Jumaat, 20 Januari 2012

Teknologi Cepat Berubah



Aku boleh dikata bertuah kerana merasa berkerja dalam zaman mesin taip dan komputer. Berkesempatan juga hidup  dalam zaman kamera analog dan zaman kamera digital. 

Cara-cara mengisi filem ke dalam kamera.
Pada mula zaman aku berkerja di atas meja kerani hanya ada sebuah mesin taip, mesin taip ini digunakan untuk membuat laporan, mesej atau yang berkaitan dengan surat menyurat. Apabila ada komputer kita berasa pohbia kerana komputer pada masa itu tiada tetikus untuk mengendalikannya ianya mesti mengunakan staff yang telah pergi kursus computer.  Printer pula kalau digunakan sampai  bunyi satu bangunan. 


Cerita pula pasal kamera, pada masa itu aku telah pergi menghadiri kursus kamera dari situ aku tahu bagai mana hendak mengisi filem ke dalam kamera. Aku faham apa yang dikatakan SLR, Shutter Speed, Aperture(f), depth-of-field  ASA(American Standard Assocation) dan lain-lain.  Kamera SLR Nikon FM2 mempunyai lensa 210mm sangat menguja dan mencabar kepada sesiapa yang mengendalikannya termasuk aku. 
Foto mula-mula aku pelajari dengan mengunakan kamera SLR  nikon FM 2 
Teknologi semangkin cepat berubah akhir-akhir tahun 2003 kebanyakan jurukamera  telah banyak mengunakan kamera digital yang begitu canggih. Mulanya aku pun tidak berapa faham apa yang dikatakan ’piksel’, LCD, ‘jpeg’ dan lain-lain. Akhir tahun 2004 campuran mesin taip, kamera, dan telefon  menjadi Komputer, kamera digital dan Internet atau lebih dikenali sebagai multimedia yang mengubah kehidupan manusia yang lebih terbuka dan maklumat tidak mampu untuk disorok lagi.


Pada tahun 2005 satu ledakan maklumat yang menakjubkan dihasilkan di dunia oleh Mark Zukerberg  yang dikenali sebagai Facebook. Pada hari ini siapa yang tidak kenal FB, ada orang kena tangkap kerana penyalahgunaan teknologi ini, ada orang bergaduh kerananya dan berbagai masalah yang ditimbulkan oleh penyalahgunanya. Betul kata orang Internet umpama tong sampah ada yang baik ada yang buruk di dalamnya.    


Hasil perubahan teknologi ini sebuah syarikat pengeluaran negative filem untuk menghasilkan gambar yang dikenali sebagai Kodak dijangka akan tutup kerana dikatakan tidak mampu untuk beroperasi lagi.  Dahulu siapa yang tidak kenal dengan perkataan Kodak, perkataan kamera dan Kodak tidak boleh dipisahkan. 

Tiada ulasan: