Khamis, 13 September 2012

Jangan Gusar Bila Rambut Beruban.

"uban yang mengrisaukan anda..."

Kalau kita perhatikan kebanyakan kaum lelaki apabila berumur 40-an mulalah rambut beruban.  Ianya menunjukan seseorang itu sudah pun berumur dan matang.  Kalau nak mengorat pun kena fikir dua kali, kerana sudah tentu anak dara akan memanggil kita pakcik.

Mengikut kajian terbaru Museo Nacional de Ciecias Naturales, Sepanyol uban di kepala adalah lambang kesihatan diri. Ketua penyelidik Ismael Galvan menerangkan individu beruban mempunyai tubuh yang lebih sihat berbanding dengan individu lain.  Lebih dari itu, uban juga menunjukan pemiliknya memiliki umur yang panjang berbandingkan individu lain terutama yang beramabut perang.

Kajian yang diterbitkan dalam web ‘Time of India’ turutmenjelasakan bahawa memiliki rambut perang akan mendedahkan individu kepada risiko serangan kenser dan kerosakan sel.  Sedangkan rambut beruban akan melindungi individu daripada kerosakan oksisatif.

Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology pula yang dibentangkan pada tahun  2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an manakala bagi golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40!

Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi warna rambut:

Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.

Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin.

Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.

Faktor-faktor lain : Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey  pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban!    

Tiada ulasan: