responsif teks foto

Isnin, 16 April 2012

Perbandingan PRU Lepas: P79 Parlimen Lipis


“Pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.Kata Tun Dr. Mahathir.

Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan. Berbagai ramalan telah dibuat oleh mereka yang dikatakan pakar dalam membuat analisa. Cuba kita lihat perbandingan PRU lepas bagi P79 Parlimen Lipis.


Perbandingan PRU lepas 


Statistik perbandingan undi lepas
Barisan Nasional kehilangan 1259 undi berbanding 2004 dengan penambahan undi PAS sebanyak 2228 menjadikan Parlimen Lipis satu kawasan yang  boleh dikatakan sengit apabila menghadapi pilihanraya ke-13 nanti. BN perlu berusaha merapati kaum bukan melayu yang mempunyai 25 peratus dari seluruh pengundi Parlimen Lipis. Trend pengundi melayu masih tidak banyak berubah jika ianya PAS ia tetap akan mengundi PAS begitu juga BN, undi atas pagar tidak nampak boleh mengubah kenaikan atau penurunan undi melainkan terdapat isu yang besar yang tidak dijangka. Strategi PAS mengadakan hubungan rapat dengan PKR dan DAP perlu bagi parlimen ini, PAS  tidak mampu untuk menghadapi BN jika ianya berseorangan.



Rujuk:








Tiada ulasan:

AddToAny