Selasa, 26 Mac 2013

Dr Uthman El Muhammady Kembali Ke Rahmatullah

 Allahyarham  Dr.Uthman El-Muhammady

Seorang lagi tokoh yang kita kagumi yang juga pakar dalam bidang pemikiran Islam, Dr. Uthman El-Muhammady meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 malam tadi di kediamannya di kediamannya di ISTAC, Taman Duta
Menurut anaknya, Ahmad El-Muhammady, 35, bapanya meninggal dunia disebabkan penyakit jantung yang dihidapi sejak hampir setahun lalu.
Beliau berkata, bapanya sedang membaca di bilik bacaan sebelum ibunya menyedari Allahyarham tidak menunjukkan tindak balas ketika sedang berehat.
.
Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:
·         “Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
·         “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
·         “Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
·         “Memahami Islam" terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
·         “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.
·         “Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.

– AL FATIHAH

Tiada ulasan: