responsif teks foto

Khamis, 27 September 2012

Bengkel Usahawan Gaharu

-->

Tarikh                    20 Oktober 2012 ( Sabtu)
Masa                     7.30 am - 6.00 pm
Tempat               UiTM Cawangan Pahang
Bengkel ini bakal mendedahkan pengalaman penanaman inokulasi, pengekstrakan dan pemasaran pokok karas kepada pihak luar terutamanya FELDA dan pengusaha gaharu.
Ia juga mengalakkan penjanaan pendapatan berasaskan produk gaharu (Aguilaria sp.)
TENTATIF PROGRAM
MASA                                   AKTIVITI                                                                               TEMPAT
7.30 am - 8.30 am             Pendaftaran & Sarapan Pagi
Pengenalan
Penanaman dan Penilaian Kos                                   Dewan Al - Farabi
Minum Pagi                                                                        Parking Cendana Surau IST,
Inokulasi                                                                              Uwais Al-Qarni
Pemasaran                                                                        
Makan dan Solat                                                             
6.00 pm                Amali Inokulasi Pokok                                                    Bengkel Perkayuan dan
Ekstrak Minyak                                                                 Hutan Simpan UiTM Cawangan Pahang
Penutup
Penyampaian Sijil
Minum Petang
Bersutai                                                                              

Sila hubungi talian berikut jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah @ berminat untuk menyertainya :-

Prof. Dr. Jamaluddin Kasim
Tel : 09 - 460 2366 / 019 - 930 5888
Email : djamal@pahang.uitm.edu.my

Pn. Neni Kartini Che Mohd Ramli
Tel : 09 - 460 2321 / 012 - 361 2947
Email : neni@pahang.uitm.edu.my

Borang penyertaan boleh difaxskan kepada 09 - 460 2392 @ SMS : GAHARU_(nama) hantar ke 012 - 361 2947
-->
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan

Ahad, 16 September 2012

Tautan Kasih Waris Tok Linggi


panel forum majlis tersebut

Oleh : Tuan Hj. Yusuf bin Ibrahim

Pada 16 September 2012 jam 10.00 pagi telah berlangsung satu peristiwa yang agak penting dalam menyusur Riwayat Tok Linggi, orang yang membuka Kampung Relong. Peristiwa ini berlangsung bukan di Relong, tidak juga di Lembah Bama tetapi di Desa Putra, Pinggiran Putrajaya. Kita sebagai warih Tok Linggi mengucapakan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Kerja Tautan Kasih 2012 pada kali ini iaitu En Taharuddin Yaakob, Naib pengerusi : Prof Madya Dr Affendi Hj. Zakaria, Setiausaha : Muhamad Hairiri dan Bendahari Azmi bin Talib. Saya sebagai panel mefokuskan bicara kepada Terembe Tok Linggi yang saya nukilkan seperti berikut:

TEREMBE TOK LINGGI
 
1.0       Sejarah Penulisan Terembe
   
Terembe Tok Linggi yang telah dirumikan

Terembe yang kita semua tahu ialah satu catatan salasilah keturunan yang ada dalam simpanan sebahagian penduduk Kampung Relong. Tarikh yang tercatat pada terembe ialah 1795. Tercatat nama orang yang membuka Kampung Relong iaitu Tok Linggi bersama-sama dengan anak-anaknya (Imam Munah, ‘Alas, Amat, Mamat, Timah, Salleh dan Ali). Salinan asal yang pertama dikatakan ditulis pada 28 Oktober 1907. Perkembangan berikutnya dibuat oleh Imam Talib bin Usoh bin Somat bin Amat bin Tok Linggi (generasi ke 4) ditambah oleh Ibrahim bin Bilal Ishak (generasi ke 5) diperbaiki oleh Haji Abdul Karim Ali (generasi ke 6). Semua catatan terembe ini adalah dalam tulisan Jawi. Disamping itu terdapat individu yang boleh mensurahkan jalur keturunan Tok Linggi ini secara lisan. Tujuan utama terembe ini diwujudkan adalah untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim dikalangan anak cucu cicit Tok Linggi.

