Selasa, 31 Julai 2012

Anok Lepih skor Gol...."


Gerakan bagus hantaran bola di hadapan Azamuddin Akil, beliau melarikan bola dan terus merembat tepat ke kanan penjaga gol  Manchester City. Harimau Malaya tumpas 1 - 3        

Jumaat, 27 Julai 2012

Najis burung jejas imej Lipis


NAJIS burung layang-layang mencemari dinding sebuah pawagam mini di bangunan Centrepoint sekali gus mencacatkan pemandangan bangunan itu dan bandar di Kuala Lipis.

Oleh
JENTAYU PUTIH
Kuala Lipis
SAYA merupakan seorang penyewa pangsapuri di bangunan Centrepoint, bandar Kuala Lipis.
Keresahan yang ingin saya lontarkan di sini ialah masalah najis burung layang-layang yang memenuhi setiap ruang di bangunan itu.
Haiwan tersebut dilihat menjadikan setiap ruang pada bangunan berkenaan untuk bertenggek dan menumpang tidur pada waktu senja atau malam.
Untuk makluman, boleh dikatakan hampir keseluruhan bangunan berkenaan dipenuhi najis burung itu dan lebih menyakitkan mata memandang ialah ketika melalui kaki lima dan tempat letak kenderaan.
Kenderaan yang diletakkan di bawah pokok dan tepi bangunan turut menjadi 'mangsa' najis burung.
Lebih malang apabila kenderaan milik penginap hotel di Centrepoint, Hotel Jelai dan pusat penginapan lain di bandar ini turut dikotori najis burung itu, sekali gus boleh menjejaskan reputasi Kuala Lipis sebagai antara pusat persinggahan pelancongan utama.
Berikutan pencemaran najis haiwan berkenaan, pusat perniagaan dan arena bersantai di Centrepoint yang suatu ketika dulu menjadi mercu tanda dan tumpuan pelawat, kini semakin berkurangan dan sepi menjelang malam.
Boleh dikatakan najis itu memenuhi setiap ruang premis dan ia mudah dilihat pada awal pagi dan waktu menjelang senja apabila burung-burung itu bertenggek di kabel elektrik, atap, bumbung kaki lima, benteng dan ruang terlindung premis di bandar ini.
Senario itu juga menyebabkan pelanggan yang singgah di premis makanan di situ kurang berselera menjamah hidangan akibat bau najis burung tersebut.
Menerusi Rakan Pahang, saya meminta pihak berwajib mencari alternatif dan langkah pencegahan untuk mengurangkan habitat burung itu yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.
Saya percaya dengan kecanggihan teknologi tertentu, burung layang-layang dapat dikawal daripada hinggap di kawasan premis dan hotel bandar ini yang kerap menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong.
Saya tidak berniat untuk memusnahkan haiwan yang dikawal itu tetapi perlu ada mekanisme mengurangkan burung itu daripada hinggap di premis dan kabel di samping mewujudkan kebersihan dan keceriaan bandar Kuala Lipis. - Utusan Malaysia

Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Menyambuat Ramadhan


Dikesempatan ini, Cerita dari Lipis  ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat, rakan-rakan pembaca/follower blog, sahabat sahabat handai, dan saudara mara jauh dan dekat. Semoga dibulan yang mulia ni dapat kita meningkatkan lagi amalan serta ketakwaan kita kepada Allah SWT, Insyaallah. 

Jadual jamuan kenduri morey Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis


Khamis, 12 Julai 2012

Masakan Tradisi Pahang


Gulai Tempoyak Ikan Patin


Gulai Tempoyak Ikan Patin
Bahan-bahan
200 gm ikan Patin
150 gm tempoyak
10 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
1 kuntum bunga kantan
100 ml air
4 helai daun kesom
Garam
Cara menyediakan:
-          Potong dan bersihakan ikan patin, masukan ke dalam periuk.
-          Kemudian masukan cili api, kunyit  (yang telah dikisar) tempoyak, , bunga kantan,daun kesom,garam dan air.
-          Masakan dengan api yang perlahan dalam masa 30 minit.
-          Setelah masak,sedia untuk dihidangkan.
Gulai Masam Rong
    
      Gulai masam Rong
Bahan-bahan:
1 ekor ikan  tilapia
1 mangkuk asam rong – dikisar
1 inci kunyit – di kisar
10 tangkai cilia pi – dikisar
1 helai daun kesing
Air
Garam
Cara menyediakan
-          Potong dan bersihkan ikan.Kemudian masukan ke dalam periuk
-          Masukan pula bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan masukan air.
-          Perasakan dengan garam dan bahan perasa yang lain. Masukan juga daun kesing
-          Masakan selama 30 minit. Apabila masak, sediakan untuk dimakan.

Gulai Labu
     
      Gulai Lemak Labu.
Bahan-bahan:
500 gm Labu
2 biji bawang besar – dimayang
15 tangkai cili padi – dikisar.
2 cm kunyit – dikisar
2 batang serai
1 biji kelapa – diparut
50gm ikan bilis
Garam
Cara Menyediakan
-          Potong Labu mengikut kesukaan dan bersihkan. Masukan ke dalam periuk.
-          Masukan bawang, bahan yang dikisar, serai dan ikan bilis. Kemudian masukan santan, kacau sehingga sebati. Perasakan.
-          Masakan sehingga 30 minit dan sehingga Labu menjadi empuk.
-          Sediakan untuk dihidangkan.

