responsif teks foto

Isnin, 23 Januari 2012

Teroka Tanah Haram


Tanah Haram sukar diluluskan.
Penduduk negeri Pahang diingatkan supaya menghentikan kegiatan menceroboh tanah kerajaan terutamanya yang berskala besar kerana keluasan tanah kerajaan semakin berkurangan dan ia juga akan memberi impak terhadap alam sekitar.

Kerajaan negeri tidak akan meluluskan sebarang pemberian geran kepada individu dan pihak tertentu yang menceroboh tanah kerajaan secara besar-besaran. Kerajaan negeri boleh menimbangkan untuk memberi geran jika rakyat hanya meneroka tanah secara kecil-kecilan untuk menanam sayur-sayuran dan tanaman kontan bagi menambah pendapatan keluarga.

‘‘Sukar bagi kerajaan untuk meluluskan geran kepada individu atau pihak tertentu yang meneroka tanah secara haram sehingga 20 hektar bagi tujuan komersial. Kecuali jika mereka bersetuju memulangkan semula sebahagian tanah diteroka secara haram itu. Contoh jika mereka meneroka tanah haram seluas lapan hektar tetapi jika sanggup memulangkan semula tanah itu seluas enam hektar, kerajaan negeri sedia untuk menimbang bagi meluluskan baki tanah tersebut sebanyak dua hektar kepada individu berkenaan...” kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob semasa ucapan pada Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Sempena Tahun Baru Cina di Bentong tempoh hari.

Mengikut undang-undang, sekiranya dikesan berlaku pencerobohan, notis berkaitan akan dikeluarkan kepada individu yang disyaki bagi melarang aktiviti itu diteruskan. Sekiranya individu itu terus berdegil, tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 426A(1) Kanun Tanah Negara 1965 boleh dikenakan ke atas mereka.

KOMEN
Saya berpendapat kerajaan negeri Pahang boleh menimbangkan kelulusan tanah kepada yang belum mempunyai tanah sekurang-kurangnya untuk tapak rumah kediaman atau beri kelulusan tapak rumah dan galakan mereka memohon rumah ‘mesra rakyat’. Malu benar kalau kita anak negeri Pahang masih lagi tinggal ditanah-tanah rezab sungai. >>> seterusnya

3 ulasan:

AkuMuzikFilem berkata...

sokong sangat. tanah pahang luas, tapi menteri sibuk bagi kat ca ya nun alif buat pemodenan, duit masuk poket menteri

Tanpa Nama berkata...

org kg kerap jadi mangsa permohonan ditolak tanpa sebab

Nan Zul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

AddToAny