kuala Medang
KUALA LIPIS 19 Nov. - Seramai 12 pelancong dari Singapura menunaikan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha ketika menyertai Program Inap Desa di Kampung Kuala Medang di sini semalam.
Pelancong berkenaan terdiri daripada ahli Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas) yang mengadakan lawatan selama tiga hari dan menyambut Aidiladha bersama keluarga angkat masing-masing di Kuala Medang.
Acara korban membabitkan sebanyak tiga ekor lembu dilakukan oleh Imam Masjid Kuala Medang, Hassan @ Ismail Mat Sam.
Daging korban tersebut kemudian diagihkan kepada golongan asnaf dan 40 keluarga Orang Asli Islam di Kampung Pantos, Jelai yang dilakukan sendiri oleh ahli-ahli Pergas dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kampung tersebut.
Ketua rombongan Pergas, Zubaidah Abdullah, berkata, ibadah itu sebagai tanda syukur serta memeriahkan sambutan Aidiladha bersama penduduk di pedalaman Hulu Jelai dekat sini.
Menurutnya, persatuan itu melaksanakan acara korban membabitkan 5,000 kambing sempena hari pertama Aidiladha di Masjid al-Falah dan Madrasah al-Junid, di Singapura. Seterusnya

Khamis, 18 November 2010

Budayawan Negara : Dato’ Haji Zakaria bin Hitam

Buku tulisan Dato' Haji Zakaria bin Hitam
Budayawan Dato’ Haji Zakaria bin Hitam yang lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Zek' dilahirkan pada 20 Jun 1912 di Kampong Benta Mukim Langgar, Pekan Pahang. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Langgar hingga lulus pada tahun 1925. Kemudian ke sekolah Inggeris Kerajaan Pekan (1926-1928) dan seterusnya ke sekolah Clifford, Kuala Lipis sehingga tamat Junior Cambridgee (1932) dan lulus School Certificate bersendirian (1937).

Pernah berkihidmat sebagai Setiusaha Menteri Besar Pahang selama lima tahun dan sebagai Pegawai Kerajaan di Jabatan Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri dari 1 Mei 1961 hingga 30 Dis 1970. Semasa bertugas di Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Pak Zek telah diberi tugas tambahan sebagai timbalan pendaftaran geran-geran selama 5 tahun 4 bulan. Pak Zek bersara pada 31 Dis 1970.

Selepas itu Pak Zek menumpukan sepenuh perhatian dalam kegiatan Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang. Beliau juga menjadi ahli beberapa buah persatuan iaitu ahli Lembaga Muzium Negari Pahang, Ahli Folklore Society dan Oriental Ceramic di United Kingdom.

Pak Zek mula mengumpulkan cerita rakyat semenjak puluhan tahun. Lebih dari 200 karya telah diterbitkan.  Karyanya ‘Si Bijak Di Hutan’ memenangi hadiah UNESCO dalam tahun 1967.  Sebuah karyanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Sterling Press, New Delhi yang berjudul The Folktales of Malaysia pada tahun 1979.  Setakat ini 40 buah buku cerita rakyat usahanya telah diterbitkan. Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang sastera, budaya dan sejarah, dia telah dianugerahkan gelaran Budayawan Negara oleh GAPENA pada tahun 1978.  Pada Jun 1982 beliau dianugerahkan pula Ijazah Kehormat Sarjana Sastera oleh Universiti Malaya.  Sempena Seminar Perlindungan dan Perkembangan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Negeri Pahang 1983 Pak Zek digelar Bapa Sastera Rakyat Pahang.

Yang cicir tidak dikutip
Yang hilang tidak dicari

“Maka tak syak lagi salah satu warisan budaya datuk nenek kita akan hilang. Masa itu anak cucu kita akan mencerca kita kerana kelalaian kita memelihara salah satu seni budaya kita; mereka akan memuji R.O Winstedt yang berjaya mengeluarkan buku cerita rakyat...” ucapannya di Universiti Malaya  pada 19 Jun 1982

Dalam tahun 1986 Pak Zek dipilih sebagai Tokoh Budaya Pahang dan pada tahun 24 Okt 1987 telah dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Dato’ oleh KDYMM Sultan Pahang.

KOMEN

Walaupun tajuk buku  ‘Asal Usul Nama Tempat Bersejarah Negeri Pahang'; buku ini banyak mencerita sejarah dan peristiwa yang amat berharga kepada generasi akan datang. Sejarah/Peristiwa penting untuk kita ingati dan menjadi satu pengajaran kepada kita. Tokoh-tokoh yang menyimpan, menulis berkenaan dengan fakta sejarah memang patut kita contohi dan sanjungi. Mengapa tulisan Dr W.Linehan, R.O Winstedt menjadi bahan rujukan sejarah negara kita, tiadakah penulis sejarah tempatan yang setanding dengan mereka….fikir-fikirkanlah.

Rabu, 17 November 2010

Buat permohonan naik taraf jalan kampung : Dato Wan Rosdy

Salah satu jalan ke kampung Aur Gading
KUALA LIPIS 15 Nov. - Dua jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di sini diminta membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menaik taraf jalan kampung sejauh enam kilometer antara Kampung Pamah Aur dengan Kampung Seberang Jelai dekat sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, walaupun jarak jalan itu adalah pendek tetapi permohonan bertulis perlu dilakukan kerana ia membabitkan dua kampung.
''Kedua-dua JKKK terbabit perlu membuat permohonan kepada kerajaan negeri menerusi Majlis Daerah Lipis (MDL) supaya dapat dipertimbangkan projek menaik taraf jalan itu berasaskan keperluannya sebagai jalan pertanian dan keselesaan penduduk berulang alik ke bandar.
''Kerajaan negeri prihatin dengan masalah ini kerana ia merupakan alat perhubungan untuk memunggah hasil kampung dan laluan ke tempat kerja penduduk kampung berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tanjong Gahai dekat sini baru-baru ini.
Wan Rosdy mengulas surat pembaca yang tersiar dalam ruangan Rakan Pahang 29 Oktober lalu mengenai aduan penduduk yang dikenali sebagai 'Ismail, Lipis' yang meminta kerajaan negeri menaik taraf jalan yang berusia 30 tahun sejauh enam kilometer antara Kampung Bukit Juar ke Kampung Seberang Jelai.
Penduduk terbabit mendakwa, jalan itu perlu dinaiktaraf memandang ia menjadi laluan utama untuk membawa hasil kampung ke bandar ini dan merupakan laluan pintas penduduk Kampung Bukit Kota, Kampung Pamah Aur, Kampung Aur Gading, Kampung Sungai Koyan, Kampung Chegar Perah dan Kampung Beriang terus ke jalan utama, Jalan Lipis-Gua Musang.
Jalan berkenaan juga dikatakan menjadi laluan pintas penduduk Kampung Bukit Kota, Kampung Bukit Betong, Kampung Pamah Aur dan Kampung Bukit Juar ke tempat kerja di Kawasan Perindustrian Kechau, Lipis.
Wan Rosdy berharap kedua-dua JKKK terbabit mengemukakan permohonan dengan segera mengikut saluran yang betul untuk dipertimbangkan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai tidak menolak kemungkinan projek berkenaan memang sedang dalam perhatian pentadbiran daerah Lipis.
Sehubungan itu, tambahnya, penduduk di dua kampung terbabit diminta bersabar kerana kerajaan negeri tetap memberi keutamaan terhadap projek pembangunan luar bandar. Utusan Malaysia

Ahad, 14 November 2010

Peneroka Felda

Mula-mula menjejaki tanah rancangan Felda
Matlamat kerajaan menubuhkan Felda secara dasarnya ingin mengeluarkan masyarakat luar Bandar daripada kepompong kemiskinan. Mereka diberi ladang untuk diusahakan termasuk tanah mendirikan rumah.

Kehidupan peringkat awal di tanah rancangan sememangnya begitu sukar tanpa kemudahan pasarana yang lengkap.  Segala-galanya serba kekurangan tanpa kemudahan elektrik dan air.

Ini menjadikan kehidupan mereka di tengah hutan belantara bagai terputus dengan dunia luar. Kesusahan hidup yang dilalui juga menyebabkan ada peneroka yang mengaku kalah lalu meninggalkan tanah rancangan

Kesusahan hidup disebabkan turun naik harga komuditi menyebabkan kehidupan peneroka tidak menentu pernah suatu ketika dahulu, pada tahun 1988-89 harga kelapa sawit  hanya boleh dijual dengan harga RM 45 satu tan berbanding sekarang harga mencecah RM 700 satu tan.

Pada masa itu kebanyakan peneroka berhutang runcit dengan Kedai Felda hingga mencecah ribuan ringgit seorang, ada yang mengambil barang di kedai tersebut seperti beras dan menjual balik kepada pekedai untuk mendapat duit ‘cash’.   Setengah peneroka meninggalkan tanah rancangan buat sementara waktu  menjadi ‘pengawal keselamatan’ di bandar-bandar  besar seperti Kuala Lumpur. 

Tidak dapat dinafikan kehidupan masyarakat peneroka begitu unik mereka sangat berkerjasama, berkerja dalam satu kumpulan (satu kumpulan terdiri dari 22 peneroka) untuk mengeluarkan hasil kelapa sawit.  Pada masa harga sawit meningkat dahulu mereka mampu membeli sebuah traktor untuk menggangkut hasil ladang sawit ke kilang. Mereka juga akan bermesyuarat tiap-tiap bulan memikir untuk meningkatkan hasil sawit.   

Itulah cara kerja atau semangat peneroka semasa mereka menjadi mula-mula menjadi  peneroka.  Tapi pada hari ini peneroka itu tidak mampu untuk melaksanakan tugas lagi dek kerana usia atau sudah meninggalkan kita semua.  Ladang mereka sudah diserah kepada Felda untuk dijayakan. Felda pula telah men’sub’kan pula pada sebuah badan untuk menjayakan tugas tersebut. 

Hasilnya pada hari ini  peneroka seperti orang pencen menunggu duit hasil ladang  tiap-tiap bulan dari ‘Felda’ cukup tahun pula menunggu pengumuman duit bonus dari PM macam kakitangan kerajaan.

KOMEN

Itu cerita suka duka peneroka Felda bagaimana pula cerita generasi kedua yang tinggal di dalam rancangan Felda.

Selasa, 9 November 2010

RM1.63 juta bantu pekebun kecil di Pahang

Harga Skrap RM 5.90 kg
KUANTAN 8 Nov. - Risda memperuntukkan sebanyak RM1.63 juta untuk membantu pekebun kecil di negeri ini meningkatkan pendapatan mereka menerusi pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun ini.
Pengarah RISDA negeri, Datuk Mujahid Muhamad berkata, bantuan itu disalurkan melalui tiga pakej iaitu Bantuan Tabung Pelancaran (BTP), Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan Pakej Bantuan Tambahan (PBT) tahun ini.
Menurut beliau, daripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM1.16 juta diperuntukkan untuk meningkatkan ekonomi pekebun kecil melalui AET.
"Pekebun kecil yang terpilih menerima geran bantuan yang bernilai tidak lebih RM10,000 untuk menjalankan aktiviti penternakan atau tanaman kontan sebagai ekonomi tambahan di dalam atau luar kebun masing-masing.
"Setakat ini, seramai 200 penerima mendapat manfaat daripada bantuan tersebut," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Mujahid berkata, pekebun kecil yang mempunyai keluasan kebun kurang daripada 2.5 hektar layak menerima tabung bantuan tambahan berjumlah RM1,500 setahun.
"Sehingga kini, terdapat 300 pekebun kecil seluruh Pahang menerima bantuan ini yang melibatkan jumlah keseluruhan RM400,000.
"Bagi persatuan pekebun kecil pula, Risda memperuntukkan bantuan melalui BTP sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 setahun untuk ahli jawatankuasa melaksanakan pelbagai aktiviti," katanya.
Beliau berkata, agihan BTP dibuat berdasarkan keluasan kebun iaitu RM2,000 bagi 12 hingga 24 hektar manakala RM3,000 bagi kawasan yang lebih daripada 24 hektar.
"Berkuat kuasa 1 September lalu, pekebun kecil juga menerima kenaikan bantuan daripada RM7,000 kepada RM9,230 setahun.
"Bagi bantuan ini, kami memperuntukkan kira-kira RM50 juta kepada pekebun kecil yang layak," katanya.
Mujahid menambah, walaupun harga getah meningkat hingga mencecah RM12 sekilogram, Risda tetap prihatin apabila jumlah bantuan tidak diturunkan sebaliknya, ditambah dalam usaha meningkatkan ekonomi pekebun kecil di negeri ini.
"Pekebun kecil yang memiliki kebun getah disarankan mengambil peluang daripada kenaikan harga komoditi itu untuk meningkatkan hasil pengeluaran.
"Kami sasarkan pengeluaran sebanyak 2,000 kilogram bagi setiap hektar setahun dan jumlah itu boleh dicapai berdasarkan pengeluaran semasa yang kini mencecah 1,800 kilogram sehektar berbanding hanya 1,600 kilogram pada tahun sebelumnya," katanya.
Katanya, pekebun kecil juga disaran menggunakan teknik dan teknologi torehan terkini supaya hasil dapat dikeluarkan secara berterusan walaupun ketika hujan.
"Secara umumnya, setiap pokok getah sepatutnya ditoreh 15 kali dalam sebulan dan kami mendapati pekebun melakukan aktiviti torehan kurang daripada jumlah tersebut, sekali gus menjejaskan peluang meningkatkan pendapatan," katanya.

 KOMEN
Dengan peningkatan harga Getah Skrap sekarang ini, banyak aduan kehilangan getah skrap di kebun-kebun. Melalui Lembaga Getah Malaysia kerajaan telah mengalakan pekebun kecil memiliki 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' keterangan lanjut boleh lihat Laman Web Lembaga Getah Malaysia. Borang Muat turun Pengusaha

Sabtu, 30 Oktober 2010

Al Fatihah : Sasterawan Ibrahim Omar

Allahyarham Ibrahim Omar
Sasterawan Ibrahim Omar meninggal dunia di kediamannya di Kampung Mela semalam.
Beliau  dilahirkan pada 17 Jun 1936 di Kampung Jeram Landak, Mela, Lipis Pahang. Pernah belajar di Sek Men Inggeris Clifford, Kuala Lipis sebelum memilih kerjaya sebagai guru dan penulis kreatif berupa novel dan skrip drama Radio Malaysia sejak awal 1960-an.

Kemuncak kejayaan Ibrahim ialah apabila novel "Desa Pingitan" memenangi tempat pertama dalam sayembara anjuran DBP pada tahun 1962 di Kuala Lumpur dan dipilih menjadi buku teks di sekolah menengah bagi Sijil Pelajaran Malaysia dari tahun 1966 hingga 1968.

Beliau meninggalkan banyak antologi cerpen dan 50 buah novel. Antaranya:

"Desa Pingitan" DBP 1964 diterjemah ke dalam bahasa Inggeris

 "Embun dan Tanah" PMB 1965

“Hilang" PNS 1966

"Hujan Panas" PTKT 1966

"Patah Galah Haluan Perahu" UM 1973

"Tiba Masanya" UP&D 1977

Kali terakhir Ibrahim menghadiri majlis ilmu di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis empat bulan lalu. Watak beliau sebagai insan merendah diri serta gemar bercakap tentang motivasi, falsafah dan selitan jenaka bermutu.- Al Fatihah

Blog Seterusnya

           

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kerajaan Pahang terima royalti RM130j

Adnan Yaakob sedang mendengar penerangan mengenai operasi loji pemprosesan emas di Selinsing Gold Mine Manager Sdn. Bhd. daripada Presiden dan Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Rehut Fedrick Beldock (kanan) dekat Sungai Koyan, semalam.
KUALA LIPIS 28 Okt. - Kerajaan Pahang menerima royalti sebanyak RM130 juta setahun hasil daripada perlombongan emas daripada empat syarikat yang beroperasi di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, royalti itu adalah lima peratus hasil daripada pendapatan kasar dua syarikat perlombongan emas di daerah Lipis dan masing-masing satu di Rompin dan Raub.
Beliau berkata, walaupun royalti yang diterima itu tidak besar tetapi kewujudan aktiviti melombong emas di negeri ini memberikan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.
''Kerajaan negeri hanya mengenakan royalti lima peratus bertujuan menarik lebih banyak syarikat perlombongan emas dari seluruh dunia melabur di negeri ini.
''Aktiviti melombong emas berhadapan dengan risiko kerana ia memerlukan modal tinggi tetapi pulangannya tidak dapat dijangkakan kerana kita tidak tahu jumlah kandungan mineral itu yang terdapat dalam perut bumi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan syarikat perlombongan emas Selinsing Gold Mine Manager Sdn. Bhd., dekat Sungai Koyan di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamed dan ADUN Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.
Dalam pada itu menurut beliau, loji pemprosesan emas Selinsing merupakan loji moden yang kedua selepas lombong emas di Penjom dan dijangka memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi daerah ini.
Tambahnya, lombong emas Selinsing telah dibangunkan pertengahan tahun 90-an tetapi menghadapi masalah perundangan dan status tanah sehingga menyebabkan pembangunannya terhenti untuk tempoh lebih 10 tahun.
''Pada 2007, kerajaan negeri menyelesaikan masalah tersebut dengan menawar kerja-kerja perlombongan kepada Monument Mining Limited, sebuah syarikat perlombongan emas yang disenaraikan di Bursa Saham Kanada," katanya. - Utusan Malaysia

Khamis, 28 Oktober 2010

Ekoran laporan Audit 2009

Laporan Ketua Audit Negara 2009
Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya. "Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat di negara kita amat menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini. "Ke mana pergi segala peruntukan zakat ini…..?

Pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat. "Siapa yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya…?

Jabatan Agama yang menguruskan  zakat perlu bermuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam. Kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti Jabatan Agama.

Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.  

KOMEN

Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan,

Kita berharap perkara ini tidak betul, jika betul ianya sangat memalukan terutama kepada orang bukan Islam di negara ini kerana mereka hanya memerhatikan apa yang kita lakukan. Kalau dengan orang Islam kita tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab bagaimana mana kita hendak melaksanakan tanggungjawab ke atas orang bukan Islam. Mereka akan ‘prejudice’ pada kerajaan yang memerintah dan menzahirkan dalam undi di PRU akan datang. 

rujuk
Malaysiakini

SPRM bertindak

Khamis, 21 Oktober 2010

Fitnah: Bekas SU Umno Lipis diarah bayar ADUN

Dato’ Abdul Rahman Mohamed
Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini memerintahkan bekas Setiausaha Umno Bahagian Lipis, Zulkifli Othman, membayar ganti rugi RM250,000 kepada ADUN Pahang kawasan Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamed, kerana memfitnahnya dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir membacakan keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi dan dokumen di mana terdapat unsur-unsur fitnah dalam perkataan yang diungkap oleh Zulkifli.

Zulkifli, 54, didakwa memfitnah Abdul Rahman, 48, dengan membuat surat akuan bersumpah serta mengedarkannya menjelang pemilihan Umno Bahagian Lipis pada 2008
dengan mendakwa Abdul Rahman suka berfoya-foya dengan niat mencalarkan imej Abdul Rahman yang ketika itu bertanding jawatan Ketua Umno bahagian berkenaan.
Zulkifli sebelum ini diberikan tempoh 14 hari memohon maaf kepada Abdul Rahman tetapi enggan berbuat demikian.

Kes berkenaan kemudiannya difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 3 Mac 2009.
Akhtar memerintahkan Zulkifli membayar RM250,000 merangkumi ganti rugi am, teladan dan teruk serta faedah lapan peratus dari tarikh keputusan hingga selesai dan kos mahkamah RM10,000.

Abdul Rahman diwakili Ahmad Nizam Hamid manakala Zulkifli diwakili Abdul Majid Md Yusof.

- Bernama

Selasa, 19 Oktober 2010

Pengurus Rumah Tangga ganti amah

Foto: Salah satu tugas sebagai Amah

KUALA TERENGGANU 17 Okt. - Kepada mereka yang memerlukan khidmat pembantu rumah namun enggan mengambil pembantu rumah warga asing, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mempunyai jalan penyelesaiannya.
Felda bersedia menyediakan golongan pembantu rumah berkemahiran yang diistilah sebagai Pengurus Rumah Tangga dari kalangan lelaki dan wanita pada sebarang peringkat umur.
"Felda mengambil inisiatif ini sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing di mana kumpulan pertama terdiri daripada seramai 100 orang pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi akan diberi kursus.
"Mereka akan menjalani latihan kemahiran selama setahun mulai Januari depan yang akan dikendalikan oleh Yayasan Felda mengikut silibus berasaskan kemahiran," kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor semasa meraikan 106 bakal haji Felda dari wilayah Terengganu di sini hari ini.
Menurut beliau, kursus seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak akan ditawarkan secara percuma kepada anak- anak peneroka Felda yang berminat tanpa had umur. Seterusnya

KOMEN

Kalau dahulu Felda mengeluarkan peruntukan untuk projek tanaman ‘cili kulai’  kepada peneroka. Apa sudah jadi dengan tanaman tersebut….? Hari ini…!!! Felda nak latih anak peneroka jadi amah hingga lulus SKM tahap berapa saya pun tak tahu.  “ Saya cadang bagi mereka kahwin sahaja, jadi peneroka felda di tanah lot Felda Plantation lagi baik pada jadi Amah…”

Isnin, 11 Oktober 2010

Jangan jadi petani tradisional selama-lamanya

Ternakan Ikan Sangkar yang boleh dimajukan
KUALA LIPIS 10 Okt. - Golongan petani di daerah ini diingatkan supaya tidak terus menjadi peladang atau pekebun kecil tradisional selama-lamanya sebaliknya memainkan peranan lebih aktif dalam bidang keusahawanan bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, usaha berkenaan juga mampu menjana pembangunan luar bandar menerusi projek inap desa berasaskan pertanian.
Beliau berkata, kawasan persekitaran yang subur di luar bandar mampu menjadi aset dalam membantu golongan petani mengorak langkah dengan melibatkan diri dalam bidang agro pelancongan di kawasan masing-masing.
Seterusnya 
Hanya Sekadar Papan Tanda


KOMEN
Petani di luar bandar terutama di Daerah Lipis masih lagi ketinggalan dari segi ilmu dan teknologi.  Berjuta peruntukan kerajaan telah disalurkan untuk meningkatkan pendapatan dan productivity petani terutama melalui IADP (Pahang Barat Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu) dimasa lalu. Apa kesan atau hasil IADP terhadap petani di Lipis…? Jika sesiapa boleh menjawab boleh komen di bawah.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Many Leave the Kampung for the City, How about now taking a Holiday in a kampung Resort?

Traditional delight: Modern methods
are being used to make dodol.
Kampung Kuala Medang Kuala Lipis, a typical traditional Malay village is a perfect hideaway for tourists.
The village is 51km from Lipis town, a former capital of Pahang. It is located in the hinterland amidst fast-flowing rivers, rapids and pristine jungles.
It can also be reached via Raub town from Kuala Lumpur or directly through Lipis town from Jerantut.
Ever since the village started its homestay programme five years ago, it has received more than 5,000 foreign visitors, mainly from Sweden, South Korea and Singapore.

According to village headman Mohd Razaki Abdul Razak, last year, there were 2,040 visitors who joined the programme, staying with the villagers as their foster parents and taking part in the daily activities.
Razaki said the number was actually increasing as more villagers take part in the programme. Currently, 71 have signed up.
“There are terms for the villagers to follow to ensure visitors have a pleasant stay. Cleanliness and a hospitable spirit are requirements,” Razaki said.
The homestay programme in Kampung Kuala Medang is one of the events offered in the package by KTM Bhd with the co-operation of the state.
Recently, pressmen visited the village to experience what is being offered.
The visitors included State Arts, Culture, Tourism, Women and Family Development Committee chairman Datuk Maznah Mazlan, KTM inter-city strategic businesses and services unit general manager Sarbini Tijan, KTM inter-city services division marketing manager Mohd Noordin Kimi, former Pahang Tourism Malaysia director Jefri Munir and Jelai assemblyman Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.
Golden sight: The paddy fields are an added bonus to a stay in
Kampung  Kuala Medang

Razaki said visitors at present go to Kuala Medang by road.
With the efforts undertaken by the state and KTM, they could now also take a ride on the train from Kuala Lumpur to Lipis town or Gua Musang in Kelantan and then travel by road to the village.
He said Kampung Kuala Medang was known for its dodol, kuih bahulu, serbuk kunyit and noodles, made by members of the Kuala Medang Women Development Group.
“Their products are not only marketed to the locals but also to places outside the village. It is an additional source of income for them and, with the homestay programme, they could have customers from overseas too,” Razaki said.
He said other attractions in the village including jus salak (juice extracted from salak fruits), halwa, emping, bubur gula kabung and the mat-making using mengkuang leaves.
“The fast flowing river is another attraction here, and visitors could tackle the rapids on boat in Sungai Jelai,” he said.
Tranquil pastime: Fishing is a popular activity in the village.

Razaki said visitors normally spend three days and two nights under the package but there were some who would return on their own later to spend more time with the villagers.
“Basically, the package would include taking part in activities with the villagers, a visit to the waterfall in Jeram Tema, experiencing tapping rubber trees, oil farm harvesting, demonstrations of raft making, traditional performances of dances, silat, cooking and traditional games.
“The visitors would find themselves immersed in the activities and that is partly why some of them would return for more.”
Razaki said those wishing to sign up for homestay could call him at 012-9005828 or 09-3403046. Alternatively, they could find more details online at www.pahangtourism.com.my/homestay/kmedang.html.

click here
http://azizkm.blogspot.com/

Ahad, 3 Oktober 2010

Penjelasan kes Felda Sungai Koyan


  Penjelasan oleh peguam yang mengambil kes tuntutan caruman tanam semula

KOMEN

Serah ladang kepada penggurusan FELDA memang patut dilakukan oleh peneroka yang tidak mampu melaksanakan kerja ladang disebabkan factor usia. Tetapi jika peneroka merasa masih mampu dari segi modal dan boleh melakukan kerja di ladang adalah di cadangkan agar mengerjakan sendiri, kerana boleh mendapat untung yang maksimun ditambah dengan harga memuaskan pada hari ini .

Kelemahan mengerjakan ladang sendiri adalah disebabkan peneroka perlu membeli semua beralatan, upah kerja, baja, racun rumpai, kebanyakan peneroka gagal melaksanakan pengurusan ladang dengan sempurna seperti pokok tidak dibaja mengikut jadual yang menyebabkan penghasilan buah terbatut dan pokok kekuningan.

Ditambah pula duit caruman tanam semua yang dipotong setiap bulan tidak diberi oleh FELDA. Ini merupakan strategi FELDA untuk menghalang peneroka dari mengerjakan ladang sendiri. Oleh yang demikian, terdapat 10 peneroka  yang tidak puas hati kerana tidak dapat duit caruman tanam semula telah membawa kes ini ke mahkamah.

Rabu, 29 September 2010

Kes Peneroka Koyan saman Felda

Pokok Sawit

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.- Harakah


KOMEN

Menyingkap sejarah, 90 peratus peneroka Felda Sungai Koyan Dua dan Tiga merupakan bekas anggota Anggota Tentera Malaysia yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan mendapat pencen dari kerajaan Malaysia, ini membukitkan mereka ini merupakan insan yang telah berjaya menabur bakti kepada Negara terutama apabila Negara menghadapi ancaman dari Penganas Komunis.

Dengan semangat setiakawan dan displin yang ajar dalam ATM menjadikan bekas anggota tentera ini tidak kekok apabila menjadi peneroka Felda.  Nama seperti Chef Wan dan Datuk Mariana Yahya merupakan anak anggota tentera yang berhijrah ke Felda Sungai Koyan kerana mengikut ibubapa yang telah menjadi peneroka Felda sekitar tahun 1970an.

Jumaat, 24 September 2010

Jalanraya Sempit Dan Sesak

Jalan 8 Lipis-Gua Musang
Jalan yang menghubungkan lalun dari Bentong-Raub-Lipis ke Gua Musang amat sesak setiap kali musim perayaan. Ini kerana majoriti warga Kelantan yang ingin balik ke kampung halaman masing-masing akan menggunakan laluan alternatif tersebut. Ini menyebabkan jalanraya di kawasan berkenaan menjadi begitu sibuk akibat dilalui oleh beribu-ribu kenderaan. Masalah timbul apabila, jalan yang terlalu sempit itu digunakan oleh orang awam. Ini menyebabkan penduduk di kawasan sekitar terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk keluar ke bandar bagi mendapatkan barangan keperluan masing-masing. Apa tidaknya, mereka terpaksa mengambil masa berjam-jam lamanya hanya kerana ingin membeli barangan keperluan di bandar yang berdekatan. Justeru itu kebanyakan daripada mereka lebih selesa menghabiskan masa dirumah sahaja, bagi mengelakkan masalah yang lebih besar terjadi. Akibat daripada itu juga banyak kemalangan berlaku apabila ada pemandu yang tidak bertimbang rasa cuba memotong kenderaaan lain dalam keadaan jalan sesak dan tidak mengizinkan. Ia adalah fenomana biasa bagi penduduk di kawasan ini sebenarnya. Tambah malang lagi apabila jalan sesak itu turut menghalang laluan pasukan keselamatan seperti bomba dan ambulan untuk menjelaskan tugas. Ini menyebabkan banyak kes-kes kemalangan serius gagal ditangani dengan kadar segera - pahangdaily.blogspot.com

Sesak: Jalan 8 Kuala Lipis- Merapoh

Khamis, 23 September 2010

Penantian penduduk Pahang berakhir


KUALA LIPIS 22 Sept. – Penantian rakyat Pahang untuk mengunjungi Cameron Highlands tanpa melalui dua negeri jiran kini berakhir apabila pembinaan jalan ke pusat peranginan itu dari negeri ini siap sepenuhnya sedikit masa lagi.
Kini rakyat negeri ini boleh terus bercuti atau melawat saudara-mara mereka di Cameron Highlands melalui Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands.
Mereka tidak lagi perlu melalui Tapah atau Simpang Pulai, Perak atau melalui Jalan Loging-Gua Musang, Kelantan ke pusat peranginan terkemuka itu.
Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands sepanjang 79.1 kilometer dijangka dibuka tidak lama lagi dapat memendekkan jarak perjalanan sejauh 80 kilometer dari Kuantan.
Laluan tersebut mula dibina pada 1999 dengan perbelanjaan sebanyak RM608 juta.
Sebelum pembinaan jalan baru itu, Cameron Highlands yang terletak dalam negeri Pahang lebih ‘dekat’ dengan penduduk Perak berbanding negerinya sendiri gara-gara kesukaran perhubungan di laluan yang merentasi Banjaran Titiwangsa itu.
Malah penduduk daerah Lipis yang berjiran dengan Cameron Highlands yang merupakan daerah ke-11 di Pahang menjadi terlalu jauh kerana ketiadaan jalan raya yang menghubungi kedua-dua daerah itu sebelum ini.
Akibatnya rakyat Pahang terpaksa berbelanja lebih untuk minyak kenderaan serta tempoh perjalanan yang panjang apabila hendak ke Cameron Highlands.
Dengan keluasan 71,225 hektar, Cameron Highlands merupakan tempat percutian tanah tinggi apabila suhu dingin sekitar 17 darjah Celsius hingga 23 darjah Celsius sepanjang tahun.
Bagaimanapun ada dakwaan mengatakan kesejukan di tanah tinggi tersebut semakin berkurangan akibat penerokaan hutan secara berleluasa.
Sumber pendapatan penduduk Cameron Highlands sebahagian besarnya daripada industri pertanian dan pelancongan.
Jika difikirkan secara mendalam, bergantung kepada hanya satu jalan masuk sahaja tidak praktikal kerana ia tertakluk kepada risiko-risiko terputus hubungan dengan dunia luar seperti tanah runtuh dan sebagainya.
Pembinaan jalan baru yang juga dikenali sebagai Jalan Pos Betau-Lembah Bertam itu dapat mengurangkan risiko terputus hubungan jika hanya menggunakan jalan melalui Tapah yang berliku dan mempunyai banyak selekoh berbahaya pada musim tengkujuh.
Ini memandangkan jalan dari Tapah ke Cameron Highlands terpaksa melalui lereng-lereng bukit yang terdedah kepada bahaya apabila hujan berpanjangan atau cuaca buruk.
Jalan Pos Betau-Lembah Bertam dibina melibatkan empat pakej iaitu Pakej 1A yang meliputi jarak sejauh 19 kilometer dari Sungai Koyan ke Pos Betau.
Jalan itu yang mula dibina pada 1999 telah siap sepenuhnya pada penghujung 2001 dengan menelan belanja RM52 juta.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, pakej kedua iaitu pembinaan jalan itu dari Pos Betau ke Bukit Petubung sejauh 22 kilometer juga telah siap dengan kos sebanyak RM151 juta.
“Jalan pakej kedua ini siap 15 hari lebih awal apabila pembinaannya bermula pada 2002 dan siap pada Jun 2005 manakala pakej ketiga iaitu dari Bukit Petubung ke Sungai Temahang siap pada 2007 dengan kos projek RM232 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Menurut Adnan, pakej terakhir yang melibatkan jalan dari Kampung Susu ke Sungai Bertam sepanjang 18.6 kilometer juga telah siap.
Jalan berkenaan yang menelan belanja sebanyak RM173 juta mula dibina pada 2005 dan kini hanya di peringkat penyudah sahaja.
Menurut beliau, jalan baru itu bukan sahaja memendekkan masa perjalanan tetapi turut membuka peluang ekonomi kepada penduduk sekitar terutama kepada Orang Asli dan peneroka Felda Sungai Koyan.
Katanya, mereka boleh mengusahakan gerai makanan dan kraftangan kepada pelancong yang melalui jalan tersebut di beberapa perhentian rehat dan rawat (R&R) yang akan dibina nanti.
“Masyarakat Orang Asli di Pos Betau dan penempatan yang dibina sepanjang jalan itu bakal menerima perubahan apabila wujud banyak peluang perniagaan yang mampu meningkatkan lagi taraf hidup mereka.
“Kedudukan Pos Betau yang strategik boleh dimajukan sebagai kawasan rehat dan pusat perniagaan bagi membantu Orang Asli untuk memasarkan hasil kraftangan dan hasil dusun seperti buah-buahan dan sebagainya,” kata Adnan.
Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands akan menjadi pilihan rakyat Pahang sebagai jalan pintas untuk ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Ia menjimatkan masa hampir dua atau tiga jam berbanding jalan sedia ada melalui Kuala Lumpur atau Genting Highlands yang jauh dan mengambil masa.
Tambah beliau, persekitaran alam semulajadi Pos Betau yang masih terpelihara juga boleh menjadi produk pelancongan kerana mempunyai hutan, sungai dan air terjun yang belum tercemar.
Malah, orang ramai atau pelancong yang melalui jalan tersebut dapat mengenali dengan lebih dekat kehidupan sebenar Orang Asli yang tinggal di sepanjang jalan berkenaan. Utusan Malaysia

Utusan Malaysia

Tingkat peluang ekonomi lebih 15,000 penduduk





   

Jumaat, 17 September 2010

Sejarah Akan Berulang

 Suspek Utama Pembunuh Dato' Sosilawati

Pada tahun 1993 kita digemparkan dengan kehilangan Datuk Mazlan Ideris,
diakhir kehilangan beliau,  kita dapati beliau  telah dibunuh dan dikerat 18 oleh artis  yang juga dikenali sebagai bomoh Mona Fendey.

Pada hari ini kita digemparkan sekali lagi dengan pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan kesemua mangsa yang dikatakan dibunuh oleh Peguam, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Kronologi Kejadian Pembunuhan Sosilawati

Detik sebelum dibunuh

Pada 30 Ogos 2010

1 0.00 pagi : Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala
Lumpur.

4.00 petang : Sosilawati membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.

5.00 petang : Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan
Ismail.

5.00-6.00 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10.00 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang
Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

KOMEN

Sejarah itu akan berulang apabila kita sudah lupa. Kata orang sejarah merupakan guru yang paling baik. Kalau kita perhatikan dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati ini, inilah hasil pendidikan selepas merdeka ‘peguam’ sunggup membunuh kerana wang. Mereka hilang sifat kasih kepada manusia. tidak dapat dinafikan kalau beginilah keadaanya jauh sekali mereka ini untuk mempertahankan negara jika ada ancaman dari luar. 
  


   
           

Isnin, 13 September 2010

Sejarah: Pertempuran di Sungai Yu Kuala Lipis.


Sebulan sebelum darurat diisytiharkan pada 17 Julai, dijalan keretapi tanpa rel dekat Sungai Yu, antara Kuala Lipis dan Gua Musang, penganas komunis yang dianggarkan 50 anggota telah menyerang hendap satu platun Askar Melayu yang berpangkalan di Kuala Lipis. Pemerintah Kompeni Mej Anderson yang  memimpin platun yang sedang bergerak menuju Gua Musang bagi menyiasat berita yang menyatakan bahawa Balai Polis Gua Musang telah ditawan oleh penganas Komunis.  Mejar Anderson bersama tiga anggota menaiki land rover, sementara anggota platun yang lain menaiki tiga trak yang turut membawa beberapa anggota Polis. 

Semasa konvoi melalui satu pergentingan dekat Merapoh, penganas komunis telah menyerang mereka dari dua penjuru dengan senjata bren gun dan lain-lain senjata outomatik.  Dalam serangan awal, land rover menjadi sasaran dan Mejar Anderson serta perajurut Nazri(batman) terus terkorban sementara Koperal Ismail dan pemandu, Perajurit Muhd Radzi tercerdera.

Seterusnya tiga buah trak juga menjadi sasaran dan beberapa anggota juga telah terkorban dan cedera.  Anggota yang lain lantas terjun daripada trak mencari perlindungi dan menbalas tembakan penganas komunis.  Berdasarkan jeritan kesakitan yang dapat jelas didengar, dijangkakan beberapa penganas komunis turut tercedera atau terkorban.

Memandangkan platun berada di bawah tebing, kedudukan mereka terancam oleh tembakan penganas yang berada di atas tebing.  Memikirkan semua mereka yang berada dalam land rover telah terkorban, Sarjan Usman yang juga telah cedera kena tembakan di lengan, mengarahkan anggota untuk keluar daripada kawasan serang hendap. Sambil anggota lain membalas tembakan pengganas komunis, tiga anggota meluru menaiki trak dan berjaya menghidupkan semula enjin  trak. Mereka kemudiannya telah berjaya mengundurkan trak keluar daripada kawasan bahaya.  Mereka tiba di Kuala Lipis pada jam 7.00 malam.

Dalam serang hendap tersebut, pasukan Askar Melayu mengalami empat anggota yang terbunuh iaitu Mejar Anderson, Perajurit Nazri (Batman) Perajurit Wan Abdul Rahman (operator wireles) dan Perajurit Ahmad . Sementara itu seramai tiga anggota iaitu Koperal Ismail (lengan) dan Perajurit Muhd Radzi (cedera parah di peha).  Perlu dinyatakan bahawa Perajurit Muhd Radzi hanya dijumpai enam hari kemudiannya dalam keadaan pengsan dan luka dipeha sudah berulat sebesar pangkal lidi.

KOMEN

Sempena kita menyambut Penubuhan Malaysia pada 16 Sept sebenarnya ramai perajurit kita berkorban demi anak  bangsa dan agama daripada ancaman yang mahu mengugat keamanan. Berbanding dengan kita............................... ??????

Rujuk
BTDM Bil 160  Julai 07 m/s 79





   

Ahad, 29 Ogos 2010

Mempertahankan Pahang dari Jepun

 Gerila Wataniah di Kuala Lipis 1 Dis 1945 sempena pembubaran pasukan Force 136

Pada tahun 1942, semasa zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, Sultan Pahang tidak melarang orang melayu Pahang menubuhkan sebuah pasukan sukarela, iaitu Tentera Wataniah secara sulit untuk menentang pihak tentera Jepun yang menduduki negeri ini.  Tentera Wataniah ini dianggotai oleh kita-kita 250 orang di bawah kepimpinan seorang pemuda Melayu bernama Yeop Mohidden dan dua orang anak watan Pahang iaitu (Tun ) Abdul Razak Datuk Hussin (berpangkat kepten mengetuai satu pasukan dan (Tun) Ghazali Shafie (berpangkat Lt).

Pada 24 Jul 1945 Yeop Mohidden berserta Hj. Abu Jamal dan tiga orang melayu telah bermesyuarat selama empat jam dengan Richardson di Batu Talam Raub, Pahang.  Antara perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut ialah penubuhan gerakan sulit dengan gelaran ‘Wataniah’.  Selain itu, Yeop Mohidden dicadangkan untuk dilantik sebagai Pegawai Pemerintah pasukan dengan berpangkat Lt Kol dan pegawai lain yang ditauliah oleh Sultan Pahang yang  akan dilantik sebagai Kolonel Kehormat.

Dalam penemuan itu, dipersetujui juga bahawa seorang Pegawai Pemerintah akan dibantu oleh Ajutan berpangkat Mejar. Empat kompeni akan ditubuhkan disetiap daerah, iaitu di Kuala Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh.  Setiap kompeni dibahagikan kepada beberapa seksyen, iaitu organisasi diparas mukim yang dianggotai oleh 15 hingga 20 orang.  Disamping itu, terdapat satu seksyen untuk Kem Markas yang mengandungi kira-kira 20 orang yang bertugas di kem Richardson. Mereka berharap pasukan ini mempunyai kekuatan kira-kira 500 orang.

Setakat 14 Ogos 1945, Askar Wataniah mempunyai 244 anggota yang berdaftar. Seramai 173 anggotanya telah dibekalkan dengan senjata.  Organisasi Wataniah di pecahkan kepada lima platun iaitu Batu Talam, Dong, Sega, Kula Lipis dan Raub. Disamping itu, terdapat kumpulan markas yang mempunyai 10 orang pegawai.  Kumpulan ini dipimpin oleh Mej Yeop Mohidden dan dibantu oleh Kapt Abdul Rahman Ismail dan Kapt Razak Husain.  Platun Batu Talam dipimpin oleh Kapt (Cikgu) Sulaiman, Platun Raub oleh Lt Muda Tengku Yunan Hj Daud, Platun Sega oleh Yaacub Hassan, Platun Kuala Lipis oleh Lt Ghazali Shafie dan Platun Dong oleh Lt  Muda Along Nasir.

KOMEN

Sebenarnya  orang terdahulu daripada kita telah berjuang melawan musuh Negara dengan penuh semangat dan keikhlasan yang tertanam dalam sanubari untuk melihat anak bangsa hidup dalam keadaan aman.   Kita hari ini hidup dalam keadaan selesa di atas perjuangan mereka.   Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.

Rujuk
BTDM bil 139/Jun 05 m/s 30

Ahad, 1 Ogos 2010

Seri Maharaja Perba

Tok Raja Wan Muhamad bersama Wan Chik dan Cucunya Wan Ali

                                        

Pada tahun 1591 Seri Maharaja Perba dari Titi Kabung Pagar Teras Pagar Ruyung bersama adik beradiknya yang bernama Seri Maharaja Indera Putera dan Maharaja Indera Pahlawan serta seorang saudara perempuan yang tidak pasti namanya telah datang dan memerintah  daerah Hulu Pahang setelah baginda membeli daerah tersebut dengan harga “segantang ulang aling emas, satu bali isi emas dan sesuku tangan baju besi emas” dari  Sultan Abbdul Ghafur Mohaidein Shah iaitu Sultan Pahang terakhir dari keturunan Melaka. 

Disebabkan peristiwa itu  rakyat Hulu Pahang sangat menghormati baginda. Daerah ini juga dikenali sebagai Jelai yang telah terpisah dari pemerintah keturunan Bendahara Pahang di Pekan yang mana dipengaruhi kerajaan Johor-Riau.   Disebabkan Seri Maharaja Perba tidak mempunyai zuriat, pemerintah Hulu Pahang telah diambil oleh Putera adik perempuan yang telah bernikah dengan seorang Ulama bernama Tun Bandan Patani dan dari zuriat ini lahirlah  keturunan yang digelar  Maharaja Perba Jelai.

Pada zaman pemerintah Maharaja Perba Jelai ke-5  Tok Raja Wan Idris bin Wan Muhamad (1776-1882) sekitar tahun 1830 dijemput satu kelompok keluarga pahlawan berdarah Raja Pagar Ruyung dari Minangkabau untuk menjadi panglima khusus bagi mempertahankan keluarga dan institusi Maharaja Perba Jelai di Bukit Betong setelah Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagar Ruyung Sultan Tunggal Alam Bagagar Shah Johan berdaulat dijatuhkan oleh Belanda pada tahun 1833 di Sumatera Barat.

Maharaja Perba Jelai memain peranan penting dalam perang Saudara Pahang apabila Tok Raja Wan Idris bin Wan Muhamad tidak menyokong  Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir 1847-1861 dalam perang tersebut disebabkan pembunuhan puteranya Wan Embong oleh hulubalang  Bendahara Tun Mutahir. Apabila perang saudara 1857 -1863 berakhir anak Tok Raja Wan Idris iaitu Wan Muhamad telah melantik Tun Ahmad menjadi Sultan Pahang Pertama atas pengiktirafan tersebut Wan Muhamad mendapat keistimewaan mengunakan chop rasmi yang tertera “Maharaja Perba Jelai al-Wakil Sultan Ahmad Al-Muaszam Shah”

Selepas pada itu Maharaja Perba Jelai Tok Raja Wan Muhamad bin  Tok Raja Wan Idris dilantik sebagai orang besar berempat Pahang yang memakai gelaran Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai  mengikut keturunannya hingga ke hari ini.

