responsif teks foto

Ahad, 22 Januari 2012

Sungai Lembing El-Dorado Timur


Pekan Sungai Lembing
Sungai Lembing merupakan sebuah pekan yang terletak kira-kira 43 kilometer dari Bandar Kuantan. Sungai Lembing pernah menjadi sebuah tempat yang sangat termasyur dalam peta dunia kerana sangat kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah.

Pada era kemasyuran Sungai Lembing, pekan ini terkenal sebagai lombong bijih timah terdalam di dunia dan boleh dikatakan sebagai pekan termoden di negeri Pahang pada eranya sehinggalah penghasilan bijih timah merosot pada akhir tahun 1980-an.

Perkembangan aktiviti perlombongan telah mengubah wajah pekan ini menjadi sebuah panggung wayang, kedai serbaneka, hospital, sekolah dan kemudahan-kemudahan awam lain dengan  rumah-rumah yang didirikan mempunyai ciri-ciri Barat.  Bandar ini diibaratkan seperti “El-Dorada timur” dinegeri-negeri Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya semua perkampungan Inggeris yang sangat istimewa.

Kaedah perlombongan bijih timah bawah tanah di sini dijalankan secara mengerudi serta mengunakan bahan letupan untuk memecahkan batu-batuan yang mengandungi bijih.  Keadah “cut and fil” pula merupakan cara lazimnya digunakan semasa melombong di dalam terowong bawah tanah.
Kejatuhan harga timah di pasaran dunia dan kemorosokan penghasilan bijih menyebabkan pekan ini mengalami zaman kemerosotanya.

Penutupan Syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) secara rasmi pada tahun 1987 sebenarnya telah banyak mengubah wajah dan juga suasana Sungai Lembing daripada sebuah pekan yang sibuk kepada sebuah pekan yang sunyi sepi.  Syarikat tersbut memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan sebagai sebuah pusat Bandar yang boleh dibanggakan setimpal dengan gelarannya sebagai pekan bijih timah yang tertua di Semenanjung Malaysia. Namun akibat penutupan itu, penghijrahan penduduk berlaku dan sejak dari tarikh itu pekan sungai Lembing menjadi sunyi.

“Bersama Pelihara Sejarah Negara Warisan Bangsa”

Rujuk:


Tiada ulasan:

AddToAny