Isnin, 26 April 2010

Gerila Melayu 1948



Semasa darurat terdapat seorang Ketua Gerila Melayu yang berjuang menentang Inggeris melalui parti komunis yang diharamkan. Beliau dikenali sabagai Wan Ali berjuang disekitar kawasan Jerantut dan Kuala Lipis. Pasukan Askar Melayu berkhidmat di negeri Pahang pada masa itu sangat mengenali gerila komunis tersebut.

Apa yang menarik Wan Ali mempunyai ilmu batin yang sangat tinggi ia boleh menurunkan hujan panas atau hujan lebat apabila beliau menjangka akan berlaku pertempuran atau pasukannya sedang dikepung oleh Askar Melayu. Dalam satu kejadian serang hendap yang dilakukan oleh sepuluh anggota Askar Melayu dari Batalion Kedua Kompeni Charlie yang dipimpin oleh Kpl Andan Ibrahim di Ulu Cheka, Jerantut Pada bulan Sep 1948, tiga penganas gerila melayu berjaya ditangkap dalam pertempuran itu, seramai 14 orang telah terbunuh dan Wan Ali sendiri tercedera.

Pada asalnya kedatangan satu seksyen Askar Melayu pimpinan Kpl Adnan ke kampung Ulu Cheka untuk mengiring jurugambar bagi membuat kad pengenalan. Apabila Kpl Adnan mengetahui Wan Ali merancang menyerang kampung Hulu Cheka pada waktu subuh beliau bersama penduduk kampung melakukan serang hendap dijalan masuk. Penduduk kampong bersenjatakan parang dan keris berjaya menyelamatkan kampung dari serangan Wan Ali. Selepas itu Wan Ali telah menganas di sekitar kampong pendalaman di Jerantut pihak tentera Inggeris dan Askar Gurkha cuba menangkap hidup atau pun mati tetapi tidak berjaya.

Wan Ali merasa dirinya kuat beliau mula berlagak sombong dan bongkak memberitahu penduduk kampong bahawa tidak ada biji mata yang berani menentangnya. Kemuncak keganasan beliau apabila dengan kejam membunuh ketua kampong Pulau Tawar yang merupakan bapa saudaranya sendiri, dihadapan isterinya serta penduduk kampong.

Selepas pembunuhan itu satu platun askar melayu yang diketuai Lt M Syed Muhamad Al-Sagoff telah datang dari Jerantut untuk memburu kumpulan gerila komunis Melayu. Sebelum memula operasi beliau didatangi oleh seorang penduduk kampong yang juga seorang pengawal kampung yang meminta supaya Lt M Syed Muhamad Al-Sagoff tidak melakukan sebarang operasi di hutan sekitar Pulau Tawar kerana takut Wan Ali dan kumpulan gerila komunis melayu bertambah ganas ke atas orang kampung. Pengawal kampung tersebut merupakan seorang anggota polis pencen meminta tempoh seminggu untuk membunuh Wan Ali. Selepas seminggu Lt M Syed didatangi oleh penduduk kampung yang memberitahu Wan Ali sudah mati dibunuh.

Kematian Wan Ali mengembirakan Inggeris dan mayatnya telah diarak mengeliling Bandar Jerantut sebelum dibawa ke Kuala Lipis. Walaupun Wan Ali takbur dan kejam kebanyakan penduduk Jerantut tidak menyukai perbuatan Inggeris yang dianggap tidak menghormati mayat orang Islam.

Sejarah telah mencatatkan gerila komunis itu dibunuh oleh Askar Melayu tetapi hakikatnya ianya dibunuh oleh pengawal kampung yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Sejarah tanah air banyak membuktikan bahawa ramai pejuang melayu termasuk pemimpin gerila komunis yang dianggap kebal ataupun mempunyai ilmu batin yang tinggi telah dapat ditumpaskan atau dibunuh bukan dengan peluru atau senjata yang dibekalkan oleh Inggeris tetapi sebaliknya oleh ilmu kebatinan yang dimiliki oleh orang melayu juga.

