Selasa, 26 Mac 2013

Dr Uthman El Muhammady Kembali Ke Rahmatullah

 Allahyarham  Dr.Uthman El-Muhammady

Seorang lagi tokoh yang kita kagumi yang juga pakar dalam bidang pemikiran Islam, Dr. Uthman El-Muhammady meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 malam tadi di kediamannya di kediamannya di ISTAC, Taman Duta
Menurut anaknya, Ahmad El-Muhammady, 35, bapanya meninggal dunia disebabkan penyakit jantung yang dihidapi sejak hampir setahun lalu.
Beliau berkata, bapanya sedang membaca di bilik bacaan sebelum ibunya menyedari Allahyarham tidak menunjukkan tindak balas ketika sedang berehat.
.
Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:
·         “Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
·         “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
·         “Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
·         “Memahami Islam" terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
·         “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.
·         “Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.

– AL FATIHAH

Sabtu, 23 Mac 2013

Murah !!!!! Baju Karung Serbaguna

NO 1 dan NO 2

NO 3, NO 4, NO 5
di hantar melalui POS EKSPRES

Baju karung serbaguna  ini boleh digunakan untuk menyimpan barang keperluan harian seperti stokin, seluar dalam, beg plastik yang banyak apabila balik dari supermarket dan lain-lain lagi kegunaan. Harga sangat murah RM 15.00 termasuk belanja Pos Exspres. Siapa yang berminat boleh telefon 012 6030804 SMS ALAMAT anda dan 'bank in' ke Maybank 156114151358 atas nama zulkarnain.

Cara mengunakan

Isnin, 18 Mac 2013

Padang Tengku

Pekan Padang Tengku 

Majlis pelancaran Bas henti-henti (Sri Jengka) di Dun Padang Tengku akan diadakan pada 19 Mac 2013 jam 11.00 pagi bertempat di Perhentian Bas Lama Padang Tengku/ jam 1.30 tengah hari dan Majlis Pemimpin bersama  Rakyat pula diadakan di Tapak Pekan sehari Kampung  Pagar Sasak seterusnya 2.30 petang Majlis tersebut diadakan  pula di Kampung Relong,  majlis ini di sempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Sri Diraja Hj. Adnan b. Hj Yaakob Menteri Besar Pahang.

Jumaat, 8 Mac 2013

Pemergian Allahyarham Ustaz Rujhan M. Razali

Allahyarham Ustaz Rujhan M. Razali

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Rujhan. Pemergiannya amat dirasai. Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Pemergian diberitahu semasa pengumuman sebelum solat Jumaat di Masjid Bandar Lipis.

Allahyarham adalah penulis dalam majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Sebagai seorang Ustaz dan motivator, ini kata-kata hikmah yang pernah beliau kongsikan kepada pendengarnya.

“Kalau tak dapat apa yang kita suka
Sukalah apa yang kita dapat”
“Jangan sedih jika diri tidak dihargai,
Tapi menangislah jika diri tidak berharga lagi”

“Hidup ini terlalu singkat
Ia menjadi bertambah singkat
Bila kita banyak membuang masa”

“Hidup ini terlalu singkat
Malang jika kita penuhkan
Dengan sengketa dan airmata”

“Hidup tidak selalu indah
Kerana disitu terletak
Indahnya kehidupan”


AL-FATIHAH