responsif teks foto

Ahad, 27 November 2011

Ceramah Politik : Mohd Sabu


Ceramah Politik

Buku Jingga
Bajet 2012
Mat Indera

Penceramah :  Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS)

Tarikh : 28 Nov 2011

Masa : 0900 Malam

Tempat : Kampung Berchang Kuala Lipis Pahang


ANDA DIJEMPUT HADIR

Khamis, 24 November 2011

PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA

Plan lokasi

HARI TERBUKA KOLEJ KOMUNITI LIPIS

ANJURAN : KOLEJ KOMUNITI LIPIS BERSAMA AHLI PARLIMAN LIPIS

TARIKH : 29 NOV 2011 (SELASA) DI KOLEJ KOMUNITI LIPIS
                 30 NOV 2011 (RABU) DI DEWAN RESIDEN

               DIRASMI OLEH : Y.B.DATO' DR. MOHAMAD SHAHRUM B OSMAN

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR


Sabtu, 19 November 2011

Tanaman Koko: Pendapatan Sampingan


Resit jualan koko
Tanaman Koko

Koko merupakan satu tanaman yang boleh menghasilkan pendapatan sampingan.  Kalau  ditanam  50 pokok dibelakang rumah setelah dijaga seperti membaja, memangkas ianya menambah duit poket.  Kerajaan melalui Lembaga Koko Malaysia telah mengadakan program ‘Koko Untuk Rakyat’ yang bertujuan mengalak rakyat Malaysia menanam tanaman tersebut.  Mengikut kajian, 25 biji buah boleh menghasilkan 1 kg biji koko kering.  1 kg  koko kering berharga RM 7.50. Jika ada 30 kg dapatlah RM 225.00.

Maklumat Koko di Indonesia

Rabu, 16 November 2011

Ceramah Politik


PENCERAMAH : SUHAIMI SAAD (KETUA PENERANGAN PAS PAHANG)

TARIKH : 19 NOV 2011 (SABTU)

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : RUMAH SAHUDIN KAMPUNG LADA KERING KECAU  LIPIS

"ANDA DIJEMPUT HADIR MENDENGAR"

Jumaat, 11 November 2011

Rancangan Tempatan Daerah Lipis


 aktiviti menarik di Lipis
Permandangan Sungai Jelai dan Bandar Lipis
Rancangan Tempatan Daerah Lipis merupakan satu dokumen perancangan yang menyatakan semua cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci Daerah Lipis sehingga tahun 2020. Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Lipis(RTDL) merupakan peringkat ketiga dalam sistem perancangan gunatanah selepas Rancangan Fizikal Negara dan Rancangan Struktur Negeri Pahang. Laporan ini menyediakan panduan kepada pihak Majlis Daerah Lipis (MDL) dan agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat di dalam melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam RTDL. Ia mengenalpasti program, projek pembangunan, kaedah dan kos pelaksanaan serta agensi pelaksana.

Daerah Lipis berkeluasan 540,778 hektar yang mana gunatanah utama adalah pertanian dan hutan simpan. Daerah Lipis merangkumi sepuluh mukim dengan mukim yang terbesar adalah Mukim Ulu Jelai dan mukim yang terkecil adalah Mukim Budu. Kawasan petempatan utama adalah Bandar Kuala Lipis, Benta, Padang Tengku, Sg. Koyan, Kerambit, Mela dan Merapoh. Daerah Lipis merupakan sebuah daerah yang terletak di Koridor Utara Pahang yang aktiviti ekonominya tertumpu kepada aktiviti pertanian, perlombongan dan pelancongan alam semulajadi.

Daerah Lipis terletak dalam lingkaran Central Gold Belt Semenanjung Malaysia dan mempunyai kawasan perlombongan emas yang masih aktif di Penjom dan Selinsing. Lipis juga kaya dengan keindahan khazanah semulajadi kerana mempunyai Taman Negara Pahang Sg. Relau, Hutan Lipur Terenggun, Taman Rimba Kenong dan terdapat lebih tiga puluh buah gua batu kapur yang berpotensi untuk dimajukan sebagai Taman Geopark Negara. Keunikan khazanah semulajadi diintegrasikan dengan kesenian warisan peninggalan sejarah menjadi daya tarikan pelancong ke Daerah Lipis. Sinonim dengan imej Bandar Warisan Sejarah dan bekas Ibu Negeri Pahang (1898-1955), Daerah Lipis juga segar dengan kemahsyuran tokoh negara yang menjadi ikon kebanggaan Lipis iaitu Tan Sri Ghazali Shafie, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dan Chef Wan Ismail.