Salasilah

Wan Muhamad(1882-1919) Bin Wan Idris(1809-1882) Bin Wan Muhamad(1776-1809) Bin Wan Ismail

Rujuk

Suzana M.Osman – Institusi Bendahara Permata Melayu Yang Hilang
Zaffuan Haji Manap – Bingkisan Sejarah Raub.

Rabu, 28 Julai 2010

Datuk Seri Adnan Yaakob rasmi Banzar MARA Sg Koyan.

SAMBUTAN...Dato' Adnan Yackob Menteri Besar Pahang 
KUALA LIPIS 27 Julai- Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan terus berperanan mengembangkan ekonomi penduduk luar bandar apabila memperuntukkan sebanyak RM1.9 juta untuk projek Bazar Mara di Bandar Sungai Koyan, Hulu Jelai dekat sini.
Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Muhamad berkata, bazar berkenaan yang terdiri daripada dua blok bangunan merupakan antara projek berkonsepkan 'Kedai Rakyat' menerusi peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Beliau berkata, projek Bazar Mara di Sungai Koyan antara sebuah daripada sebanyak 406 buah projek premis perniagaan di Pahang membabitkan 6,388 lot kedai yang disewa bagi tujuan perniagaan dan pembangunan usahawan.
''Projek ini antara penjana bidang keusahawan di kalangan penduduk tempatan di samping memberi kemudahan kepada pertumbuhan kawasan baru berasaskan ekonomi di luar bandar dan tanah rancangan Felda," katanya.
Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Utusan Malaysia

KOMEN

Di tapak tersebut terdapat dua permis kedai sebelumnya, permis kedai pertama yang didirikan oleh pihak FELDA telah terbakar dan tidak dapat di selamatkan langsung oleh bomba. Selepas itu pihak Koperasi Koyan 1 telah membina gerai kecil sehingga tidak boleh digunakan lagi dan pada hari ini dengan dokongan serta sokongan YB  Datuk Wan Rosdy ditapak tersebut telah terbina Banzar MARA yang bernilai 1.9 juta.

Ahad, 25 Julai 2010

Datuk Seri Najib di Pos Betau Lipis

KUALA LIPIS: Datuk Seri Najib Razak mahu gagasan 1Malaysia diberi pengisian yang berhubung kait dengan kehidupan rakyat di negara ini selaras dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Perdana Menteri berkata, ini untuk memastikan gagasan 1Malaysia tidak hanya bersifat ‘upacara’ atau sebutan semata-mata.

“Saya nampak gagasan 1Malaysia daripada segi penerimaan boleh dikatakan pada paras yang tinggi... menyeluruh, cuma perlu lakukan ialah memberi pengisian konsep 1Malaysia supaya tidak bersifat ‘ceremonial’ (upacara) atau beri kefahaman saja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghayatan 1Malaysia Masyarakat Orang Asli peringkat negeri di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Betau, dekat sini, semalam.

Najib berkata, rakyat sebenarnya mahu gagasan itu benar-benar berhubung kait dengan kehidupan mereka dan mereka diberi layanan sama rata tanpa mengira status apabila mereka menerima perkhidmatan kerajaan.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis yang dihadiri lebih 7,000 orang itu, Najib berkata, 1Malaysia adalah satu gagasan yang sebenarnya diperjuangkan oleh semua perdana menteri sebelum ini.

“Saya melihat ia sebagai satu gagasan untuk melihat masa depan negara mencapai wawasan dan impian kita,” katanya.

Perdana Menteri berkata, gagasan itu akan mudah tercapai jika rakyat Malaysia dapat mengukuhkan perpaduan dan integriti nasional. — Bernama

KOMEN.
Sejarah awal Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Betau  adalah untuk mengumpul seluruh penduduk asli tinggal di satu tempat untuk melindung mereka daripada dipengaruhi oleh pihak penganas Komunis. Sekitar tahun 1980 hingga  1998an penduduk orang Asli dari Pos Betau ke Felda Sungai Koyan masih lagi berjalan kaki melalui jalan tanah merah yang hanya boleh dilalui kenderaan pacuan 4 roda. Pada hari ini jalan tersebut telah boleh dilalui hingga sampai ke Cameron Highland.

Rabu, 30 Jun 2010

Mengenali Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia (“Perlembagaan”) adalah dokumen yang paling penting di dalam negara kita kerana ia menentukan landasan negara kita.

•    Ia mewujudkan sistem demokrasi kita
•    Ia menghadkan kuasa kerajaan
•    Ia menyatakan hak-hak kita

Perlembagaan adalah undang-undang utama negara kita. Ini bermakna ia menentukan siapa yang boleh menggubal undang-undang, dan menghadkan undang-undang yang boleh digubal.

Mengapakah anda harus tahu apa yang terkandung di dalam Perlembagaan?

Ia adalah kerana Perlembagaan menentukan cara hidup kita dan bagaimana kita diperintah. Contohnya:

•    Perlembagaan menyatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia

•    Perlembagaan menyatakan bahawa kita boleh memilih pemimpin-pemimpin kita

•    Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai Parlimen yang menggubal undang-undang

•    Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai mahkamah dan para hakim

•    Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai kerajaan persekutuan dan tiga belas kerajaan negeri

•    Perlembagaan menyatakan bahawa hak asasi kita dijamin.

Apakah yang terkandung di dalam Perlembagaan?

Perlembagaan mengandungi 16 Bahagian.
Bahagian I: Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Persekutuan
Negara kita adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan.

Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni.

Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.
Bahagian II: Kebebasan Asasi
Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki:
•    hak untuk hidup dan kebebasan
•    kebebasan daripada kehambaan dan menjadi buruh paksaan
•    kesamarataan di sisi undang-undang
•    kebebasan bergerak
kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu
•    kebebasan agama
•    hak untuk berpendidikan
•    hak untuk memiliki harta

Bahagian III: Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara:


•    dilahirkan di sini
•    berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia
•    tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan
Bahagian III juga menyatakan bagaimana kita boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegeraan.
Bahagian IV: Persekutuan
Bahagian ini mewujudkan sistem kerajaan kita. Ketua Utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agongyang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Dipertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja.Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan pejabat Perdana Menteri.Ia juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agongdan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian V: Negeri-Negeri

Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan mereka.
Bahagian VI: Hubungan di antara Persekutuan dan Negeri-Negeri
Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara di mana Parlimen persekutuan boleh menggubal undang-undang, terdapat perkara di mana Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang-undang dan terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang.

Bahagian VII: Peruntukan Kewangan
Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.
Bahagian VIII: Pilihanraya
Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita.
Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihanraya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai “Suruhanjaya Pilihanraya”. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agongdan sewajarnya menikmati keyakinan umum.
Bahagian IX: Badan Kehakiman
Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia.Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan dilantik.

Bahagian X: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam

Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah:
•    pasukan polis
•   angkatan tentera
•    perkhidmatan pelajaran
Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri.
Perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya-suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Bahagian X juga mewujudkan pejabat Peguam Negara.
Bahagian XI: Kuasa Khas
Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain di dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.

Bahagian XIII: Am dan Pelbagai
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
Yang di-Pertuan Agongbertanggungjawab untuk:
•   memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.
•    memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain.
Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan.
Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya, perizaban tanah pribumi bagi masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.
Bahagian XIII: Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum kemerdekaan masih berkuatkuasa sehingglah Parlimen menggubal undang-undang baru untuk menggantikan mereka.
Bahagian XIV: Kecualian bagi Kedaultan, dsb &
Bahagian XV: Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agongdan Raja-Raja.
Kedaulatan, kuasa, perogatif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara di dalam Bahagian XIV. Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agongatau Raja-Raja harus dibawa di hadapan “Mahkamah Khas”.

