responsif teks foto

Selasa, 30 Oktober 2012

PEMBERIAN SUMBANGAN RM1,000.00 KEPADA VETERAN TIDAK BERPENCEN

JHEV ATM


PEMBERIAN SUMBANGAN RM1,000.00
SECARA ONE-OFF KEPADA VETERAN ATM TIDAK BERPENCEN (SVTB1M)

PENGENALAN
Melalui Pembentangan Bajet 2013 yang lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM1,000.00 secara sekaligus (one-off) kepada 234,500 orang Veteran ATM yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen yang terdiri daripada pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang tidak berpencen. Walaubagaimanapun, sumbangan ini tidak dipanjangkan kepada balu/ duda/ tanggungan Veteran ATM.

Sumbangan yang dikenali sebagai Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) ini akan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM234,500,000.00 akan dikongsi bersama oleh Kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Tujuan pemberian SVBT1M ini adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan di atas pengorbanan dan perkhidmatan Veteran ATM yang tidak berencen mempertahanankan kedaulatan negara.

SYARAT DAN KELAYAKAN PENERIMA
Veteran ATM ialah bekas tentera berwarganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:

i. Angkatan Tetap ATM;
ii. Angkatan Sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh ATM tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
iii. Force 136;
iv. Tentera British yang berkhidmat di Malaya/ Malaysia atau Singapura; dan
v. Sarawak Rangers

Bekas tentera yang layak adalah merujuk Veteran ATM yang terdiri daripada pegawai dan anggota LLP yang tiddak berpencen yang terdiri daripada pegawai dan anggota LLP yang tidak berpencen seperti verikut:-

i. Veteran ATM yang telah dibersarakan/ menamatkan perkhidmatan secara terhormat sahaja.
ii. Tanpa mengira tarikh mula berkhidmat.
iii. Tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) adalah pada atau sebelum 31 Disember 2012.

PELAKSANAAN
Dalam mengawal dan melaksanakan pemberian sumbangan ini ditabir dengan cepat dan tepat, penerima boleh memperolehi borang permohonan SVTB1M ini di semua pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) seluruh negara secara PERCUMA mulai 1 November 2012. Borang ini juga boleh didapati di 78 buah Pusat Sehenti yang terdiri daripada kem/ unit tentera terpilih seluruh negara atau dimuat turun melalui laman sesawang JHEV iaitu www.jhev.gov.my. Di samping itu, borang permohonan ini turut diagihkan kepada semua Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab Bekas Tentera di seluruh negara.

Bagi melaksanakan pembayaran SVTB1M mulai Januari 2013, borang tersebut perlu dikembalikan bersama-sama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JHEV atau Pusat Sehenti sebelum atau pada 30 November 2012 untuk diproses. Mereka yang layak akan dimaklumkan secara bertulis bersama-sama arahan dan tatacara penyerahan bayaran sumbangan tersebut.

 KESIMPULAN
Pemberian sumbangan ini adalah suatu menifestasi komitmen dan keprihatinan Kerajaan yang tidak pernah luntur dan sentiasa berusaha dalam membela nasib terhadap mereka yang pernah menjadi benteng pertahanan negara.

Justeru, adalah diharapkan agar semua Veteran ATM yang tidak berpencen dapat menghubungi tempat-tempat yang dinyatakan di atas mulai 1 November 2012 untuk urusan mendapatkan dan mengembalikan borang permohonan bersama-sama dokumen yang diperlukan.

Kementerian Pertahanan juga memohon kerjasama semua Veteran ATM supaya dapat melengkapkan borang mengikut panduan dan keperluan yang disertakan bersama-sama borang permohonan agar pelaksanaan proses pemberian sumbangan ini dapat berjalan dengan lancar.


Borang : Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M)

Syarat kelayakan akan pendaftaran sumbangan:

1. Veteran ATM yang tidak berpencen dan telah menamatkan perkhidmatan secara terhormat.

2. Tanpa mengira tarikh mula berkhidmat, tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) adalah sebelum atau pada 31 Disember 2012.

Sila kemukakan :

1. Salinan Kad Pengenalan.

2. Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92) / Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua mukasurat, atau Surat Pengesahan Perkhidmatan, atau Arahan Dokumentasi Persaraan/Tamat Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP).

3. Salinan Kad Bekas Tentera (jika ada).

4. Salinan buku akaun bank (mukasurat yang tercatat no. akaun sahaja).

2 ulasan:

Nizam Awang Brahim berkata...

Alhamdulillah

Nan Zul berkata...

Ketua Pengarah JHEV, Mej Jen Dato' Zulkiflee bin Mazlan akan diwawancara dalam Program Hello On Two terbitan RTM TV2 pada 6 November 2012 pada pukul 7.15 pagi.

Tajuk wawancara kali ini ialah SUMBANGAN VETERAN TIDAK BERPENCEN 1MALAYSIA (SVTB1M). Diharap Veteran-Veteran ATM dan orang ramai dapat mengetahui usaha kerajaan terbaharu ini kepada Veteran ATM Tidak Berpencen dengan rentetan Pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada akhir bulan September yang lalu.

AddToAny