responsif teks foto

Isnin, 11 Oktober 2010

Jangan jadi petani tradisional selama-lamanya

Ternakan Ikan Sangkar yang boleh dimajukan
KUALA LIPIS 10 Okt. - Golongan petani di daerah ini diingatkan supaya tidak terus menjadi peladang atau pekebun kecil tradisional selama-lamanya sebaliknya memainkan peranan lebih aktif dalam bidang keusahawanan bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, usaha berkenaan juga mampu menjana pembangunan luar bandar menerusi projek inap desa berasaskan pertanian.
Beliau berkata, kawasan persekitaran yang subur di luar bandar mampu menjadi aset dalam membantu golongan petani mengorak langkah dengan melibatkan diri dalam bidang agro pelancongan di kawasan masing-masing.
Seterusnya 
Hanya Sekadar Papan Tanda


KOMEN
Petani di luar bandar terutama di Daerah Lipis masih lagi ketinggalan dari segi ilmu dan teknologi.  Berjuta peruntukan kerajaan telah disalurkan untuk meningkatkan pendapatan dan productivity petani terutama melalui IADP (Pahang Barat Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu) dimasa lalu. Apa kesan atau hasil IADP terhadap petani di Lipis…? Jika sesiapa boleh menjawab boleh komen di bawah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Minta pihak berkenaan kaji lah daya maju sesuatu projek sebelum salur peruntukan. Saya perhatikan banyak projek membazir. Projek nangka madu di kampung saya menelan belanja beratus-ratus ribu. lebur...sebelum itu projek tanaman kontan....pun lebur jugak.

AddToAny