responsif teks foto

Ahad, 1 Mei 2011

RM6 juta naik taraf jalan raya ke Pos Lenjang


Lawatan ke Pos Betau
Kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi menaik taraf jalan raya sepanjang 15 kilometer ke perkampungan Orang Asli Pos Lenjang dekat sini tahun ini. Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek bermula dari Simpang Pos Betau ke Pos Lenjang itu diyakini memberi keselesaan kira-kira 1,000 Orang Asli di Pos Lenjang.
Menurutnya, peruntukan projek itu diluluskan hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Penghayatan 1Malaysia Masyarakat Orang Asli Pahang di Pos Betau pada Julai tahun lalu.

''Kerajaan negeri komited melaksanakan agenda yang telah dirancang bagi memberi kemudahan kepada penduduk Orang Asli di pedalaman Lenjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bertemu Penduduk sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 di Pos Lenjang, Hulu Jelai dekat sini kelmarin.

Tiada ulasan:

AddToAny