Matlamat dan objektif pembangunan Daerah Lipis adalah “Menjadikan Daerah Lipis Dengan Persekitaran Yang Bersih, Indah, Bercahaya Menerusi Pembangunan Yang Terancang Di Samping Mengekalkan Warisan Sejarah”. Pembangunan Daerah Lipis dirancang dengan pembangunan koridor terancang, perbandaran mampan, pengukuhan bandar warisan, memperkasa aktiviti pertanian, pengekalan kualiti alam sekitar dan mengenalpasti potensi aktiviti perlombongan emas dan memantapkan sektor pelancongan eko dan agro.

Cadangan utama RTDL antaranya ialah cadangan IPTA di Bukit Sarang, cadangan UIAM di Kg. Atong, pengindahan 14 bangunan warisan, cadangan pembangunan semula Stesen Keretapi Lipis, Cadangan Pembesaran Bandar Lipis, Pembangunan Bandar Perlombongan Penjom, Pembangunan Semula Bukit Bius dan Lipis Valley Golf Club (LVGC) dan cadangan jalan baru kesinambungan dari Cameron Highlands dengan Kg. Berchang-Kuala Lipis ke Kemaman serta cadangan jalan Central Spine Road (CSR) Fasa 3 dari Simpang Pelangai ke Gua Musang yang melalui Daerah Lipis.

Sehubungan dengan itu, orang awam, agensi kerajaan atau swasta serta pihak yang berkepentingan dijemput hadir sepanjang tempoh Rancangan Tempatan Daerah Lipis ini dipublisitikan bermula 1 November hingga 31 November 2011 untuk memberikan pandangan ulasan dan bantahan sekiranya ada untuk pemantapan kajian ini. Semakan secara online juga boleh dibuat melalui:

Komen

Menarik cadangan jalanraya Kampung Kuala Medang - Aur Gading – Cegar Perah 42km, Jalanraya Simpang Kampung Bercang – Kuala Lipis – Kemaman Terengganu, Jalan Kg Sungai Padi – Tersang Raub 11km, dan jalan Merapoh - Kg Relong 90km. Segala bantahan dan cadangan boleh dikemukaan kepada Pegawai Perancang Bandar dan Desa melalui borang yang disediakan.



http://www.mdlipis.gov.my



Peta : Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2020






Cerita dari Lipis


Rujukan Peta



Rabu, 9 November 2011

Menanam Pokok Getah

pagar, anak getah dan 'beteri box'

Pagar elektrik


Peralatan yang perlu ada untuk 'install' Pagar Elektrik untuk menanam getah
 
Patriot Fence Energizer : https://invol.co/cl58arh
 
Beli Panel Solar : https://invol.co/cl58aew
 
Beli Bateri Solar : https://invol.co/cl58ap4
 
30A 12V 24V Automatic Solar Charge Controller : https://invol.co/cl58ayu
 
High Quality Polywire / Wayar Pagar Elektrik : https://invol.co/cl58b1c
 
Tiang PVC dibeli di kedai 'hardware'
 
Lain-lain keperluan
 
Alat test api Pagar Elektrik : https://invol.co/cl58b2m



Sabtu, 5 November 2011

Tong Gas Warna Biru Kedai tak mahu ambil.


Tong Gas yang tak mahu diambil
Tong gas yang terpaksa dibeli
Resit : Menunjukan koi terpaksa beli tong gas baru


“Naik angin betul koi hari ni…. Sebab tong gas WARNA BIRU kedai gas tak mahu ambil, koi  terpaksa beli gas jenama BP dengan harga RM 73.00, kalau tak beli tak memasak le.. orang rumah maknanya tak beraya le kami.  Bayangkan kalau org tu tak beduit hanya ada duit secukup-cukup untuk beli gas RM 23.00…”

Rabu, 2 November 2011

KURSUS SKUAD BELIA LASAK


Tarikh : 18hb - 20hb Nov 2011
Tempat : Kem BTN Lipis 
Masa Pendaftaran : 3.00 Petang

Aktiviti yang dijalankan : 
1.Flying Fox
2.Berakit (dari Bukit Betong ke Bandar Lipis)
3.Program khidmat masyarakat
4.Paintball
5.Malam kebudayaan & BBQ
Kepada yang berminat, sila bagi Nama & IC.
Tiada bayaran dikenakan

AddToAny