2.0 Autentisi Terembe

Imam Talib bin Usoh, orang yang menulis terembe adalah generasi yang ke 4 dalam catitan terembe. Sudah pasti beliau mengetahui siapa yang ada dalam generasi ke 3 dan ke 2. Manakala generasi pertama hanya ada tujuh orang sahaja (anak-anak Tok Linggi). Ketulenan maklumat dari jalur-jalur keturunan ini dapat dipastikan kerana cucu cicit Tok Linggi belum terebar luas dan ketepatan maklumat dapat dipastikan dengan adanya mereka yang mampu mensurahkan atau menghafal susur galur keturunan secara lisan.
Anak cucu Tok Linggi tinggal dalam satu lokaliti yang tertutup iaitu di Lembah Bama. Perkahwinan adalah dikalangan mereka sahaja. Tiada sebaran keluar kawasan lokaliti. Kalau ada pun nama mereka dicatat dalam terembe seperti yang berlaku kepada mereka yang membawa diri ke Bertam, Gua Musang atau mereka yang pergi membuka tanah di Lubuk Kulit atau Kampung Keledek. Sekiranya terdapat orang luar mengahwini penduduk tempatan, mereka juga dapat di kesan dan dicatat dalam terembe. Maka fakta-fakta yang disebut di atas ini mempastikan bahawa terembe yang ada ini adalah betul dan tepat.

3.0 Usaha memberi kefahaman

Catatan asal terembe menggunakan tulisan Jawi, lantaran itu ramai anak muda masa kini melihat terembe ibarat tikus melihat besi. Mereka tak faham dan tak tahu kegunaan lakaran catitan terembe itu. Sebab itulah sebelum tahun 2001 tidak ramai penduduk Kampung Relong dan anak keturunan Tok Linggi ambil kesah tentang terembe ini terutamanya dikalangan anak muda.

Satu Seminar kesedaran tentang terembe telah dibuat dalam tahun 2001, di Masjid Lama Relong (kini Perpustakaan Desa Kampung Relong). Terdapat enam matlamat yang perlu dicapai oleh seminar ini, iaitu;
Pertama, seperti yang ketahui umum, bahawa terembe’ yang berbentuk seperti ‘peta minda’ itu adalah dalam tulisan jawi. Oleh itu wajarlah ada usaha untuk menyalinnya ke dalam tulisan rumi agar ramai dikalangan generasi muda dapat memahami dan mengahayatinya.

Kedua, kalau dahulu perkahwinan anak Relong biasanya dengan anak Relong juga. Seolah-olah ketika sebelum merdeka (1957) penduduk Relong merupakan satu masyarakat yang tertutup dari segi keturunan tetapi masa kini boleh dikatakan kebanyakan anak Relong berkahwin dengan orang di luar Daerah, di luar Negeri atau luar Negara. Jadi keturunan Tok Linggi ini sudah tersebar ke serata tempat. Oleh itu perlu ada kesediaan, kefahaman dan kesefahaman untuk mengalur keturunan dimasa depan.

Ketiga, kini sudah ramai anak-anak Kampung Relong yang merantau keluar kampung sama ada berkerja atau bersemenda, maka ada keperluan untuk memantapkan penggunaan terembe dikalangan mereka bagi mengetahui jalur keturunannya bagi memudahkan silaturrahim seketurunan nanti.

Keempat, semenjak FELDA diwujudkan telah ramai pasangan anak Relong berhijrah ke Felda seperti Lurah Bilut, Lembah Kelau, Sungai Koyan, Gugusan Jengka, Gugusan Karatung, Bukit Mendi dan sebagainya. Sesekali akan ada anak cucu cicit yang mencari leluhur mereka dan terembe akan dapat menyelesaikan masalah jejak jalur keturunannya.