Sambal Hitam
       
      Sambal hitam
Bahan-bahan
10 ml minyak masak
200 gm ikan bilis - ditumbuk
2 biji bawang besar - ditumbuk
15 tangkai cili padi - ditumbuk
3 biji belimbing buluh – direbus hingga hitam dan ditumbuk.
2 cm kunyit – ditumbuk
Garam
Cara menyediakan:
-          Panaskan minyak ke dalam kuali. Masukan bahan yang telah ditumbuk ke dalam kuali.
-          Perasakan mengikut citarasa. Masakan bahan-bahan tersebut sehingga garing dan menjadi hitam.
-          Enak dimakan bersama nasi panas. 
      
      Resipi  Oleh.
      Mak Uda (Daharah Mat Zin) 
      
      Komen
      Sejauh mana anak Pahang merantau bila tiba bulan ramadan ia akan teringat masakan ini.

     




Selasa, 10 Julai 2012

Kepada Bekas Tentera

surat jemputan
Majlis ramah mesra bersama dengan YB Dato. SK Divamany ahli Parliman Cameron Hingland bersama dengan bekas tentera di Kawasan DUN Jelai.

Tarikh : 12 Julai 2012

Masa : 09.00 Malam (khamis malam jumaat)

Tempat : Dewan RPK Risda Kampung Keledek

Kehadiran bekas tentera disekitar  DUN Jelai, Parlimen Cameron Hingland.dialu-alukan.

Isnin, 9 Julai 2012

Masjid Al Muhajirin Sungai Koyan


Masjid Koyan

Seingat saya, masjid  pertama  dibina di tapak kedai sebelah pejabat JKKK  Sungai Koyan 1, selepas itu masjid  kedua dibina pada tahun 1974 yang mana masjid tersebut yang akan diroboh dan ganti dengan masjid baru.   Imam pada masa itu dikenali sebagai  Haji Osman bin Abdul Hamid  yang merupakan jurunikah dan beliau pernah menjadi calon PAS bertanding di DUN Jelai  tahun 1990 (PRU ke 8) sehingga  meninggal dunia pada tahun 2010  : AL- Fatihah.  
Apabila tiba musim raya masjid ini sesak  kerana anak-anak balik ke kampung. Pada hari ini didapati ianya mengalami kerosakan pada bahagian tertentu telah pun uzur. Kalau kita perhatikan masjid ini merupakan mercu tanda penduduk Sungai Koyan dan tempat persinggahan pelancong apabila ingin ke Cameron Highland melalui Sungai Koyan. Melihat situasi ini tidak dapat tidak Perdana Menteri telah meluluskan peruntukkan 4.2 juta membina masjid baru semasa beliau melawat Pos Betau tempoh hari.
Masjid baru yang dicadangkan
Menurut Dato’ Wan Rosdy, (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Pahang)  masjid baru yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah itu akan menempatkan wakaf musafir, dewan mesyuarat, bilik majlis pernikahan, ruang masak dan sajian, tandas, ruang wuduk dan kemudahan lain yang lebih selesa. "Ia juga menjadi transit musafir dan pelancong yang berulang alik ke Cameron Highlands dari Lembah Klang, Pahang dan Kelantan antara laluan alternatif paling dekat ke destinasi tanah tinggi berkenaan," ujarnya.
Selain dari masjid, kerajaan juga perlu memikir perumahan generasi kedua(G2) yang masih lagi menumpang dengan orang tua.  Masjid tersergam indah tapi generasi muda yang akan menjadi jemaah masjid tersebut tiada tempat tinggal bak kata lirik lagu  Jimmy Palikat “rumah pun ku tiada ada pun bapak  punya”.
Di sini tidak ada satu pun projek taman perumahan yang dilaksanakan sama ada melalui kerajaan Negeri atau pun pihak FELDA itu sendiri. Selain dari dari generasi ke-2, pekerja ladang yang kebanyakan ‘buruh seberang’ perlu juga mendapat satu kediaman yang selesa, tidak adil bagi kita peneroka atau FELDA  mendapat pendapatan lumayan tapi tidak mengambil kesah nasib buruh-buruh tersebut.
Walaubagaimana pun kita perlu bersyukur dan berterima kasih kepada insan yang telah berusaha membina masjid baru ini moga-moga perancangan projek baru akan datang mendapat laluan mudah tanpa ada halangan yang besar

Jumaat, 6 Julai 2012

Ceramah DSAI di Lipis Pahang

Poster Ceramah PKR

Ceramah Politik

Penceramah : Dato'Seri Anwar Ibrahim Penasihat PKR

Ustaz Dato, Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS

Dato' Fauzi Abd Rahman Ketua PKR Pahang

YB Ronnie Liu Exco Kerajaan Selangor

Tarikh : 10 Julai 2012

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Kampung Berchang Kuala Lipis Pahang

Anda Dijemput Hadir