Bagaimanakah Perlembagaan memberi kesan kepada kita?
Sepuluh contoh-contoh

1.    Pada Pilihanraya Umum 2008, anda membuang undi untuk memilih ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri anda. Perkara 119(1) Perlembagaan menyatakan bahawa anda boleh mengundi sekiranya (a) anda seorang warganegara Malaysia (b) anda telah mencapai umur 21 tahun dan (c) anda telah mendaftar dengan daftar pemilih. Anda tidak boleh mengundi, contohnya, sekiranya anda sedang menjalani hukuman penjara atau ditahan sebagai seorang yang tidak waras.

2.    Anda tinggal di Pulau Pinang dan bercadang untuk melawat saudara anda di Negeri Sembilan. Anda boleh memandu ke Negeri Sembilan dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (melalui Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan) tanpa memerlukan passport atau apa-apa bentuk dokumen pemberian kuasa. Anda boleh melakukan ini semua kerana Perkara 9(2) Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, setiap warganegara boleh bergerak dengan bebas dan boleh tinggal di mana-mana tempat di Malaysia. Namun begitu, terdapat pengecualian tertentu berkenaan dengan Sabah dan Sarawak.

3.    Anda dan suami anda adalah warganegara Malaysia tetapi anda telah melahirkan anak anda di Indonesia. Mengikut Perkara 14 Perlembagaan, anak anda adalah warganegara Malaysia kerana bapanya adalah warganegara Malaysia.

4.    Anda tinggal di Kuching. Bagi anda, Kuching adalah bandar yang terunggul di Malaysia. Bagi anda, ia merupakan tempat yang paling baik untuk didiami, mempunyai warga yang paling ramah dan sungai yang paling bersih di Malaysia. Anda berpendapat bahawa Kuching seharusnya dijadikan ibu negara Malaysia. Malangnya, Perlembagaan menyatakan bahawa Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia “sehinggalah Parlimen menentukan sebaliknya”. Jika anda mahukan Kuching sebagai ibu negara Malaysia, anda terpaksa melobi Parlimen untuk membuat pindaan.

5.    Anda menganut agama Buddha, jiran anda seorang Muslim, kawan baik anda adalah seorang Sikh dan rakan sekerja anda seorang Kristian. Di bawah Perkara 11 Perlembagaan, kita semua mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama kita sendiri.

6.    Kerajaan merancang untuk membina sebuah lebuhraya baru di kawasan perumahan anda dan telah menyerahkan notis untuk mengambil tanah anda untuk tujuan tersebut. Perkara 13(1) Perlembagaan menyatakan bahawa tidak ada seorangpun yang boleh dilucutkan hartanya “kecuali mengikut undang-undang”. Oleh itu, kerajaan boleh mengambil tanah anda tetapi ia harus melakukannya mengikut proses undang-undang. Ini termasuklah memberi anda notis dan pampasan yang mencukupi.

7.    Pahang baru sahaja memenangi Piala Malaysia. Untuk meraikan kemenangan itu, kerajaan negeri Pahang mengumumkan cuti bagi negeri Pahang. Anda tinggal di Perlis tetapi adalah seorang peminat pasukan bola Pahang. Anda juga ingin bercuti, tetapi anda tidak boleh memaksa kerajaan negeri Perlis untuk mengumumkan cuti kerana setiap kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengumumkan cuti bagi negerinya sendiri.
[Tetapi anda boleh pindah ke Pahang! Sila lihat perenggan 2 di atas.]

8.    Anda membayar cukai setiap tahun. Untuk menggunakan wang yang anda bayar, kerajaan persekutuan harus membentangkan bajet di Parlimen untuk menerangkan bagaimana ia akan menggunakan wang tersebut. Sebelum kerajaan persekutuan boleh menggunakan wang tersebut, Parlimen harus meluluskan bajet tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan cara kerajaan persekutuan akan membelanjakan wang, anda boleh menyuruh ahli Parlimen anda untuk mencadangkan pindaan kepada bajet di Parlimen.

9.    Anda telah ditahan polis dan dibawa ke balai polis. Anda memaklumkan kepada polis bahawa anda mahukan khidmat seorang peguam untuk mewakili anda. Pihak polis harus membenarkan anda menghubungi peguam anda kerana Perkara 5(3) Perlembagaan menyatakan bahawa anda mempunyai hak untuk diwakili oleh seorang peguam.

10.    Anda mempunyai hak untuk belajar, bertutur dan menggunakan bahasa lain walaupun Perkara 152(1) Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Soalan-soalan Lazim mengenai Perlembagaan



1.    Haruskah saya mematuhi Perlembagaan?

Ya, semua orang harus mematuhi Perlembagaan, termasuklah diri anda, ahli Parlimen anda, para hakim, pegawai-pegawai kerajaan, pasukan polis, syarikat-syarikat dan persatuan-persatuan.

Malahan, Perdana Menteri, Kabinet, ahli Parlimen, para hakim dan juga Yang di-Pertuan Agong mengambil ikrar bahawa mereka akan mematuhi Perlembagaan.

Anda sendiri berikrar untuk mematuhi Perlembagaan setiap kali anda melafazkan Rukun Negara.

2.    Apa akan berlaku sekiranya seseorang itu tidak mematuhi Perlembagaan?

Perlembagaan secara amnya memberikan kuasa, meletakkan tanggungjawab dan menentukan peranan. Sekiranya seseorang atau sebuah institusi tidak bertindak mengikut kuasa atau peranan yang diberikan kepada mereka, maknanya tindakan mereka adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak sah.


3.    Apa yang akan terjadi sekiranya terdapat perselisihan berkenaan dengan maksud peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan? Siapa yang akan memutuskannya?


Mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan segala perkara berkenaan dengan tafsiran Perlembagaan. Apabila Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan tentang maksud sesuatu peruntukan, keputusan itu berkuatkuasa ke atas semua sehinggalah ia diputuskan semula oleh Mahkamah Persekutuan.

Tafsiran Perlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan mungkin bertukar mengikut peredaran masa dan mengambil kira perubahan keadaan.

4.    Bolehkah Perlembagaan dipinda?

Ya, ia boleh dipinda, malahan Perlembagaan kita telah dipinda beberapa kali.

Perkara 159 Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, Perlembagaan boleh dipinda sekiranya rang undang-undang (yakni cadangan untuk pindaan) diluluskan oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


5.    Parliman tampak seperti mempunyai kuasa yang banyak untuk membuat pindaan ke atas Perlembagaan. Apakah caranya untuk kita memastikan bahawa kuasa tersebut tidak disalahgunakan?


Pertama, ahli-ahli Parlimen dipilih oleh rakyat Malaysia seperti kita. Sekiranya cadangan pindaan itu tidak disokong oleh rakyat, maka ahli-ahli Parlimen tidak mungkin menyokong pindaan tersebut. Jika tidak, mereka mungkin tidak dipilih semula ke Parlimen pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Sekiranya anda tidak berpuas hati dangan apa-apa cadangan pindaan, anda boleh menyuarakan pendapat anda kepada ahli Parlimen anda atau mana-mana ahli Parlimen.

Kedua, semua ahli Parlimen mengangkat sumpah bahawa mereka akan “memulihara, melindungi dan mempertahankan” Perlembagaan. Ada pihak berhujah bahawa sumpah ini bermakna ahli Parlimen tidak seharusnya membuat pindaan ke atas bahagian-bahagian penting dan perlu di dalam Perlembagaan.

6.    Di mana saya boleh mendapatkan sesalinan Perlembagaan?

Anda boleh membeli sesalinan di keda-kedai buku utama.
PerlembagaanKu

Majlis Peguam
Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan


KOMEN

Rakyat Malaysia tiada yang kebal dari segi undang-undang  walaupun mereka itu pihak berkuasa, ahli Pekida, anggota Rela, ahli UMNO, ahli PAS, ahli PKR ahli DAP, ahli Perkasa dan seumpamanya.