Selasa, 26 Jun 2012

Projek Tanam Getah

Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
                                 (Hadith Riwayat Abu Daud)
kebun getah projek pertama tanam tahun 2004 melalui RISDA




kebun getah 2004- 2011
"skrap tunggu hilux tokey getah..."



Pendapatan  projek pertama kebun  getah  pada tahun 2012
Torehan lebih kurang 270 pokok selama 2 jam sehari  dengan pendapatan RM 10,444.00 setahun (purata bulanan RM 870.00),  pendapatan bulanan secara detail seperti dalam  rajah graf  di bawah.  Pendapatan ini dipengaruhi oleh musim meluruh pada bulan  Mac dan musim hujan bulan Nov dan Dis serta kenaikan/ kejatuhan harga getah di pasaran.

Statistik pendapatan getah 2012
Pendapatan Hasil Getah 2013

Projek Kedua 2012
Saya mengambil keputusan menanam semula kebun getah tua projek kedua sebelah kebun saya tahun 2012.  Untuk membersihkan tapak kebun tersebut saya telah mengupah excavator mencuci kawasan dan membuat teres. Kelebihan excavator ia dapat mencabut pokok getah tua sehingga ke akarnya dan menyusun batang/ranting pokok untuk dibakar dapat dijadikan baja kepada anak getah.


Kerja membersih tapak kebun  Jan 2012

Kerja membakar  Mac 2012
Membakar
Untuk membakar kita memerlukan masa selama 45 hari selepas kawasan dibersihkan atau mengikut petua orang tua kita perlu menunggu kulit pokok yang ditebang terkopek atau tanggal daripada batang teres. 
Peralatan membakar sebaiknya kita gunakan getah  tiub motor yang sudah tidak digunakan lagi bersama minyak diesel untuk menyemarakkan api.

Pagar Elektrik
Untuk menghalang dari masuh tanaman saya telah membeli pagar elekterik dengan kos seperti berikut :
         Patriot RM 500.00.
       Solar RM 700.00
         Beteri  RM 170.00 
            Kabel 150 X 3 =  RM 450.00 penyukat volt RM 120
            Pancang PVC 100 batang = RM 200.00
      Box beteri, rumah solar RM 270.00  dan Solar controller RM 195.00



Litar ringkas pagar elekrrik 

Beteri dan pengecas Patriot RM 500.00
f.                 
     Beberapa fungsi dari solar charge controller adalah (a).Mengatur arus untuk pengisian ke bateri, menghindari over charging dan over voltage, (b).Mengartur arus yang dibebaskan/diambil dari bateri agar bateri tidakfull discharge, dan overloading dan (c).Monitoring temperatur bateri.
alat untuk mengukur voltan pada kebel  pagar elektrik, 5000V  adalah terbaik Harga RM 120.00
"sesiapa yang mahukan peralatan tersebut saya boleh tolong poskan hanya tambah RM 10 untuk pos laju harga seperti di paparkan duit masukan melalui Maybank 156114151358 atas nama Zulkarnain atau  Tel/SMS. 0126030804 atau email :  riah771yahoo.com.my...."  


jangan sesekali membuat sambungan terus arus elektrik AC dari rumah ke kebel pagar elektrik kerana boleh membawa maut kepada sesiapa yang menyentuhnya. Sinar Harian


Cuba perhatikan video di atas bagaimana musuh tanaman terkena kejutan pagar elektrik yang  telah dipasang dengan sempurna tanpa membunuh atau mencederakannya.
suis pagar elektrik
Dengan mengunakan sistem solar tersebut sambil menoreh dan membuat kerja-kerja kebun boleh juga saya mendengar celoteh DJ radio Pahang FM. 

radio kereta  mengunakan arus elektrik DC 12V

speaker paling cangih

Klon
Setelah berbincang dengan kawan-kawan mereka mencadang saya mebeli klon PB 350 yang merupakan klpn yang digunakan di estet-estet di Malaysia berbanding dengan klon KT, RRI yang belum tentu sesuai ditanam di tapak kebun kita. Harga yang ditawar kepada saya dengan klon tersebut adalah RM 6.00 sepokok. Saya  terpaksa membeli sebanyak 447 pokok dengan keluasan 2 ekar.

Klon PB 350,PB 315 dan 600 bersama pagar elektrik


Jarak Tanaman



















Membuat Jarak Tanaman
Dengan mengunakan tali panjang yang telah ditanda mengikut ukuran yang dicadangkan saya mengambil keputusan membuat ukuran 9 kaki jarak,  muka 18 kaki yang mana tidak mengikut jarak disebelah.  


Kerja penanaman
Saya mula menanam pada 12 Mei 2012 dengan menanam sebanyak 16 pokok satu hari, itu pun selepas atau sebelum menoreh.  Jika ada masa terluang diwaktu petang saya meneruskan kerja tersebut.  Tidak sampai sebulan kerja menanam berjaya disiapkan. Pada hari ini upah menanam getah RM 2.00 sepokok jika 447 kita memerlukan RM 894.00. 

Cabaran semasa menanam
Bila hujan tidak turun saya terpaksa kita menyiram anak pokok getah jika tidak ia akan menjadi kering berkemungkinan anak pokok akan mati.

Kerbau, lembu, monyet dan babi hutan yang akan merosakan tanaman jika ia berjaya masuk ke dalam tapak tanaman. Untuk mengelakan terpaksa kita menguna pagar elektrik yang sememangnya berfungsi untuk mengejutkan musuh tanaman tersebut. 

musuh tanaman yang menjadi ancaman kepada kita


Ancaman anai-anai yang boleh menjadikan anak pokok getah terbantut berkemungkinan pokok akan mati. Daripada pengalaman orang tua biasanya ia menyiram ke tanah racun anai-anai atau menabur furadan. 
Penanam Getah vs Babi Hutan
Cara menghalau monyet


sudah 3 bulan mula makan baja  Julai 2012
9 bulan bersama kekacang tutup bumi Jan 2013
11 bulan baru tabur baja 15:15:15  Mac 2013



1 tahun 1 bulan (13 bulan) 2013
1 Tahun 9  bulan  (21 bulan) 2013


2 tahun 9 bulan(33 bulan) 2014


3 tahun 6 bulan (42 bulan) 2015

4 tahun  (48 bulan) 2016

5 Tahun (60 bulan)   Mei 2017
Ukur lilit melebihi 45 cm boleh mula buka plan pada 21 Mei 2017

Tanaman Sampingan.
Sementara  menunggu pokok getah membesar saya menanam sedikit cili api dan tebu di celah-celah anak getah tersebut.
pokok Roselle


tebu telur


cili api

ubi torak

pokok labu

Pada 16 Jun 2013 (Ahad) lepas saya kutip cili api sebanyak 5 kilo, 1 kilo bersamaan dengan 600 biji bermakna saya kutip 3000 biji, banyaknya..!!!! pasaran tak menjadi masalah jual murah-murah 1 pot RM 1 pasti org berebut membeli.
5 kilo bersamaan dengan 3000 biji
Pada 28 Julai 2013 cili yang cantik bertukar menjadi hitam bertompok saya mengambil keputusan menanyakan  masalah tersebut kepada group penanam cili di facebook. Mereka mencadangkan kepada saya agar menyembur racun kulat 'mancozeb' jika tidak satu kebun akan musnah. Pada 31 Julai 2013 saya membeli racun tersebut di kedai Peladang dan terus menyembur kesemua pokok cili moga-moga ianya berjaya.
'antraknos'
racun kulat 'mancozeb'
Racun merbahaya kepada penguna, sebelum mengunakan pastikan membaca pada lebel dan adakan langkah-langkah keselamatan. Kelas Racun Perosak

Jus dan jem Rozel 
Buat sendiri tanpa bahan pengawet, rasa beza dan lebih sedap dari pati yang dijual di Kedai atau supermarket. Rasa seakan-akan air ribena.....Khasiat Rozel


Jem dan Jus Rozel yang dibuat sendiri
Timun tahun harga pasaran RM 5.00 sekilogram


kelapa Mataq RM 25 sepokok
Dengan mengunakan pagar elektrik kebun getah tersebut saya dapat juga menanam tanaman sampingan seperti timun tahun, timun kampung dan bayam. 

Oleh kerana ramai sahabat-sahabat yang bertanya kos pemasangan pagar elektrik saya berikan 'costing' seperti berikut barang boleh beli sendiri atau sebaliknya.


