responsif teks foto

Ahad, 29 April 2012

Parlimen P78 Cameron Highland



Jumlah Pemilih 2008:  23,461

Pengundi Baru 2012:  23,461  tambah  5,352  menjadi  28,813 



Isnin, 16 April 2012

Perbandingan PRU Lepas: P79 Parlimen Lipis


“Pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.Kata Tun Dr. Mahathir.

Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan. Berbagai ramalan telah dibuat oleh mereka yang dikatakan pakar dalam membuat analisa. Cuba kita lihat perbandingan PRU lepas bagi P79 Parlimen Lipis.


Perbandingan PRU lepas 


Statistik perbandingan undi lepas
Barisan Nasional kehilangan 1259 undi berbanding 2004 dengan penambahan undi PAS sebanyak 2228 menjadikan Parlimen Lipis satu kawasan yang  boleh dikatakan sengit apabila menghadapi pilihanraya ke-13 nanti. BN perlu berusaha merapati kaum bukan melayu yang mempunyai 25 peratus dari seluruh pengundi Parlimen Lipis. Trend pengundi melayu masih tidak banyak berubah jika ianya PAS ia tetap akan mengundi PAS begitu juga BN, undi atas pagar tidak nampak boleh mengubah kenaikan atau penurunan undi melainkan terdapat isu yang besar yang tidak dijangka. Strategi PAS mengadakan hubungan rapat dengan PKR dan DAP perlu bagi parlimen ini, PAS  tidak mampu untuk menghadapi BN jika ianya berseorangan.



Rujuk:








Jumaat, 13 April 2012

Semakan Online PLKN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diwajibkan kepada semua warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 tahun telah pun memasuki Siri 9 Tahun 2012 daan kumpulan 1 telah pun menamatkan latihan mereka dengan jayanya pada 17 Mac 2012.


Kini giliran Kumpulan 2 Siri 9 Tahun 2012 yang bakal menjalani latihan seperti jadual di bawah:
  • - Kumpulan 1 : 1 Jan 2012 – 17 Mac 2012
  • - Kumpulan 2 : 1 Mei 2012 – 14 Jul 2012
  • - Kumpulan 3 : 9 Sept 2012 – 29 Nov 2012

Semakan Online PLKN siri 9/2012

Semakan Nama PLKN siri 9/2012
1. Masuk ke portal rasmi PLKN ataupun ke Sistem semakan PLKN
2. Masukkan no kad pengenalan (cth : 941212115050)
3. Klik butang cari
Semakan Penempatan Kumpulan 2 PLKN Siri 9/2012
1. Masuk  ke portal rasmi PLKN ataupun ke Sistem semakan PLKN
2. Masukkan no kad pengenalan (cth : 941212115050)
3. Klik pada butang cari


Jumaat, 6 April 2012

Mesyuarat Persatuan Bekas Tentera Malaysia


Mesyuarat Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Raub ke-36
Tempat : Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub
Tarikh : 7 April 2012
Masa : 8.30 pagi
Penceramah : Pengarah  Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
                   :  Pegawai Hal Ehwal Veteren Negeri
Semua Bekas Tentera dijemput hadir untuk mendengar penerangan mengenai perkara baru  dan dikesempatan ini juga bekas tentera boleh  memohon menjadi ahli. 

Khamis, 5 April 2012

Piala Veteran Lipis 2012

Kemuncak Piada Veteren Lipis 2012

Tempat : Padang Sek Men Keb Clifford

Tarikh : 06 April 2012 (Jumaat)

Masa : 5.30 Petang

Pertandingan akhir antara Kampung Gua bertemu dengan Kampung Lubuk Kulit. 

Selasa, 3 April 2012

Pertandingan Memancing



Pertandingan Memancing Kolam Sempurna Sejati

Tempat : Kampung Beletek, Lubuk Kulit Pahang.

Tarikh : 22 April 2012 (Ahad)

Masa : 0900 pagi hingga 0100 petang

Hadiah : RM 20,022..04

Kedua : RM    8,022..04

Ketiga : RM     2,022.04

Lain- lain hadiah yang menarik

Yuran : RM 100.00

Pertanyaan :  Hisham 014-2118289 atau 019-9955188

Ahad, 1 April 2012

Pasukan Yang Tak Didendang


Buku Wira Tak Didendang.

Dalam buku Wira Tak Didendang dua individu yang memain peranan penting berusaha untuk mengadakan perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya(PKM)1989. Individu tersebut adalah Pengarah Cawangan Khas Dato’ Rahim Noor dan Timbalan Pengarah Cawangan Khs SAC II Yau Kong Yew.

Rahim Noor telah mengambil alih jawatan Pengarah Cawangan Khas pada Feb 1986 setelah menghadiri kursus Keselamatan dan Pertahanan di Royal College of Defence Studies London selama setahun. Beliau cukup memahami pergerakan dan cita-cita komunis antarabangsa. SAC II Yau Kong Yew pula berpengalaman sebagai Pegawai Soal siasat Komunis sejak zaman British lagi. Mereka inilah yang berusaha berjumpa dengan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir untuk meminta restu dan meminta pandangan Tunku Abd Rahman yang sebelum ini pernah mengadakan rundingan 1955 dengan Komunis.


Umum tidak mengetahui selain dari usaha pegawai kanan polis tersebut ada sebuah pasukan atau cawangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memain peranan penting melumpuh secara taktikal penganas komunis di Tanah Melayu sehingga tertubuhnya Malaysia. Pasukan tersebut ditubuhkan pada zaman British yang dikenali sebagai `British Special Military Intelligence Service’ yang telah ditukar kepada` Military Staff Special Branch (MSSB).


                   Anggota ATCK sedang menyiasat seorang lelaki yang disyaki anggota PKM 

Pada 1 Oktober 1962, `Military Staff Special Branch (MSSB) telah bertukar nama menjadi Anggota Tentera Cawangan Khas atau ringkasnya ATCK. Cawangan ini masih kekal beroperasi di bawah Cawangan Khas Polis Diraja Persekutuan. Tanggungjawab ATCK bertambah bilamana tertubuhnya Malaysia di mana mereka dikehendaki mengawasi ancaman yang dilancarkan ke atas Sabah dan Sarawak oleh kegiatan pengganas komunis, ancaman luar iaitu dari Filipina dan Indonesia ketika konfrontasi. 




Tanggungjawab RKPT membunuh komunis pada masa tu..."

ATCK telah berjaya dalam melaksanakan operasi taktikalnya hingga mendapat pujian dari pihak Kerajaan. Contoh beberapa operasi yang berjaya:
1 Ogos 1972, menyaksikan pertempuran di Gunung Pueh, Sarawak dimana Sjn Hashim telah terkorban dan seorang PGK telah dibunuh.

8 September 1972, satu serang hendap dilakukan dikawasan Lundu, Sarawak dan pasukan ini telah berjaya membunuh seorang PGK.

1 Mac 1973 Perjumpaan tempat simpanan makanan dan senjata PGK di kawasan Hutan Grik, Perak.

30 November 1974 Semasa di dalam kedudukan serang hendap, telah berjaya membunuh seorang PGK di Sungai Pelok, Karak, Pahang.

9 Disember 1974 Pertempuran dan berjaya membunuh 2 PGK dikawasan Hutan Karak, Pahang.

1 Jun 1975 Kejayaan membongkar tempat simpanan PGK di kawasan Lasah, Perak.

4 Jun 1975 Kejayaan membongkar tempat simpanan senjata PGK dikawasan Grik, Perak.

5 Jun 1976 Kejayaan membunuh 2 PGK di Sungai Cetang, Raub, Pahang.

19 September 1975 - Kejayaan membunuh 3 PGK setelah melancarkan satu serang hendap dikawasan hutan Kulim, Kedah.

18 Ogos 1976 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah berlaku pertempuran di kawasan Grik, Perak.

6 September 1976 Kejayaan membunuh 2 PGK setelah berlaku pertempuran di kawasan Teras, Pahang.

18 Oktober 1976  Kejayaan membunuh 2 PGK dan menawan seorang PGK setelah diaturgerak 1 tim serang hendap dikawasan Sungai Tawar, Perak.

27 Disember 1976 Kejayaan membongkar tempat simpanan makanan di Tanah Hitam, Perak.

5 Jun 1977 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah satu tim serang hendap diaturgerak dikawasan Jelapang, Perak.

8 Sep 1979 Kejayaan membunuh 2 PGK dalam satu serang hendap dikawasan Kalumpang, Selangor.

8 Oktober 1979 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah berlaku pertempuran dikawasan Rasa, Selangor dan Tpr Salleh telah terkorban.

19 Mac 1981 Kejayaan membongkar tempat penyembunyian senjata PGK dikawasan Gua Chandu, Selangor.

26 Januari 1983 Kejayaan membunuh 2 PGK setelah berlaku pertempuran dikawasan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan dan Lkpl Saimon Tarikat (SP) telah terkorban.

12 Disember 1983 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah berlaku pertempuran dikawasan Kerling, Selangor.

16 Jun 1987 Kejayaan membunuh 2 PGK Utara Pekan Serendah

Memusnah 'food dum'
Bukan senang untuk menjayakan operasi tersebut, pada masa rakyat Malaysia sedang tidur lena dibuai mimpi mereka tidur dalam kawasan ‘ambush’ yang belum tentu menjamin mereka akan pulang besoknya. Pada masa rakyat Malaysia sedang masuk kerja pukul 8.00 pagi mereka memasuki kawasan operasi pukul 3.00 pagi. Itulah operasi taktikal yang mengerunkan penganas Komunis pada masa itu.












Setelah berusaha panjang sama ada secara diplomasi atau secara taktikal satu upacara menandatangani perjanjian damai antara PKM, Kerajaan Thai dan Kerajaan Malaysia telah diadakan di Hotel Lee Gardens Haadyai pada 2 Dissember 1989.

Pada sidang akhbar selepas perjanjian damai tersebut Ketua Polis Negara Tan Sri Hanif Omar bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Hashim Md Ali berkata “Kita sudah menang moral, tentera tidak terjejas kerana perjanjian itu. Ia tidak akan merendah moral tentera tetapi meningkatkan moral kerana kita sudah menang. Kita mahu perdamaian dan kita dapat perdamaian..” kata Hanif.

Rujuk:
Wira tak didendang 2006
Sejarah Kor Risik Diraja


Reunion Ex ATCK pada 21 Okt 2017

Lebih 300 bekas anggota dan keluarga Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK) bertemu semula di sini semalam setelah masing-masing menamatkan perkhidmatan beberapa dekad lalu.

Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Mohd Salleh Ismail yang merupakan bekas ketua ATCK berkata majlis perjumpaan semula itu pertama kali diadakan sejak ATCK ditubuhkan pada 1962.

"Ada yang sudah berusia 78 tahun - mereka mempunyai pengalaman yang begitu lama dalam bidang itu (risikan) semasa berbakti kepada negara," katanya kepada pemberita pada majlis itu di sini, malam tadi. Turut hadir Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Mohd Salleh yang juga bekas ketua pengarah Perisikan Pertahanan berkata kemudahan media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook menjadi platform bagi semua bekas anggota ATCK berhubung semula sekaligus mengadakan pertemuan itu. - Bernama



Jubli Emas Kor Risik Diraja

Sempena menyambut Jubli Emas Kor Risik Diraja Pesara dijemput hadir ke majlis ‘tautan kasih’ pada 22 Sept 2019(Ahad) jam 1945 bersama-sama Pegawai dan Anggota KRD yang masih berkhidmat. Disamping itu Kor Risik telah melancar Buku Sejarah Kor Risik: Transformasi dan keunggulan.

Pelancaran buku Kor Risik Diraja Pada 22 Sept 2019 di Wisma Perwira ATM Kuala Lumpur



Buku Sejarah Kor Risik: Transformasi dan keunggulan.

Kandung Buku


Bab 1 – Pendahuluan `

Bab 2 – Sejarah Awal Perisikan ATM (1948-1968)


  • Bab 3 – Penubuhan Kor Risik dan Perkembangan
  • Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
  • Jabatan Arah Risik
  • Anggota Tentera Cawangan Khas
  • Pasukan Khas Perisikan Tempur
  • Sekolah Perisikan Angkatan tentera



Bab 4- Transformasi Kor Risik Diraja (1990-2008)
  • Penganugerahan Gelaran Diraja
  • Kolonel Yang Dipertua KRD
  • Jabatan Arah Risik/Cawangan Perisikan.
  • Jabatan Arah Risik
  • Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
  • 91 Rejmen Khas Periskan Tempur
  • 92 Anggota Tentera Cawangan Khas
  • Pusat Latihan Perisikan
  • Batalion 165 Risik Tentera Darat.
  • 12 Kompeni Perisikan Divisyen Askar Wataniah.


Bab 5 – Kor Risik Selapas 40 Tahun (2009- 2019)

  • Jabatan Arah Risk
  • Cawangan Perisikan
  • Bahagian Staf Perikan Pertahanan
  • 91 Grup Operasi Perisikan
  • 92 Anggota Tentera Cawangan Khas.
  • Pusat Latihan Perisikan
  • Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia
  • Batalion 165 Tentera Darat
  • 12 Kompeni Perisikan Divisyen Askar Wataniah


Bab 6 – Wanita Kor Risik Diraja

Bab 7 – Kecemerlangan Warga Kor Risik Diraja

Bab 8 – Pencapaian Kor Risik Diraja.

Bab 9 – Profil Kepimpinan

  • Pengerusi Kor Risik Diraja
  • Jabatan Arah Risik
  • Cawangan Perisikan
  • Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
  • 91 Grup Operasi Perisikan
  • 92 Anggota Cawangan Khas
  • Pusat Latihan Perisikan
  • Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia
  • Batalion 165 Tentera Darat
  • 12 Kompeni Perisikan Divisyen Askar Wataniah
  • Sarjan Mejar Terkanan Dalam Kor Risik


Bab 10 -Kelab Veteren Risik Malaysia

Bab 11 - Galeri Warisan Kor Risik Diraja.

Ketua Pengarang : Kol Hj. Idros bin Hj. Muhammad

Ketua Editor :  Lt Kol Kamaruddin bin Kassim

Pesara-Pesara

Penerimaan Buku





Video Klip dimalam tersebut


Bekas anggota KRD yang kembali Ke Rahmatullah 2021



AddToAny