responsif teks foto

Isnin, 26 April 2010

Gerila Melayu 1948


Semasa darurat terdapat seorang Ketua Gerila Melayu yang berjuang menentang Inggeris melalui parti komunis yang diharamkan. Beliau dikenali sabagai Wan Ali berjuang disekitar kawasan Jerantut dan Kuala Lipis. Pasukan Askar Melayu berkhidmat di negeri Pahang pada masa itu sangat mengenali gerila komunis tersebut.

Apa yang menarik Wan Ali mempunyai ilmu batin yang sangat tinggi ia boleh menurunkan hujan panas atau hujan lebat apabila beliau menjangka akan berlaku pertempuran atau pasukannya sedang dikepung oleh Askar Melayu. Dalam satu kejadian serang hendap yang dilakukan oleh sepuluh anggota Askar Melayu dari Batalion Kedua Kompeni Charlie yang dipimpin oleh Kpl Andan Ibrahim di Ulu Cheka, Jerantut Pada bulan Sep 1948, tiga penganas gerila melayu berjaya ditangkap dalam pertempuran itu, seramai 14 orang telah terbunuh dan Wan Ali sendiri tercedera.

Pada asalnya kedatangan satu seksyen Askar Melayu pimpinan Kpl Adnan ke kampung Ulu Cheka untuk mengiring jurugambar bagi membuat kad pengenalan. Apabila Kpl Adnan mengetahui Wan Ali merancang menyerang kampung Hulu Cheka pada waktu subuh beliau bersama penduduk kampung melakukan serang hendap dijalan masuk. Penduduk kampong bersenjatakan parang dan keris berjaya menyelamatkan kampung dari serangan Wan Ali. Selepas itu Wan Ali telah menganas di sekitar kampong pendalaman di Jerantut pihak tentera Inggeris dan Askar Gurkha cuba menangkap hidup atau pun mati tetapi tidak berjaya.

Wan Ali merasa dirinya kuat beliau mula berlagak sombong dan bongkak memberitahu penduduk kampong bahawa tidak ada biji mata yang berani menentangnya. Kemuncak keganasan beliau apabila dengan kejam membunuh ketua kampong Pulau Tawar yang merupakan bapa saudaranya sendiri, dihadapan isterinya serta penduduk kampong.

Selepas pembunuhan itu satu platun askar melayu yang diketuai Lt M Syed Muhamad Al-Sagoff telah datang dari Jerantut untuk memburu kumpulan gerila komunis Melayu. Sebelum memula operasi beliau didatangi oleh seorang penduduk kampong yang juga seorang pengawal kampung yang meminta supaya Lt M Syed Muhamad Al-Sagoff tidak melakukan sebarang operasi di hutan sekitar Pulau Tawar kerana takut Wan Ali dan kumpulan gerila komunis melayu bertambah ganas ke atas orang kampung. Pengawal kampung tersebut merupakan seorang anggota polis pencen meminta tempoh seminggu untuk membunuh Wan Ali. Selepas seminggu Lt M Syed didatangi oleh penduduk kampung yang memberitahu Wan Ali sudah mati dibunuh.

Kematian Wan Ali mengembirakan Inggeris dan mayatnya telah diarak mengeliling Bandar Jerantut sebelum dibawa ke Kuala Lipis. Walaupun Wan Ali takbur dan kejam kebanyakan penduduk Jerantut tidak menyukai perbuatan Inggeris yang dianggap tidak menghormati mayat orang Islam.

Sejarah telah mencatatkan gerila komunis itu dibunuh oleh Askar Melayu tetapi hakikatnya ianya dibunuh oleh pengawal kampung yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Sejarah tanah air banyak membuktikan bahawa ramai pejuang melayu termasuk pemimpin gerila komunis yang dianggap kebal ataupun mempunyai ilmu batin yang tinggi telah dapat ditumpaskan atau dibunuh bukan dengan peluru atau senjata yang dibekalkan oleh Inggeris tetapi sebaliknya oleh ilmu kebatinan yang dimiliki oleh orang melayu juga.

Rujuk: BTDM siri 139 Jun 2005

Rabu, 21 April 2010

Iman Masjid Koyan meninggal


Hj Osman bin Abdul Hamid - foto tak jelas.

Imam Masjid Sungai Koyan Haji Osman bin Abdul Hamid, 66, telah pulang ke rahmatullah petang tadi kerana terjatuh motosikal semasa dalam perjalanan pergi ke kebun.
Allahyarham merupakan Imam Masjid Sungai Koyan sejak tahun 1971 hingga ke hari ini. Disamping tugas Imam allahyarham juga merupakan jurunikah dan amil warga Sungai Koyan. Pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Jelai (Cameron Higlands) dan calon PAS bagi Dun Jelai pada pilihan raya umum tahun 1995.
Beliau dilahirkan di Kampung Melaka Kechau Kuala Lipis Pahang mendapat didikan agama pondok di Kelantan. Warga Sungai Koyan telah kehilangan seseorang individu yang begitu komited kepada masyarakat dan agama. Al-Fatihah.

Ahad, 18 April 2010

Tun Ghazali Shafie



Tun Ghazali Shafie lahir di Kuala Lipis, Pahang, pada 22 Mac 1922 merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Penerangan Malaysia (1970) dan Menteri Luar Negeri dan Menteri Tugas-Tugas Khas semasa Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak. Kedua-dua mereka berasal dari negeri Pahang.

Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk, merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.

Tun Ghazali juga pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Peranan beliau amat berkesan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu pada 1975.

Allahyarham turut bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukun Negara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1970.

Dari 1993-1995 Allahyarham menjadi penulis tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Isteri beliau, Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008. Allahyarham meninggalkan dua orang anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin.

Bekas Menteri Dalam Negeri ini meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini kira-kira jam 7.45 malam pada 24 Jan 2010.

KOMEN

Beliau merupakan ahli Suruhanjaya Cobbold untuk pembentukan Malaysia 17 Jan 1962
dan seorang yang merangka tapak keselamatan negara, Jasanya kepada negara tidak dapat dilupakan.

Jumaat, 16 April 2010

Pengasas Askar Wataniah: Dato' Yeop Mahidin


KOLONEL DATO' YEOP MAHIDIN BIN MOHAMED SHAFIFF
Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff, Pengarah Askar Wataniah yang pertama, telah dilahirkan pada 20 Feb 1918 di Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak. Beliau adalah anak kepada seorang Pegawai Kastam. Mendapat pendidikan awal di Lambor Kiri dan seterusnya di Sekolah Anderson, Ipoh dari tahun 1928 hingga 1937. Semasa bersekolah, beliau amat aktif di dalam sukan. Beliau pernah menjadi johan di dalam acara Tinju Amatur Perak dalam kategori `Bantam Weight'. Beliau juga pernah mewakili Perak dalam sukan bolasepak, hoki dan kriket. Beliau adalah pemukul kriket terbaik dan pernah menerima gelaran `Batsman of the year'.
Beliau mempunyai cita-cita untuk memasuki Rejimen Askar Melayu DiRaja tetapi telah dihalang oleh guru besarnya L.D Whitfield yang menasihati beliau memasuki perkhidmatan pegawai kanan kerajaan. Pada 7 Ogos 1937, beliau telah diterima untuk memasuki `Malay College'. Semasa di Malay College, beliau telah diajar dan dilatih dalam tugas-tugas pegawai kanan kerajaan.
Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi majistret di Telok Anson (sekarang Teluk Intan) dan pada tahun 1939, di Kajang. Pada tahun 1940, beliau telah bertukar ke Kuala Lipis sebagai Penolong Pegawai Daerah. Semasa di Kuala Lipis, beliau telah menganggotai Pasukan Sukarela Tempatan dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pemerintah Pasukan Sukarela Tempatan, dengan menyandang pangkat Mejar. Beliau juga telah ditawarkan oleh `Whitehall' untuk mengikuti kursus ketenteraan di London, tetapi menolak tawaran tersebut, sebaliknya menghantar pegawai bawahannya iaitu Kapten Abdul Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak) dan Leftenan Ghazali Shafie (kini Tan Sri).
Apabila Perang Dunia Kedua bermula, beliau telah menubuhkan satu kumpulan anti Jepun yang dikenali sebagai pasukan Gerila Wataniah Pahang. `Force 136' di bawah pimpinan Mejar Richardson telah bersetuju untuk melatih pasukan tersebut. Kekuatan pasukan gerila itu ialah seramai 254 orang dan diketuai oleh Dato' Yoep yang lebih dikenali sebagai `Singa'. Kejayaan utama pasukan itu yang masih dalam kenangan Dato' Yoep ialah kejayaan mereka menyerang hendap Tentera Jepun, dimana sekumpulan 20 orang anak tempatan di bawah pimpinan Lt Yakin telah berjaya membunuh 30 hingga 40 orang tentera Jepun dan memusnahkan 41 buah kenderaan. Kejayaan ini adalah hasil perancangan dan pemilihan tempat serang hendap oleh Dato' Yoep selaku ketua pasukan tersebut.
Pada tahun 1950, pasukan `Home Guard' telah ditubuhkan dan Dato' Yoep telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah. Tujuan utama penubuhan Home Guard adalah untuk membantu pasukan keselamatan dalam menghadapi ancaman komunis. Pada tahun 1958, pasukan tersebut dibubarkan dan Dato' Yoep telah dilantik sebagai `Chief Food Denial Officer' di Perak. Apabila Askar Wataniah ditubuhkan menggantikan Home Guard, Dato' Yoep telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah yang pertama dengan pangkat Kolonel. Disamping itu, beliau juga adalah Pengerusi Tinju dan Bolasepak Angkatan Tentera semasa itu.
Dalam bulan Nov 1963, Dato' Yoep telah meninggalkan bidang ketenteraan dan menjadi Pegawai Daerah Kuala Lipis. Pada tahun 1965, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kanan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan dalam tahun 1967 menyertai Felda sebagai Pengarah Hal Ehwal Peneroka.
KOMEN
Beliau adalah seorang anak watan yang banyak berjasa kepada Bangsa dan Negara. Setiap warga negara harus mengambil contoh pengorbanan dan kerelaan beliau menyerahkan sepenuh tenaga dan jiwa raga kepada bangsa dan negara.

Dipetik dari Profil III Tentera Darat Malaysia bertarikh 24 Jul 1995.



Ahad, 11 April 2010

Sejarah Ringkas Hugh Clifford



The Sultan of Pahang Sir Hugh Clifford & their entourages

Hugh Clifford dilahirkan pada tanggal 5 March 1866 di Landon. Ia adalah anak tertua Colonel Henry Clifford dan Josephin Anstice. Dari ayahnya ia mewarisi darah tentera dan ibunya menurun bakat menulis. Setelah pengunduran diri dari memasuki Sandhurst pada tahun 1883 ia pergi ke Malaya ditahun itu juga dan menjadi cedet dalam Perak Civil Service. Pada masa itu bapa saudaranya Frederick Weld menjadi Governor. Dalam tahun 1887 Clifford dikirimkan ke Pahang untuk memujuk Sultan Ahmad meminta mengadakan perjanjian dengan Inggeris. Hingga tahun 1888 ia menjadi ejen Inggeris di Pahang. Pada tahun 1889 ia dilantik menjadi Superintendent Ulu Pahang dan kemudian menjadi acting British Resident sehingga tahun 1903 ia meninggalkan Malaya dan menjadi Colonial Secrettary of Trinidad Governor Ceylon Pantai Emas dan Nigeria. Ditahun 1929 terpaksa bersara dan kembali ke Landon dimana ia meninggal dunia pada tahun 1941.`

Clifford merupakan tokoh yang didatangkan khas untuk mengambil negeri Pahang menjadi salah satu negeri jajahan British. Tugas pertama beliau apabila menjejak kaki di Pahang pada tahun 1887 adalah mewujudkan Majlis Negeri sebagai sebuah badan penasihat kepada Sultan.

Rujuk:
Jang Aisjah Muttalib – Pemberontakan Pahang 1891-1805

KOMEN

Apa yang menyebabkan Hugh Clifford berjaya mentadbir Ulu Pahang.

Ahad, 4 April 2010

Pelawak : Din Beramboi

Din Beramboi

Saya pergi kerja pukul 6.30 pagi setelah masuk dalam kereta saya akan mendengar Radio IKIM FM slot Tafsir Al-Quran oleh Ust Zahazan Mohamed .

Pukul 0645 saya akan mengalih ke rancangan ‘Riuh Pagi Di Era’ . Disinilah saya mula mengenali siapa dia Din Beramboi lawaknya sebagai tukang masak, pemandu taksi dll sungguh bersahaja dan kelakar walaupun kadang-kadang nampak tak logik. Apabila menampakkan tak logik disinilah peranan Abang Aznil membetulkan keadaan menjadikan ia kembali boleh diterima pendengar. Gabungan mereka memang serasi dan saling memerlukan.

Din Beramboi, juga pernah dilabel sebagai gila atau sasau dalam persembahan lawak jenakanya, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berlawak. Beliau tidak kisah orang hendak kata apa sekalipun tentang lawak jenakanya esok atau lusa kalau beliau sudah meninggal dunia, mungkin orang akan ingat dengan konsep lawak yang sebegini. Memang betul kata-kata beliau bagaimana orang ramai memenuhi tanah perkuburan Islam Taman Ehsan memberi penghormatan terakhir di hari pengkebumiannya ini menunjukkan orang ramai sangat sayang dan terkejut di atas pemergiannya.

Pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada saat bakat dan popularitinya sedang memuncak dalam industri hiburan di negara ini. Menurut Aznil, Din Beramboi merupakan seorang teman yang memiliki peribadi yang sangat luhur dan sering meletakkan kegembiraan orang lain di hati berbanding perasaannya sendiri. - Al-Fatihah

Khamis, 1 April 2010

Generasi Maharaja Perba Jelai

Generasi Maharaja Perba Jelai.
Maharaja Perba Jelai merupakan salah seorang dari Orang Besar berempat Pahang, iaitu suatu jawatan yang amat tinggi dalam hirarki pemerintahan negeri. Kekuasaan serta pengaruhnya sangat besar di Ulu Pahang, khususnya di kawasan Jelai . Begitu tinggi penghormatan orang Jelai pada Maharaja perba atau Tok Raja bagi mereka orang jelai akan duduk menjunjung duli terlebih dahulu sebelum memulakan percakapan dengannya serta berbahasa ‘Engku’ pula pada Tok Raja.

Maharaja sendiri mempunyai bendera dan meriam kebesaran. Kekuasaan Maharaja Perba begitu Besar sehingga boleh menjatuhkan hukuman bunuh tanpa merujukkannya terlebih dahulu kepada Bendahara di Pekan. Tok Raja dibantu oleh beberapa Panglima dikenali sebagai ‘Apit Limpang” dan menjadi orang yang sehidup semati dengan Tok Raja dan ‘ganti mata dan telinga’ baginya.

Rujuk: Norazit Selat, Pahang Dahulu & Sekarang, 1996 dibawah tajuk kecil oleh Zakarian bin Mat Dom . Wan Muhamad bin Wan Ideris’ Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 & peranan dalam perang saudara di Pahang, hlm 40-41.

AddToAny