Kelima, menambahkan bilangan mereka yang boleh mensurahkan terembe secara lisan sebagai tempat rujukan kepada mereka yang mencari waris keturunan Tok Linggi. Saya hanya sempat bertemu dengan dua orang yang boleh mensurahkan susur galur keturunan Tok Linggi secara lisan iaitu Kak Hawa Salim dan Abang Abdul Aziz Mamat. Sewajarnya kita memerlukan lebih ramai lagi yang dapat mensurahkan secara lisan susur galur keturunan Tok Linggi, kalau tak boleh semua, memadai mengambil satu jalur dari anak-anak keturunan Tok Linggi.

Keenam, membina jalur sendiri atau jalur keluarga sendiri. Untuk mampu mengingat secara lisan memerlukan kekutan ingatan yang bukan semua orang ada kemampuan itu. Alternatifnya ialah setiap orang dapat membina jalurnya sendiri dari dirinya sehingga ke Tok Linggi, melalui ibu atau bapanya atau ibu atau bapa sahaja.

4.0 Program-program penyedaran

Selepas diadakan seminar tentang terembe tahun 2001, maka kita mula mengadakan majlis jamuan tahunan memperkenalkan terembe kepada semua anak keturunan Tok Linggi, bermula di Tapak Kilang Rotan, Dataran Masjid Relong dan juga di Dewan Orang Ramai Relong. Usaha merumikan tulisan terembe berjalan secara beransur-ansur yang dibuat oleh Tuan Haji Mohd Yusop Derus. Wujudnya terembe bertulisan rumi menambah minat khalayak melihat dan memahaminya. Kalau dulu terembe hanya dilihat oleh beberapa orang sahaja (pandai jawi) tetapi kini ia sudah menjadi satu fenomena di kalangan anak cucu Tok Linggi.

Sebagai satu aktiviti kesedaran kepada generasi muda, khususnya murid sekolah, Program menggalurkan terembe telah dilaksanakan. Dari program ini didapati minat anak-anak kita agak memberangsangkan. Oleh itu aktiviti ini perlu dibuat setiap tahun kepada anak-anak keturunan Tok Linggi sama ada yang tinggil di sekitar Relong atau yang sudah merantau.

5.0 Kesan daripada program penyedaran

Buat masa kini Pak Itam Mat telah berjaya membina terembe tulisan rumi yang menjadi rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui jalur keturunannya. Manakala minat sebahagian dari kita sentiasa meningkat dari masa ke masa yang dapat ditandai dengan bertambahnya mereka yang menziarahi Pak Itam Mat untuk mengetahui terembe itu.

Ada pun terembe yang ada itu belum lengkap dan terkemas kini, kerana setiap masa ada penambahan kepada jalur keturunan. Adalah sukar hendak memasukkan semua keturunan Tok Linggi pada sehelai kertas. Oleh itu digalakkan setiap keluarga mengadakan majlis penerangan sendiri kepada saudara mara mereka dengan membina tambahan kepada terembe induk yang ada.

Telah ada beberapa keturunan membina sendiri tambahan kepada terembe itu, dan menghebahkannya kepada kumpulan mereka, antara yang sudah siap mengadakan ialah:
Keluarga Ibrahim Timah, yang membuat perjumpaan keluarga mereka pada 23 Sept 2009
Majlis Tautan Kasih Husin Tekah yang mengadakan perjumpaan pada 3 Sept 2011
Perhimpunan Keluarga Hamisah Bakar pada 20 Ogos 2012

Manakala keluarga Ibrahim Shah telah menyediakan terembe tambahan mereka sendiri.
Keturunan Mahudin telah meng upload terembe keluarga mereka dalam blog, http/ainhizcom.blogspot.com
Apa yang menarik dan bersifat semasa ialah adanya usaha membuat face book dikalangan cucu cicit Tok Linggi bagi meraih kesedaran kepada semua. Sembang-sembang buku muka ini sangat sesuai dalam mencari susur galur sendiri dan dapat juga mengerat silaturrahim antara kita.

