Selasa, 8 Mei 2012

Nenek/moyang kita dulu pun berdemonstrasi



[Foto di atas adalah senario himpunan BERSIH sebelum Malaya merdeka. Himpunan ini adalah untuk memBERSIHkan Malaya daripada Malayan Union. Justeru pemimpin UMNO dan Kerajaan Malaysia digesa agar janganlah terlalu JUMUD sangat sehingga sejarah orang Melayu terdahulu buat perhimpunan di negara ini pun merek tidak ambil tahu. Cuma, bezanya ketika zaman penjajah pihak Inggeris pada waktu itu tidak menggunakan polis FRU, tidak guna bom asap dan water canon untuk menyuraikan himpunan berkenaan. Soalnya, kenapa ia berlaku sekarang malah ia lebih dasyat daripada apa yang disangkakan. Masalahnya, majoriti anggota polis yang menyerang peserta Bersih 3.0 adalah terdiri daripada muka-muka Melayu. Tergamak mereka melakukan sedemikian rupa, sedangkan orang putih (bangsa Inggeris) zaman dahulu pun tidak tergamak melakukan kezaliman sedemikian. Justeru, ambilla ikhtibar di atas apa yang telah terjadi. Polis perlu menjaga keselamatan rakyat bukannya menjadi rakyat sebagai musuh mereka. Himpunan aman termaktub dalam perlembagaan, makanya kenapa rakyat boleh diperlakukan sesuka hati tanpa belas kasihan dan ehsan daripada mereka].

copy

Tiada ulasan: