Ahad, 16 Januari 2011

Masyarakat Tradisi Pahang.

-->
Jeti Kuala Lipis

Seperti juga masyarakat melayu semenanjung Tanah Melayu penduduk tradisi negeri Pahang hidup disepanjnag aliran sungai Pahang yang merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung. Pemerintah iaitu Sultan tinggal di Kuala dimana ia mendirikan kota raja yang dikenal dengan nama Pekan. Dari situ pemerintah dapat mengawaisi perdaganggan keluar masuk hasil negeri. Pada masa itu Pekan sebagai tempat pertemuan berbagai golongan penduduk ianya membentuk satu kampong yang besar yang terdiri dari kampong Melayu, Cina dan Arab.

Daerah utama yang ramai penduduk dialiran sungai Pahang adalah Pulau Tawar, Semantan, Lipis, Jelai, Triang, Chenor dan Bahagian Sungai Tembeling. Hubungan antara negeri Sembilan, Selangor dan Johor lebih akrab berbanding dengna negeri Perak, Kelantan dan Terengganu yang susah untuk ditembusi disebabkan perbatasan yang bergunung. Walaupun begitu jalan perhubungan ini tidak asing bagi penduduk tempatan kerana perhubungan laut tidak selalu dapat diadakan. Seorang penjelajah Eropah Von Mikluho-Maclay pernah melalui jalan darat ke kelantan pada tahun 1875, selepas itu barulah Cilfford mempergunakan jalan darat ini dalam pengejarannya menangkap pemberontak Pahang yang melarikan diri ke arah utara.

Orang Melayu Pahang berumah dipinggir sungai, rumah mempunyai tiang bentuk kediaman di kawasan perarian dan juga berfungsi sebagai pelindung dari binatang buas dimalam hari. Mereka berkerja sebagai penanam padi dan pencari ikan air tawar untuk makanan saradiri. Masa itu belum terdapat orang melayu pendalaman terlibat dengan perniagaan, mereka merupakan golongan yang sangat hormat dan taat kepada pembesar seperti Penghulu, Ketua Kampung. Mengikut tulisan W.B Robert pada tahun 1896 orang melayu hanya tinggal sementara waktu sahaja di suatu tempat untuk berkerja apabila sudah dapat wang mereka akan segera pulang kekampung masing-masing.

Penduduk Melayu Pahang terdiri dari penduduk Melayu asli dan keturunan immigran-immigran Indonesia atau hasil percampuran dengan ras lain yang kemudian mengidentifikasikan sebagai orang melayu. Penduduk dipendalaman di kawasan ramai penduduk seperti Pulau Tawar, Semantan, Chenor, Jelai dan Lipis mempunyai kebanggaan dengan menyusur asal usul keturunan mereka sampai ke Indonesia. Kebanyakan adalah keturunan immirgran Minangkabau dan Rawa. Penambahan orang cina ke Pahang apabila system residen diperkenalkan. Statistic menunjungkan pada tahun 1891 hanya 3241 orang cina berada di negeri Pahang.

Pada masa itu sungai pahang merupakan nadi perdagangan. Melalui sungai ini pemerintah seperti Sultan, pengguasa tempatan mendapat hasil melalui cukai. Barang dagangan seperti Minyak kerosin, Tembakau garam, candu, kain, lampu dan barang eksport seperti emas, timah, hasi hutan dan ternakan. Barang dagangan mesti melalui kuala jika terdapat barang melalui Ulu maka penguasa tempatan akan melakukan penyitaran dan penangkapan. Melalui paper Maharaja Perba Jelai pada 23 April 1888 jelas menunjukan Orang Kaya Maharaja Perba Jelai, orang Kaya Setia Wangsa Lipis dan Imam perang Indera Gajah Pahang mempunyai kuasa untuk menjaga, memeriksa, menangkap dan menawan mereka yang membawa barang dari Ulu.