Selain itu perjumpaan tahunan sempena kehadiran Syawal setiap tahun juga dapat menambah peluang dan ruang untuk menghebahkan tentang terembe Tok Linggi. Perjumpaan seperti hari ini sudah pasti dapat mengeratkan siliturrahim, saling perkenalan dan menambah jaringan terutama dikalangan cucu cicit yang merantau di sesuatu lokaliti yang bersifat metripolitan.

Kalau wujudnya terembe boleh menjadi daya pengikat antara keturunan Tok Linggi, maka silaturrahim yang terbina wajarlah ditambah maknanya dengan usaha mempelbagai wadah dan jaringan. Untuk itu satu data base perlu dibina. Data base dalam berbagai aspek seperti; business, pendidikan, perkhidmatan, sosial dan politik perlu dibina. Selepas itu perlu ada jaringan dan pertemuan.

Antara data base yang perlu dibuat ialah mendaftarkan kemahiran dan kepakaran cucu cicit Tok Linggi dalam berbagai bidang. Saya bersama-sama saudara Abd Hamed Akob dan Haji Zahari Haji Uda insya Allah akan mendaftarkan graduan anak Relong dan menerbitkan abstrak kertas projek tahun akhir setiap graduan dalam jangka waktu yang terdekat.

Bagi memastikan kesinambungan usaha mengekalkan terembe ini kita perlu juga melatih mereka yang mampu mensurahkan terembe secara lisan seperti yang boleh dibuat oleh Kak Hawa Salim disamping mengemaskini terembe bertulis. Walau bagaimana pun terembe bertulis jawi yang asal mesti juga difahami oleh generasi masa kini.

Satu kebijaksanaan yang perlu dilihat pada terembe ini ialah bentuknya seperti ‘peta minda’ yang bermula di tengah dan memancar keseluruh arah merupakan satu idea yang unik. Ini bermakna Imam Talib bin Usoh,orang yang memulakan penulisan terembe ini adalah orang yang genious atau dia mewarisi kebolehan ini dari satu warisan yang berpusat di istana. Perkara ini boleh dibahas secara terperinci.

WARGA TUA DIHORMATI WARGA MUDA DIKASIHI.

Saya sebagai orang yang memulakan proses mengguna semula terembe sejak 2001 dahulu terasa sangat gembira dengan sambutan dari generasi muda yang menganjurkan perkara ini. Terima kasih kepada Dato Zohari Haji Akob dan seluruh keluarga dan kerabatnya yang memberikan sokongan semenjak awal dahulu dan kepada waris-waris yang sangat membantu menjadikan terembe ini satu fenomena dikalangan waris tok linggi.

Rujuk:
http://www.facebook.com/groups/warislinggi/


Khamis, 13 September 2012

Jangan Gusar Bila Rambut Beruban.

"uban yang mengrisaukan anda..."

Kalau kita perhatikan kebanyakan kaum lelaki apabila berumur 40-an mulalah rambut beruban.  Ianya menunjukan seseorang itu sudah pun berumur dan matang.  Kalau nak mengorat pun kena fikir dua kali, kerana sudah tentu anak dara akan memanggil kita pakcik.

Mengikut kajian terbaru Museo Nacional de Ciecias Naturales, Sepanyol uban di kepala adalah lambang kesihatan diri. Ketua penyelidik Ismael Galvan menerangkan individu beruban mempunyai tubuh yang lebih sihat berbanding dengan individu lain.  Lebih dari itu, uban juga menunjukan pemiliknya memiliki umur yang panjang berbandingkan individu lain terutama yang beramabut perang.

Kajian yang diterbitkan dalam web ‘Time of India’ turutmenjelasakan bahawa memiliki rambut perang akan mendedahkan individu kepada risiko serangan kenser dan kerosakan sel.  Sedangkan rambut beruban akan melindungi individu daripada kerosakan oksisatif.

Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology pula yang dibentangkan pada tahun  2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an manakala bagi golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40!

Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi warna rambut:

Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.

Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin.

Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.

Faktor-faktor lain : Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey  pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban!    

AddToAny