Jumaat, 11 Januari 2013

Bantuan RM 1000 VS Imbuhan Bulanan


Veteran terima RM 1000
Bantuan RM 1000 pada bekas tentera tak berpencen
Seramai 3,000 pesara tentera tidak berpencen  menerima bayaran bantuan kewangan RM1,000 hari ini.  Pembayaran One-off itu dilancarkan di Bagan Datoh, Hutan Melintang, Perak yang akan disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Selepas ini, pemberian bagi fasa seterusnya akan diperluaskan di lokasi seluruh negara bermula 13 Januari ini. Pemberian hanya sekali sebanyak RM1,000 kepada veteran tentera tidak berpencen itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 pada Oktober lalu.  Sehingga kini ada kira-kira 240,000 veteran tentera tidak berpencen di seluruh negara. 

Dianggarkan 180,000 daripadanya masih belum mendaftar untuk bantuan terbabit.  Inisiatif kerajaan ini perlu direbut oleh golongan berkenaan kerana wang yang diterima berupaya membawa manfaat, khususnya dalam meringankan beban belanja bekas tentera yang tidak mempunyai pendapatan. 

Kepada mereka yang belum memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan ini supaya berbuat demikian pada majlis berkenaan atau menghubungi pejabat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTBM) di talian 06-6015979 atau 06-6015980 atau 019-3187898.

Borang SVTB1M telah diedarkan di kesemua pejabat JHEV seluruh negara dan 82 Pusat Sehenti milik tentera secara percuma dan veteran yang layak termasuk bekas anggota ATM, angkatan sukarela di bawah ATM, Force 136, bekas tentera British dan Sarawak Rangers. 

Ini adalah cadangan Pakatan Rakyat bila menang PRU-13
"jawatankuasa manifesto Pakatan Rakyat sedang
mengira berapa imbuhan bulanan yang kita boleh berikan..." 












Bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan mereka tanpa menerima pencen, bakal menerima imbuhan bulanan sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13.


"Kalau Pakatan Rakyat berkuasa, kita akan berikan keutamaan kepada bekas-bekas angkatan tentera," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sewaktu ceramah malam tadi di Taman Rekreasi AU3, Wangsa Maju..

"Kepada mereka yang tamat dan tak ada pencen, jawatankuasa manifesto Pakatan Rakyat sedang mengira berapa imbuhan bulanan yang kita boleh berikan (kepada mereka) daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). "Kita dah kira, kita yakin boleh bagi imbuhan setiap bulan walaupun tak sebanyak pencen," tambah Rafizi. 

Menurutnya, jumlah imbuhan itu belum ditetapkan lagi namun cadangan itu telah diketahui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tambahnya, Pakatan Rakyat turut bercadang untuk meningkatkan caruman kerajaan ke dalam LTAT bagi memastikan kebajikan anggota tentera lebih terpelihara.

"Kalau sebelum ini carumannya adalah 15 peratus, kalau kita menang, kita boleh naikkan caruman kepada 20 peratus," katanya. Tanpa memberikan sebarang perincian, Rafizi turut menjanjikan isu perumahan anggota tentera akan diberikan keutamaan oleh Pakatan Rakyat.

Komen
Sekarang mana yang lebih baik RM 1000 sudah tentu dapat ,cadangan  dari Pakatan Rakyat hanya berjanji apabila menang PRU 13.






Tiada ulasan: