Jumaat, 24 Jun 2011

Ceramah Politik


Lokman Adam
 Ceramah Bongkar

Tarikh : 25 Jun 2011

Masa : 09.00 Malam (Sabtu)

Tempat : Padang Taman Bakti, Padang Tengku Kuala Lipis Pahang

Penceramah : Lokman Adam (Bekas Tahanan ISA, Bekas SU PKR)

Sabtu, 18 Jun 2011

Paint Ball


Paint Ball Lurah Bilut
 PROGRAM PAINT BALL

Tarikh : 18 Jun 2011

Masa : 7 .00 Pagi hingga 0600 Petang

Tempat : Pusat Paint Ball Lurah Bilut Bentong.

Terbuka kepada kanak-kanak dan remaja berumur 14 hingga 17 tahun

Anjuran : Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Dan Remaja Bandar Lipis

Ahad, 12 Jun 2011

Empower : Peluang Warga Lipis

Pelancaran Pusat Empower Lipis oleh Dato Dr. Shahrom - Ahli Parlimen Lipis
Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2.4 juta bagi membangunkan modal insan menerusi Projek Empower fasa kedua di Temerloh dan Kuala Lipis, menerusi program Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) tahun ini.

Projek fasa pertama yang dilaksanakan di Bentong tahun lalu membuahkan hasil apabila berjaya meningkatkan sosio ekonomi penduduk miskin daerah itu. Projek Empower bertujuan membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup mereka melalui modul akademik, keusahawanan dan kemahiran.

Modul akademik yang dilaksanakan itu telah  berjaya membantu ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM).

Modul keusahawanan dan latihan kemahiran berjaya membantu golongan tersebut menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan kecil-kecilan seperti mengambil tempahan di rumah, membaiki telefon bimbit dan computer

Projek Empower melibatkan 2,700 penduduk Bentong, Temerloh dan Kuala Lipis serta ia akan diperluaskan ke Cameron Highland dan seluruh Pahang secara berperingkat.

Pada petang tadi  pukul 16.30 YB Dato Shahrum Osman – Ahli Parlimen Lipis telah merasmikan  Pusat Empower Daerah Lipis di Bandar Baru Kuala Lipis.  Kita berharap dengan pelancaran tersebut memberi peluang kepada warga Lipis mencari peluang kemahiran dan keusahawan.

Kursus yang ditawarkan seperti berikut

1.         Kursus Pengurusan Penjaja
2.         Kursus Buat Kek
3.         Kursus Masakan Malaysia
4.         Kursus Jahitan & Rekaan
5.         Kursus Membaik Pulih Telefon Bimbit(H/P)
6.         Kursus Komputer Networking
7.         Kursus Gubahan Bunga & Kraftangan
8.         Kursus Wiring(Elektrik) & Plumbing.
9.         Kursus Receptionist & Pegawai Perubungan Awam.

Kursus PERCUMA, tempat sangat TERHAD

Jumaat, 10 Jun 2011

'Jom Kayuh'

'Raja Bukit Bius'
PAKK Bandar Lipis
Untuk menghindar pelajar sekolah melakukan aktiviti yang  tidak berfaedah pada musim cuti sekolah. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Lipis melalui Pusat Aktiviti Kanak-kanak dan Remaja Bandar Lipis telah menganjurkan aktiviti ‘Jom Kayuh 1 Malaysia’ pada 9 Jun 2011. Aktiviti ini  bermula di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis ke Pusat Rekreasi Pulau Chekas Ulu Dong Raub Pahang. Perjalanan sejauh 40 KM tidak menjadi masalah bagi anak-anak ini, keseronakan menghilang keletihan mereka. Aktiviti seperti ini perlu dipergiatkan  lagi pada masa akan datang agar mereka tidak melakukan aktiviti kurang sihat terutama pada musim cuti sekolah.

Khamis, 9 Jun 2011

PDK Benta paling berjaya

TAN Hoe Beng (lima dari kiri) menyerahkan replika kunci van Hyundai Starlet kepada Halim Ibrahim di Kampung Budu, Kuala Lipis
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Benta di sini merupakan antara pusat jagaan orang kelainan upaya (OKU) paling berjaya di Pahang apabila ia dilengkapi pelbagai kemudahan latihan dan pemulihan.
Pengerusi PDK Benta, Datuk Halim Ibrahim berkata, sehingga kini, seramai 31 pelatih OKU berusia antara 5 hingga 30 tahun menjalani latihan dan bimbingan di pusat jagaan berkenaan dengan bantuan lima tenaga pengajar.
''PDK Benta ditubuhkan enam tahun lalu dengan modal hanya RM20,000, enam pelatih," katanya kepada pemberita selepas menerima sebuah van baru bernilai RM150,000 daripada Syarikat Perlombongan, Zhong Cheng Mining (M) Sdn. Bhd. di Kampung Budu, di sini semalam.

TAN Hoe Beng (lima dari kiri) menyerahkan replika kunci van Hyundai Starlet kepada Halim Ibrahim di Kampung Budu, Kuala Lipis, kelmarin. – UM