responsif teks foto

Ahad, 28 Ogos 2011

MB 'Adnan Yaakob', Ucap Selamat Hari Raya, Ingatkan Rakyat Agar Tidak Membazir


Dato' Seri Adnan Yaakob
KUANTAN 28 Ogos - Masyarakat Islam di negeri Pahang ini diingatkan supaya berbelanja secara berhemat mengikut keperluan dan tidak membazir menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob berkata, dalam meraikan kemeriahan Syawal, umat Islam tidak seharusnya berbelanja secara bermewah-mewah dan jangan sesekali membazir. "Berbelanja banyak mungkin boleh, mengikut keperluan. Kalau keluarga besar maka belanja pun besar. "Tetapi yang menjadi masalah kepada kita ialah pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku," katanya. Menurutnya, beliau bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat di Pahang. "Harapan saya dengan semangat Aidifitri, mudah-mudahan semua kita saudara sesama Islam sebenar-benarnya menunjukkan kita orang Islam dan Islam itu bersaudara. "Justeru, kita wajib menghormati, tolong-menolong, bersatu-padu dan berteguh hati dalam menghadapi ancaman yang mungkin datang pada bila-bila masa," jelasnya.

Sementara itu, tambah Adnan, sempena Ulang Tahun Kemerdekaan negara yang ke- 54 pada 31 Ogos ini, beliau berharap segenap lapisan masyarakat agar bersama-sama menjaga keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara. "Janganlah ada antara kita yang cuba meruntuhkan keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara dengan membawa perkara-perkara yang boleh mengganggu-gugat perasaan sesuatu pihak yang lain. "Sewajarnya perpaduan kaum ini mesti dipelihara kerana ia kunci kepada keamanan dan keamanan juga akan sebabkan kita mudah kekalkan kemakmuran dan kebahagiaan," jelasnya. -  Warta Pahang:



1 ulasan:

Nizam Awang Brahim berkata...

Ramei rabok poket rasenye....

AddToAny