Bil
Perkara
‘Quantity’
Harga


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9

3 ekar= 435.6 meter
Kabel
Tiang PVC
Patriot Energizer P10
Beteri Kereta 12 V
Box Beteri,rumah solar.Suis
Solar Panel
Solar Controller
Pengukur Voltan
Upah


RM 150 X 4
160 batang  X RM 2
1
1
1
1
1
1
160 Batang X RM 5


RM 600.00
RM 320.00
RM 500.00
RM 180.00
RM300.00
RM500.00
RM195.00
RM 120.00
RM 800.00


Jumlah

RM 3,515.00

Kesimpulan
Sesiapa yang mempunyai pengalaman, petua  menanam getah atau berkebun boleh berkongsi pendapat dan komen di ruang komen dalam blog ini. 

Tanam Getah

Ahad, 24 Jun 2012

Kereta terbabas


Keadaan kereta yang dipandu Norazian terbabas dan terbalik
 di Felda Sungai Koyan, kelmarin.

LIPIS, FELDA SUNGAI KOYAN - Seorang remaja nyaris maut apabila kereta yang dipandu terbalik selepas terhumban ke dalam longkang di Kilometer 1, Jalan Kuala Lipis- Sungai Koyan di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, remaja terbabit, Norazian Ahad, 19, hanya mengalami kecederaan ringan.

Norazian ketika ditemui berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari rumah di Padang Tengku untuk mengambil kakaknya di Felda Sungai Koyan.

Menurutnya, bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian apabila kereta jenis Honda yang dipandu terbabit kemalangan.

“Kereta saya hilang kawalan dan berpusing beberapa kali ketika melalui satu laluan berselekoh sebelum tersasar ke kiri jalan dan terhumban ke dalam longkang.

“Akibat kejadian, kereta saya terbalik dengan keempa-tempat tayar ke atas,” katanya ketika ditemui di lokasi
kejadian, kelmarin.

Norazian yang berjaya keluar dari kenderaannya yang terbalik bersyukur kerana terselamat namun dia mengakui masih trauma dengan kemalangan yang nyaris meragut nyawanya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan mengesahkan beliau menerima laporan berhubung kemalangan tersebut.

Menurutnya, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika melalui selekoh di laluan berkenaan menyebabkan kereta yang dipandu terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang.

“Pemandu dinasihatkan supaya lebih berhati-hati memandu terutama di kawasan selekoh bagi mengelakkan kemalangan,” katanya. - Sinar Harian

Sabtu, 16 Jun 2012

Bawa pulang RM20,000


PEMENANG pertandingan memancing bergambar bersama replika cek
 masing-masing di Kampung Beletik, 
KUALA LIPIS 12 Jun - Seorang pemuda yang menyertai pertandingan memancing kelmarin di Kolam Sempurna Sejati, Kampung Beletik di sini, Jefri Md. Nawi, 20, tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang.
Jefri yang menyertai pertandingan itu sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri berjaya menaikkan ikan keli seberat 8.9 kilogram, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.
Menurut Jefri, pada awalnya dia mengikuti rakan yang juga seorang guru semata-mata untuk memeriahkan sambutan Hari Guru dan tidak menduga memperoleh rezeki apabila jorannya direntap seekor ikan keli.
"Saya tidak pernah memenangi hadiah wang tunai sebanyak ini tetapi bersyukur kerana membolehkan saya berbelanja peralatan membaiki rumah dan menabung untuk waktu kecemasan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.
Hadir sama Pegawai Pelajaran Lipis, Misnan Mohd. Damin dan Penolong Pegawai Pelajaran Lipis (Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya), Ahmad Daniar Ismail.
Sementara itu, anak peneroka Felda Chegar Perah, Zulkafli Mohamad, 42, menang tempat kedua dengan memperoleh wang tunai RM8,000 manakala tempat ketiga disandang oleh seorang buruh di Felda Koyan Satu, Yatong Abdullah, 25, (RM2,000).
Dalam pada itu Misnan berkata, program anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) dengan Pejabat Pelajaran Lipis serta pengusaha pengusaha kolam itu disertai para kaki pancing terdiri daripada guru dari daerah ini, Raub, Maran, Bentong, Jerantut dan Lembah Klang.
"Program itu secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara guru dengan masyarakat setempat dan merupakan salah satu pengisian sambutan Hari Guru yang akan dilancarkan pada Sabtu ini," katanya.
Menurutnya, pertandingan tersebut mendapat sambutan dan mungkin dijadikan acara tahunan pada masa akan datang. UM