Rujuk: BTDM siri 139 Jun 2005

10 ulasan:

Perentas masa berkata...

kalau tak silap pusara beliau terletak di sebarang bandar lipis,
cerita berkenaan kematian wan ali diceritakan berbagai versi dan pernah dibongkar oleh majalah mastika,ada yg mengatakan ditembak mengunakan peluru khas yg dijampi oleh seorang pawang terkenal di pahang apa pun kesahihan cerita tersebut tidak dipastikan kerana ia cerita org dulu2
tetapi ayah saya salah seorang yg mengiringi jenazahnya untuk dikebumikan di seberang bandar lipis ketika itu dia berkhidmat sebagai SC daerah lipis.

zulkifli berkata...

Perentas masa
Boleh tahu di mana betul betul terletaknya pusara Wan Ali? Saya pernah bertuga sdi Lipis dulu lewat 1998-99, namun tidak mengetahui sejarah ini sehingga membaca blog ini.

zaini berkata...

"cerita ini dicerita oleh Kpl Adnan(pencen RSM)kepada Lt Kol (B) Ab Aziz Ahmad yang merupakan penulis BTDM..."diceritakan juga Wan Ali hanya takut kepada Pawang Nong sahaja pada masa itu.

budak lepih berkata...

zulkifli ada satu kawasan perkuburan lama di kawasan seberang dari bandar lipis tetapi rasa sekarang kawasan tersebut tidak digunakan lagi,
tetapi untuk bertanya kedudukan pusara dengan tepat saudara boleh bertanya dengan org lama(tua2)disekitar bandar lipis,
atau bertanya dengan bekas penghulu mukim lipis wan abd hamid kalau tak silap beliau cukup arif dgn kawasan tersebut

Emma Aqasyah Norasit berkata...

fakta menarik....

Mat Krom berkata...

Maaf mencelah, Pawang Nong adalah guru kepada Wan Ali. Wan Ali sememangnya diketahui mempunyai ilmu kebal. Atas sebab itu beliau dilantik sebagai ketua komunis melayu di situ. Terdahulu Wan Ali telah menembak Tuan Penghulu Lipis ketika beliau mengimamkan solat di masjid. Wan Ali berdendam dengan Penghulu kerana beliau telah meminta penduduk kampung supaya tidak lagi memberikan bekalan kepada komunis di kawasan itu di dalam khutbah Jumaatnya.
Pawang Nong diiringi anggota polis ketika itu telah bersemuka dengan Wan Ali. Pawang Nong hanya mengisi 2 butir peluru dalam senjatanya. Terserempak dengan kumpulan itu, Wan Ali melemparkan bom tangan ke arah mereka. Pawang Nong hanya menyepak ke tepi bom tangan itu yang kemudiannya meletup tanpa ada sesiapa tercedera. Lantas Pawang Nong berkata "larilah Wan Ali, peluru ini telah bertunang dengan engkau". Mendengarkan itu Wan Ali berpaling dan melarikan diri. Pawang Nong tidak mengarahkan senjatanya ke Wan Ali sebaliknya menembak ke langit sekali. Disitu jugalah berakhirnya riwayat Wan Ali. Itulah kisah yang telah diceritakan kepada saya oleh salah seorang anggota polis yang bertugas di situ ketika itu. Maaf kiranya ada kesilapan fakta.

Mat Krom berkata...

Maaf, bukan Penghulu Lipis, tetapi Ketua Kampung Pulau Tawar.

zaini berkata...

"terima kasih beri maklumat tersebut..."

naem nazri berkata...

Mat Kilau guru kepada Pawang Nong berjuang menentang British. Tapi berundur kerana tidak mahu berlawan dengan tentera kerajaan Sultan Ahmad.

Pawang Nong murid Mat Kilau jadi Pawang Raja yg memihak kepada British.

Wan Ali murid Pawang Nong lawan British. lalu di bunuh oleh Pawang Nong sendiri.

"jahat, kejam, zalim dan lain lain adalah kata sifat. Ia bergantung pada di pihak mana kita berdiri. Membela kepentingan penjajah atau menuntut pembebasan dan kemerdekaan tanah air dari penjajahan".

Jerai Indah berkata...

Walau apa pun Allah yang mengizinkan sesuatu perkara dan maha berkuasa