Sabtu, 17 November 2012

Koko merupakan tanaman yang perlu difikirkan


boleh ditaman bersama durian
Selain dari kelapa sawit dan getah tanaman koko berpotensi untuk ditanam secara meluas di daerah Lipis. Tanah terbiar yang tidak diusahakan boleh dimajukan dengan tanaman ini.  Kalau diperhatikan penjagaannya tidak begitu susah, kerjanya sangat santai berbandingkan dengan tanaman kelapa sawit ataupun getah. 

Pihak kerajaan sangat mengalakan petani menanam tanaman ini sebagai tanaman sampingan berbagai kempen dan peruntukkan telah disalurkan kepada petani yang berminat. Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah diberikan peruntukan sebanyak RM12.54 juta untuk Program Tanaman Baru Koko 2012 dalam membangunkan kira-kira 1,567 hektar tanaman koko di seluruh. Negara kita perlu mengimport 95 peratus koko dari luar Negara terutamanya dari Indonesia.

Bajet 2013 pula kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memperuntukkan hampir RM23.5 juta bagi bantuan tanaman baru dan pembangunan nurseri koko, selain lada dan kenaf.

LKM  juga akan mempertingkatkan keluasan dan pengeluaran tanaman koko di mana peserta akan diberikan kursus tanaman koko, insentif baja dan anak pokok koko di samping khidmat nasihat.

Masalah utama adalah generasi muda kurang pendedahan dan tidak meminati dengan tanaman tersebut  mereka lebih suka makan gaji.  Masalah peningkatan kos pembangunan tanaman merupakan cabaran yang perlu ditanggung oleh penanam. Masalah tanah pusaka yang menjadi rebutan menyebabkan usaha mengkomesialkan tanaman ini menjadi sukar. Masalah musuh tanaman seperti tupai, babi hutan dan monyet merupakan cabaran yang memenatkan  sehingga kebanyakan penanam putus asa.

Kerajaan juga perlu mengalakan pembukaan tanah untuk tanaman ini kepada generasi muda supaya tidak bergantung pada hasil tradisional milik orang tua. 

Harga Semasa
Harga koko berubah-ubah setiap tahun, bergantung kepada pengurangan atau lebihan biji koko di pasaran dunia. Rekod harga yang tertinggi adalah pada tahun 1977, iaitu pada harga RM 13,000 se tan. Pada tahun 2007, purata harga biji koko kering (SMC 2) di Tawau adalah RM 5,852 se tan, lebih tinggi berbanding RM 4,992 se tan pada tahun 2006. Purata harga biji koko kering (SMC 2) di Raub pula, adalah RM 6,277 se tan, berbanding RM 5,300 se tan pada tahun 2006.

Harga biji koko boleh SMS LKM HARGA dan hantar ke 15888  contoh  LKM HARGA RAUB SMC1 hantar ke 15888.

Fakta Koko
 

Selasa, 13 November 2012

Pingat Jasa Malaysia


Pingat Jasa Malaysia
Pingat Jasa Malaysia (PJM) adalah ‘Campaign Medal’ yang telah dizahirkan pada 3 Mac 2004 yang dianugerahkan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (Warga ATM) dan anggota Pasukan Pengaman dari negara-negara sahabat,  yang telah bertugas menegakkan keamanan dan kedaulatan negara ini sepanjang tempoh Darurat Pertama dan Darurat Kedua, tanpa mengira sama ada lelaki atau wanita dan samada dan masih hidup ataupun telah meninggal dunia.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Warga ATM  

Telah berkhidmat secara berterusan bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).

Telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan atau lebih dalam mana-mana formasi atau unit Angkatan Tentera Malaysia dalam operasi menentang pengganas komunis dalam tempoh sepertimana di atas.

Jika tidak memenuhi tempoh yang telah ditetapkan, boleh dipertimbangkan seandainya telah terbunuh, tercedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang Pengganas Komunis, dalam jangkamas sepertimana di atas.

Anggota Pengaman Dari Negara Luar


Anggota Pasukan Pengaman (Anggota Angkatan Tentera, Separa Tentera, Polis dan Kakitangan Awam Keselamatan) dari negara-negara asing
  yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan di Persekutuan Tanah Melayu atau di Malaysia bagi tempoh dari 31 Ogos 1957 sehingga 12 Ogos 1966.

Terlibat secara berterusan selama 3 bulan atau lebih  atau pernah berkhidmat secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan atau lebih dalam mana-mana organisasi pasukan pengaman itu dalam tempoh sepertimana di atas

Sekiranya tidak memenuhi tempoh yang ditentukan, telah terbunuh, tercedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh bertugas untuk menentang musuh dalam jangka masa sepertimana di atas.


SUSUNAN KEKANANAN

Bersesuaian dengan tarafnya sebagai sebuah ‘Campaign Medal’ yang berlandaskan perjuangan dan pengorbanan semasa darurat dan juga penglibatan dalam tugas giat sepenuhnya, maka pingat ini lebih kanan dari Pingat PNBB dan PPS. Oleh itu, PJM ini hendaklah diletakkan ke kanan dari PNBB, PPS dan PPA atau PJK.


PENGANUGERAHAN

Pingat ini merupakan satu penganugerahan dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah disampaikan kepada penerima-penerima yang layak di dalam sesuatu majlis atau perbarisan yang sesuai oleh seorang Pegawai Kanan yang diwakilkan.

Sabtu, 10 November 2012

Penyunting Imej

 http://pixlr.com

Imej dan grafik merupakan salah satu elemen yang terdapat di dalam sebuah rekabentuk laman web.  Selain daripada elemen-elemen lain seperti teks, gambar, animasi, bunyi dan video, imej memainkan peranan yang penting sebagai tarikan untuk pengunjung sesebuah laman web. Imej bermaksud gambar biasa atau gambar file manakala grafik bermaksud gambar yang mempunyai gabungan elemen-elemen seni garisan, ilustrasi gaya jalur komik, tulisan dan sebagainya.
Pengaruh Imej pada Laman Web
Mengoptimunkan imej dan grafik dengan mengurangkan saiz memudahkan sesuatu gambar dapat dipaparkan pada laman web dengan  mudah dan cepat.
Penguna lebih tertarik dengan laman web yang mempunyai masa ‘loading’ yang pantas.
Jika laman web anda mempunyai gambar yang optimum maka ia akan membantu untuk menarik pengunjung untuk mengunjung semula laman web anda.
Format fail imej untuk sebuah laman web.
Format fail bagi imej dan grafik di dalam laman web adalah GIF, PNG, dan JPEG. Pemilihan jenis fail gambar yang tepat membantu mempercepatkan masa loading sesebuah laman web.
Berikut adalah panduan bagi menjelaskan bagaimana setiap format fail berfungsi, bila dan kenapa format fail tersebut digunakan.
Format JPEG digunakan pada gambar foto, filem, permainan computer dan lain-lain. Sesuai untuk sesebuah laman web.
Format GIF dan PNG adalah sesuai untuk memampatkan grafik yang mengandungi satu warna dan juga perkataan. Kebiasaan fail disimpan sebagai GIF untuk sesuqatu grafik yang mempunyai sedikit animasi.
Format PNG digunakan untuk memamlpatkan perkataan, serni garisan, ilustrasi, gaya jalur komik, paparan skirin aplikasi dan sebagainya.  Kebiasaannya sesuatu imej disimpan sebagai PNG apabila gambar tersebut akan digunakan untuk pempinaan animasi atau multimedia.
Aplikasi Dalam talian untuk Penyunting Imej
Untuk mengedit imej anda boleh memilih untuk mengunakan apilikasi dalam talian. Apikasi ini boleh digunakan secara percuma.  Tetapi untuk mengunakan apikasi dalam talian ini, anda perlu mempunyai talian internet yang baik supaya tidak mengganggu kerja penyunting imej.
                http://pixlr.com
                http://www.picnik.com
Muat turun perisian percuma untuk penyunting imej.
Selamat mencuba