Dalam catatan Clifford 3 Ogos 1887 orang Pahang mengagongkan nilai kepahlawanan keberanian untuk berperang dan jika lelaki Pahang keluar rumah mesti membawa senjata menghunus dipingang berlain dengan masyarakat Terengganu yang dikatakan suka damai, cerdas, dan suka belajar. Menurutnya lagi, kegemaran masyarakat masa itu suka berjudi, menyabung ayam, menghisap candu, dan sebagainya.

Pertanian merupakan kegiatan yang penting tetapi bukan untuk mencari keuntungan kerana ia tidak mampu untuk dieksport kecuali hasil hutan yang dikumpul dari alam semulajadi. Hasil seperti beras hanya mampu memenuhi keperluaan dalam negeri sesetengah di datang khas dari Kelantan. Sistem tali air sudah ada tetapi masih tidak produktif untuk digunakan. Samb….

Rujuk

Jang Aisjah Muttalib : Pemberontak Pahang 1891 -1895

Jumaat, 7 Januari 2011

Penanam Getah VS Babi Hutan

kebun getah 
Kalau kita bersembang di kedai kopi di kampung-kampung kita dapati kebanyakan mereka bercerita berkenaan dengan pokok getah yang mereka tanam. Berbagai petua, cara membaja, cuaca, cara menghalang dari ancaman musuh tanaman, kawasan tanaman, status tanah untuk ditanam dan lain-lain. Pada kali ini saya ingin mencerita sedikit berkenaan dengan musuh tanaman yang mengacam penanam getah iaitu babi hutan. 

Tabiat/Habitat

Babi hutan adalah mamalia besar yang boleh hidup dipelbagai habitat terutamanya di kawasan hutan tanah pamah yang kaya dengan tumbuhan.  Binatang ini juga boleh dijumpai di kawasan hutan paya gambut. Hutan  karanggas, hutan paya bakau, hutan tanah tinggi dan kawasan belukar dipinggiaran kampung atau ladang getah dan sawit terbiar. 

Makanan babi hutan terdiri daripada buah-buahan, cacing tanah, serangga dan ubi atau umbut pisang liar yang masih muda dan lembut. Jika ada peluang, ia juga akan membaham burung liar, mamalia kecil dan reptilia yang menyorok di dalam batang kayu, sampah atau membaham haiwan yang tercerdera.

Babi hutan yang tinggal di kawasan kampung akan memakan empulur batang pisang yang ditumbangkannya dengan mengigit pangkal batang pisang tersebut.  Babi hutan akan memakan  semua jenis buah-buahan yang akan masak dan gugur ke bumi seperti durian, rambutan, pisang ,jambu air, cempedak dan nangka.  Ubi kayu, keledek dan keladi juga amat disukai oleh binatang ini.  Buah kelapa tua yang gugur di bumi dengan mudah dibelah dua oleh babi hutan dengan mengunakan taring dan giginya yang tajam serta kuat.

Di kawasan ladang sawit atau getah babi hutan akan merosakan anak sawit atau getah yang baru ditanam. Pada waktu malam babi hutan akan datang ke kawasan tanaman kelapa sawit yang baru ditanam dan memakan umbut anak kelapa sawit yang masih muda.  Anak getah yang baru ditanam turut dimusnakan oleh haiwan ini. Oleh hal yang demikan, babi hutan dianggap perosak tanaman oleh petani dan peladang terutama di kawasan Lipis. 

Selain tumbuhan dan buah-buahan serta serangga, babi hutan memerlukan zat garam galian seperti kasium, fosforus, kalium, sulfat dan magnesium.  Bahan ini amat penting bagi menguatkan tulang, serta kesihatan tubuh badan haiwan ini.  Justeru, babi hutan kerap melawati jenut atau sira yang terdapat di hutan rimba.  Ia akan menjilat tanah atau air garam galian tersebut. Kesan tapak kaki babi hutan amat mudah dilihat di kawasan jenut ini.  Tidak hairan selepas menabur baja pada keesokan hari babi hutan akan datang mencakar atau memakan tanah tersebut. 

Pembiakan

Anak babi hutan akan bersama-sama ibunya sehingga dewasa

Tiada musim pembiakan tertentu bagi babi hutan.  Haiwan ini boleh membiak sepanjang tahun.  Sebagaimana babi perliharaan, babi hutan boleh melahirkan anak sehingga 12 ekor.  Tempoh bunting bagi babi hutan betina ialah kira-kira enam bulan.  Anak yang baru dilahirkan ini mempunyai bulu yang panjang dan berjalur perang dan hitam.  Anak babi hutan akan dijaga dan disusui oleh ibunya setiap masa.  Anak yang baru dilahirkan ini boleh berjalan beberapa hari selepas dilahirkan.  Anak babi ini akan mengikut ibunya dalam satu barisan dan berjalan berbondong-bondong.

Babi hutan betina yang beranak kecil sangat garang. Penceroboh yang cuba menghampiri atau menganggu anaknya akan diserang dan dicederakan oleh ibunya.

Cara-cara menghalang dari ancaman Babi Hutan

Berbagai cara diusahakan oleh petani untuk menghalang dari ancaman musuh utama ini tetapi kebanyakan mereka gagal mengawal dan menyebabkan  tanaman seperti getah gagal ditanam dan peladang mengalami kerugian besar. Cara-cara menghalang adalah seperti berikut.

1.         Memagar dengan megunakan pagar zink atau plastik hitam penutup bumbung ‘nursery’ mengelilingi kawasan tanaman tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi.

2.         Di sabah mereka mengunakan rambut manusia yang ditabur disekeliling pokok mereka berjaya mencatatkan 95 peratus  tanaman yang tidak diganggu oleh babi hutan ini.

3.         Mengunakan anjing perliharaan di kawasan ladang sangat berkesan tetapi cara ini kurang popular dikalangan orang melayu yang kebanyakan beragama Islam.  Sebenarnya dalam Islam tidak menghalang kita mengunakan anjing untuk menjaga tanaman.

4.           Cara paling praktikal dan berkesan adalah dengan mengunakan pagar elektrik. Cara ini telah lama digunakan oleh petani luar negeri. Sungguhpun harga mencecah ribuan ringgit ianya sangat berbaloi, tak percaya saksikan video dibawah: 

                                                          

Jika terdapat cara yang sesuai untuk mengalang ancaman babi hutan ini  diharap pembaca boleh tulis diruangan komen untuk kita berkongsi bersama mudah-mudahan ianya mendapat manafaat.

Perlindungan

Walaupun babi hutan dianggap perosak tanaman oleh petani, ia masih dilindungi dibawah Akta Perlindungi Hidupan Liar 76/1972.   Haiwan ini disenaraikan dalam jadual 2 Binatang Liar Buruan yang dilindungi. Adalah menjadi suatu kesalahan bagi sesiapa menangkap, menembak, membunuh, menjual atau memelihara babi hutan tanpa lessen atau permit. Mereka yang melanggar peraturan ini boleh didenda sehingga RM 3000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekalidi bawah seksyen 68(a) Akta yang sama.  Bagi mereka yang didapati memasang jerat simbat lebih daripada 25 utas untuk menangkap atau membunuh haiwan ini lima tahun boleh dikenakan oleh mahkamah ke atas pesalah ini.


KOMEN

Pada hari ini harga getah  sudah mencecah RM 15.06 sekilo, merupakan harga tertinggi semejak tahun 1972.  Harga belian di kedai pembelian getah sekerap sudah mencecah RM 7.25 sekilo ini bermakna peladang yang mempunyai  270 pokok (2 ekar) ,  menoreh selama tujuh hari  boleh mendapat RM900.00.


Rujuk

Sinar Harian 07 Jan 2011

Majalah Kosmik Dis 2010